Jan 9 2013 Wednesday, 2:00 pm
Amukan air @puspel !
as of today 9th, sudah 11 hari ye tiada air.
11 hari!!!
Kalau dah katanya sehingga Raya Cina, maknanya lagi sebulan. total up will be about 40days ++. Tiada air selama 40 hari, sebulan lebih!
Rumours said this is because of the political issue, air sengaja dihentikan supaya yang under ehem ehem akan beralih kepada uhuk uhuk. berpusing2. Kita rakyat jadi mangsa. Takde bantuan selain hantar Syabas tanks sekali jer sehari, adakalanya 2 kali, but jarang-jarang! I really don’t care pasal politik2 ni, just do what u suppose to do la, supply us the water!!!
Habis masa yang ada, berjam2 dengan menunggu air, amik angkut air, keluarkan air, susun air because Syabas failed to pump up the waters! Dei.. pump rosak ganti baru jelah!
dan terbarunya memandangkan akan berlarutan lama lagi takde air nih, Syabas cuba untuk letak satu tanks untuk satu block, like my house condo tu selama ni 1 tank, memang menggilalah sekejapan je habis kan, sian kat block C lah coz depa paling jauh nak berjalan ke tank tuh. Today Syabas letak 3 tanks untuk each blocks and depa pump up the waters terus ke tangki block, so air akan kuor dari paip, kita boleh tadah direct dari rumah. instead of turun bawah. but tu lah, ikut nasib kolah kan berapa lama ko dapat air tuh. Till habis and depa kena keep on refilling the waters.
Kesianlah yang ngangkut air, bukan ajer yang lelaki2 berkudrat kuat, tapi orang tua, laki pompuan, budak2, semua kena turun amik air, like my case my laki and my big son lah dok ulang alik amik dari umah mak. Kita ada trolley nasib baik, and memang ramai pun terpaksa kuor duit beli trolley, beli air mineral minum beli bertong2, kat Tesco Taman Midah tu habis dah tong2 air, tinggal storage box jer, pun orang pakai jugak untuk simpan air. Sedih kami di sini. Macam dah darurat dek air.
Residents dan rakyat jadi marah, sangat2 marah! Ko nak suruh aku twit sapa, pucuk pimpinan utama pun aku dah panjangkan, mungkin kerna kita semut kecil. Kalau aku semut merah, bisa ko kena tau!
SERIOUSLY, TAK MASUK AKAL LANGSUNG!!!
hafiz hafizol
Jan 09, 2013 @ 14:29:10
Jom pakat Mandi Sungai.. hekhek =p
hafiz hafizol recently posted..WORDLESS WEDNESDAY ( KFC TUESDAY TREATS )
Anis Czaj
Jan 09, 2013 @ 16:48:36
Sungai mana? 🙂
Anis Czaj recently posted..30 days to go!
aziah
Jan 09, 2013 @ 14:32:31
politik issue ek? teruk la kan klau gitu. kena pikir rakyat la.maybe sebab selangor under PKR, nak back to BN kut.klau btul masalah pam ke tanki ke,cecepat setel la. air kut, penting dlm kehidupan seharian.klau sampai CNY nak kena tunggu, mmg xmasuk akal la
aziah recently posted..SAVE GAZA. SAVE PALESTINE
Anis Czaj
Jan 09, 2013 @ 16:49:59
Memang xmasuk akal block air atas dasar politik! Kesian rakyat.. :p
Anis Czaj recently posted..30 days to go!
sukma
Jan 09, 2013 @ 14:35:13
kekadang masalah birokrasi berlaku dalam kes sebegini…
lagi-lagi masa yang terdekat nak pilihanraya…
ada pihak nak sabotaj kerajaan negeri….
supaya rakyat marah dan tak mengundi kerajaan negeri…
mustahil perkara sebegini berlaku dalam era globalisasi…
lain ler kalau musim kemarau seperti yang berlaku di Melaka dulu..tapi kerajaan negeri Melaka mempunyai alternatif yang dpt digunapakai untuk semua penduduk…
mana wakil pihak SYABAS & CEO SYABAS gaji bermillion takkan nak duduk di kerusi buncitkan perut jer….
takkan boleh diperkatakan masalah rumah pam rosak….ini bukan zaman batu lagi…
kesian pada warga emas & yang beranak kecil, dapat yang berumah flat nak turun naik tangga semata-mata mengangkut air…
belajarlah dari pengalaman lalu, janganlah mempergunakan rakyat semata-mata masalah politik yang entah apa-apa….
(lepas geram)
Anis Czaj
Jan 09, 2013 @ 16:51:25
Yes..l betul.. Saya setuju…mkalau rosak go tukarkan segera.. Ni pulak baru sehari dua.. Tetapi dah berploh hari… Mcm kat africa dah teruknya..
Anis Czaj recently posted..30 days to go!
adie
Jan 09, 2013 @ 23:38:24
ceo syabas berbini muda pandai la… tai looo….
eyriqazz
Jan 09, 2013 @ 14:53:13
fuhh..memang sengsara bila tiada air ni…
eyriqazz recently posted..Blog Eyriqazz Kena Pantau
Anis Czaj
Jan 09, 2013 @ 16:52:22
Sengsara… Masalahnya nak mandi, makan, minum, basuh perlukan air… Nak buang air pon perlukan air! Haha
Anis Czaj recently posted..30 days to go!
ayu mohd
Jan 09, 2013 @ 14:53:42
kak red,
mmg betul pun sgt tak masuk akal pasal pump rosak pun tak boleh nak repair n takes 1mth lagi nak pulih..
kawan2 kerja kat syabas .. saya percaya anda tahu cerita sebenar!! pasal air pun nak main politik, pls la..
Anis Czaj
Jan 09, 2013 @ 16:53:08
Ada x orang syabas disni? Sila jelaskan pls..
Anis Czaj recently posted..30 days to go!
Mawar Putih
Jan 09, 2013 @ 14:56:50
Mak ai, lamanyer. Sian RM.
Mawar Putih recently posted..Wordless Wednesday #6 – Ala, comeynyer
Anisah
Jan 09, 2013 @ 15:04:26
Saya dah pernah alami dulu.. Political issue di Terengganu tahun 1999.. Berbulan bulan takde air, hampir setengah tahun kot. nasib baik kat kampung boleh lah gali perigi. Tapi orang yang rumah atas bukit macam mana nak gali perigi.. Lori air datang sebiji untuk pusing sekampung. Memang hari hari la orang tak sempat nak dapat bekalan air.
Paling sedih lagi, waktu abang saya meninggal. Call syarikat air terengganu dari malam mintak hantar air untuk mandikan jenazah, sampai esok malam baru datang. Alasan, lori tak cukup untuk supply air. Terpaksalah mandikan jenazah angkut air perigi.. Entah dari mana perigi lah kawan kawan arwah dapatkan..
Habis pilihanraya, BN menang terus takde masalah air.
Inilah, orang kat atas bermusuhan, rakyat kat bawah menjadi mangsa.. Tak sukalah politik kotor macam ni.. Menyusahkan rakyat….
Anis Czaj
Jan 09, 2013 @ 16:54:54
Yeke?! MasyaAllah… Kesian dengar… Biasa la pilihan raya dah dokat… Macam2 issue la jadi…
Anis Czaj recently posted..30 days to go!
Lyn Yusoff
Jan 09, 2013 @ 15:25:24
sehari takde air pun seksa, ni kan lagi 11 hari..
nak2 lagi sampai CNY. damn sick!!..
kesian mereka2 ni… perhatin lah skit pd rakyat..
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #84
Naniezara
Jan 09, 2013 @ 16:02:59
Salam k.red dok area bdr seri permaisuri eh…sama lah kita suffer takde air ni…
Cik Lily Putih
Jan 09, 2013 @ 16:05:46
melampau betul.. umah kite ni pun dah start tak de air.. dior catu geram betul la
Cik Lily Putih recently posted..WW – Kehebatan Samsung GALAXY Camera
Erinhakim
Jan 09, 2013 @ 16:18:11
saya dpt bygkan mcmana deritanya takde air…
mmg tension kan kak Red!
mmg bikin meroyan di buatnya…
bdn lagi sakit2 nak ngangkat tong air yg berat..
angkut pulak masuk rumah….
hish sabor jelah byk2….
Anis Czaj
Jan 09, 2013 @ 16:56:10
Tula… Soksok letrik pulak dia potongnya… Hampeh..
Anis Czaj recently posted..30 days to go!
Anis Czaj
Jan 09, 2013 @ 16:58:19
Cakap pasal xde air teringat saya zaman kolej… Hostel digombak… Bilik saya di tingkat tujuh… Setiap kali nak exam, time tula air xde! Kene menumpang mandi di masjid.. By the time da siap mandi, naik tangga sampai tingkat tujuh badan dah berploh balik.. Ini sebabnya lift rosak sebab budak2 dok angkut air pakai lift..l tension..
Anis Czaj recently posted..30 days to go!
mikamusz
Jan 09, 2013 @ 17:17:02
saya pun jadi marah bila jadik macam ni walaupun kawasan saya tak kena. Tetiba pulak susah sangat nak baiki pam yang rosak. Baiki jelah kerajaan mana pun, pastu naikkan sepanduk ‘Pam ini telah diganti oleh kerajaan tuuut’.. abis citer…. daripada rakyat sengsara. Saya ni dahlah pregnant. Tak taulah kalau jadi kat saya cemana. kudrat husband yang kurus cekeding nak angkat air 40 hari. Mau patah pinggang dibuatnya.
mikamusz recently posted..Tahun Baru Datang Lagi
LIYANA
Jan 09, 2013 @ 18:48:32
ishhh tak patut betul la klu air d politikkan… walaupun umh sy tak terlibat mgkn sbb parti tuttttttt yg pegang..sdngkan sy duduk area kajang..bukan jauh mn pun kjg and cheras kan tp sy pernah rasa bila tak da air…sgt2 menganggu kehidupan harian.. dan mmg tidak sepatutnya smpai 40 hari tak da air…
Syue Mustafa
Jan 09, 2013 @ 18:59:09
Kesian kat penduduk yang terlibat. Semoga masalah air di kawasan terbabit cepat selesai.
Syue Mustafa recently posted..Thank You Nuffnang…
yangbaik
Jan 09, 2013 @ 20:55:00
kalaulah ada tempat yang sesuai untuk gali telaga kan bagus… boleh le merasa anak2 kita cedok air dari perigi… eh… faham ke nie.. :beurk:
yangbaik recently posted..Segmen : Saya Blogger Negeri …….
Nurul Aini
Jan 09, 2013 @ 21:25:10
laaa..tak okay lagi, kalau saya pun bengang..tak patut macam tu..air ni keperluan. sebab tu tak suka poli……k ni. grrrr.
I am what I am
Jan 09, 2013 @ 21:45:05
Salam..Saya ni keje State Gov,jadi saya pun mangsa keadaan ni..frankly ni mmg politic issues.. Alasan Sybas sgt tak logik. Buka repair pum house pakai gam pun kan. Syabas tak pernah k/sama bila panggil meeting penyelarasan ni. Kalo hantar kerani cabuk. So mmg tak resolve la. Dia jgn ckp “overwork” pump. Kene ingat semua cdgn pemajuan perlu kelulusan teknikal agensi terlebih dahulu sprt JAS,JPS,TNB,Bomba,Syabas ect.. Jadi kalao dia da tau obverload,kenapa lulus semua kerja pembangunan baru yg ada sekarang? Mesti engnr dia ade study kepadatan penduduk dulu kan? Unjuran penggunaan 10 tahun kehadapan dan lain2 study… So ini bukan isu baru, bende ni dah boleh ramal awal2 dr pemohonan kemajuan.. Kesimpulan saya,ini sangat politik agenda. Syabas memilih utk memperdagangkan anhugrah Allah,jadikan air sebagai komditi dan alat penindasan.. Ape pun rakyat yg jadi mangsa dalam kapitalis sistem ni.. Yg miskin terus di tindas..
fiza darwish
Jan 09, 2013 @ 22:09:37
Saya kat setiawangsa sehari je takes air 31hb aritu.. Dah susah sgt rasanye.. Xtau la ape nak jadi
fiza darwish recently posted..Free Style Saturday!!
Nuha Apparels
Jan 10, 2013 @ 09:51:35
Assalammualaikum.
Syukur Alhamdulillah. Sbb sepnjg idup rasanye tak pernah merasa tak de ayo cam ni (ke dedulu sbb parent yg take responsibilities). Dpt jugaklah kids pun tlg angkut ayo siap main2 lagi ayo yg byk tumpah belum sampai rumah.
Alhamdulillah lori air pamkan air trus ke tangki each blok. So dptlah air seperti biasa cuma bertahan sejamdua – pecut basuh apa yg patut tmasuk kainbaju yg bertimbun2.
Syabas memula dulu je dtg, pas tu puspel lak yg dtg sampai tgh2 mlm buta. Syabas dah tido lena dah 🙁
byk lori ayo yg dtg dr lori si puspel, syabas blh dikira berapa kali je. syabas nak ganti pam baru yg harga tak terjangkal dek akal…kok ye pun ingat2 lah skit. Bak kata anak sy “baik bagi kat sekolah (org susah free education)”. Tu agaknye pokcik syabas geram kot. wallahualam. Allah maha mengetahui 🙂
Nuha Apparels recently posted..Shawl Chiffon Color Block
wan fatmasuriati yahya
Jan 11, 2013 @ 02:17:04
kesiannya uols.:(
puanbee
Jan 11, 2013 @ 09:57:39
sama lah nasib kita red mummy , red mummy ada lif nak angkut air , kita takde lift lagi la haru ….
harap2 sangat cecepat pulih balik ..
puanbee recently posted..#ww versi video : Amalan murah rezeki
mylovegifts
Jan 15, 2013 @ 21:43:09
hopefully berakhir segera…
mylovegifts recently posted..Contoh Tuntutan @ Claim 4