Nov 6 2014 Thursday, 1:00 pm
Penghutang ringgits!
aku seriously tak suka bagi hutang.
Benci benci benci.
Dah banyak kejadian yang bila dibagi pinjam, yang lari tak bayar, yang kita kena mintak muka tebal, macam kita pulak meminjam!
Ada sorang blogger ni lagi lah, dia boleh ngan selambanya mintak pinjam, aku bagi gak lah, dia bila kita ada sifat kesian nih, tu yg walau berjanji to self tak nak pinjamkan, still gak bagi. Tapi pastu aku lak hegeh2 kena remind bila nak bayar pastu dok cakap, cimb down, maybank down, is that my problem? masa ko nak pinjam berusaha ko carik orang yang pakai cimb ke maybank untuk aku transferkan duit ko pinjam, bila nak bayar, ko tak boleh nak usaha sama macam nak dapat?
dia ingat aku nak buat halal je semua benda? Ko pinjam kan?
Cara pemulangan duit pinjaman pun tak senonoh, so from there aku tau dah the true colour pompuan nih. Apa ke nama blogger ni tah, orang sarawak, aku dok cari lam FB, dah tak fren oh dia dah unfrend aku lah gitu. Sila ingat ko susah pasal hal kereta ko dulu, sampai semenanjung ko carik akak kan nak pinjam duit. Bila nak membayar, berpusing2 cakap.
Itu kisah lama punya cerita. Banyak lagi kisah lain yang malas nak ditulis di sini.
Dan as years goes by, masih lagi ada orang nak pinjam, hemm….
Satu kisah ni, terbaru gak. Last month. Hari yang tayar kereta aku pancit yang ada samaritan letakkan note kat kereta aku. The next day nya. Nak dikisahkan, aku nya kereta kan kat workshop so aku pagi tu ada kat rumah, tunggu kereta siap, hp mak aku bunyik. Aku tolong jawabkan. Sempat aku dengo dia cakap
Ni saya ni Mak Ajah, kita ada jumpa kat bawah 2,3 minggu lepas. Makcik ingat tak?
mak aku pun macam blur2 jer, hah ye lah ingat. napa nak?
Makcik saya nak pinjam duit, aritu saya nak pinjam makcik cakap, makcik nak buat kenduri kawin anak makcik, sekarang dah habis kenduri, boleh tak saya nak pinjam seribu.
Wah aku dengar masa tu (mak bila cakap hp memang biarkan speaker) terus cakap Mak jangan bagiiiiiiiiiiii pinjam.
but pendekkanlah cerita yang panjang. Panjang nih, menggigil bila dikenangkan balik. Ko buli orang tua yek. Ko ingat sebab mak aku tu baik, cepat belas ikhsan, ko boleh nak ketuk pinjam seribu! Mak aku kenal pun tidak. Alasannya dia ni single mom la, takde fund lah dan sebagainya macam2 alasan orang nak mintak pinjam duit le kan.
So instead of pinjam seribu, aku bagi pinjam RM300, dia datang rumah amik jam tu gak. Bukan duit Mak, duit aku. Walaupun dia berjanji kat Mak nak pinjam seribu nak bayar akhir bulan Oct. Sekarang sudah early Nov, bayang pun tak nampak, tepon pun tidak. Bayangkan kalau bagi seribu?
Aku malas nak contact pompuan tu, aku tau camne nak cari dia tapi macam aku cakaplah, dah macam aku pulak yang kena kejar ko yet ko yang meminjam, ko tak boleh nak datang ngadap or call ke bagitau nak extension ke tak dapat nak bayar bulan ni seperti mana yg ko perjanjikan waktu nak pinjam duit sebulan lepas!!
Derma sedekah lain. I did my duties tapi ini pinjam. Hak peminjam tolong bayar. Pompuan ni pun banyak kona sana sini masalahnya, tujuan dia target mak aku pun coz dia tau mak aku ni baik (mak aku memang sokmo orang mintak pinjam je sanggup pergi bank keluarkan duit utk tolong bagi pinjam tu yang anak2 dok nasihatkan). Out of thousands and millions of people dalam dunia ni, dalam keluarga ko ke hapa, Mak aku yang ko baru jumpa kat kedai makan umah aku yang ko mangsakan. That s not right. My mom is almost 70 years old, sanggup mintak duit kat orang tua. Tu yang menjadi sakitnya hati aku sampai aku yang ganti sebagai pemberi pinjaman, tak sanggup aku tengok orang pinjam duit mak aku heh!
Nah…now double sakit hati coz orang tak bayau plak.
Sambungan (para2 atas was done siap few days ago)…aku called gak dia, dia mintak extend. Takpelah. aku nak dengar tu jer, bukan tak boleh nak tepon. Dulu boleh datang rumah aku nak pinjam, apasal tak boleh datang bagitau, sebab katanya sekarang tak sempat top up hp tak boleh call. Ini semua alasan!! So tunggulah, seminggu 2 ke camne bila dia nak membayonya.
I dont like lah macam takde hati budi pekerti but at one time, aku tak suka orang pijak amik kesempatan!
But oklah dah lega sikit sakit hati coz dah dengo cakapnya, hati aku pun ada bunga tanjung gak, kalau ko cakap bebaik, nak mintak extend, i dont mind, asal jangan diam buat banganglah. So not right.
babyarisha
Nov 06, 2014 @ 13:51:00
sama le kak.. den pun terkono.. gn kawan sendiri plak tu..
time nak pinjam alahai lembut gigi dari lidah. cakap xde duit nak makan la nak balik kampung la bila minta byr balik hutang pandai plak larikan diri kata tunggu gaji keluar. yet time gaji keluar dia merendek berpoya2 gn kawan2 lain lupa kawan yg sorg ni menunggu janji dia. sekarang ni bila dia nak ajak saya keluar malas dah nak layan.. tuh kompem nak ngadu nasib xde duit la tuh.. nak pinjam lagi la tuh.. haishhh…
babyarisha recently posted..Sooner or later
akubiomed
Nov 06, 2014 @ 13:58:35
Memang pening dengan orang yang culas seperti ini. Nasib baik yang pinjam macam ini tidak boleh disenarai hitam dengan CRISS atau CTOS. Kalau tidak sudah lama check mate.
akubiomed recently posted..Sanyo Eneloop XX bateri caj semula untuk Speedlight
fad
Nov 06, 2014 @ 14:01:07
Betul la kak red.yang meminjam ni muka lagi tebal dari si peminjam.kita pulak kena tanya bila nak bayar.serik dah.huhu.
FAD
fad recently posted..konvo malaysia vs konvo oversea
Mya
Nov 06, 2014 @ 15:00:48
Kak, pinjam 1000? *lariiiii
Mya recently posted..Tak Comel lah Anak Che Ta
eyriqazz
Nov 07, 2014 @ 09:04:12
Hohoho..kena masukkan dalam ccris ni…baru cepat skit membayar….
eyriqazz recently posted..Contest Selfie Bersama Ephyra – Hadiah Menarik Menanti
cemylya
Nov 07, 2014 @ 14:32:39
Hmm..wat malu org Sarawak la blogger tu
mursyidah ismail
Nov 10, 2014 @ 11:52:25
cuba ckp mcm ni kat org yg selalu pinjam duit; ‘ duit tu mmg xkan cukup utk kite kalau niat kte pinjam duit org pastu xnak bayar balik. mmg smpi bila2 pun xkan cukup duit. kalau nak duit cukup kena start bayar hutang..rezeki sempit la kalau kte x bayar hutang..
Chekgu Azrine
Nov 10, 2014 @ 20:31:32
Bagus jugak kak red bgi pinjam tu..
Chekgu Azrine recently posted..Gambar Elly Mazlien Bernikah Dengan Azmi Hatta
Lyn Yusoff
Nov 18, 2014 @ 16:39:51
tak kisah klu bagi pinjam.. tapi jgn lah time mintak byk alasan..
mcm mintak sedekah lah pulak… janji byr.. skit2 pun ok.. org faham kot
Lyn Yusoff recently posted..Gelak Ketawa
Dila
Nov 24, 2014 @ 16:15:25
orang berbudi kita berbahasa,
orang dah baik hati bagi pinjam kat dia, dia pulak tak reti nak berbahasa atleast say sorry kalau tak dpt nak byr ontimekan..ni tak saja buat sombong je!!betul2 tak suka dgn sikap peminjam macam ni…kita pulak yang kena ‘mintak sedekah’ tuk duit kita tu…remind dia bila nak byr duit kita …