Guest Writer

Rambutnya hitam panjang bu…

Kisah ni berlaku 2 tahun lepas, waktu tu anak aku si kakak 2 tahun & si adik lagi 9 bulan. Belum lagi citer dah tegak bulu roma ni..confirm demam pas citer ni. Citer ni dah lebih 10 kali aku repeat..citer kat family..kawan2.

Perjalanan dari kg ke shah alam..selalunya kitaorg pakai jalan dalam..means jalan kampong lar ikut sabak bernam, tanjung karang . Kuar dari umah kui 4.30ptg. Masa tu hujan lebat giler, adik & kakak tido kat belakang ngn bibik..Ngam2 belok lepas kat pasir penambang tu, si adik menangis..bukan nangis2 manja tu, nangis melalak tak hengattt. Tgk jam kui 7.30 camtu..magrib !! Aku Tanya bibik, asal adik nangis ni bik..tak tahu bu..tiba2 jer, bagi susu pun tak nk..aku ambik bawak ker depan..dia melalak gak..sambil tgk ke belakang..tangan dia genggam baju aku..mcm nampak sesuatu kat belakang..Aku ni mmg cepat terasa bab2 ni..bulu roma terus naik..rasa cam berdebar2. Jarang lar dia nangis melalak cam ni..

Aku bagi balik adik ker bibik..adik gengam bibik semakin kuat..nangispun makin kuat..sambil tgk ker belakang. Ibu..ibu..bibik rasa ada yg ngak beres ni bu, bibik kok rasa seremm..(kata bibik dlm lorat indon ) Jalan yg kitaorg lalu ni mmg gelap..sapa tahu jalan yg tembus kat ijok pastu kuar kat puncak alam..sure tahu jalan tu mmg gelap & sunyi.

Tetiba si kakak yg lena tido..merengek sambil mata pejam..sambil ckp hish..hishh..sambil tepis2 kat kaki..pastu hish..hishh..tepis2 kat muka dia..tp mata pejam, apa kes?? Mcm ada benda yg usik2..geli2 dia..adoooiii …masa ni aku toleh belakang..si bibik tgk muka aku..aku tgk muka bibik, yg adik masih menangis.

Ambik adik bawak depan..laki aku bersuara..aku bawak adik ker depan..pastu laki aku ambik dukung sebelah tangan..tangan satu lagi pegang stereng keta. Tetiba, Yang..yang ambik adik, cepat2..aku ambik balik adik..panic sungguh masa ni..nk buat apa ni bie..badan adik mengigil2. Cuba pasang CD mengaji tu, kitaorg mmg standby CD ni dlm keta..kita pasang high volume, adik yg dlm pelukan aku ni makin kuat menangis, kali ni tak tgk ke belakang..dia tgk ke tingkat pulak..Ya Allah, aku ni baca ayat kursi..3..4 kali..terkumat kamit, tak jalanpun..

Aku ambik phone call pak metua aku yg terror sikit bab2 ni. Hello pa..ni adk nangis mcm ada yg tak kena jer..letak tepon kat telinga dia..papa ckp..aku sambil riba adk..ambik phone letak kat telinga dia..adik terus mcm lagi hyper..ya Allah kenapa ni. Dengar papa ckp ni..temukan dahi adik ngn dahi kamu, pastu baca ayat kursi, al-fatihah & 3 kul..tentang mata dia..ok pa..ok..masa ni ada bau yg kurang enak dlm keta..tp kitaorg diam jer.

Akupun buat mcm papa cakap..sambil terketar2 aku baca..masa ni takutnya sampai mengalir air mata aku. Habis jer baca, bibik tetiba menjerit kat belakang..aku tergamam jap..zuupppppsss.. bulu tengkok naik tetiba ,serius ko..mcm ada benda yg kuar terbang dari dalam kereta….mcm ada angin lalu..masa ni rasa cam nk lompat jer atas laki aku ni..

Bibik yg duk diam kat belakang.. tetiba mengelabah..ya Allah..bu, ya Allah bu,si bibik terketar2 ckp..aku peluk adik kuat2. Laki aku diam jer tak bersuara..sabar bik..sabar..baca apa2!!

Adik menangis sampai dh takde suara..laki aku tetiba jer ckp..’’Aku tahu ko ada kat sini..kalau ko nk tumpang, tumpang jer..jgn nk usik anak2 aku’’. Glurpp..glurpp..telan air liur aku..dlm hati (eee…boleh lar dia ckp camtu..sabo jer..).Sampai jer simpang tiga nk ker puncak alam tu, adik tetiba berhenti menangis tp masih sedu2..teresak2. Ya Allah..lega..sunyi sepi jer dlm keta..takde sapa bersuara,sampai lar kat petronas sek.20, laki aku berhenti. Si adik sampai tertido..kakak pulak yg bangun.

Laki aku ckp..kita kuar dulu lar dari dlm keta..angkat adik & kakak sekali..Aku ni konfius gak asal laki aku ni nk stop kat petronas ni. Dia ambik rokok dia..duk mengembut jap..aku ni tak puas hati..gi tanya dia, eh bie, asal berhenti kat sini ni..dia jawab “releks japp..tak elok balik rumah terus..biar dia turun sini”

‘dia turun sini’ apakah???

Bila dah sampai rumah dalam kui 9mlm..mandi2..pasang tv..semuapun tak bersuara.

Aku ni gatai mulut gi tanya kat bibik..mcm dh tak blh tunggu siang..kenapa ko menjerit tadi bik??

Ibu ngak lihat ker? Aduhh bu..rambutnya hitam panjang buu…terbang keluar di depan ibu tadi..pasti adik menangis diganggu mak lampir tu bu..

Ko ni biar betul bik..ceh saja buat2 mcm tak caya..tp actually mmg aku rasa ada something yg kuar dari dlm keta tadi..

Tetiba laki aku ni menyampuk..ha ah yangg..betul ada benda tu tadi..altantuya tumpang kot..cisss cabul tul lar mulut laki aku ni..tahu lar altantuya tu kena bom kat area situ..

Abang, dari start adik nangis tadi dah dpt rasa..bila abang dukung adik tu..adik rasa berat sangat..tu yg abg suh ambik balik tu..mungkin benda tu berpaut kat adik..

Pastu tak perasan ker, keta belakang bagi double lampu kat kita..pastu semua keta cam jauh2 dari keta kita..semua tak nk dekat..lutut aku ni tetiba mengigil balik..Ya Allah syukur lar aku tak nampak..kalau tak sure terbayang2. Pagi esknya..aku, bibik & adik demam..MC 2 hari aku..apa kes?? Kes jenayah hantu altantuya..laki aku ckp!!

sampai skrg kalu teringat terus rasa nk demam. Korang yg lalu ikut jalan ijok tu..pastu lalu kuil..lalu kubur2 cina tp bukit tu..jgn lar balik malam2..sejak tu..aku mmg tak tgk dah citer2 mistik kat tv ni..tak kira lar hantu lawak ker..hantu apa ker..ttp seram..baru ni gatai pasang CD ‘hantu kak limah balik rumah’..tengah tgk hantu kak limah ni, bibik bersuara..ibu..rambutnya kak limah ni..sama seperti mak lampir yg dulu itu..cisss…brengset sungguh si bibik ni..blh plk ko ckp mcm..dah tutup CD..

Sender: Goldfinger

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 56

Pontianak bertenggek!!

Salam Kak Red.

Heh, ni cerita hantu time raya tahun lepas. Masa tu hari jumaat, saya pegi open house kat umah kawan. Then petang tu one of my friend nk datang and tidur kat rumah sebab sabtu esoknya ada open house kat rumah kawan lagi satu.

Actually kejadian ni jenis kejadian berantai. Start from nenek yang kena ganggu, makcik, ibu sampai lah turn saya kena kacau dengan makhluk halus ni. Tapi makhluk ni dari species yang bebrbeza. Maksudnya, nenek saya jiran yang buad, makcik orang gajinya yang buad, ibu 3 orang jiran yang buad. And me KAWAN sendiri yang buad.

Tapi ni nk cite sal saya sendiri, pasal nenek, makcik gan ibu tu biarlah rahsia. Ni semua sebab sifat dengki orang Melayu kita yang tak boleh tengok orang lain lebih sikit.

So masa jumaat malam tu, saya dengan kawan saya ni keluar lah kononya nak pegi downtown Cheras tu, at last tak jadi sebab cam jauh sangat even naik motor je pun. Then kita ronda2 je sampai jam 12 lebih gitu lah. Then balik rumah cam biasa lah. Time tu ayah takde, dia g kerja sebab dia taxi driver kan, so dia amik shift malam. And ibu pula kat kampung sebab teman nenek berubat skali dengan dia.

So jumaat malam tu lepas jenjalan kat luar, balik rumah tengok tv sampai la tertidur. Masa ni takde pape terjadi lagi. Masih elok macam biasa, then esoknya saya nampak kawan saya tu pandang saya macam nk marah je. Padahal saya takde buad salah apa-apa pun. So saya biarkan dia. Masa ni dah hari sabtu, bersiap-siap nak pergi open house. Time kat open house tu saya dah rasa macam nak demam. Tiba-tiba je rasa cam nak muntah-muntah. Badan rasa sengal-sengal ubi. Rasa mengantuk-sangat sampai takleh nk ride motorsikal tu.

Then i wish nk balik rumah sebab dah tak tahan, lepas hantar kawan tu kat LRT Bandar Tasik Selatan, saya balik rumah and terbongkang dalam bilik dengan badan menggigil macam orang nak demam. Then saya sms ayah suruh beli panadol, pandaol pun tak jalan juga unuk redakan demam ni. Lepastuuuuuuuuuuu kan kak. Ibu SMS saya, dia tulis macam ni “Ko kenapa keluar malam tadi? Ko tahu tak ada benda ikut ko balik rumah. And now ada kat badan ko tu. Dengan tak sembahnyang nya”. So i was shocoked, macam mana dia tahu aku keluar rumah malam tu. huhu. So demam ni hampir dua minggu, lepastu baru pegi berubat.

So masa pergi berubat tu, saya guna perubatan cara Islam je. Takde main bomoh-bomoh ni. takut jadi lain. Then pengamal perubatan tu pun bagi lah tahu apa yang dah jadi, dia kata kat badan saya ni ada pontianak bertenggek. Tu sebab jadi macam tu, demam sampai dua minggu. Orang tu cakap lagi, yang buad kat saya ni kawan sendiri, dia jeles sebab saya ni ramai kawan rapat, ramai perempuan minat kat saya. So dia dengki lah dengan saya. So saya syak ada dua orang je yang buad ni.

Kalau akak nak tahu, sampai sekarang ni family saya kena ganggu dengan makhluk halus ni. Ada yang depa letakkan dalam van ibu nak ambil budak sekolah. Letak dalam teksi ayah. Letak depan rumah. Tapi yang lain-lain dah settle, tinggal ibu sorang je. Sebab dia selalu tolong orang, tapi orang dengki kat dia. Hmmm doakan lah keselamatan kami ye.

P/S: Kenapalah orang Melayu ni ada sifat dengki sesama sendiri. Hurmmm.

Wasalam.

Sender: Nazim

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.


Comment: 37

Jangan kacau boleh tak?

Salam Kak Red,

saya nak submit cerita seram yg dialami oleh sy sendiri. Masa saya sekolah menengah dulu, saya tinggal kat satu rumah sewa ni, dengan family. Rumah tu half batu, half papan. Mula masuk, memang dah rasa lain macam. Rumah tu walaupun rumah sewa biasa, tapi besar. Saya selalu tak lena tidur. Time 12 malam je mesti saya paksa mata saya supaya lelap. Sebabnya…

bermula pukul 2 ke 3 pagi, saya akan dengar satu bunyi kat bawah bantal saya. Macam ada benda tengah mencakar2. Bunyi macam kucing yang cakar. Padahal sebenarnya family saya mana ada bela kucing masa tu! Kalau bela pun, takkan la kucing tu nak cakar2 bawah katil saya. Huhu. Last2, saya tidur tak pakai bantal.

Lepas tu, saya dengar bunyi tapak kaki lalu daripada ruang tamu menuju ke dapur melalui bilik saya. Saya tak tutup pintu bilik. Sengaja saya biar bukak sebab takut. Lepas tu saya dengar bilik air berbunyi macam ada orang guna. Saya tutup mata tapi tak jugak tertidur. Tapi yang anehnya, sampai hari dah siang bunyi tapak kaki tu tak lalu balik ke depan. Tak mungkin abah saya yang lalu, sebab saya sure sangat abah saya tengah tidur masa tu.

Adik bongsu saya pun selalu kena ganggu. Dia selalu cakap sorang2 dan selalu sangat react macam tengah main bola dengan seseorang. Adik beradik saya 5 orang, just ada sorang je lelaki, yang lain semua perempuan, adik bongsu saya ni perempuan. Dia selalu cakap tengah main dengan “abang”. Huhu. Adik lelaki saya masa tu tengah sekolah. Habis tu, “abang” mana pulak yang dia tengah dok main sama2 ni.

Banyak lagi la cerita Kak Red. Saya pun pernah kena kacau masa mandi. Masa saya mandi, saya dengar pintu bilik air kena ketuk. Lepas tu kat luar saya dengar adik saya tengah ketawa. Mungkin dia menyakat saya. Jadi saya marah suruh senyap. Lepas tu saya terus bukak pintu. Bukak2, takde orang! Adik2 saya semua kat ruang tamu. Takkan sekelip mata boleh ada kat depan..

Huhu…sekarang saya dah tak duduk rumah tu. Alhamdulillah rumah yang sekarang ni ok.

Tq Kak Red.

Sender: Luna Qiszara

Comment: 19

Main cakar-cakar pulak!

Assalamualaikum kak Red,

cerita seram ni macam tak berapa nak seram, tapi saya kategorikan ianyer boleh tahan seramlah yer?..Kejadian berlaku masa saya masih anak dara sunti lagi, dulu2 kerja kilang duk kat hostel ramai-ramailah ngan kengkawan dari macam2 negeri. Sebelum kisah seram yang saya alami ni, masa tu umur saya dalam 23 tahun kalau tak salah…23 tahun sebelum tu tak pernah mengalami pengalaman seram, selain dari real2 nyaris kena patuk ngan ular tedung lam bilik air masa kecik2 dulu…seeram saya!!…sabooo jelah…kih3

Malam tu saya tak ada rasa seram sejuk ker, pelik ker, apa ker…saya rasa macam malam2 salju yang biasa jer….bilik yang saya duduk tu kecik jer jadik dalam bilik tu saya sorang2 yang duduk. Lain2 bilik kengkawan saya duklah ramai-ramai kira satu bilik tu 3-4 orang kongsi….tapi bilik ni sebelah2 jer…tu yang berani duk sorang lam bilik tu…Kalau saya tak salah dalam pukul 10 malam tu saya duk bergayut kat tepon berbual ngan ehem2, biasalah kalau berbual2 ngan ehem2 mana nak perasan dunia luar…masa tu saya perasan kawan2 ni tadi masih borak2 belum tidur lagi kat bilik sebelah…makin lama saya gayut makin malam gaknyer saya tak perasan diorang ni dah tidur dah dekat2 pukul 12 masa tu…

Tengah syok2 berbual tu tetiba sayup2 saya dengar bunyik anjing menyalak!!……”auuuuuuuuuuu”…”auuuuuuuuuu”….”auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu” (soundtrack lagik) sayuuuuuup jer bunyik dia……saya dengar lagi dalam 2 ke 3 kali jugaklah bunyik anjing menyalak tapi saya taklah ada rasa seram ker, syak wasangka ker jam2 tu….tak terfikir apa2 pun masa tu, nak kata saya ni pemberani saya nilah yang paling penakut dalam adik beradik….agaknyer syok sangat berbual ngan ehem2 tu yang saya tetiba jadik pemberani (semangat gitu)….Ehhh, saya sambung lagi bergayut kat tepon, padahal kawan2 saya semua dah bantai tidur lena, lampu semua dah padam!!…gelap!! ….tak sampai 5 minit lepas bunyik anjing menyalak tetiba jer line tepon putus!!!…..kaget lah jugak tapi masa tu saya takderlah fikir apa2 lagi…saya try call ehem2 balik, tapi terus tak dapat2…line takder bar langsung!! (apakah??)…..konpius seketika………………………………….…..

Dalam konpius2 tu barulah saya sedar dalam hostel tu saya sorang jer yang belum tidur, saya bangun dari katil pergi dapur nak pergi bilik air…selambeeee jer saya jalan ….dah settle gi toilet saya jalan semula nak masuk lam bilik, bilik saya kat tengah2…masa saya pulas jer tombol pintu bilik saya, baru pegang jer tombol pintu tak sempat pulas lagi…..Tetiba bunyik kuat kat pintu bilik kawan saya kat bahagian depan sekali, bunyik cam pintu dia kena cakar2 ngan kuku….macam bunyik angin hempas2 pintu pun ada jugak, terkejut lah saya apa lagi?…tapi tak takut lagi tu, terkejut jer…sebab bukan pintu bilik saya yang kena cakar kan??…saya pun pelik naper saya tak takut2 masa tu??…saya pegang lagi tombol pintu bilik saya nak pulas…tak sempat pulas baru pegang jer…kali ni laaaggi kuat bunyik pintu depan tadi kena cakar2…kali ni betul2 bunyik pintu tu macam kena cakar2 ngan haiwan yang ada kuku…??? (apa bendaaa lah jugek tu?)

Haaaa…masa ni baru saya betul2 konpius (lom takut lagi..baru konpius)….apasal lak tak kasik saya masuk lam bilik kan???…saya pergi bilik kawan saya kat sebelah jer…saya ketuk laju2 sebab ketuk sekali diorang tak sedor2…kawan saya bangun bukak pintu…saya cakap ngan sorang budak ni “ko ada dengar bunyik bising tak?…bunyik macam pintu kena cakar2 ngan binatang?…” dari muka dia mamai2 terus tukar jadik muka terkejut bila saya tanya kat dia macam tu, pastu dia jawab “ eh! Takder pun kak….akak salah dengar ni, kitorang tak dengar apa2 pun”….saya kata “adaaaa…tiap kali akak nak bukak pintu masuk bilik jer tak boleh!!…pastu bunyik macam ada binatang dok cakar2 pintu kat pintu depan tu…takkan korang tak dengar??”….dia jawab lagik….”takder lah kak…akak pergi jer sambung tidur…akak salah dengar tu, kitorang takder pun dengar apa2”….(e’eh budak ni..dah saya kata saya takleh masuk bilik…. dia suh saya sambung tidur lak kan?)

Eh! Tak puas hati guwe macam ni!!…awat saya sorang jer yang dengar sedangkan diorang sedap2 leh bantai tidur nan lena takder dengar apa2 kan?…dengan rasa tak puas didalam hati tu saya ajaklah kawan saya ni cuba bukakkan pintu bilik tuk saya….kali ni kawan saya yang no2 pun bangun jugak sebab dia terdengar bunyik bising2 sore saya ngan kawan no1 tadi kan….jadik kami bertiga pun menujulah ke pintu bilik saya sebagai cubaan memasukkan saya kedalam bilik saya semula dengan harapan saya boleh sambung tidur kat dalam bilik!!…Kawan no1 ni pun mula lah pegang tombol pintu dan kemudian, pulas…baru jer dia nak pulas….tetiba!!……pintu bilik depan tu lagi sekali berbunyik kuat cam kena cakar2!!!…lagi?? …..kali ni bunyik dia lagi kuat dari yang kedua kali saya dengar…..lebih2 suspen lagi kawan saya yang no1 ngan no2 ni tadi dua-dua terus melompat!! Haaa melompat kauuuuu….saya cakap “haaaa…korang dengarkan??…dari tadi akak dengar bunyik tulah…tak dapat2 bukak pintu ni…cam ketat lah nak tolak pintu ni, lagi kuat cuba tolak pintu ni makin kuat lak bunyik cakar2 tu”…..kawan no1 kata “ yelah kak….takper2 kita terai lagi cuba bukak….” (degil lak tuh) Pastu dia pegang lagi tombol pintu bilik saya, tapi takleh nak pulas…ketat semacam jek!!……….. tetiba pintu bilik depan bunyik lagi makin kuat kena cakar!!!…….macam geram lak bunyik tu kat kitorang degil no kan??

Wat to do??….kali ni kitorang tak tunggu2 dah kat depan pintu tuk cuba2 pulas tombol pintu tu lagi….masing2 dok terlompat2 kijang lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…….lari masuk lam bilik kawan yang no1 ngan no2 ni tadi…sib baik nak masuk bilik diorang ni boleh…kalau tidakkk.. silap2 tidur kat luar bilik jerlah malam tu duk bertemankan bunyik pintu kena cakar2 ngan binatang yang ada kuku (apalah benda yang duk cakar2 pintu ni yer???? Sampai sekarang masih tak tahu apakah dia??)…..masuk jer lam bilik masing terus daib kat atas tilam (terbang macam kat padang bola tu…) Yang saya pelik tu, (pelik aje) saaampailah dah terdaib kat atas tilam kawan no 1 ni, saya masih tak seram2 lagi….saya ketawaaaaaa sampai takleh nak tidor2….kenapa saya ketawa geli hati pun saya tak tau???…ketawakan kawan no1 ngan no2 ker pasal diorang lari terlompat2 kijang….kelakor tengok diorang lari….sikit pun saya tak fikirkan pasal bunyik yang seram tuh….kawan no1 ni marah lah kat saya kenapa saya ketawa2 lagi….dia suh saya tidor jangan ketawa!!!….mengigil2 saya terus ketawa….diorang terus bantai tidur cam lena gitu…padahal saya tau diorang buat2 tidor jer….tulah saya cakap diorang tak caya…penyudahnyer malam tu saya tidur kat bilik diorang sampai ke pagi…..

Besoknyer kitorang pun bukaklah citer pasal kejadian pintu kena cakar2 ngan binatang ada kuku kat pintu bilik depan tu dengan kawan2 yang lain….semua pakat2 duk terperanjat dengar citer kitorang…saya pun tanyalah kat kawan (kawan dari Kelantan) yang duk kat bilik depan tu…..”eh! malam tadi korang tak dengar ker bunyik bising dari pintu bilik korang???….bunyik cam pintu kena cakar2 ngan kuku gitu??…kuat gillier bunyik dia!!…sampai aku takleh tidur kat dalam bilik aku pasal pintu takleh bukak…terpaksa tidur kat dalam bilik diorang ni ha!!”…..kawan saya jawab “takde pun kak!!…kiteore tak denggee pun apa2 bunyik malle tadi…” (gitulah lebih kurang bunyik dia…saya pun tak pandai sangat kecek kelate ni)….saya kata “bior betooolll??….aku ngan budak2 ni terlompat2 lari dengar bunyik dari dalle billik mu…takkan korang tak dengar apa2?….kan??..kan??…” (pertanyaan kan?? Kan?? Tu saya tujukan pada kawan no1 ngan no2 )…..”bettol kaaakkk…kitteoree tak denggarr apa2 pun malle tadi…kiteore tidor macce bessaa jaa”…hmmm dah korang tak dengar tu tak apalah lah…akhirnyer cerita tu abis macam itu jer…

Eh! Tak habis lagi…saya sambung lagi tanya kat akak HR pasal hostel tu…saya citer ngan dia pasal kesah malam tadi kat dia…dia kata hostel tu memang ada bunyik benda2 macam tu……kadang2 memang ada bunyi pintu cam kena hempas2 ngan angin kuat, budak2 dulu pun penah jugak yang kena macam tu…dia kata biasalah tuuu…dah dia kata biasa, saya pun buat2 biasalah lepas tu…waaalaaauuupunn……baru saya teringat yang malam kejadian tu adalah malam Jumaat yang salju.

Okeylah Kak Red…begitulah flashback saya, Sekian sahaja sampai di sini. Terima kasih.

Sender: Sheila Latif

Comment: 17

Siapa lalu di tingkap?…

kak, ni citer yang saya alami sendiri.

Kisah ni terjadi dalam 3-4 tahun lepas kat ofis. Time tu memang banyak kerja sangat sampai terpaksa balik lewat malam. Mula-mula ada member offer nak temankan tapi sebab fikir tak nak nyusahkan orang lain semata-mata nak temankan saya, saya tolak offer dia. Lagipun kan ada pak guard kat ofis ni. Nak takut apa kan. Depan mata ada tingkap, boleh je nak jerit panggil pak guard tu.

Tengah leka buat kerja sambil kunyah cekedis nampaklah pak guard tu lalu kat luar tingkap tu. Biasalah kerja pak guard kan meronda dan kawal bangunan. Biar jelah tapi saya senyum la kat pakcik tu. Dia pun senyum sambil angguk kepala. Pastu sambung buat kerja balik. Dalam hati memang ada rasa takut. Almaklumlah kat ofis time-time macam ni memang tinggal sorang diri aku je.(Dalam kul 9mlm) Lepas sejam macam tu, tetiba aku rasa pelik, sebab selalunya kalau pakcik tu ronda mesti patah balik tapi ni dah lebih sejam tak lalu semula kat tempat aku. Sebab tak puas hati, aku buka tingkap jerit panggil pakcik guard kat situ.

Pak guard tu datang kat tingkap pastu aku terus tanya, “Pakcik,tadi pakcik yang sorang lagi tu meronda belah mana?”

Pak guard tu jawab, “Pakcik yang mana satu? Malam ni pakcik sorang je sebab kawan pakcik yang biasa tu cuti. Demam. Pakcik pun baru je nak meronda, anak dah panggil. Tu yang pakcik datang sini”…

Terus segala bulu roma aku tegak berdiri. Lemah lutut time tu. Otak takleh fikir pape dah time tu.
Aku terus minta pakcik tu tunggu aku kat tingkap tu sebab aku nak amik barang, tutup pc dan choww!!

Aku tak kemas sikitpun barang atas meja. Tinggal gitu je. Takut punya pasal. Kerja sume biar tinggal pending je. Aku cakap terima kasih kat pakcik tu. Lepas tu pakcik terus balik ke pos pengawal. Mencicit aku lari nak punch out. Tak berani nak toleh kiri kanan lagi. Keluar dari ofis, satu hal lagi berlaku, kereta aku tak boleh start! Dah banyak kali cuba.

Dahlah parking kereta tu gelap segelap-gelapnya. Nak tengok depan pun aku takut. Penyudahnya aku baca bismillah, then, tetiba enjin aku boleh hidup. Pelik kan??? Terus reverse kereta & pecut macam apa je. Sepanjang perjalanan balik tu aku fikir lagi sape yang lalu depan tingkap aku tadi tu. Menggigil badan aku sampai kat rumah. Pucat lesi muka sampai mak aku tanya tapi aku diamkan je. Malam tu jugak aku demam.

Sender: Shila Azizi

 

Comment: 38