11 August 2014

Hari berkabung…

Hari ni hari kita berkabung. ALFatihah untuk semua yang telah pergi meninggalkan kita, khas buat mangsa2 MH17 šŸ™

Anyway, minta maaf atas kekeliruan aritu, pasal blog goes private.Ā  Kisahnya begini, lanjutan dari the Little Notes’ entry, so i tengah dalam process nak slow down sikitlah. Bukan ler sekarang, but I pun tak tau ler bila. Maybe very soon, maybe taun depan or baper tahun lagi tak tau ler.

I was testing the privacy, so korang at least dah registered. So bila the time comes, ha pakai je lah the credentials yang korang dah registered tuh, macam akak cakap, i donno when. I was just testing aritu, naik meletup aku punya inbox tengok orang registered heh. Last2 aku bukak and stop the spamming to my inbox, spammer robot tu pun pandai gak register ye. Ngek sungguh.

To delete some of the entries will take time, so I would rather privatekan or mana tahu, terus shut down. As I mentioned, that time will come, Insyallah. Pastuh my fb dah abis private gak, tu memang payah orang nak add ler kan, aku ada pending over 600 orang nak aku tak approve or ignore, biarlah lu. Pi ler borak ngan ai kat page: search fb page Redmummydotcom or ni hah click sini.

My instagram pun dah private šŸ™‚ , but bila ada permintaan specially for my blogjob, ads tu I open to public la kejap, but pastu lock le balik private bukan hari2 pun kita ada job kan.

For what and why? Bukan akak dah jawab ke soalan ni kat perenggan2 atas tuh?

By the way, penah tak korang rasa nak amik cuti, tapi bukan nak dok rumah bukan nak buat urusan apa pun. Sekadar nak minum kopi sengsorang, jalan soping mall sengsorang. Cukup time sebelum jem, ko balik le rumah, macam pergi balik kerja.

Do you have that feeling or have u done so?

Dedulu aku amik le gak cuti kalau buat gini but tu kalau special occasion ler, macam birthday laki bini hah, anak2 ke, or anniversary kita check in hotel ke, but sejak laki aku ni kejenya tak cam manusia normal cam aku, so memang no way ler nak mengajak dia memang kena solo2 je lah kan lagipun laki aku tu miskin cuti sob sob. Asal nak suh amik cuti je belum lagi kang bulan akan datang kita nak berjalan nak holiday ke nak overseas, kesian pulak.Ā  Nak ngajak kenkawan jer belum lagi hah….

ada orang buat pi tengok wayang le karaoke bagai, but aku not into that, reramai hiruk piruk ni tak mau, the less the better, sorang 2 kawan ok ler but i prefer alone. Shopping ke heretĀ  badan pi memana nak kaup pun sesorang but within that period je lah.

Sok sok entah le bila kalau hangpa nampak aku kat mall, meh lah num kopi sama yer…

Aku tulis ni macam mood aku kedaung je kan, macam aku pun sama in the berkabung mood. Yelah….simpati dengan mangsa2 dan family of MH17, itu dah tau bayangnya, yang MH370 tu halahai….apa la penyudahnya yer.

Ok ler aku pun nak pergi jugak berkabung. Cerita orang tua lelaki, kaabah segalaĀ  tu nanti2lah dulu, tak sedap la cite ngan menulis. tak feel. Kena cakap dedepan buat vlog kot baru sedap ceritanya.

Welcome home MH17. AlFatihah.

Comment: 12

Little Notes…

Eh penat la citer raya.

hangpa tak penat ke baca or bosan cite raya.

korang mata tengok kain baju raya aku je le gamaknya, ooo kak red pakai baju ni, ooo aku nak la macam pesen ni gak taun depan, oooo baju ni aku ada sama jugak.

gitu katanya kan.

tu blom yang skodeng bag lagi

nak tengok bag pakai masa ray?. believe me, aku pakai Long Champ Merah sahaja yer. setiap tahun bawak yang gedegang2 pastu laki and anak2 campak barang raya memasing lam bag aku. angpau raya paling banyaklah, duit raya nya lagi, bawak extra, sampul raya kosong lagi, ngan bag make up nya, ngan batt hp back up memasing, pampers anak pun depa sumbat lam bag aku so taun nih, so so raya seminggu tu akak pakai Long Champ merah sudah. besar pun besar. tapi kalau pakai baju merah tak bolehlah nak pakai ngan handbag tuh coz kang takde contrast warnanya.

ANyway, anak aku si kecik tu baru baik demam hah. Pun masih lagi muntah2 susu, asal minum je muntah, kalau dia lari pecut jer muntah, batuk muntah. Aritu yang dia demam, last weekend lah, sampai naik 39 temp dia, doctor suh amik gas coz kahak banyaklah sangat kat dada dia tuh. Dia pun sblm gi klinik dok ngadu ngan aku tunjuk dadanya, miii…sick sick.

miii,sick sick.

sian tengok

aku urut je dada dia, bapak dia terus bwk pi klinik.Ā  cadar selimut pun habis asyik ganti muntah jer.

pastuh kalau bagi makan ubat, specially antibiotic, satu rumah gak dia berlari. 4 orang kena pegangkan dia bagi makan ubat. dia cukup tak suka antibiotic lah, kakak dulu pun camni gak lah, tapi dulu 2,3 orang je yg pegang kakak, but adiknya sampai 4 orang hah. Paling recently, patut ubat tu for 5 hari, dalam usaha nak bagi dia makan ubat, dia leh capai le botol ubat and baling.

pecah berderai le.

bijak budak ni. daripada aku tersiksa kena makan ubat, baik aku pecahkan botol nih

halahai anak….

whatelse yer.

ada kisah lain but i cannot show it in the blog so much. citer dalam blog mestilah macam takde apa2 terjadi di luar tu. apapun, i have moved on and buat satu step yang sangat indah dan wangi at least to my dear fellow frens and family.Ā  One day, entahlah tahun bila, insyallah aku share the details of it. Menitik airmata korang nanti kalau baca. Habis semua aku let go, habis semua yang aku rasa i need to put aside, aku campak tepi. Sweet sangat indah 11th August tuh.

Citer soping pulak, yilek, takde major beli bags, beli baju ada ler, wpun dah abis raya, aku mana kira raya ke tak raya. Holiday pun, macam nak pi Lombok, tengok situ gunung ganang beach laut hotel gedengang je best kan, but timing asyik lari jer. Aku kan every 2,3 months kena berjalan, ni lama dah tak berjalan nih. dah nak masuk 4 bulan kot. Takpelah, hasilnya tahun depan lumayan gak kalau dapat bertahan tak berjalan kan. Toys Zeeshan ada le aku pi beli ngan baju tidur dia, tu pun dah almost 800 damagenya.

Kisah Abang Kakak, anak2 sedang membesar. Ada amoi sorang nih kalau wechat/wa anak bujang aku tu manjang je ok seeĀ  you, I love you.

ko umur 13 taun dah ucap I love you.

masa makcik umur 13 tahun memanglah dah dovey lovey but tak de kot ucapan lap u lap me.

Anyway, abang tak jawab balik pun love u. Coz pernah sekali aku tegur, please never ever use that phrase now, dah nak kerja ke dah besar sok sok baru lahĀ  use it, mummy daddy and adik2 e yang ada hak dapat love u love u to bang. So he listens to it. Murah le sangat umur 13tahun nak berucapan love u.

Kakak ngah exam sek agama. Once a while aku kena masakkan my dietary menu, si saba fish tu lah, coz dia dah addicted bawak bekal pi sekolah. Kalau awal2 bawak for half ekor jer, makan ngan nasi, tapi pastu up sket ke sekor. Rerupanya dia makan ngan kawan2 dia, semua sonok sedap makan menu tuh.

Alhamdulillah, aku get rid lagi kain baju aku, blom nak pindah lagi tapi aku tak nak pakai dah for the next coming months so aku dah packed it up lam kotak and pastuh ada hamba Allah yang nak buat charity from the baju, untuk jualkan and the hasil jualan untuk bayar bill hospital kawan dia, so about 12kgs kain baju aku asingkan and passed to my reader, semoga sahabatnya cepat sihat, bertarung kanser paru-paru.

Back to the special date of 11th August, Monday –Ā  that was the first step to another steps. Insyallah, it s not about how we start our journey, but how we end it.

oh pasnih, sambung lagi citer Syawal. Tu la aku cakap, habis Syawal sok pun tak abis gak cite raya aku heh….

Comment: 7