Posts by :

Euston to Bicester Village…

IMG_2894

hello hello salam sumer….kita masih lagi citer kat London yek, cite paris aku sambung bila dah landing kl yek. coz citer paris macam panjang berlebar lah you. so kita langkau and buat londonnya story sat. hotel yang aku amik kali nih termasuk dengan breakfast, sama gak ngan hotel kat paris arituh. hotel kat Paris namanya Carlton’s Hotel yek.

ini pulak namanya Thistle Hotel, depan selangkau ngan Euston train station. bfast kat hotel Thistle ni compared ngan kat Paris’s hotel tu lagi gempaklah. kitorg kat paris arituh makan roti semata ngan planta. kat sini ada beans, telur and potato. itu  je yang kami bedal.

fyi, konsep makan kami di negara mahal cekadak nih gini:

1. pagi makan breakfast

2. in between sampai petang makan jajan yang kami bawak macam pringles and coklat. kalau nak warm kita tapau hot choc kat mana2 kedai.

3. late petang kita makan heavy, kalau kat paris depan hotel ada 3 bijik cafe halal. so not a biggy. sama bih kurang ngan london, adalah dpt slot makan kat memana janji heavy.

4. at nite if lapar coz dah makan heavy waktu petang (consider lunch + dinner), we will eat maggi tomyam di dalam mug hahahahhaha! baik punya menu. dok pun kita kunyah kacang ngan yin tuh, huh sedap, belasah sama kopi aik cheong, sume aku bawak bekal sesiap yer…

gitulah so far, coz selain dari jimat belanja nak jimat masa gak. yah gitu yek….makan no hal lah. aku boleh je berlapar.

IMG_8942

jangan ko gelak tengok aku berstokin biru…dan coat merah adalah wajib, it was 10degree lah sejuk giler kat London. summer nya ala2, setakat panjang waktu siang, kol 5pagi dah terang, kol 9 lebih malam baru gelap. tapi weather tetap sejuk. aku hanya tukar socks, korang pun baca twitter aku kan, aku dok ulang2 bbsuh stokin, yang dah berbasuh tak kering pulak so kena pakai yang baru, hok biru nih. in london and paris aku tak buat konsep ‘melawa’ janji tak sejuk sudah.

fyi, saya pakai 2 lai tshirt itam dalam tuh yek. satu tshirt itam sirman, aku mmg tak bawak baju ko, sume baju dah abih pakai, bape lai je aku bawak. pastu aritu ada beli baju paris murah, ha pakailah tuh, n tshirt itam sirman bawak pi tidur pun aku sauk. so 3 lai! sejukkkk! my red scholl tuh memang meant for long trip yang kena jalan kaw2. aku tak pernah pakai kasut tu for event or mana2, hanya khas utk travel dalam negara and overseas trip jer. it s very comfy. wpun orang katalah camner, apa ke pesen ko red, eh biak pi lah…..

again aku jwb senang jer, apa orang nak sibuk, yang menahan sejuknya aku. yang menahan sakit kaki aku gak, so aku pakai yang ikut selesa di badan.

oh coat merah panjang nih aku beli kat paris, the flea market at only 6 euro jer. masa tuh mmg gagau carik baju sejuk sbb baju yang ada tak boleh nak cover sejuk yang ada. iskk, ko toksah cakaplah sejuknya…gilerr tol aku tak tahan…

IMG_8945

as i said, depan hotel aku memang walking jer ke train station, kita carik tube nak pi Bicester Village. ni kawan2 aku lah nih dok sorak, ko pi London tak pi BV, ko giler hapa. baik ko tak yah cakap ko pi London. at first dalam original plan kita nak engage member aku ada, member sirman pun ada anto bwk to BV, pastu ke few places. but after kira2, yang dalam london pun tak cover tak yah lah pi luar london. some more nak jimat duit gak.  me as usual berdiri ikut jelah bontot laki aku mana dia pergi. dia yang terer pasal peta2. nih.

Red, kalau i takde, you sendiri pandai baca peta2 ni tau…

sebab you ada ler, i tak kuasa nak amik tau hal peta2 bagai nih..

IMG_8958

tinggi betul escalator nih yer….

we had to change 2 tubes.

IMG_8953

satu tube tu mmg siksa, orangnya padattt. in fact 2 tubes lalu kami tak naik coz tak boleh lepas nak masuk. kang jadi cam kes aku terlepas masuk, laki aku tak lepas pulak. yang tak menahan tuh, sirman nih bukannya nak panggil ke cakap ke hapa, tetiba je bila aku dah terlepas ke depan (maklum le kecik senang nak cilok) dia dok tarik tengkuk leher coat aku. ciss! so kenalah aku reverse balik kuor, ater laki mak tak lepas ko. dia ngan bagpack nya lagik.

ha sebab aku kecik, lam gambar nih menunjukkan betapa kerdilnya hai saya kena penyek dek omputih2 nih….sempat gak lagi tu sirman amik gambo nih.

IMG_2901

mat peta oh mat peta…

IMG_8968

ada drama tau kat train station Marylebone tuh. ok ni dah dok selamat lam train 🙂 . sirman cukup nyampah aku pakai tshirt paris love tuh, ater tu baju murah, mmg nak buat pakai for basahan jer. dah bila dia tengok aku dah takde baju, ha barulah aku boleh pakai.

IMG_8977

cantik cantik….ijau kuning.

IMG_2907

bangunan tu pun cantikkan, itu rumah2 kot dah nak dekat2 ngan BV.

IMG_8981

aku ngantuk, tapi tak leh nak tidur coz couple sebelah tu dok meeting ke discussion punyalah ke main kuat bercakap…iskk rimas tollah acik. terlalok2 aku menahan mata dengo depa potpet…

IMG_8988

bukannya tak tau ada Quiet zone kat situ, no talking loudly, no phone ke whatever…aisayyy

IMG_8987

mailah amik gambo sendiri jer…

IMG_8989

lawa kan?

IMG_8995

bawah ijau terbentang…atas tu langit awan membara putih birunya…isk lawa betullah. aku bukannya tengok luar sangat, tapi bila dah tengok hasil gambar sirman amik nih, emm not bad.

IMG_8997

awan ni lagi cantik….

IMG_9002

ok mat peta buat keje petanya.

sekali ‘eh kita kena turunlah, patut turun dari awal lagi tadi’

ha??? terlepas BV k??

tak, kita kena turun kat satu lagi station pastuh baru boleh terus ke BV

ciss, buat aku suspens jer…

IMG_9003

train ke BV, aku amik pergi balik return. harganya berapa ek, kira murahlah dari apa yang aku dengo and study. return plus transport taxi bus from the station to BV sendiri. station BV tuh ker BV sendiri pun lam 5min jer. murah nya pun kalau ko tak convert, tapi kalau ko pikir darab 5, ngehngeh…..balik nanti mak merah sambung makan maggi yek.

IMG_9012

dipaksanya aku berdiri situ, tak yah paksa pun tak per, aku mmg nak naik pun train tuh. tinggalkan ko sirman, asik senap gambar je kejenya…

IMG_9015

ahah dah sampai BV, ni tpt sume orang tau kot…ke aku nak kena cakap gak. ni macam ala2 factory outlet lah, harganya murah, tapi yang tak bestnya dia takde latest season nya collection (if hbags/shoes/sunglasses/watch) . baju pun tak tentu. but bolehlah, tengok2 apa yang ada. janji pergi. panas telinga aku kalau tak pergi, kang member2 dok bising pehal ko tak pi BV. so wa pergilah nih…

dahlah orang tak tahan sejuk, wpun panas beliang, pakcik suruh gak berdiri kat situ, nak amik scenery nih…

IMG_9018

wah suka lah gambar nih, biru kiri kanan kat atas bridge nak naik taxi bus ke BV, pastu ada merah nyala2….contrast dedua tu kan. lawo lawooo! gambarnya combination yang lawa, kalo ko nak kata aku lawa pun wa tarak hal, hahahahha. aku giler! ok ok tadi cite yang drama tu kan. kita sampai2 je kat Marylebone tuh dah beli tiket, abang mat saleh cakap train nak gerak dah.

apa lagi, memecut larilah aku ngan sirman, dah macam marathon pulak. we sampai2 lam pintu train tuh seminit je sebelum diorg tutup. kalo tak kena tunggu setengah jam baru lah train baru sampai. setengah jam tu lama tu worrr…! oh tu je lah dramanya, kena marathon heheheh. ha in total dari hotel ke BV, kita amik lam kat 2 jam gak la ngan journey sume ek…jauh gak lah BV tu.

pastu ada lg drama gak kat Oxford. malas acik nak cite heh. nantilah tunggu balik kl kay wa citer. aku dah nak balik dah pung 🙂

ok apa yang aku tangkap kat BV, tunggu sat ar….eh eh, perlu ke tunjuk? kang tunjuk kang kata show off berlagak. kan aku dah cakap, susah nak jadi RM, nak kena jaga hati banyak orang. sekumpulan readers mahu ditunjuk, tapi yang senyap2 menyampah pun ada. so ater camner….simpan peram je lah. tak yah tunjuk lagi afdal 🙂 .

Comment: 17

Sehari di kota London…

IMG_8835

uhuuuu

gambar pergi London tak banyak amiklah. sbb hujan satu hal so takdelah sirman nak guna camera dia. fyi, kita pakai 2 camera, dslr tu sirman peganglah, aku jaga yang canon kecik. senang je masuk poket. so gambor dia aku amik, gambar aku dia amik. nak amik gambo berdua, kita snap sendiri. nak suh orang amikkan pun boleh kira bape kali.

ini kat Paris de nord station, num kopi before check in.

oh abang imegrisen England tengok passport sirman, terus dia cakap melayu kooo!

IMG_8838

kat depan paris de nord train station nak gi london

IMG_8890

nak pegi mengukur oxford street

IMG_8895

double decker bus

IMG_8924

sales ko!!! harga menjunam2 turunnn

IMG_2810

ooo ni baru sampai kat st pancras station, tgh baca camna nak gi hotel

IMG_2828

serett bangg 🙂

IMG_2845

dalam minicab

IMG_2859

check in hotel

IMG_2879

mat saleh london 😛

Love from Redmummy and Sirman di bumi London.

Comment: 25

RM is in London…

IMG_8829

that guy is the nite shift of our hotel. aku dok Carlton Hotel, cafe halal ada 2,3 depan hotel, isu makan memang aku takde masalah langsunglah kat paris nih. pastuh flea market pun depan hotel gak, metro station ada 2 bijik gak kiri kanan hotel, jalan 20 langkah jer…semuanya nak carik ada kat hotel nih.

nantilah yek, citer hotel segala tips yang korng nak, aku roger bila balik KL yek. skang entry sume dah berterabur…

so ini hari terakhir kami di Paris…cite paris tak abih lagi banyak gilerrrr nih.

kemudian kami pulang…

tapi tak pulang KL yet, singgah kat London jap.

IMG_2760

we took the eurostar train to London from Paris. pun tickets nih sume aku dah bayar since 2,3 months ago. dalam banyak2 benda, hanya hotel di Paris and London sahaja aku suh agent tolong bookkan on our behalf. coz banyak review yang kami baca, bila buat booking sendiri, tetiba bila hari nya nama takde lah, booking hotel pun x de lah. so baik suh agent, satu dpt murah, satu lagik secured.

utk hotel di Paris, harganya semalam is 179E but kita dapat at RM650 per room per nite. eh itu kira murahlah tu yek, dia ada all the basic, jadiklah. utk anak perantau nak tidur makan kat situ.

ok mat peta nih ngah sibuk dengo laporan dari anak2nya….

dari hotel di Paris to train station, dekat jer, lam 15 min walk but kita ada  3 bijik luggage, lgpun pagi buta kan..so taknaklah jalan kaki. naik cab kena euro10.

jangan ko pikir conversion, kalau pikir tak makan and menapak je lah tetiap hari..

IMG_2788

i dont wait, naik train je aku terus kong tidur! lalok coz a nite before buat entries and adv je sampai kol 2,3 pagi waktu paris!

IMG_2745

sambung lagi jadi mat peta…eh eh …ooo dah sampai London yek

dik sapa yang tanya tuh, entry saya sblm nih cakap pasal budget 10k to 3k, itu bukan utk paris trip yang oi, itu utk bagi contoh ayat jer. ko takkanlah pi paris nih budget 3k jer, cer kira flight kalo via MAS pun dah 11k utk 2 orang, low season punya booking tuh. n hotel pun kalau satu malam dah RM650 darab 4 nites ke 5 nites dah berapa….

saya bukan pi holiday as backpackers, lagilah tak boleh nak buat budget sangat but at least sebab kitorg buat sendiri, noone sponsor us, kita pun booking bayar semua 2,3 bulan sebelum the trip, so dapatlah banyak harga murah.

gitu maksudnya.

IMG_2824

ops dah sampai London…

ni iklan lagik, sapa ke dulu buat bidaah cakap ‘bila masa tah si RM tu pi paris and london’

astaga, perlu ke aku nak canang sumer travel trip aku? perlu ke aku nak announce aku buat apa aku pi mana bagai. cakap tu agak2lah pikir, engkau tau ke aku buat benda ni sejak 6,7 bulan lepas. ha yang tau pun only the gbm girls, kakak angkat saya kak ann, and few of my frens. dah berapa hari aku kat Paris pun aku tak de nak sorak kat sini……

so harganya menjadi RM ni kadang2 annoying jugak. orang think for us, yet orang tak tau apa pun schedule kita. ha tu NN pun tau schedule aku ni hah…

IMG_2833

sampai train station London, aku bukak itinerary. oh we have our own booklets yek for this travel trip. sapa nak pinjam ha bayar! hahahahahha ater, wa buat keje kaw2 punya. to walk from the station to our hotel dalam 10min bertulis katanya, tp aku tak nak percaya. ngan 3 bijik luggage, naik cab lah senang.

oh again, saya tak pakai hbags pun kat sini, or paris, pasan tak. aku lenggang kangkung jer jalan pegang shopping bag TLC. lain sumer Sirman pegangkan, lam poket aku pun ada lah 20-50 pounds or euros tiap kali kuor. itupun for emergency.

IMG_2851

bila kira2 balik just paid 10pounds for a cab, convert in RM muahahahhaha….pitam acik. kalau sume benda aku pikir convert, memang jawabnya payahlah nak hidup…..tapi sebab kita sampai hotel awal, lepas rehat n kunyah2 Pringles n simpan luggage kat hotel, coz tak boleh nak check in dulu kan. kita jalan2 pi Oxford Street.

naik tube/train jer….

IMG_8857

sirman cakap esok2 suh jalan lagi gini coz dia nak capture aku nya long coat nih ala2 the Matrix! siot je kan, sempat lagik tuh…. waktu balik from Oxford to Euston (ok those in London, aku dok kat hotel near by ngan Euston train station), orangnya ramai ya rabbi. memang kitorg terpaksa skipped 2 trains lah jugak coz tak dpt nak naik.

kali ke 3 aku dpt lepas, pastu pak itam (our frens in london bilang, si negro2 tuh depa panggil pak itam, so aku follow je ek ayat tu yek) ha pak itam sorang ni dok push2 sampai Sirman tak lepas. kira aku dah terpisah ngan Sirman lah pulak. takkan nak sorang naik sorang tinggal, so sirman mbe tertolak pak itam tuh coz nak tarik bininya kuor semula.ha ko, kena marah ngan pak itam tuh. eii ngeri plak aku, dia pun satu aku dah excuse me nak kuor nak kuor dia dok marah2 push ke dalam lagik. eh ko…nak suh aku tinggalkan laki aku, split ngan aku pulak. manyak la ko kan!

IMG_2871

oh yer, sirman top up card biru tu kat sini yek. utk foreigners lah. aisay baerapa wa tarak tau lah…tp ni memang senang kuor masuk kuor masuk tube pakai kad tuh jer. sama je prosessnya kat Paris gak. kalau amik yang package tu lagik murah, tengok banyak mana ko kuor masuk tube.

IMG_8872

oh saya sudah sampai ke kota london, the Oxford Street benda paling pertama kita nak buat ialah makan! i found this pink man macam counter information jer, so tanyalah dia. jam2 tu gak dia walkie talkie member dia tanya halal food kat mana. aku ada buat research pasal makan, tp trying to avoid makan kebab kat oxford street tu lah. i m not a kebab person, laki aku ye lah.

so kita opt tukar makan ke McD je lah…

IMG_8894

di McD kita jumpa Datin Norjuma ngan lakinya! muahahahha…. n kenapa perut aku macam pompuan mengandung, itu bukan buncit tuh (tak nak ngaku) itu adalah belt suor aku yang very the terperasan pulak dalam picture.

lawalah weii si juma tuh, dia bawak green Chanel, tak nampak lam gambar coz dia sling kan ke belakang. depa kat London 3 minggu and she is so slim! serious slim fit sungguh, and baju dia very the warna warni. tudung ke bawah ko! dia pun sama gak rembat makan McD…

IMG_2884

dan akhir hari, hujung2 aku dok depan Selfridges tuh, not really depan, but along the street tu lah, menahan sakit kaki yang hamat! aku dah masuk hampir sume kedai dalam Oxford street tuh, member aku kirim spentot M&S pun jenuh aku carik kuor masuk kuor masuk. i didnt get anything for me, coz pala aku serabut ngan kaki pun sakit bangat. ngan weather yang melampo sejukkk! 10 degree ko masa aku kat sini.

seriau lah sejuk dia, ngan ujan renyai2 gerimis, halahai….at nite we went to Sirman fren’s house for a dinner, dari kuor hotel ke keter dia, aku leh berlari sepecutnya coz tak tahan ngan sejuk sum2. kata jer summer, tapi nan adooooooooooooo panas mencuka pung. summer yang best tetap kat Malaysia lah….berpanas pun senang nak jalan. apa nak buat, lain orang lain tempat lain budaya dan cuacanya.

Alkisah begitulah cite2 basic aku dari bumi Paris ke Kota London….

Comment: 30

Story riuh lagi di Paris…

IMG_8496

ahah! lepas amik gambo, balik hotel, sirman upload gambar. dia godam2 and edit2 pastuh dia perasan…

banyaknya gambar you yang memberak?

ha???

cissss! gambar aku yang sibuk ngamikkan gambar dia tuh, tersengguk nak terduduk dia kutuk pulak…

jap aku carik modal yek..

IMG_8553

iklan plak…… wanita pemakai merah…

IMG_8547

dan lelaki yang atas bawah pun merah, bininya pun pakai coat merah…ingat aku je pencinta merah….

oh yek, aritu aku cakap aku balingkan handbag aku tu kan, memang tak pakai sudah, at last pakai shopping bag tlc, bagus betullah shopping bag yang Thelilcaliph bagik aku nih, dah merata tempat aku pergi baik local or luar negara, memang aku angkut sentiasa! tu aku buat letak air botol, and apa2 ntah barangnya lagik lam tuh. takde yang berharga pun, passport bagai segala kat backpack Sirman. dalam poket suor aku pun ada 50 euro jer, pakcik tu bagi buat kes kalau tersesat, ha naik teksi buat stand by balik hotel.

sabar je lah kan….

IMG_8620

pastuh lalu kat LV, mak datuk panjangnya beraturrrrrrrrrrrrrrrrrrr! haritu pun aku tengok kat LV La Fayette pun sket nya ramai orang beratur. tapi ini lagi dasyat. masa lepak2 kat seberang jalan, ada sorang abang nih, singaporean dia pun beli gak LV sini, dia cakap dia beratur for 30min before dapat masuk.

sure local people bengang je yek tengok foreigners punyalah ramaiiiiiiiiiiiiii soping LV. aku peratikan orang from negara China sana nun, and Japan ramai yang beratur kat nih sumer. mat saleh kurang sangat. iskk..

sanggup depa yek.

IMG_8623

ha tu yek beratur panjang…baik tua muda apa bangsa dari negara mana pun sanggup beratur nak masuk LV tuh. iskk siksanya hai. berapa ratus ribulah sale depa kat Paris nih. kentang betul ramai orangnya!

IMG_8629

nak Alma merah tu lah Sirman….

kem salamlah nak suruh ai beratur, moh jalan…

eii laki aku nih…

IMG_2733

aahah nih sambung citer isu berak tu hah…kita beria amik gambar dia, pandai lak dia taji kata aku yek…kita carik gambar dia yang ada ala2 terbe yek…

IMG_8661

Red, ai sebut jump u jump….

ok dah jump

alahai, tinggilah sket jumping tu…angkat kaki tu lagi lelebar

IMG_8663

alo Sirman, tak nak jump lagilah, tu hah police France ada sebelah nih…

IMG_8668

hah aku jumpa gambo Sirman memberak…heheheheheh…dia kata aku yek.

IMG_8671

pandai gak aku tekan punat camera tu yek. aku suh dia jump..jadi jugak jumping gambar ni aku amik. huhuuuuuu….ok jumpa satu je lah gambo dia terbe…so bolehlah tu kira revenge!

IMG_2709

ditutup ngan gambar RM and Sirman @ RD di depan arch mana tah. malaslah aku nak bukak map and itinerary kitorg. jadiklah… nak suh tourists lain amikkan gambar tak de mood wor….but tell u the truth, dok kat Paris nih memang betul2 rasa honeymoon sungguhlah. kitorg rindu gak kat anak2, depa pun rindu gak kat makpaknya, tapi hari2 kita webcam and YM ngan diorg.

tips pasal jalan2 and susah speaking coz french kononnya x pandai speakinglah kan, tak betul. dulu ye lah, skang tak kot. usually sirman baca map, but asking direction verbally tuh aku yang buat, but kalo orang tu nak explain jalan, aku tarik balik Sirman suh dengo coz aku tak paham pe mende jalan/metro yang dia nak suh kitorg pergi tuh. oh btw, saya jumpa 2 couple malaysian gak, ada couple tu makcik pakcik sesat kat dalam metro, so aku borak2 je ngan makcik tuh, Sirman pi tolong rescue pakcik tuh baca map to get to their direction, the metro.

i think anak makcik tu baca blog aku lah…sapa dik yang dok Sweden ke kot, yang mak ayahnya dok kedah, datang melawat ko belajar kat sana and pi holiday kat Rome and Paris? ha…aku suspect je lah.

So far oklah kat Paris, local people are nice, ada waktu kat flea market, orang yang jual tuh tak tau speaking, so macam itik ayam lah aku ngan dia bercakap. last2 ada sorang buyer lain datang tolong translatekan apa yang aku cakap kat seller and gitulah, jadi translator pulak mamat tuh. 3,4 kali gak lah jadi kat flea market tuh.  tapi tak banyak pun kejadian nih, ramai orang Paris dah pandai speaking. not a biggy, kalau macam kita tak tau jalan, aku takkan pronounce cakap coz kita nya sebutan lain, depa lain, so biasanya kita tunjukkan peta and they will understand apa kita tanya and tolong kita.

Ha nak citer Paris lagik ke? tak busankah?

Comment: 24

Ngeng di Paris…

IMG_8458

ini cerita agak ngeng sketlah….tak pernah jadi kat aku selama nak 35 taun idup nih, but terjadik pulak kat Paris. sket lagik nak nangis…. alkisah aku masuk kedai nih, biasalah yoep jalan2 window shop tengok2 amik gambar segala bagailah. so orang kedai ni memang baik, aku macam teringin nak beli satu mug nih, bukan utk deco but memang untuk pakai sendiri. mug beso2 alam nih best, kalo buat satu mug beso tu leh share minum berdua ngan sirman.if at home lah.

so baik punya aku amik, pastu jalan2 tengok lagi lam kedai tuh.

IMG_8459

eh iklan jap ni ha bas hop on off merah kat paris tu yek…yang aku naik citer sblm nih hok kaler ijau kan…so dah tau gomannya ek..ok leh sambung citer ngeng…

IMG_8460

so pastuh aku peganglah satu mug nih, baru aku pegang amik sesaat jer, tetiba dai jatuh bersepai ko! waaa nak nangis, terkesima jap aku kat situ. harga mug tuh Euro 5, aku teruslah cebik2 cakap ‘ok ok i ll pay for it’ tapi tokey tu cakap tak yah, no need. masa tuh kan Sirman dah geleng pala nak jegil kat aku lah…waa lagilah gua nak cebik. tokey kedai tak marah tapi laki gua nak marah gua…

betul ko dia tak bagi aku bayar. aku serious cakaplah aku baru je pegang holder dia apehalnya dia tetiba pecah, so abih pastuh aku dah tak pegang apa langsung pun barang dalam kedai dia yang jenis2 berkaca.  aku suspect mug tuh punya holder memang tak kuatlah, dia nya holder bukan jenis kaca tau, macam spring ala2 besi ke hapa, so mbe tak kuat ketat ngan mug kaca tuh, so sapa2 pegang mmg bersepailah. i donno.

IMG_8470

pastu aku gatal, pi amik benda tutup telinga nih, dari kedai tu gak. memanglah orang pakai waktu winter, tapi aku dah teringin nak pakai benda nih sejak dulu lagik. dulu carik utk pi masa kat HK tak jumpa, so bila jumpa nih,wah bestnya. terus sebat, selling at euro4. geleng pala Sirman tengok bininya yang ngeng! dahlah pecahkan mug kedai orang….

baik hati tokey kedai tuh tak bagi aku bayar mug yang pecah tu….tapi aku beli gak lah mug yang aku amik tuh, and the earband tuh, tapi boleh tetiba mulutku terbacul…can get discount ?

wahahhhaaa…lagi laki aku jegil mata, and aku pun terbahak2 gelak. ko dah pecahkan mug orang ko nak mintak discounts pulak hek! hiks…itulah citer ngeng yang jadik kat saya di bumi Paris. lagi satu jangan ko golak baju oren yang aku pakai tu yerk, itu sebenornya jacket abang, aku beli kat flea market depan hotel aku. 2 euro jer, gila murahkan. tapi mengenangkan murah, and maknya pun kesejukan asik pakai jacket biru jer, so pinjam yek bang…mak leh pakai, nanti ko pakai balik.

so the ngengnya – aku pi pecahkan mug kedai, aku pi beli ear band yang orang biasa pakai masa winter and selamba kodok je pakai jenjalan dalam paris, memanglah sejuk tapi takde le sampai nak pakai tuh, but i just dont care, aku tourist, local people pedulik hapa ngan aku, and aku terpaksa pinjam jacket abang, dek kerna baju maknya alahai, bawak ngam2 seng je…..

Comment: 18