Europe Trip

The famous Bicester Village for shoppers!

IMG_9016

ahah sambung citer kat Bicester Village yek. ni sure ramai akak2 adik2 biasanya wanita2 lah yang pantang je dengo citer BV, wah suker korang kan. ater tempat shopping. but i terus teranglah cakap, i dont come to london or paris arituh for shopping. we just wanna have a good hornymoon (bak kata biras aku muahahhahaha) and sambil jalin hubungan cinta wahhhhhhh ayat tak agak2.

europe trip ni jugak sebagai hadiah bday sirman, hadiah father’s day, hadiah anniversary taun depan 10 taun hahahahha, hadiah bday aku, oh very the coming soon, hadiah utk segala jenis package adiahlah.

alahai, korang mesti nak gelak tengok aku ngan stokin biru tu kan. iskk…anak lelaki aku kan pencinta biru, sebagai memberi sokongan pada kecintaannya pada biru, aku pun opt kan stokin yang ada.

IMG_9034

the entrance of Bicester Village. angin giler kuat…kalau rambut aku panjang, mau sunsilk amik buat iklan kat BV nih. hahahah aku giler sekali lagi. orang lagi nak menonong masuk BV, dia sibuk suh aku berenti amik gambo kat sinih eh!

IMG_9036

bahbai sirman…kita split. alah split pun bukannya jejauh, aku dok kat ngan tempat yang dia pergi jugak. but actually baru2 masuk nih aku kena dok lama tol kat Tod’s outlet tuh sebabnya pakcik nih nak membuang. hishh, potong stim sungguh. kena lah aku jaga bagpack dia.

orang kata kalo kita buang air besar kat mana2 tempat yang pertama kali kita kunjungi, bermakna kita akan datang melawat lagi tempat tuh. huhuhuuuuuu….aku tak membuang pun masa kat Paris šŸ™ means x dapat datang lagilah tuh.

eh ni orang kata tau, aku dah dengo taklimat orang kata pasal ‘buang’ nih sejak 20taun yang lalu šŸ™‚

IMG_2913

sukalah phone booth merah nih. tapi aku tak masuk dalamnya sebab teponnya modern, tak macam tepon dedulu….laki aku cakap sket je lagik dia tak kenal bini ngan pondok tepon merah tuh, sebab dah sama2 merah kan! hawau kan? tang ngan sirap merah kang!

IMG_2917

eksyen je nak masuk karen millen tuh, tapi tak masuk pung. eh jap pikir. oh masuk masuk, tapi kasut yang aku berkenan tuh takde size aku. n tahukah anda, betul cakap kawan2 aku, orang malaysia punyalah ramaiiiiiiiiiiii yang kita berlaga bahu jumpa kat sini. ada sorang budak nih, kompem malaysian (aku bau badan dia ada nasi lemak + belacan + teh tarik ehhehehe) dia jalan solo sorang2, bawak luggage yang senang tarik2 tuh. dia shopping and sumbat sume barang dia beli dalam luggage and bawak diri dari satu kedai ke satu kedai.

sirman pun berkata – sah budak tu buat business online!

IMG00349-20100615-2141

kecapitan seorang suami….

IMG00356-20100615-2332

pastu aku ilang laki aku hahahaha, amik gambo sorang2 lah yoep kita…

IMG00354-20100615-2257

kat lam kedai apa ni yek, ha Ralph Lauren for kids. dalam kedai nih tak leh claim VAT coz dah memang tax free. saya masuk kedai nih coz ada kiriman dari orang jauh yang mungkin akan pulang hujung taun nih. alo alo cik adik manis, sebab ko balik ujung taun nih or taun depan, benda2 tu akak dah masukkan dalam shipping šŸ™‚

IMG_2921

ye, udah abih berjimba…mari kita pulang ke hotel semula. ingat nak sambung pi Oxford balik, tapi hotel kata depa tutup kedai kol 6,7 malam. nak kuor masuk pi patah balik iskk jawabnya tak koser lah.

oh korang sorry lah, aku takleh nak show2 lah apa yang beli coz semua aku dah pack up and anto shipping. hiks..this time kita bijak bistari, sebab tak nak excess baggage, kawan sirman dah angkut our stuff and tolong shipkan. tak yah aku nak pikir pasal bag terlebih muatan ke, barang hilang ke hapa, selamat sudah šŸ™‚

tu hah satu sunglasses merah yang aku pakai terus pas beli, from Fendi. aku bukan bengang, tapi sebab arituh aku blogkan pasal aku pakai sunglasses murah cap ayam yang beli kat pasar hong kong tuh, lam 20-30 inggit tuh, ada cik abang sorang tu komen kata jangan tak invest kat sunglasses yang mahal sket coz nanti mata tu cepat rosaklah bagai. oklah bang, ni saya dah beli yang hok mahal sket, first time lah saya beli mahal nih, and so worth it coz beli kat factory outlet. orang tak tau pun itu brand apa, coz aku mmg saja carik brand name yang tertutup2 sket, lambang je yang ada.

hah lupa nak habak, aku tengok orang2 yang shopping kat sini kan, selamba je bawak luggage bag yang beso giler tuh, trolley, diorg dah stand by awal2 utkĀ  campak barang shopping. for me, takdelah gempak mana pun BV nih, ada yang murah2 tu betul, tapi banyak yang outdated season pun banyak, macam nama Gucci tu, ke main gah, but dalamnya hampehdotcom sungguh. entahlah, tu to me lar, but Tod’s tu ok, ha not bad.

abih dah citer Bicester Village…

yey…tepuk tepuk tangan šŸ™‚

Comment: 19

Euston to Bicester Village…

IMG_2894

hello hello salam sumer….kita masih lagi citer kat London yek, cite paris aku sambung bila dah landing kl yek. coz citer paris macam panjang berlebar lah you. so kita langkau and buat londonnya story sat. hotel yang aku amik kali nih termasuk dengan breakfast, sama gak ngan hotel kat paris arituh. hotel kat Paris namanya Carlton’s Hotel yek.

ini pulak namanya Thistle Hotel, depan selangkau ngan Euston train station. bfast kat hotel Thistle ni compared ngan kat Paris’s hotel tu lagi gempaklah. kitorg kat paris arituh makan roti semata ngan planta. kat sini ada beans, telur and potato. ituĀ  je yang kami bedal.

fyi, konsep makan kami di negara mahal cekadak nih gini:

1. pagi makan breakfast

2. in between sampai petang makan jajan yang kami bawak macam pringles and coklat. kalau nak warm kita tapau hot choc kat mana2 kedai.

3. late petang kita makan heavy, kalau kat paris depan hotel ada 3 bijik cafe halal. so not a biggy. sama bih kurang ngan london, adalah dpt slot makan kat memana janji heavy.

4. at nite if lapar coz dah makan heavy waktu petang (consider lunch + dinner), we will eat maggi tomyam di dalam mug hahahahhaha! baik punya menu. dok pun kita kunyah kacang ngan yin tuh, huh sedap, belasah sama kopi aik cheong, sume aku bawak bekal sesiap yer…

gitulah so far, coz selain dari jimat belanja nak jimat masa gak. yah gitu yek….makan no hal lah. aku boleh je berlapar.

IMG_8942

jangan ko gelak tengok aku berstokin biru…dan coat merah adalah wajib, it was 10degree lah sejuk giler kat London. summer nya ala2, setakat panjang waktu siang, kol 5pagi dah terang, kol 9 lebih malam baru gelap. tapi weather tetap sejuk. aku hanya tukar socks, korang pun baca twitter aku kan, aku dok ulang2 bbsuh stokin, yang dah berbasuh tak kering pulak so kena pakai yang baru, hok biru nih. in london and paris aku tak buat konsep ‘melawa’ janji tak sejuk sudah.

fyi, saya pakai 2 lai tshirt itam dalam tuh yek. satu tshirt itam sirman, aku mmg tak bawak baju ko, sume baju dah abih pakai, bape lai je aku bawak. pastu aritu ada beli baju paris murah, ha pakailah tuh, n tshirt itam sirman bawak pi tidur pun aku sauk. so 3 lai! sejukkkk! my red scholl tuh memang meant for long trip yang kena jalan kaw2. aku tak pernah pakai kasut tu for event or mana2, hanya khas utk travel dalam negara and overseas trip jer. it s very comfy. wpun orang katalah camner, apa ke pesen ko red, eh biak pi lah…..

again aku jwb senang jer, apa orang nak sibuk, yang menahan sejuknya aku. yang menahan sakit kaki aku gak, so aku pakai yang ikut selesa di badan.

oh coat merah panjang nih aku beli kat paris, the flea market at only 6 euro jer. masa tuh mmg gagau carik baju sejuk sbb baju yang ada tak boleh nak cover sejuk yang ada. iskk, ko toksah cakaplah sejuknya…gilerr tol aku tak tahan…

IMG_8945

as i said, depan hotel aku memang walking jer ke train station, kita carik tube nak pi Bicester Village. ni kawan2 aku lah nih dok sorak, ko pi London tak pi BV, ko giler hapa. baik ko tak yah cakap ko pi London. at first dalam original plan kita nak engage member aku ada, member sirman pun ada anto bwk to BV, pastu ke few places. but after kira2, yang dalam london pun tak cover tak yah lah pi luar london. some more nak jimat duit gak.Ā  me as usual berdiri ikut jelah bontot laki aku mana dia pergi. dia yang terer pasal peta2. nih.

Red, kalau i takde, you sendiri pandai baca peta2 ni tau…

sebab you ada ler, i tak kuasa nak amik tau hal peta2 bagai nih..

IMG_8958

tinggi betul escalator nih yer….

we had to change 2 tubes.

IMG_8953

satu tube tu mmg siksa, orangnya padattt. in fact 2 tubes lalu kami tak naik coz tak boleh lepas nak masuk. kang jadi cam kes aku terlepas masuk, laki aku tak lepas pulak. yang tak menahan tuh, sirman nih bukannya nak panggil ke cakap ke hapa, tetiba je bila aku dah terlepas ke depan (maklum le kecik senang nak cilok) dia dok tarik tengkuk leher coat aku. ciss! so kenalah aku reverse balik kuor, ater laki mak tak lepas ko. dia ngan bagpack nya lagik.

ha sebab aku kecik, lam gambar nih menunjukkan betapa kerdilnya hai saya kena penyek dek omputih2 nih….sempat gak lagi tu sirman amik gambo nih.

IMG_2901

mat peta oh mat peta…

IMG_8968

ada drama tau kat train station Marylebone tuh. ok ni dah dok selamat lam train šŸ™‚ . sirman cukup nyampah aku pakai tshirt paris love tuh, ater tu baju murah, mmg nak buat pakai for basahan jer. dah bila dia tengok aku dah takde baju, ha barulah aku boleh pakai.

IMG_8977

cantik cantik….ijau kuning.

IMG_2907

bangunan tu pun cantikkan, itu rumah2 kot dah nak dekat2 ngan BV.

IMG_8981

aku ngantuk, tapi tak leh nak tidur coz couple sebelah tu dok meeting ke discussion punyalah ke main kuat bercakap…iskk rimas tollah acik. terlalok2 aku menahan mata dengo depa potpet…

IMG_8988

bukannya tak tau ada Quiet zone kat situ, no talking loudly, no phone ke whatever…aisayyy

IMG_8987

mailah amik gambo sendiri jer…

IMG_8989

lawa kan?

IMG_8995

bawah ijau terbentang…atas tu langit awan membara putih birunya…isk lawa betullah. aku bukannya tengok luar sangat, tapi bila dah tengok hasil gambar sirman amik nih, emm not bad.

IMG_8997

awan ni lagi cantik….

IMG_9002

ok mat peta buat keje petanya.

sekali ‘eh kita kena turunlah, patut turun dari awal lagi tadi’

ha??? terlepas BV k??

tak, kita kena turun kat satu lagi station pastuh baru boleh terus ke BV

ciss, buat aku suspens jer…

IMG_9003

train ke BV, aku amik pergi balik return. harganya berapa ek, kira murahlah dari apa yang aku dengo and study. return plus transport taxi bus from the station to BV sendiri. station BV tuh ker BV sendiri pun lam 5min jer. murah nya pun kalau ko tak convert, tapi kalau ko pikir darab 5, ngehngeh…..balik nanti mak merah sambung makan maggi yek.

IMG_9012

dipaksanya aku berdiri situ, tak yah paksa pun tak per, aku mmg nak naik pun train tuh. tinggalkan ko sirman, asik senap gambar je kejenya…

IMG_9015

ahah dah sampai BV, ni tpt sume orang tau kot…ke aku nak kena cakap gak. ni macam ala2 factory outlet lah, harganya murah, tapi yang tak bestnya dia takde latest season nya collection (if hbags/shoes/sunglasses/watch) . baju pun tak tentu. but bolehlah, tengok2 apa yang ada. janji pergi. panas telinga aku kalau tak pergi, kang member2 dok bising pehal ko tak pi BV. so wa pergilah nih…

dahlah orang tak tahan sejuk, wpun panas beliang, pakcik suruh gak berdiri kat situ, nak amik scenery nih…

IMG_9018

wah suka lah gambar nih, biru kiri kanan kat atas bridge nak naik taxi bus ke BV, pastu ada merah nyala2….contrast dedua tu kan. lawo lawooo! gambarnya combination yang lawa, kalo ko nak kata aku lawa pun wa tarak hal, hahahahha. aku giler! ok ok tadi cite yang drama tu kan. kita sampai2 je kat Marylebone tuh dah beli tiket, abang mat saleh cakap train nak gerak dah.

apa lagi, memecut larilah aku ngan sirman, dah macam marathon pulak. we sampai2 lam pintu train tuh seminit je sebelum diorg tutup. kalo tak kena tunggu setengah jam baru lah train baru sampai. setengah jam tu lama tu worrr…! oh tu je lah dramanya, kena marathon heheheh. ha in total dari hotel ke BV, kita amik lam kat 2 jam gak la ngan journey sume ek…jauh gak lah BV tu.

pastu ada lg drama gak kat Oxford. malas acik nak cite heh. nantilah tunggu balik kl kay wa citer. aku dah nak balik dah pung šŸ™‚

ok apa yang aku tangkap kat BV, tunggu sat ar….eh eh, perlu ke tunjuk? kang tunjuk kang kata show off berlagak. kan aku dah cakap, susah nak jadi RM, nak kena jaga hati banyak orang. sekumpulan readers mahu ditunjuk, tapi yang senyap2 menyampah pun ada. so ater camner….simpan peram je lah. tak yah tunjuk lagi afdal šŸ™‚ .

Comment: 17

Sehari di kota London…

IMG_8835

uhuuuu

gambar pergi London tak banyak amiklah. sbb hujan satu hal so takdelah sirman nak guna camera dia. fyi, kita pakai 2 camera, dslr tu sirman peganglah, aku jaga yang canon kecik. senang je masuk poket. so gambor dia aku amik, gambar aku dia amik. nak amik gambo berdua, kita snap sendiri. nak suh orang amikkan pun boleh kira bape kali.

ini kat Paris de nord station, num kopi before check in.

oh abang imegrisen England tengok passport sirman, terus dia cakap melayu kooo!

IMG_8838

kat depan paris de nord train station nak gi london

IMG_8890

nak pegi mengukur oxford street

IMG_8895

double decker bus

IMG_8924

sales ko!!! harga menjunam2 turunnn

IMG_2810

ooo ni baru sampai kat st pancras station, tgh baca camna nak gi hotel

IMG_2828

serett bangg šŸ™‚

IMG_2845

dalam minicab

IMG_2859

check in hotel

IMG_2879

mat saleh london šŸ˜›

Love from Redmummy and Sirman di bumi London.

Comment: 25

RM is in London…

IMG_8829

that guy is the nite shift of our hotel. aku dok Carlton Hotel, cafe halal ada 2,3 depan hotel, isu makan memang aku takde masalah langsunglah kat paris nih. pastuh flea market pun depan hotel gak, metro station ada 2 bijik gak kiri kanan hotel, jalan 20 langkah jer…semuanya nak carik ada kat hotel nih.

nantilah yek, citer hotel segala tips yang korng nak, aku roger bila balik KL yek. skang entry sume dah berterabur…

so ini hari terakhir kami di Paris…cite paris tak abih lagi banyak gilerrrr nih.

kemudian kami pulang…

tapi tak pulang KL yet, singgah kat London jap.

IMG_2760

we took the eurostar train to London from Paris. pun tickets nih sume aku dah bayar since 2,3 months ago. dalam banyak2 benda, hanya hotel di Paris and London sahaja aku suh agent tolong bookkan on our behalf. coz banyak review yang kami baca, bila buat booking sendiri, tetiba bila hari nya nama takde lah, booking hotel pun x de lah. so baik suh agent, satu dpt murah, satu lagik secured.

utk hotel di Paris, harganya semalam is 179E but kita dapat at RM650 per room per nite. eh itu kira murahlah tu yek, dia ada all the basic, jadiklah. utk anak perantau nak tidur makan kat situ.

ok mat peta nih ngah sibuk dengo laporan dari anak2nya….

dari hotel di Paris to train station, dekat jer, lam 15 min walk but kita adaĀ  3 bijik luggage, lgpun pagi buta kan..so taknaklah jalan kaki. naik cab kena euro10.

jangan ko pikir conversion, kalau pikir tak makan and menapak je lah tetiap hari..

IMG_2788

i dont wait, naik train je aku terus kong tidur! lalok coz a nite before buat entries and adv je sampai kol 2,3 pagi waktu paris!

IMG_2745

sambung lagi jadi mat peta…eh eh …ooo dah sampai London yek

dik sapa yang tanya tuh, entry saya sblm nih cakap pasal budget 10k to 3k, itu bukan utk paris trip yang oi, itu utk bagi contoh ayat jer. ko takkanlah pi paris nih budget 3k jer, cer kira flight kalo via MAS pun dah 11k utk 2 orang, low season punya booking tuh. n hotel pun kalau satu malam dah RM650 darab 4 nites ke 5 nites dah berapa….

saya bukan pi holiday as backpackers, lagilah tak boleh nak buat budget sangat but at least sebab kitorg buat sendiri, noone sponsor us, kita pun booking bayar semua 2,3 bulan sebelum the trip, so dapatlah banyak harga murah.

gitu maksudnya.

IMG_2824

ops dah sampai London…

ni iklan lagik, sapa ke dulu buat bidaah cakap ‘bila masa tah si RM tu pi paris and london’

astaga, perlu ke aku nak canang sumer travel trip aku? perlu ke aku nak announce aku buat apa aku pi mana bagai. cakap tu agak2lah pikir, engkau tau ke aku buat benda ni sejak 6,7 bulan lepas. ha yang tau pun only the gbm girls, kakak angkat saya kak ann, and few of my frens. dah berapa hari aku kat Paris pun aku tak de nak sorak kat sini……

so harganya menjadi RM ni kadang2 annoying jugak. orang think for us, yet orang tak tau apa pun schedule kita. ha tu NN pun tau schedule aku ni hah…

IMG_2833

sampai train station London, aku bukak itinerary. oh we have our own booklets yek for this travel trip. sapa nak pinjam ha bayar! hahahahahha ater, wa buat keje kaw2 punya. to walk from the station to our hotel dalam 10min bertulis katanya, tp aku tak nak percaya. ngan 3 bijik luggage, naik cab lah senang.

oh again, saya tak pakai hbags pun kat sini, or paris, pasan tak. aku lenggang kangkung jer jalan pegang shopping bag TLC. lain sumer Sirman pegangkan, lam poket aku pun ada lah 20-50 pounds or euros tiap kali kuor. itupun for emergency.

IMG_2851

bila kira2 balik just paid 10pounds for a cab, convert in RM muahahahhaha….pitam acik. kalau sume benda aku pikir convert, memang jawabnya payahlah nak hidup…..tapi sebab kita sampai hotel awal, lepas rehat n kunyah2 Pringles n simpan luggage kat hotel, coz tak boleh nak check in dulu kan. kita jalan2 pi Oxford Street.

naik tube/train jer….

IMG_8857

sirman cakap esok2 suh jalan lagi gini coz dia nak capture aku nya long coat nih ala2 the Matrix! siot je kan, sempat lagik tuh…. waktu balik from Oxford to Euston (ok those in London, aku dok kat hotel near by ngan Euston train station), orangnya ramai ya rabbi. memang kitorg terpaksa skipped 2 trains lah jugak coz tak dpt nak naik.

kali ke 3 aku dpt lepas, pastu pak itam (our frens in london bilang, si negro2 tuh depa panggil pak itam, so aku follow je ek ayat tu yek) ha pak itam sorang ni dok push2 sampai Sirman tak lepas. kira aku dah terpisah ngan Sirman lah pulak. takkan nak sorang naik sorang tinggal, so sirman mbe tertolak pak itam tuh coz nak tarik bininya kuor semula.ha ko, kena marah ngan pak itam tuh. eii ngeri plak aku, dia pun satu aku dah excuse me nak kuor nak kuor dia dok marah2 push ke dalam lagik. eh ko…nak suh aku tinggalkan laki aku, split ngan aku pulak. manyak la ko kan!

IMG_2871

oh yer, sirman top up card biru tu kat sini yek. utk foreigners lah. aisay baerapa wa tarak tau lah…tp ni memang senang kuor masuk kuor masuk tube pakai kad tuh jer. sama je prosessnya kat Paris gak. kalau amik yang package tu lagik murah, tengok banyak mana ko kuor masuk tube.

IMG_8872

oh saya sudah sampai ke kota london, the Oxford Street benda paling pertama kita nak buat ialah makan! i found this pink man macam counter information jer, so tanyalah dia. jam2 tu gak dia walkie talkie member dia tanya halal food kat mana. aku ada buat research pasal makan, tp trying to avoid makan kebab kat oxford street tu lah. i m not a kebab person, laki aku ye lah.

so kita opt tukar makan ke McD je lah…

IMG_8894

di McD kita jumpa Datin Norjuma ngan lakinya! muahahahha…. n kenapa perut aku macam pompuan mengandung, itu bukan buncit tuh (tak nak ngaku) itu adalah belt suor aku yang very the terperasan pulak dalam picture.

lawalah weii si juma tuh, dia bawak green Chanel, tak nampak lam gambar coz dia sling kan ke belakang. depa kat London 3 minggu and she is so slim! serious slim fit sungguh, and baju dia very the warna warni. tudung ke bawah ko! dia pun sama gak rembat makan McD…

IMG_2884

dan akhir hari, hujung2 aku dok depan Selfridges tuh, not really depan, but along the street tu lah, menahan sakit kaki yang hamat! aku dah masuk hampir sume kedai dalam Oxford street tuh, member aku kirim spentot M&S pun jenuh aku carik kuor masuk kuor masuk. i didnt get anything for me, coz pala aku serabut ngan kaki pun sakit bangat. ngan weather yang melampo sejukkk! 10 degree ko masa aku kat sini.

seriau lah sejuk dia, ngan ujan renyai2 gerimis, halahai….at nite we went to Sirman fren’s house for a dinner, dari kuor hotel ke keter dia, aku leh berlari sepecutnya coz tak tahan ngan sejuk sum2. kata jer summer, tapi nan adooooooooooooo panas mencuka pung. summer yang best tetap kat Malaysia lah….berpanas pun senang nak jalan. apa nak buat, lain orang lain tempat lain budaya dan cuacanya.

Alkisah begitulah cite2 basic aku dari bumi Paris ke Kota London….

Comment: 30

Story riuh lagi di Paris…

IMG_8496

ahah! lepas amik gambo, balik hotel, sirman upload gambar. dia godam2 and edit2 pastuh dia perasan…

banyaknya gambar you yang memberak?

ha???

cissss! gambar aku yang sibuk ngamikkan gambar dia tuh, tersengguk nak terduduk dia kutuk pulak…

jap aku carik modal yek..

IMG_8553

iklan plak…… wanita pemakai merah…

IMG_8547

dan lelaki yang atas bawah pun merah, bininya pun pakai coat merah…ingat aku je pencinta merah….

oh yek, aritu aku cakap aku balingkan handbag aku tu kan, memang tak pakai sudah, at last pakai shopping bag tlc, bagus betullah shopping bag yang Thelilcaliph bagik aku nih, dah merata tempat aku pergi baik local or luar negara, memang aku angkut sentiasa! tu aku buat letak air botol, and apa2 ntah barangnya lagik lam tuh. takde yang berharga pun, passport bagai segala kat backpack Sirman. dalam poket suor aku pun ada 50 euro jer, pakcik tu bagi buat kes kalau tersesat, ha naik teksi buat stand by balik hotel.

sabar je lah kan….

IMG_8620

pastuh lalu kat LV, mak datuk panjangnya beraturrrrrrrrrrrrrrrrrrr! haritu pun aku tengok kat LV La Fayette pun sket nya ramai orang beratur. tapi ini lagi dasyat. masa lepak2 kat seberang jalan, ada sorang abang nih, singaporean dia pun beli gak LV sini, dia cakap dia beratur for 30min before dapat masuk.

sure local people bengang je yek tengok foreigners punyalah ramaiiiiiiiiiiiiii soping LV. aku peratikan orang from negara China sana nun, and Japan ramai yang beratur kat nih sumer. mat saleh kurang sangat. iskk..

sanggup depa yek.

IMG_8623

ha tu yek beratur panjang…baik tua muda apa bangsa dari negara mana pun sanggup beratur nak masuk LV tuh. iskk siksanya hai. berapa ratus ribulah sale depa kat Paris nih. kentang betul ramai orangnya!

IMG_8629

nak Alma merah tu lah Sirman….

kem salamlah nak suruh ai beratur, moh jalan…

eii laki aku nih…

IMG_2733

aahah nih sambung citer isu berak tu hah…kita beria amik gambar dia, pandai lak dia taji kata aku yek…kita carik gambar dia yang ada ala2 terbe yek…

IMG_8661

Red, ai sebut jump u jump….

ok dah jump

alahai, tinggilah sket jumping tu…angkat kaki tu lagi lelebar

IMG_8663

alo Sirman, tak nak jump lagilah, tu hah police France ada sebelah nih…

IMG_8668

hah aku jumpa gambo Sirman memberak…heheheheheh…dia kata aku yek.

IMG_8671

pandai gak aku tekan punat camera tu yek. aku suh dia jump..jadi jugak jumping gambar ni aku amik. huhuuuuuu….ok jumpa satu je lah gambo dia terbe…so bolehlah tu kira revenge!

IMG_2709

ditutup ngan gambar RM and Sirman @ RD di depan arch mana tah. malaslah aku nak bukak map and itinerary kitorg. jadiklah… nak suh tourists lain amikkan gambar tak de mood wor….but tell u the truth, dok kat Paris nih memang betul2 rasa honeymoon sungguhlah. kitorg rindu gak kat anak2, depa pun rindu gak kat makpaknya, tapi hari2 kita webcam and YM ngan diorg.

tips pasal jalan2 and susah speaking coz french kononnya x pandai speakinglah kan, tak betul. dulu ye lah, skang tak kot. usually sirman baca map, but asking direction verbally tuh aku yang buat, but kalo orang tu nak explain jalan, aku tarik balik Sirman suh dengo coz aku tak paham pe mende jalan/metro yang dia nak suh kitorg pergi tuh. oh btw, saya jumpa 2 couple malaysian gak, ada couple tu makcik pakcik sesat kat dalam metro, so aku borak2 je ngan makcik tuh, Sirman pi tolong rescue pakcik tuh baca map to get to their direction, the metro.

i think anak makcik tu baca blog aku lah…sapa dik yang dok Sweden ke kot, yang mak ayahnya dok kedah, datang melawat ko belajar kat sana and pi holiday kat Rome and Paris? ha…aku suspect je lah.

So far oklah kat Paris, local people are nice, ada waktu kat flea market, orang yang jual tuh tak tau speaking, so macam itik ayam lah aku ngan dia bercakap. last2 ada sorang buyer lain datang tolong translatekan apa yang aku cakap kat seller and gitulah, jadi translator pulak mamat tuh. 3,4 kali gak lah jadi kat flea market tuh.Ā  tapi tak banyak pun kejadian nih, ramai orang Paris dah pandai speaking. not a biggy, kalau macam kita tak tau jalan, aku takkan pronounce cakap coz kita nya sebutan lain, depa lain, so biasanya kita tunjukkan peta and they will understand apa kita tanya and tolong kita.

Ha nak citer Paris lagik ke? tak busankah?

Comment: 24