Feb
17
2009
Tuesday, 8:00 am
Misteri Malam ( Misteri Siang & Malam)
Seperti yg dijanjikan, inilah salah satu kejadian yg paling ngeri penah aku lalui sepanjang aku idop di atas muka bumi ini.
Semua kiter percaya akan kewujudannye ‘makhluk lain’ di dunia ini. Aku percaya tp aku tak penah ambik tau, kerana aku tidak penah mengalami kejadian pelik atau aneh sampai la beberapa tahun yg lepas.
Kejadian ini terjadi di sekitar tahun 2004. Aku seorang yg sangat periang, peramah & aku jarang takut dengan mende² pelik. Kisah ini bermula ketika aku baru balik dari kerja. Waktu abis keje pada jam 6.30pm (shift petang), aku yg manja selalu dihantar dan dijemput oleh boyfriend@bf (skrg dah ex-bf). Pada petang itu, seperti biasa dier agak terlambat. Aku dgn tabahnya menunggu dier di depan guard post tmpt keje aku sambil membaca buku. Aku rasa ada sedikit rasa lain macam apabila perot sakit memulas. Aku sms bf supaya cepat sket. Dia punye cepat pun, hampir maghrib baru sampai (dah biasa dah ngan kelambatan dier, dan aku paham, dier pun keje). Sampai di rumah, aku mandi dan baring tgk tv di dlm bilik tido. Tetiber aku rasa perot aku sangat sakit yg tahap maksimum. Aku kuar dari bilik dan mengadu kat hosmet. Aku ingatkan kena gastrik, so aku suh hosmet (namanye Nita) utk ambil ubat dlm peti ais, sambil aku geguling kat sofa di ruang tamu. Setelah makan obat, perot aku still sakit gak. Nita dah susah ati, jarang dier tgk aku sakit perot sampai menitis air mata. Disapunya minyak angin di perotku sampai aku tetido di sofa. Menjelang tgh mlm baru aku rasa lega sket.
Hari berikutnya, aku sakit perot lg pada waktu yg sama, waktu maghrib. Aku geguling lg dan aku terpaksa sms & call bf utk membawa aku ke klinik. Bila sampai di klinik, doktor yg mmg sudah tau aku ada masalah gastrik yg tahap kritikal memberi obat gastrik. Telan obat & keadaan masih sama. Aku dijaga oleh Nita dan suaminya ( Nita baru saja berkawen dan suaminya tinggal bersama aku memandangkan keadaan ekonomi mereka kurang mengizinkan mereka utk menyewa rumah laen, dan aku pun tidak kesah kerana pasangan suami isteri merupakan kawan baik aku). Beberapa jam kemudian, kesakitan itu pergi dan aku bole tido dengan nyenyak.
Hari ketiga, bf aku lmbt lg menjempot aku balik keje sedangkan ketika itu sudah gelap. Sekali lagi, aku mengalami kesakitan perot seperti hari² yg sebelomnya. Aku pelik, napa pada waktu siang, aku tidak mengalami kesakitan perot itu. Dan baru aku perasan, sudah masok 3 ari aku tidak membuang air besar. Aku tepon bf suh cepat sket sbb perot memulas. Aku rasa sudah tidak tahan dengan kesakitan itu. Bf aku sampai je, aku teros masok kete, dan geguling. Aku cakap sakit perot aku tuh rasa lain macam. Aku bgtau juge bab tidak bole membuang air besar. Tetiber, aku pengsan dlm kete. Aku dihantar ke Pusrawi, emergency. Tak penah dlm idop aku, aku rasa selembik itu. Aku digolek ke sana ke sini oleh nurse & doktor kat Pusrawi itu. Di-injek juga. Dibuat ultra-sound di bahagian perot, scanning. Tp doktor memberitahu yg tiada apa masalah dibahagian perot. Bf aku bgtau yg aku tidak bole membuang air besar selama beberapa hari. Aku hanya mampu menitiskan air mata kerana kesakitan itu aku masih rasa lg. Akhirnya, doktor itu menyarankan aku balik saja ke rumah utk berehat dan mencari alternatif lain utk berobat. Aku sudah blur, kalo sakit kena lar pegi spetal, nie doktor plak suh carik alternatif lain. Aku masih berbaring di atas katil spetal, bf aku pegang ibu jari kaki kanan. Tetiber aku terasa sgt panas & sakit. Aku ter-tendang bf aku, aku mula maki hamun bf aku kerana memicit ibu jari kaki dengan kuat. Doktor yg melihat kejadian itu, teros berbisik kpd bf. Apa ntah yg dibisikkan pun aku tatau. Aku dibawa balik ke rumah, dan bf menelepon Nita supaya bersiap utk menemani aku utk berobat. Aku mendengar saja. Aku rasa penat, panas & sakit.
Bf membawa aku ke rumah PakLong nye di Cheras. Nita asyik bertanya soklan kpd bf ttg sakit aku. Sampai saja di rumah paklong, keadaan rumah bergelap. Masok rumah paklong, paklong tgh duduk dlm gelap sambil menunggu kedatangan kami. Paklong ngan berseloroh bertanya kpd bf ku, ‘setan apa budak nie bawak?’ Hahahaha.. aku gelak masa tu (aku pun tatau naper aku gelak sebenarnye..tp ye lar..aku nie bawak setan apa plak lar kan?). Paklong mengatakan aku sudah terkena ‘buatan orang’. Aku terdiam, setahu aku, aku tidak mempunyai musuh, dan aku tak penah percaya ttg ‘black magic’ ini. Dikatakan juga, seblom kami sampai, rumah itu terang benderang seperti biasa. Pelik, apa kaitan gelap & aku? Aku disuruh baring, dan Nita duduk menemani aku. Paklong menyuruh aku mengangkat baju utk menampakkan bahagian perot (wlpun dlm gelap).
Kedian, paklong mengambil sebiji telor ayam kampung dan mula mengolekkan telor itu di atas perot aku. Aku menjerit meraung kesakitan. Aku rasa sgt panas, sakit & pedih. Terasa seperti ada pisau tgh dicucuk ke dalam perot (sedangkan aku nampak telor yg dipegang oleh paklong). Aku mula meronta, dan Nita dimintak utk memegang badan aku sementara paklong membaca ‘something’ dan teros mengolekkan telor itu. Hampir sejam aku diperlakukan sebegitu dengan telornya ditukar ganti ngan telor ayam baru. Selepas itu, aku disuruh minum air (air suam yg aku rasa sgt panas, aku je yg rasa panas dan berminyak). Tak sampai 5mins, aku rasa nak muntah. Aku berlari ke dlm bilik air, dan aku muntah segala isi perot dlm gelap. Paklong menyuruh aku membiarkan sajer muntahan aku itu di dlm bilik air kerana dier ingin melihat apa yg aku muntahkan. Selepas selesai dan aku rasa sket lega, kami pun pulang berbekalkan sebotol air yg diberi oleh Paklong. Aku disuruh oleh paklong utk meminum air itu pada awal pagi dan aku juga disuruh utk berehat sajer di rumah wat beberapa hari. Aku & Nita sampai ke rumah pada jam 2 pagi. Seblom itu, ketika kereta kami keluar dari perkarangan rumah paklong, tetiber lampu umah itu menyala kembali. Aik, ajaib.. ke paklong yg maen totop lampu nie?
Bf aku menguruskan segala cuti sakit aku di tmpt keje. Dier menerangkan keadaan aku & nasib baik boss aku seorang yg memahami, dan aku diberi cuti sakit tanpa rekod (celah mana je aku nak carik mc sedangkan doktor pakar pun kata aku tak sakit). Aku membuang air besar pada pagi itu, dan aku melihat bermacam jenis mende yg pelik di dlm najis (aku disuruh utk melihat apa yg ada la..bukan sajer aku nak tgk). 3 mlm aku berobat dengan paklong, dan setiap kali aku pergi, setiap kali itu lar umah tu bergelap. Bermacam cara aku diobat. Dan mmg aku rasa hampir mati juga menahan kesakitan itu ketika diobat. Aku bertanyakan paklong apa yg sebenarnya terkena kat aku, dan jawapannya, ‘SANTAU’. Dan aku diberi gambaran ttg si ‘penghantar’. OMG! Apa la dosa aku kat dier tuh. Dan akhir sekali, aku disuruh ‘mandi bunga’ Aku juga diberitau, jika aku terlmbt utk berobat, kemungkinan besar nyawa aku bole melayang, ye la, takbole berak ko, mao penoh perot aku (hahahaha). Aku masih memikir, apakah tujuan ‘si penghantar santau’ itu berbuat begitu kepada aku sampai ke hari ini. Tp mungkin, orang bersalah akan tetap berasa bersalah kerana ‘si penghantar’ berpindah tmpt keje 2 bulan selepas kejadian itu.
Moral of the story: Manusia ini ada bermacam-macam & berjenis-jenis. Tp aku tak sangka ada manusia yg sejahat itu di sekeliling aku. Sejak itu, aku sgt berhati-hati ketika berkawan & bergaul di atas pesanan paklong. Ada orang mungkin kurang selesa & kurang suka apabila aku ‘cepat naik’ & ‘disenangi/disukai’ oleh pihak atasan.
p/s: Selepas aku semboh dari kesakitan itu, terjadi plak kejadian pelik & aneh di dalam idop aku. Akan disambong di episod lain….
Dari,
Reen
Comment:
6
Category: [
Guest Writer ]
RM Recent Comments