Amsterdam

KL to Amsterdam…

IMG_1821

went to Amsterdam via Malaysia Airlines, and i wore the new green top from Diva Darling. dalam banyak2 hbags aku, yang ni jer boleh disling and zip. lain sumer ada sling but button, tarak zip at all. syarat bertravel bag berzip and sling adalah wajib. berat ko bawak bag nih. selagi besar bag tu, selagi tu aku sumbat barang2. bag coach lama aku nih dah selamat masuk shipping jugak. coz waktu kat London tuh aku terus sarung bag baru, senang menyarung terus sbb bila nak VAT, tunjuk je barang2nya…

IMG_1866

awal2 booking aku mmg amik seat depannn sekali. bukanlah business, economy jor. so kaki dapat ruang banyak. flight ni lebih kurang 13jam lebih, aku boleh tidur 2jam lebih jer. lain waktu tutup2 mata sket pastuh tgk movie lah, sirman tidur lena sungguh, time nak makan je kena kejut dia…jeles aku tengok dia tidur koo! n flight nih penuh ngan orang Holland, rasanya melayu malaysian aku ngan sirman jer + the crew members lah.

IMG_1888

ready to landing….

ada orang indon dok sebelah sirman, tapi dia dah jadi warganegara Holland, dah jadi ala2 dutch gak, kawin pun ngan dutch lady. tapi dia dok borak ngan kitorg lam bahasa indon, kuat pekat melekat bahasanya. dia balik Indon melawat family dia, dah dok sebelah nyebelah haruslah borak2 jugak, itupun masa awal2 lam flight jer. pastuh bila memasing tidur mati ha ko…tak ingat apa dah kaw!

IMG_1899

awan ni gebu worr…kan kan?

IMG_1906

sampai Amsterdam at 6ish am gitu waktu sana…semua went smoothly

IMG_1920

ahah amik gambar dulu…sirman ni malas nak bawak jaket yang tetebal, just pakai gini jer coz dia pun ingat sama sana panas benderang. sekali ko hamik!

IMG_1930

at the train station, fyi, ini bukan pertama kali aku ke Amsterdam, dulu pun Sirman seconded kat Holland gak so aku dah pi but for this trip we had to fly via Amsterdam coz…

IMG_1933

Sirman’s brother is there! ha tu abang sirman yang jemput kami kat airport…sometimes u can see his msg kat fb aku dok tulih pasal amsterdam bagai, ha dialah orangnya. orang dah kata jangan bocor lobang yet hahahahha

IMG_1934

from Schiphol Airpot to his house dalam 8 minit jer. normal lah budaya naik train/tram kat Amsterdam nih. even london paris pun sama bih kurang je transport depa gitu. lain kat malaysia nih, wajib to use is a car.

IMG_1937

sampai je stop, betul2 belakang aku ada bangunan kan, ha tu lah rumah BIL aku…

IMG_1938

Amsterdam, main transport dia orang basikal…ada ke Sirman ajak naik basikal ni pi jalan2, pinjam anak2 buah aku  nya basikal, wohoooo, tak nak lah aku, aku tak berapa pandailah bawak basikal.

IMG_1948

lobby rumah BIL

oh for going to Amsterdam and return to KL aku tak pakai lens, pakai terus spek coz tak nak dok berlama2 sangat berlens. memang sokmo pun gitu, kalau lama sangat flight aku mmg pakai spek.

IMG_1956

sampai2 je rumah BIL terus kita makan rehat jap and berjalan kuor. itu 2 orang cousin abang and Gegirl, sebab itulah wpun main trip aku yg sebenarnya nak ke Paris and London sahaja, and tambah ke Brussels but sbb dah dekat ngan abang ipar aku, kita remove the Brussels but terus fly je ke Amsterdam. lagipun kita bawak banyak barang berjela list yang BIL aku bagi mintak dapatkan from KL…

IMG_1952

from the window rumah dah boleh nampak the train and metro station, kita tak tunggu lama, after 2,3 jam rehat terus kuor pi berjalan. ha back in KL, if u remember entry2 yang pasal anak aku nya jadual bagai, jadual tu mmg tetiap cuti aku buat, tapi if you tengok bebetul ada gak jadual utk helper aku and sister aku gak. my sister, her husband and anaknya dok tinggal kat rumah aku sepanjang aku ke europe trip. helper aku pun of coslah ada sama. kejap2 makpak aku pun datang rumah aku, coz sume malas nak turun dok sibuk ngulit kucing je kan…

ingat ada aku buat entry pasal beli stock toys ke main banyak? itupun for anak2 aku gak. aku dah pakat ngan fifin to pass to them selang 2,3 hari. konon2 bila depa bangun tidur, tup2 ada toys for them coz postman hantar. kononnya lah. surat2 cinta pun aku ngan sirman ada buat utk anak2, setiap hari Fifin tolong tampalkan kat bilik depa.

2,3 hari sekali kita webcam ngan anak2, and YM, balik2 aku tengok pc aku jadi version Safe mode dah ko…ntah apa2 lah budak2 ni dah buat ngan pc aku. kita saja pergi time cuti sekolah coz kalau pergi bercuti waktu sekolah, takde sapa pulak nak antar anak2 aku pagi pi sekolah. lagi satu the reason kita tak nak bawak anak2 coz banyak nau perjalanannya ngan flight yang panjang, eh tak betah anak2 aku nak dok lelama lam flight. pastuh kita banyak berjalan, buat walking kuli kilir, turun naik bus lah metrolah, sian budak2 gak nanti. so tu yang  kira pi honeymoon lah.

i promised to bring them to Hong Kong Disneyland, tu tak berapa lama haulnya but taun nih dah takdak slot. aku saving cuti banyak coz of this europe trip so insyallah tahun depan. cuti masih banyak lagi but aku kena stand by gak utk event2 mengejut yang Nuffnang kadang2 bagi at a very last minute.

6, 7 bulan punya plan nih, tak berapa perfect coz ada jugak yang kedaung 1-2 slots macam contoh kita overlooked  mall kat Paris tutup hari Ahad, hanya sesetengah mall je yang bukak, pastuh shopping area kat London pun tutup awal at 6 to 7pm n specially the weather. it seems like the summer is not like our summer yang panas membahang, tapi sejuk membatu giler kat tetiga tempat yang kami pergi. tu yang balik KL, aku kena batuk kong2 giler and sirman kena demam.

Comment: 13

Berlawan2 sakit di dalam flight, back to KL from Amsterdam…

IMG_3389

8 pagi waktu Amsterdam, our flight from Ams to KUL was at 12pm. but we need to be early coz nak belasah buat 2 benda, our VAT tax refund and also the luggage to seal. bag2 kitorg dah nak pecah meletup rasanya. reason being bcoz aku dah asingkan items yang nak VAT dalam satu bag n bag lain pulak yang tak yah nak check.

VAT is to be done before you check in. details pasal nih aku kuorkan later2 yer, it s important for you to know coz kita memang berhak dapat the tax refund untuk setiap barang yang kita beli, provided shops yang kita pi dalam europe countries tuh ada apply the VAT. flea market memang tak dapatlah. so since we were in Amsterdam, Paris, London and back to Amsterdam, our VAT kena la buat kat Schipol airport. the last airport b4 depart leaving EU country.

IMG_3399

amik taxi limo terus balik VA. very early pagi gak, korang dok membongkang lagi kot…

my flight took off sejam lambat, tapi sampai early giler, sah pilot bawak laju menggila kot. dalam flight aku ngan sirman memang totally tak sihat. aku batuk kong2, stewardess dok bagi ubat tekak, patut ubat tu hisap for every 4 hours, but blum sejam aku dah hisap sampai 4 bijk. hahahahha. wa tak tahan ko ngan tekak aku dok gatal perit nau ngan pertukaran cuaca teruklah sejuk ke tulang2 sangat.

sirman memang dalam flight sangat kedemaman…so we didnt enjoy our flight back, pastuh ada pulak orang Holland nih dok ajak aku berborakkkkkkkkkkkk jer. even aku dah letak headphone kat telinga buat2 tengok tv pun dia nak gak borak. kadang2 aku buat tak tau jer ngan tidur2 ayam, coz banyak nau cakapnya, i need my own rest gak. aku dahlah tidur tak leh, pejam2 jer ngan berlawan2 batuk.

IMG_3411

IMG_3407

they were sleeping bila aku ngan sirman redah masuk rumah, siap landing kat sebelah diorg lagi yang ngah tidur. sonok giler budak2 nih….selongkar apa yang ada for them, kemaskan mana2 yang penting, put aside mana2 yang tak penting eh banyak hal lah. pagi jugak mata aku ngan sirman dah lalok2, sah jet lag.

I will start my entry of our Europe trip from Amsterdam first, followed by Paris and London later2 🙂

Nak berkepit ngan anak2 & kucing2 dulu heheheee

Comment: 12