The old version of Red house…

IMG_8790

waa before I posted the new  Red house, ini asal gambaran the original of Red House sebelum kita buat heavy reno. The reno, i tell you yer, 99.9% kita pecah habis, 1% tu tang kiri kanan je tinggal kot hahahahaa tak leh nak usik.

Ini at least gambar selepas owner lama pindah, kalau masa depa belum pindah, lagi pengsan! Sekali je aku masuk rumah tu, cecepat keluar. pitam tengok camne depa leh duduk tinggal situ, ada 3 generations dalam rumah tuh. Takpelah, depa dah selesa 30taun dok situ.

So we took over the house, 10months dok reno, in fact skang pun masih lagi touch up sana sini, ada sikit lagi aku nak tetambah. Dari hari tu pindah pun, contractor hehari ada buat kerja, not Ah Seng, kerja dia dah siap.

Kami pakai 3 contractors, the major one is Ah Seng, wiring contractor lain, untuk cabinets specially the red red one tu contractor lain.

Pendek kata yang asas rumah ni, takde aku pakai langsung pun, tiles/roof/ceilings/toilets, semua ler, 100% cabut buang etcs. Umpamakanlah sebidang tanah, kami naik semula rumah baru. Begitulah.

Ada teaser sikit rumah merah dah keluar di Instagram/FB tapi di sini masih belum sangat le kan. Slowlylah. Cuma beginilah rumahnya gambaran yang aku nak tunjukkan, kenapa kita amik sampai 10 bulan untuk building up the Red House.

Masa depa pindah kan, owner tu tinggalkan segala mala barang yg dia tak nak bawak cam tu jer. Laki aku masa tu balik dari Europe, terus tepon lawyer kami, suh dia belasah lawyer sana/owner sana, to clear up the house sebelum kita charge lain plak hahahaha. Kelam kabut depa datang bawak lori, amik bembarang depa. ingat rumah aku tu sampah hapa, sesuka hati je ko tinggalkan sampah ko kan.

Insyallah tak berlaga bontot, i was once getting harsh comments from someone, dok jaja kata rumah VA aku sempit berlaga bontot. Keji betul bahasa depa nih, apapun tu lah rumah kami, kecil besar, bahagia syukur. Husband and I kept saying to ourselves, biarlah, orang tak tau periuk belanga kita, apa yang kita usahakan, so people could talk.

Alhamdulillah. Jemputlah datang, sesapa nak datang buat appointment dulu 🙂 . So far memang hari2 memang ada guests datang melawat and tour the Red House.

 

 

Comment: 8