The Chef of the house…

Assalam gang!

Mak merah bz kedaung hah…bz ngan family sesangat. Dah macam one man show je walaupun tidak le pun kan. By the way, Zeeshan minggu ni memang dah back to school and dah seronok betul kat sekolahnya. Dah tak de drama meraung melalak, dok excited jer. Tapi tu lah, pancarobanya bila nak bangun mandi tuh, punyalah sampai nenangis. Kejap nak mak mandikan kejap kang nak suh bapaknya mandikan. Drama reringan je lah.

Lagi satu drama bz nya aku minggu ni pasal mak ajah takde, Mak aku pergi Pelayaran Islamic Ustaz Kazim Elias nun. Dari Penang ke Langkawi ke Phuket. Syok mak…tengok gegambau dia, enjoying the cruise sambil beribadah. Sempat jugak Mak Ajah bergambar ngan Aisyah, waris Mahsuri di Phuket. Dia dah menetap di sana, katanya mak bercerita. ehcewah.

So sebab Mak berholiday, jadi aku kena jadi chef of the house, selalunya mak yang tolong masakkan, weekend je aku masak or bila mak aku macam ni lah, ada event bagai kan.

Jadi merasalah, memalam buta dok ketung keting kuali, pagi buta too. Ada yang aku masak malam buta ada yang pagi buta, bergantung pada jenis lauknya.

 IMG_8349

 ini ayam masak merah

rasanya aku lawankan dengan bayam hijau  and ikan goreng or ngan telur dadar, tak ingat ler. some ada photos ingat nak amik gambo, some tu  memang takde le nak ingat. kalau takat sesayur tu aku buat pagi buta ler coz tak nak lah masak awal2 di malam harinya.

IMG_8319

kacang buncis udang fav cik suami ai

IMG_8321

memang minggu ni aku jadi chef je lah….ini sup sayur, sebab masak sendiri kan, boleh letak campak sebanyak mana pung. Abang kakak fav sangat ngan fishcake and fishball tu yang santak kau! sayur berkuah wajib dalam rumah nih pasal ada Zeeshan. abang kakak dah boleh makan pedas but for si kecik kena ada sup2 yang tak pedas. nanti kang sian dia kena makan nasi semata jer….

 

IMG_8325

asam pedas tenggiri, pastu bibik cakap ibu ibu sedapnya asam pedas ibu dari nenek punya, kenapa ibu tak ajar nenek resepi ni ibu?

ko gila ke bik, mak aku tu Chef of the world, nak suh aku ajar dia. resepi nenek lain, resepi aku main campak2 jer….

IMG_8403

ayam goreng rempah kari and halia

IMG_8424

sambal udang pedas meletup telinga kau!

IMG_8426

tomyam putih seafood and segala jenis sayuran aku campak lam nih!

aku tak buat pedas coz nak bagi Zeeshan makan sama jugak. Ini lauk aku buat, mak aku dah balik pulak dari cruise so separuh mak aku bawak balik, purposely aku buat banyak.

IMG_8413

kari sotong killer habis nih!

dalam seminggu for 2 hari kena gak masak lebih malamnya coz kakak kena bawak pegi sekolah, her bekal, dia ada banyak activities kat sekolah.

kita kalau memasak ni paling best kalau sedap ke tak sedap depa semua kena bagi komen, so kita leh improve if tak kick ke hapa

but for kari sotong nih, licin boliau! kakak abang suh buat lagi dan lagi. oh speaking of kakak, ada kadang2 dia tolong aku masak, ada memasanya lah, bila dia free dah siap homeworks kan.

IMG_8333

but percayalah, semua yang aku masak bagai segala ni kan, aku tak makan. But aku hanya makan my ezdiet meals sahaja. True story. Sakan masak segala, aku cuma buat rasa2 jer lah asal boleh. Camne kan aku leh kawal nafsu makan segala lauk kampung melayu hah but bersilat bagai kat dapur. dah 10 bulan pun, dah immune dah dah sejati, kalau ada hari2 nya aku nak merasa makan, pun boleh. but not priority lah, macam dah tak heran. Ko letak le apa lauk bagai pun, aku maybe terliur but masih boleh control, but aku seronok je kalau orang makan depan aku. Kadang2 aku sogok depa suh makan banyak2 either di rumah atau bila kat luar coz i love seeing them eating.

Yeah, that s all about it.

Oh next week pun kena sinsing lengan lagi, mak ajah berjalan ke Kelantan pulak.

Happy long weekend everyone, mostly yang di KL sampai 4 hari cuti panjangnya.

Comment: 12