Sep 30 2014 Tuesday, 10:00 am
Toy Museum? Hem… !!
Suka betul dapat duduk atas bar front desk nih yek…abis semuanya dia nak usik nak dicapai
laki aku yang being tourist, banyak nau soalan dia tanya kat orang hotel tu, kita nak makan tempat nak makan, nasi kandar ke apa bantai roti canai pun tak kisah.
Tapi dia recommend nasi indonesia, ke gang2 wong solo macam tu lah.
apakah, mai Penang suh makan nasi Indo???
Oh tidak ler….salah negara tuh.
aku sangat excited untuk bergambar solo, on the right end side tuh, but budak tu tarik pegang tangan aku suh berdiri sebelah dia and suh kakak snap gambo. hahhahahaa! pasrah jelah, maybe dia dah biasa maknya suh bergambar tapi kenapa pelik mak tak nak posing ke ngan dia and bapaknya and the luggage? probably!
memikirkan apa nak dimakan, banyak gak kedai tutup coz hari tu kan public holiday, we found one of kedai nasi kandar ni but kami bukanlah pencinta the kandars, so sebab lapar meruap2 makanya hasil di pinggan itu terjadi. Sampai abang pun macam biar benar mak aku makan nih. Ada telur ikan, ada kari telur ada kari sotong 2 ketul. Hoi terus naik 2kg berat!!
Tapi tak lah sedap mana pun, buat lapik perut jadilah, coz kita tak amik breakfast, terus brunch.
si kecil senang jer, nasi putih sepinggan! mamak nih takde soup!
laki aku ngan abang makan mee goreng, pastu telur rebus, kakak ngan maggi soupnya. complete set. perut kenyang, moh ke Toy Museum.
Toy Museum ni adoi kelakar. on 2008 adalah kali pertama kita sampai situ, but bila kita datang balik kali ni, tempat sudah pindah, bila dah pindah tuh, laki aku tak percaya cakap waze. Udahlah melepasi jalan berlingkau BatuFeringghi nun. Dia boleh turun balik, pergi gak Museum lama, sekali tengok ‘WE HAVE MOVED’ hamik ko…degil lagi cakap Pak Wazer.
Makanya naik semula ke Batu Feringgi, so kat sini pergi balik pergi kita dah wasted sejam lebih. makan tadi pun dah sejam lebih. so dah jam berapa kan….
we end up buat jamak dulu kat masjid near by there and baru masuk Museum.
Zeeshan sebenarnya sedang tidur but kita kejut gak dia, takkan dia nak lepaskan peluang tengok maknek toys sini, abang kakak yelah dah pernah datang but pun dulu tu lama sangat dah. 2008 kan.
dalam nih kan, membahangnyaaaaaaaa!!
laki aku frust betul datang kali nih, dah macam warehouse jer, tak jaga betul, macam cap ayam punya muzium sangat
aku muka dah kekental boring mana ngan bahang panasnya. Aircond dia hanya rasa kat satu row tu je lah…pastu takde nama takde tulis caption nama characters bagai, so boredlah
tapi dari aku, paling bengang cik RD ler kan, dia memang macam meruap marah betul ngan management yang handle muzium nih
habis pusing satu round, aku keluar dulu. dok kat luar pun ya tuhan, letaklah kipas ke barang seketul dua, dalam panas luar panas
Entrance fees pun dah naik harga gak tuh. Sedih ler datang sini, kesal coz datang, tak kesal coz Zeeshan merasa gak masuk.
So aku lari keluar dulu, followed by Kakak, semua macam membosan gila jer dok lam tuh. Aku rela dok kat bawah pokok nih, redup nyaman jer, dari dok dalam warehouse macam kilang pun ye gak, Tempat dah luas, parking tak repair, dok tanah putih pun ye lagi, batu2, ratakanlah, buatlah proper aircond sikit. Letak waiting area tu kipas ke apa, ko ingat ko kat Canada apatah lagi Paris? ada 4 seasons? Malaysia mar….musim panas sepanjang tahunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!
Pastu aku macam rasa nak pergi wiwi and shishi, the boys kan dari toilet.
You jangan masuklah toiletnya
Hah….kotor yek?
Zeeshan pun dok iyek iyek iyek.
eiiii..nasib baik tak masuk. ada orang komen kat IG akak ke kat FB dok kata benda tu pun bersepah2 tak cuci tak bersih, bau busuk ya rabbinya lahai toiletnya.
Ok…if Zeeshan pun cakap iyek iyek, kali ni dia punya iyek aku percaya. Tahan ler sampai the next destination!
ayu jafri
Sep 30, 2014 @ 10:08:05
teruk nauuu…hihi…takmo pegi… haha
ayu jafri recently posted..Mereka akan Google kita!jaga…
hafiz hafizol
Sep 30, 2014 @ 11:06:46
hahaha… Bila la boleh dengar Zeeshan kabo iyek iyek tu in real life.. mesti cute
hafiz hafizol recently posted..Tips Gayakan Fesyen Rambut Dengan Elite Edgy EFX
akubiomed
Sep 30, 2014 @ 12:16:24
Ini kalau si kecik tengok mahu menjerit-jerit. Tempoh hari bawa pergi Aquaria KLCC tak sempat jalan anak menjerit-jerit keluar. 🙂
akubiomed recently posted..Diskaun sehingga 90% dengan #MYCyberSALE
eyriqazz
Sep 30, 2014 @ 14:14:27
Hohoho..teruk juga toiletnya..tak jadi singgah laa camni…
eyriqazz recently posted..Hari Terakhir Tempahan Qurban di Kemboja, Mekah dan Indonesia
Suzy
Sep 30, 2014 @ 17:42:30
Hahaha…rasanya nak singgah gak tapi bila cakap lagi worse dari dulu, hemm alahai…last pergi tahun 2005, that time tengah pregnant anak sulong now konon2 nak masuk gak since kawan kata dah move tempat baru. Hemm kene pikir balik lah ni jawapnya =)
Eh Fees dia berapa kak??
Suzy recently posted..Cuti-Cuti Malaysia 2014 #Terengganu – Day 1
Fana164
Oct 01, 2014 @ 08:50:39
Alamak…banyaknya kekurangan. Memang frust la gitu. Sepatutnya tempat2 lawatan ni kena jaga elok2 n bab membahang memang tak leh tahan. Moga mgmt boleh buat something to improvised.
Fana164 recently posted..Ayam Penyet Terlajak Sedap
cwa
Oct 01, 2014 @ 10:07:26
betul kak mmg hampeh management dia..
rugi sgt2 masuk muzium tu..tak berbaloi..saya pegi 2011 camtu..ingatkn dah ok rupanya tidak ye..
miera
Oct 02, 2014 @ 05:57:48
My daughter jer yang buat trip pergi ke sana dan masuk dengan kawan universiti nya… tapi baca dari blog RM ni, rasa tak baloi nak masuk… heheheh.. dari dulu bila ada di Copthorne hotel pun Miera tak berkenan nak masuk….cara dia kendalikan tak interesting to me….
miera recently posted..Women Extraordinaire Forum 2014 in Kuala Lumpur
Lyn Yusoff
Oct 08, 2014 @ 15:34:06
napa lah tak jaga elok2 erk…
for sure org tak hingin nak pergi..
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #172
sarah
Oct 20, 2014 @ 10:10:28
baru cadang nak pi sana..dengaq crita mcm best tapi kak red dah pi..tak jadi la..
sarah recently posted..Orang Atas