Jul 18 2014 Friday, 11:00 am
Umrah for Mak Ajah…
KLIA hari tu. Hantar Mak Ajah.
Tapi pergi berpenjuru lah memasing, macam aku sendiri datang dari KLCC. Suami aku datang dari rumah bawak mak abah Zeeshan and adik bongsuku. Adik abang kakak aku pulak datang berasingan sampai kemudian. Waktu hari bekerja kan so begitulah penceritaannya, niat yang satu nak jumpa Mak yang akan berangkat ke Mekah menunaikan umrah lagi.
Zeeshan ni dok ulang alik ulang alik pi kedai paw bapaknya air. dahlah ko sorang je yang tak puasa…
Little Zhafira yangg asal aku ngekek je ke main dia gelak. ke suka tengok auntyyyyyyyy comel ko niii?
Abah aku tak pergi kali ni, tak sihat. Tapi tak lama lepas tu Abah pi kelantan, adik aku bawak sana kejap, So kat sini kita bergilir le adik beradik amik turn tengokkan Abah. Kan aritu abah aku tak sihat, aku dok ajak dok rumah aku, tapi langsung tak nak nya dia. Sorang2 dok rumah tu alahai, degil pak aji nih.
Mak aku masa ni dah menghilang, pi surau. So kami ni dok menunggu ler, mak aku memang selamba, kitorg yang dok risau cepatlah mak oi kang kapalterobang mak tinggalkan mak kang. She always like that, apa2 urusan pun Mak akan jawab dahulukan Allah, lain Allah akan tolong. So memang takde le kapal terobang nak tinggalkan mak aku kan.
5 beradik yang menghantar, kurang 3 lelaki dalam ini gambar
aku dah nak masuk kerja balik, laki aku pun sama nak kena pi kerja so Zeeshan akan dibawak pulang oleh my sister brothers lah…Abang kakak takde, sekolah mar…
selendang ni asal dulu kakak aku punya, lepas tu jadi hak aku so aku dah pakai for over 15 or 20 years kot….gila lama selendang nih but memang lama selendang ni berkhidmat ngan aku hah…
terlepas lambat nak snap gambar mak ngan abah berkissing kahkahkah
Selamat perginya mak, pulang kembali. Raya ketiga Insyallah kita bertemu
Zeeshan hok masa ni addoi langsung tak nak berpisah tak nak turun, nak berdukung jer…
One last family photo sebelum Mak boarding. Korang pun dah naik hapal kot tengok Mak abah aku memang setaun 2,3 kali pi Umrah, tu dah cara mak abah aku lah. Mak dah banyak kali cakap kalau boleh mak pergi sana mak tak nak balik, mak nak meninggal kat sana, begitu sampai dah seruan cakap mak aku tuh, kecintannya pada bumi Allah yang satu sana.
Few days sebelum nih kita ada buka beramai2 kat Bangi Golf Resort, tengoklah kalau ada nafsu nak bercerita yek. Apapun, semoga Mak Abah sihat hendaknya, biar Mak pergi menunaikan bersendirian tanpa suaminya (with group of course). I heard someone i know since my day one in ITM Jengka pun pergi jugak buat umrah with her family, may Allah bless you too.
Tu pasalnya raya tak berapa seronok sket, mak aku balik raya ketiga jer…..
hah sambungan citer kawan pada si kawan tu……
hafiz hafizol
Jul 19, 2014 @ 00:29:55
Raya ke-3 baru boleh bersalam salaman bermaaf maafan dengan mak.. hehehe..
hafiz hafizol recently posted..Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mazni Azmi
Jul 19, 2014 @ 08:34:54
Bestnya pergi umrah di akhir ramadhan. Dekat malam 10 terakhir pula tu. Moga diterima segala amalan .
Insyaallah. Amin
Mazni Azmi recently posted..Shawl Half Moon Fesyen Muslimah InspirasiHana
Lyn Yusoff
Jul 24, 2014 @ 16:00:03
semoga pulang nya dgn selamat. Amin…
Lyn Yusoff recently posted..Salam Aidilfitri
Hasnul Mutawif
Sep 05, 2014 @ 09:45:43
Tahniah kerana menjadi tetamu Allah di bumi yang diberkati.
Memang bertuah dapat melaksanakan umrah semasa bulan ramadhan.
Tak semua orang terpilih. Kalau dapat pergi pun perlu bayar pakej umrah yang agak mahal.
Sebab masa ni sedang berpusu pusu manusia disana
Solat teerawikh pun penuh ke jalan raya
Hasnul Mutawif recently posted..Hukum Umrah Tidak Wajib Pergi ?