Apr 14 2015 Tuesday, 12:00 pm
Batu Belah Batu Bertangkupppppp….
so purpleeeee! lagi 2,3 bulan sarung ler balik baju nih. semua dah pack pack pack. Aku dah memang siap sedia untuk pindah tapi rumah je lah lom siap lagi. Kita ada timeline, so heharap ikut the dates yang kita dah budget2 ler ni kan. Semua main duit yooooooooo. hikss.
Aritu 2 hari sebelum GST, aku bantai 2 lunch hours untuk shopping kaw kaw. Selain mengejar dek GST, aku nak abiskan semua shopping vouchers Parkson and Isetan. Harus dilangsaikan. kang lagi kena bayar lebih.
ada yang aku beli baju ler, perfumes ler.
oh make up too. I went to Sephore tapi macam salah amik colour je, the lipstick aku amik macam too dark giler, waktu tried kat situ, lighting kuning tak ler nampak sangatkan gelapnya but bila dah esok2nya baru perasan. So nak pakai boleh tapi kena sikit2 and campur ngan gloss lembut. If not apa kehal ler kan bazir sajor.
Sejak GST keluar, aku belum lagi shopping kain baju maknek sumer tuh kecuali on food lah. Laki aku ada ler beli groceries. Memang GST indirectly memaksa kita untuk berjimat, beli keperluan sahaja. Kehendak yang tak berapa perlu tu tak yah lah nak boli sangat.
I m one of those yang tak suka GST š
A day after Fast Furious 7 keluar, RD mai KLCC (Germany was cuti Easter), so dapatlah dating kejap kat KLCC. Movie FF7 well, ok ler but aku takde ler hardcore nak kata best benau. Cam biasa ler kalau dah jatuh gaung jatuh bangunan meletup2 bagai pun tak mati patah pinggang tulang gak, memang melampau benar rasanya hoi. Ada one time aku boleh nak tertidur. hadoi yaii…cite keter lelaju pun aku leh nak tidur. Siap aku keluar pi toilet lagik, tak kisahpun kalau terlepas. My laki suka ler. Aku antara pompuan yang tak ler suka benar, but so so jer ler. jangan memarah sang2 lelaki pencinta FF š
Untuk haritu cerita batu belah batu bertangkup.
One day at least once in 2-3 weeks aku akan tapau sushi (one flavour) ni semua anak beranak suka. So hari tu aku beli dalam 12pcs. So abang kakak makan, aku suh tinggalkan sikit untuk maknya satu-2 and bapaknya pun satu dua untuk makan breakfast sok nanti. Dah malam lewat pun kan.
Esoknya aku bz, away for like 10 hours from home. Rupanya abang kakak sudah makan kasi licin pagi tu jugak. Tak tinggalkan langsung untuk mak bapaknya. Kiranya 12pcs tuh, kakak makan 2 jer kot, abang makan 10pcs. Wallahwei….
dalam wasap group bapaknya terus copy paste cerita Batu Belah Batu Bertangkup.
Pucat dah si abang. hahahahah tu ler ko. makan tak ingat mak bapak kan, habis semua ko ngapkan. Kengkadang anak2 aku ni kena diingatkan, tak tau le bebudak lain pun sama gak, apa yang kita makan, kena tinggalkan orang belakang. Kalau makpak boleh ingat anak2 untuk depa makan, anak2 agak terlandas je sokmo untuk makan tanpa ingat mak bapak.
Last weekend, kakak ngan selambanya. Mummy bawak kakak pergi tempat Batu Belah Bertangkup tu, kakak nak tengok ler tempat tu, nak tengok camne mak yang nak makan ikan tembakul tu dok dalam tu.
Ding Ding Ding!
š
Jawapan dan cerita seterusnya biarlah bergantung di sini.
yangbaik
Apr 14, 2015 @ 12:54:10
cerita batu belah tu… legend sangat. Tak sangka la pulak kalau budak2 sekarang boleh faham ceritanya… huhuhu
yangbaik recently posted..Kenali huruf ABC
AZENI AHMAD
Apr 14, 2015 @ 14:54:53
Hahaha.
Betul tue,.
Nampak kelakar tapi kena ingatkan mereka kan.
AZENI AHMAD recently posted..Wanita dan Keju Berkait Dengan Kurang Produktif: Fakta ataupun Sebaliknya?
NFH
Apr 15, 2015 @ 07:36:29
Sedih pulak baca pasal ni..
NFH recently posted..Bagaimana Sinar UV Merosakkan Kulit Anda? (Video)
suzy
Apr 15, 2015 @ 10:53:28
HIHIHI…batu belah batu bertangkup makanlah aku telanlah aku aku kempunan nak makan sushi, amboi kakkkk…nampak modern eh, kempunan sushi. HIHIHI sabar jelah,
Kak merah, lipstik tu kureng sesuai kot utk akak, nampak pelik…saya suka akak nampak natural gitu…comel sangat ^_~
aisyahambris
Apr 15, 2015 @ 17:55:33
Lipstick walaupun dark..tp nampak cun pulok..hehe
aisyahambris recently posted..Jindrisska First Anniversary Giveaway
NOREHAN SAAD
Apr 16, 2015 @ 08:16:06
cerita rakyat yang sentiasa akan disebut-sebut oleh generasi sekarang…..banyak pengajaran yang dapat dr cerita tu…
NOREHAN SAAD recently posted..ANAK SEMBELIT TERUK SAMPAI KENA SELUK TANGAN NAK KOREK NAJIS
ReeN
Apr 18, 2015 @ 17:54:53
Batu belah batu bertangkup pun hado.. š
ReeN recently posted..Keguguran Rambut Selepas Bersalin?
Lyn Yusoff
Apr 27, 2015 @ 10:32:48
alahaiiiii…. klu di ingatkan cerita batu belah bertangkup tu confirm meleleh air mata kak woi…
Lyn Yusoff recently posted..Jalan Jalan Damansara