Guest Writer

Guest Writer – Nusyuz Suami

Hai Kak red…info untuk di kongsi bersama..x semua perempuan yang harus dilabelkan Nusyuz ni..lelaki pun ada..wallahualam…..

Nusyuz Suami

Salam, Kita sering dengar perkataan ‘nusyuz’ selalunya diguna-pakai kepada isteri yang derhaka/tidak taat kepada suami tanpa keuzuran syarie. Kali ini saya kongsikan pula, nusyuz tidak tertakluk kepada isteri samata-mata, tetapi suami juga boleh nusyuz. Isu ini sebenarnya sudah pun diterangkan dalam entry Suami juga boleh nusyuz. Sila ikuti info tambahan yang saya titipkan dari e-grup Al-Falaah. Informasi di terima daripada Dr. Harlina Halizah Siraj (harlina.siraj@gmail.com) di NaqibNet Diskusi, berkenaan Nusyuz Suami.

Untuk rujukan semua ikhwah dan akhawat JIM, dikongsikan sedutan kertaskerja Ustz Alias Othman bertajuk: ‘Huraian Al-Quran tentang nusyuz suami dan isteri: Pengertian dan penyelesaian’ yang dibentangkan semasa Wacana Wanita & Keadilan Syariah, anjuran Wanita JIM & JAWI pada 26 Mac yang lalu. Insya Allah, semoga tiada antara para suami ahli JIM yang tergolong dalam golongan suami yg nusyuz sebagaimana yang dihuraikan dalam kertaskerja ini. ~ Dr. Har Nusyuz suami وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير – النساء 128 “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)….” Nusyuz suami disebut dalam ayat 128 surah al-Nisa’ yang telah dinukilkan di atas. Berbagai-bagai versi riwayat yang menjelaskan latar belakang ayat ini diturunkan, antara lain ialah kebimbangan Saudah Binti Zam’ah dia akan diceraikan Rasulullah SAW, lantas dia berkata kepada Baginda SAW, “Janganlah ceraikan saya, kekalkanlah saya (sebagai isteri). Dan berikanlah satu hari giliran saya kepada ‘Aisyah.” Rasulullah SAW menerima tawaran tersebut lalu ayat ini diturunkan. (al-Qurtubi, op.cit 5:402).

Menurut Ibn Abi Malikah ayat ini menolak pandangan sesetengah orang bahawa apabila seorang lelaki telah menghabiskan usia muda seorang wanita dan setelah tua lelaki terbabit tidak lagi berhak menggantikannya dengan wanita lain (Ibn ‘Arabi, Ahkam al-Quran.1:504, Qurtubi, op.cit 5:404). Beliau melihat isu ini positif kerana Allah telah memberi satu jalan keluar di saat tiada pilihan bagi lelaki yang tidak lagi mahu mengekalkan status isterinya sebagai isteri. Sewaktu ditanya mengenai maksud ayat ini, Saidina Ali karramalLahu wajhah berkata: seorang lelaki punya perempuan di bawah tanggungannya (isteri), dia tidak lagi tertarik kepadanya oleh kerana susuk tubuhnya, usianya yang telah tua, akhlaknya yang buruk atau kecacatannya.

Wanita itu tidak mahu dia diceraikan, jika dia memberikan kepada suaminya sesuatu, harta atau hari gilirannya dia boleh melakukannya.” (Said Hawa, al-Asas Fi al-Tafsir 2:1195). Dalam ayat ini terdapat dua istilah: nusyuz نشوز dan ‘ie’radh اعراض. 1. Nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri, tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya. 2. ‘ie’radh kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (said Hawa, ibid 2:1194) Dalam mentafsirkan ayat ini, al-Qurtubi menjelaskan bahawa sekiranya isteri berpendapat suaminya akan bersikap nusyuz (ingkar dan menjauhkan diri) atau ‘ie’radh (tidak bertegur sapa dan tidak bermesra) dia bolehlah menawarkan suluh kepada suaminya.

Suluh boleh berlaku melalui tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan. Suluh juga berlaku melalui tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain. (al-Qurtubi, op.cit 5:423-424) Isunya, jika isteri menawarkan suluh dan diterima suami atau suami menawarkan suluh dan diterima isteri. Namun jika isteri tidak menawarkan suluh atau isteri tidak menerima tawaran suluh suami dan isteri juga tidak nusyuz, dalam keadan ini suami wajib berlaku adil dan memberikan semua hak isteri dan melaksanakan semua kewajipannya sebagai suami. Dari perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa suami juga melakukan nusyuz.

Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga. Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad ‘Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128 dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184) Dr. Mustafa al-Khin menganggap suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di pihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan. (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2; 105).

Penjelasan-penjelasan ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa suami juga berlaku nusyuz dan memahamkan kita apa maksud nusyuz suami. Bila suami dianggap nusyuz Suami nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagai: suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri. Hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui dan adil antara para isteri, tidak dihina dan dikasari. Hak material isteri ialah maskahwin, nafkah dan mut’ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri. (al-Qurtubi, op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad `Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124).

Tindakan isteri jika suami nusyuz 1. Jika suami nusyuz isteri mestilah bersabar. 2. Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu’asyarah seperti disebut dalam ayat 18 surah al-Nisa’ وعاشروهن بالمعروف . 3. Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله. 4. Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap isteri. Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya, kerana kadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak dan kerana isteri tidak berdaya mendapatkan haknya tanpa kuasa kadi. Kadi bertanggungjawab memaksanya menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya. Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan bertindak memukul dan memaki hamun kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya.

Jika ini juga tidak berhasil, maka hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan suluh. Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah membubarkan perkahwinan (cerai). Dari Mu’adz r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Dan jagalah dirimu dari doa orang-orang teraniaya, kerana antara dia dengan Allah tidak ada dinding.” (Shahih Muslim)

Dian Sharina Ibrahim

**********************

aritu aku kena taram setaramnya dek few of you coz aku promote barang yang korang dok kata from US so kononnya aku menyokong US, hello internet google yang korang pakai tuh bukan dari US ke, korang pun ada suku sakat belajar kat US, yang penting akal tu guna pakai, bunuh orang jangan, aniya orang jangan so janganlah intellectual tu yang ko nak hancurkan pulak. kalo gitu jangan pi belajar kat US, jangan keje kat US, jangan cakap omputih lah kan! Anw, aku tak de pun suruh ko pi membunuh, we pity the palestine, ai show my concern and we did some charities work here in RM. tp bila aku buat entry macam dulu tuh…kemain ko lastik aku kan. bila last week aku promote ayu the sun punya charity work, takdak pulak ko nak bersuara. ayu bape tikets budak tu dah beli you??

asal ko rasa aku salah laju je ko nak menembak! jangan kerana ko carik setiap salah orang, kamu lupa orang tu pun ada setitik pahala.

Comment: 9

Guest Writer – YANG, I DAH KAHWIN LAIN!

dsc08334

Wahhh!!! Di kala ari yg mulia camni, ttiba sang suami bkata kt isteri camtu. Mau terkedu. Terasa kepala cam berpinar-pinar. Pusing kepala. Betul ke? Habaq mai skali lg. Ye, betul. I dah kawen lagi satu. Skang neh you dah ada madu. Nanti dpt payung emas kt syurga tau! Haaaa.. Kaum adam, dh tau pasang dua, tak pyh la sebok-sebok nak bgtau yg isteri pertama dpt payung emas ke pe ke. Silap-silap sang suami yg dpt tamparan wanita dulu. And of coz yg wajib, pot pet. Kan? Mau perang dunia 3-4 meletup. What will you do if your partner ttiba bgtau dh ada lain? Rasa cam nak hentam je kan? Tapi takdelah smpi bunuh suami. Luckily women at Malaysia not as ganas as other countries. Ada lagi la ciri-ciri keimanan dan ketaqwaan tu. Paling buruk pun, siram acid je.

dsc08391

Believe me. The wifey tak sampai hati do smthg bad to the hubby. Marah tu mmg la. Sape x marah? Terasa cam kena tipu idup-idup. Chenta yg slama neh ilang kemana? Kenapa ttiba nk kawen lain? I xmo share-share neh! Tp antara sbb utama kenapa the wives marah when the husbands kahwin lain sbb taknak share teman sekatil. Kan? Kan? Kan??? Sape nak? Angkat tangan! Owh.. Kaum adam memang la angkat tangan and kaki sume. Memang suka je klu ada 1-2-3-4 teman sekatil. Ada variety ek? Huh.. Byk la variety. Nak pilihan, pi langgan Astro. Byk je pakej. Pilih je. Tak pun ajak isteri pi beli berlian sebijik dua, byk pilihan n sale kt kedai tu.

dsc08397

Senario isteri tertekan menekan ditekan mmg terjadi bila suami blk-blk habaq mai dh kawen lagi satu. Semiggu dua sebulan dua setahun dua mmg makan hati. Tapi lama-lama macam tabah je. Ye, perempuan mmg tabah. Dia x bleh accept now, later on bleh la tu. Slow-slow. Takpun dh bleh accept lama dh tp saje buat mahal. Still it’s not excuse for the men ttiba kawen lain? Pe kes? Hati u berubah? Ada org goda u? Bukan u goda dia? Camtu? Dah.. Dah.. No alasan. No reason dh. Dah kawen tu kawen la. Tapi wahai kaum Adam, ingat la ye. If nak pasang lain, cuba fikir sket. The wife yg skang neh dh ada banglo 2-3 biji ke? Dah cukup sume ke? Makan pakai sume? At least credit card wif unlimited limit. Kan? Tak gitu kaum hawa? If dh ada sume tu, silalah kawen lain if teringin nk pasang lain.

Perempuan yg menjadi isteri pertama neh mmg marah n sedey sesgt if suami kahwin lagi satu. Tapi when the suami nak pasang lagi satu, yg no 3 lak, the 1st wife akan senyum je. And for sure dia akan ckp kat 2nd wife, haa.. Padan muka. Dulu amek lagi asben aku, now kau rasa lak camne sakitnya hati aku tu. And if the husband still nak cukupkan kuota, lagi la yg the 1st wife suka. Galakkan pun ada. Sebab? Takpe, he’ll less attention for me and I can find another one. Waahhhhh… Wahhh…. Ada ye camtu. Neh mesti kes-kes darurat sgt dh neh.

dsc08401

This entry means no harm tu the 2nd wives or 3rd or even 4th out there. Sapa yg nk kawen dgn suami org? Nak ke? Owh.. Tidak!!!! One tip for you, if your partner already mentioned or nampak cam gaya-gaya nak pasang dua tiga (neh kes ada girlfriends lain la neh), silalah tanpa malu dan segan ajak dia kawen dulu dgn u. Why? Takpe. Being the 1st wife is better than yg lain. Plus dapat payung emas nanti. He.. Sakit hati tu memang la. Tapi pepe, sakit demam muflis, isteri pertama gak tmpt merujuk mengadu domba. Well, at least, you dh ‘bsama’ dia before org lain. Hahaha.. Mana tau kot-kot lepas kawen dgn u, dia dh tak ingat org lain dh. Memang ada kemungkinan sang lelaki akan melupakan bunga-bunga lain.

Tak sume lelaki tu nk pasang byk. Ye, ada yg loyal. Tp kadang2 keadaan dan masa ubah all this prefect situation. If terjadi.. Byk la bersabar. I noe it’s hard to let go. But if the love and care still inside the heart, kept it. Hold it. Mana tau satu hari nnt, dia ceraikan sume yg lain, and back to you. Hhahaa.. Okeh.. tu sounds jahat dh. Pandai-pandailah berkongsi kasih if had to. It’s not easy but yes, you can do it. Pejam mata. Cry if u need that. Tapi dont hold back. Bring forward. Insya-Allah everything will be great. Allah always be with you. For the 2-3-4 wife, dont easily judge your madu tu bad. Yourself make a bad impression by married ‘kepunyaan org lain’. Am not saying you’re bad tp dh jadi kan, nak buat camne. Tak payah la nk blagak cam isteri pertama. Hormatilah yg pertama. Sebab you kena ingat, if you’re the 2nd one, ada chances the suami will pasang lagi satu. Takde guna gaduh-gaduh sebab lelaki.
Sebab if one day the husband died, automatik all the wives jadi baik-baik je. Silap aribulan jadi bestfriends lagi!

dsc08455

Kaum adam.. Pasang la byk mana anda mampu. Tapi ‘makan luar’ is not somthg that sang isteri can accept. Ingat satu je la, even if you can provided RM20K perweek to the 1st wife, it’s not enuf. The loyalty from you is the best gift ever!

p/s those pics not from my wedding. tah sape tah. asal ada gambo la kan = D

cikponbopbon.blogspot.com

Comment: 11

Guest Writer – Tindik Telinga

Seperti hari-hari yg lain, macam biasa aku online, klik klik sana sini, baca blog org itu, baca blog org ini. Dan seperti biasa jugak aku akan singgah di redmummy.com nak baca her latest entry. Terbaca pulak kisah gegirl yang berani betol tindik telinga.

Bila tengok ‘keberanian’ gegirl, aku pun terpikir gak. A ah kan, napa aku tak bawak ajer anak aku g tindik telinga gak. Alang2 dah cuti sekolah, apa salahnya. Tetiba lak datang semangat aku nak bawak Aisyah. Kalo gegirl yg 4 tahun lebih buleh, anak aku yg dah 5 tahun takkan tak buleh kot…Terus YM hubby kat opis, ajak. Hubby said ok.

dsc01199

Tapi balik rumah kena ‘warning’ Aisyah dulu macam mana caranya nak menindik nih. Budak nih jenis yang penakut sikit. Apa2 pun nak takut. Nampak apa jenis serangga ulat kat lantai, lari satu rumah. Tuh belum nampak lipas terbang lagi! Habih satu rumah dia jerit! So memang kena siap2 citer kat dia apa rasanya tindik telinga nih.

Sok arinya, balik dari kerja, dia terus terpa kat aku “Ami! Aisyah nak tindik hari nih jugak!” ok settttt! Kalo ko nak, ami ikut ajer. Siap2 terus g kedai dekat rumah. Dah siap pesan awal2 lagi, baca Bismillah, selawat banyak2 (ikut cara redmummy). Mula2 sampai bukan main happy lagi dia, sendiri pilih “nak kaler purple!” katanyaa…. pastu… nampak jer amoi tuh kuarkan pistol tindik..”Ami!!! takuutttt…” terus nangis! Ah sudah!! Ko nangis nak, ami yang berdebar2 tau!

dsc01200

Amoi tuh buat tanda kat telinga, dia tetap gak nangis. Kitorang mak bapak nih tolong pegang tangan bahu badan apa sume bagai lah. Dah spray sebelah telinga… TAPP!! “ADOOOIIIIII!!!!!” dia nangis. TAPP!! sebelah lagi “ADDOOOOIIII…” dia jerit lagi! huhuhuhu…..

Kejap jer dah selesai dua2 belah. Sib baik kedai tuh sebelah McD & KFC. Terus pujuk dia beli happy meal. Dah dapat toys, senyap terus. Balik rumah, boleh pulak telek2 telinga kat depan cermin. “Ami, baru nampak macam girl kan?” katanya….

So, tima kasih banyak2 kat redmummy sebab bagi inspirasi kat aku bawak Aisyah g tindik telinga… Kalo tak, ntah2 sampai besor ler budak tu tak bertindik!

Bukak sekolah nanti buleh ler tunjuk kat kekawan… harus gituuu….

dsc01203

mummyfad.blogspot.com

Comment: 8

Guest Writer – Basic Questions!

Lelaki Tak Paham ‘Code’ Wanita?

On my previous guest post kat RM ni, I cite pasal Kenapa Lelaki Tak Patut Tanya Soalan-Soalan Ni Bila Keluar Dating

pastu terpikir pulak soalan-soalan yang biasa diajukan dari kaum wanita ni.Bukan je soalan tapi komen-komen yang you all biasa dapat from a woman.

To tell you the truth,lelaki kalau jarang paham apa message yang si wanita nak sampaikan.Bukan la nak kata wanita ni tak reti nak menyampaikan message,tapi cara diorang ‘mengekspresikan’ diri agak berbeza dari kaum lelaki.

Masalah timbul bila lelaki ni pulak tak paham ‘code-code’ yang dihantar dari si dia..

Kasi contoh la senang(nanti pening plak korang pikir ape la En. Tipsgoda ni merepek)..

Contoh yang paling popular ialah-wanita ni kadang-kadang nak sesuatu tetapi tak bertanya terus:

Situasi-(si lelaki and si wanita dalam kereta going somewhere)

Si wanita : “Honey,you lapar tak?”

Si lelaki : “Tak.” (sambil focus on the road and tengah memikirkan bola malam ni sape lawan)

Then si wanita dengan muka agak kecewa menyepikan diri.

Agak-agak you all,ape yang message yang nak disampaikan oleh si wanita tadi? Die actually lapar and nak ajak guy die berhenti makan.tapi lelaki tadi merasakan dirinya tak lapar dan tak perasan ‘code’ yang dihantar kepadanya.Bila si wanita tadi mula menyepikan diri,baru la si dia menggelabah mencari mana silap…

Tapi,yang tu hanyalah contoh basic je.banyak lagi keadaan yang seakan-akan macam tu.

Ni nak kasi tips sikit.

If you guys tanya a question to a girl and die kasi answer,ni maksud sebenar ‘ code’ bagi jawapan si dia:

If u tanya and that girl jawab :

“maybe” -maksudnya “90% yes”

“no” -maksudnya “100% no”

If die senyap and senyum –maksudnya “ die tak setuju ngan apa u tanya tapi tak nak kecikkan hati yang bertanya”

If die senyap and muka tak senyum langsung –“tukarla soalan cepat-cepat.You ask at the worng time!”hehe

So guys,perhatikan lah and be aware dengan ‘code-code’ yang dihantar dari si dia.If boleh decode and paham dengan mudah..happy la si dia sebab nampak yang you guys ambik perhatian apa yang si dia cuba cakap.

Lama-lama nanti biasalah.kan?

So,hope you guys enjoy the post and kalau nak tahu lebih lanjut pasal tips on dating and relationship ni,boleh check out my blog at http://www.TipsGoda.com

Regards,

Aidil

www.TipsGoda.com

Comment: 9

Guest Writer – Cinta ke?


Nasihat of the day : Cinta ke? Memang indah apabila dilamun cinta. Terasa dunia ini kepunyaan bersama. Segala-galanya indah belaka. Tiada perkataan yang dapat digambarkan apabila manusia mula bercinta. Yang hanya dapat diluahkan, I love you forever, Muahh Muahh Muahh, Saya cintakan kamu dan sebagainya.

Oh.. Cinta. Tapi, anda pasti ke tu cinta? Bukan sebab rasa ingin disayangi? Anda sure yg anda jatuh cinta? Bukan sebab dah ada yang suka, terima je la? Senang sungguh utk jatuh chenta di zaman teknologi neh. Sume pantas. Takde sangkut-sangkut dah. Terlanggar bahu kat dlm bas, tukar no phone, 4-5 malam bergayut and text, terus declare. Hello?? Sedar ke x? Baru 5 hari tu. Belum seminggu. Neh nak cakap desperate kang marah.

Tolonglah hargai makna cinta. Cinta tu teramatlah indah. Busuk-busuk baru balik keja, jupe yang berkenan, kenyit-kenyit mata, tukar no, terus sangkut as couple. Am not blaming them. Dah memang lumrah manusia utk saling menyayangi dan disayangi. Tapi dik-dik oii, or pakcik makcik sume, if people find it’s v v v hard to get your attention, means lagi tggi saham tu. Ingat tu. Neh tak tipu ye. Senang sgt nk dgr, kejap affair neh, kejap yg tu la, neh la. Sume nak la. Ask yourself.

Dah bape orang pernah menjadi pasangan anda? And berapa umur you? Iye.. I know that not everyone is lucky to get in love. So, if dah ada orang suka kat kita, terima je la. Sayangilah orang yang menyayangi diri kita? Ohhhh! Teramatlah saya bangkang statement neh Yang Arif! Macam mana if ada 2-3 org yg sayang kat kita? Nak sayang sume tu blk? Nak buat spare tyre la gitu? Cinta is all about your heart. Once your heart says, she/he’s the one. Get her/him. Dont let your love run away. Stick with your heart. Walaupun jupe your partner tu tepi toilet ke, terlanggar kat highway ke or even time busuk-busuk baru balik keja, bumped into each other at lrt ke.. Sume la tapi REMEMBER! When in love, heart and akal fikiran bergerak bersama! Bukan mengikut hawa nafsu atau mengejar kekayaan. Even Nabi Muhammad ada bagi kriteria utk kita cari our own partner. Kenapa tak follow? Memang kena jual mahal. Sikit. Jangan banyak sgt. Kang satu hal lagi kang. Jual la tinggi skit. Jaga status. Tak kira la how old are you pun. Cinta tak kenal umur atau pangkat. Cinta tu anugerah daripada-Nya.

Memang, cinta abadi hanya utk-Nya. Dalam mencari keredhaan-Nya, seeloknya kita carilah pasangan yang boleh membimbing kita ke arah jalan yang satu itu. Sambil-sambil menikmati perjalanan yang masih ada di dunia ini. Tak kira lah betapa pelik pun cinta tu, betapa jauh cinta hati kita berada, tetapkanlah apa hati kita berkata. If ragu-ragu, solat istikharah ada. Tak tau, belajar. Insya-Allah, there’s a way for you. Kadang-kadang kita dah sulam chenta bertahun-tahun tapi cinta tu terhenti. Tak sampai ending yg sepatutnya (married). Ada yg kenal 2-3 jam dh decided nak kahwin. Itu hati masing-masing. Kita hanya boleh melihat and menasihati.

Menilai cinta sesorg tu jauh skali. Kadang-kadang kita mesti terfikir, kenapa once your partner died, you dh siap sedia nak pasang lain? Cinta tu hilang ke mana? Tertanam kat kubur skali ke? We cant blame them. It’s their heart. Maybe dia x biasa tido sorg2. Takut gelap kot. Who noe? Beli lampu, pasang time tido wont be same wif having partner next to you during bed. Ada juga yang bertahun-tahun kahwin tapi asek gaduh je. Anak dah besar sume. Tapi they still together. Why? Only they noe the reasons. Maybe they think, dah tua, had to look out or each other. Ada juga yang isteri belum meninggal, baru konfem ada penyakit, dah sebok cari lain. Adei.. Manusia-manusia. Kenapa? Kenapa nak sakiti hati pasangan? Betapa berat mata kita memandang, bahu yang pikul tu lg la. Terasa cam bawa KLCC atas bahu pun ada. Bercinta punya sakan time kat universiti, dapat big job, kahwin, dapat anak-anak, tiba-tiba wife or husband cari lain. Dah tak serasi katanya.

Ini yang jadi if base kurang. Pe yang base kurang? Tak faham? Base cinta tu tak kukuh. Ada la tu terlebih air ke or terkurang simen. Sebab tu la lama-lama, bangunan nak roboh. Itu hanyalah antara cerita-cerita chenta yang memang wujud. Kadang-kadang sabar je la tengok. Kesian pun ada. Tapi nak nyebok, ohh, sila ketepi. Jangan nak pi gatal selak kain orang. Jaga kain seluar masing-masing.

TAPI, if you think that your partner is the one. Grab it! Dont let it go! Hati tu kata pe? Akal? Bergerak sama! Even you’ve to potong queue, oh please! Jangan biarkan your soulmate partner walk away! GRAB IT! And bagi yang kecewa, tak yah risau la. She/He’s not the one for you. Cari lain. Dah memang bukan milik kita. Lain la if orang tu (neh lelaki la neh) boleh kahwin 2-3-4 kan? Tak kira lah macam mana perasaan kita, kita sebenarnya afraid of losing people who love yourself, or kita memang x biasa hidup sorang-sorang, or even hari-hari gaduh, it’s your life. You ada hak tuk decide. Dont let people judge for you. Tapi listen what they’re going to say. They love you. They worried anything bad will happened to you. If dah kahwin berapa lama. Ada gaduh-gaduh tu, biasa la kan.

BECAUSE the most important thing, no matter how teruk gaduh, or betapa sakit hatinya wif your partner or betapa sedih wif you partner attitude and all, at the end of the day, she/he’s that you’ll looking for a hug. For your bantal busuk. For the sake of your heart. To make it calm down again.. And that’s what we called love. Something we really cant afford to lose. And most of all, we’re comfortable with!

cikponbopbon.blogspot.com

Comment: 5