Oct
8
2010
Friday, 9:00 am
heyyoooo! hai korang
jemu idok ngan citer Medan. sket je lagik yek. kalo jemu pi buat entry contest RM tuh. ada lagi sket hari untuk korang submit. aku ingat nak suh Nuffnang judge kan hahahaha matiklah kena marah kang. mengadao ko RM, penat diorg nak study sorang22 nya entry pulok.
berjaya gak dapat tangkap abang untuk posing gambar bersama2….makan timeeeeeee! dah penat kering tekak lapau masa untuk makan kali ni kat restaurant makanan Sunda. mana yang hilang mak abah kan, hilang adik, so makangg! dalam gambar tak nampak macam rebas ek, it is ok!
dapat jugak duduk bersila, rezeki betul. kalo idak kena duduk atas kerusi, so tak happening, makan ramai2 kalau bersila, ngan tangan pulak tuh, isk isk….memang cun! menu makan kat sini senang. ko bukak menu, ko tick tick kat kertas menu apa yang ko nak makan. as usual, sebagai ketua dan pembantu ketua rombongan, aku rasa aku ketua hahahah, sirman yang jadi pembantu, so aku gak yang pilih2 lauk, together with sirman.
kita amik gulai bawal
ada sayur ada ikan ada ayam ada macam2
gambar setiap satu lauk ada tapi well u know me, aku bukan rajin nak letak sume gambar banyak2 gitu, aku jenis sekali rappppppp punya gambar suka letak. hahaha pemalas, sian korang nak scroll lah. kalau takdak entry soon nanti baru aku letak sume gambar2 yang berkenaan ek.
yadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! dah tetiba ngah makan…mak aku ngah mengunyah sirman suh pandang pun mak ajah malas. sapa2 yang malas bangun basuh tangan, sila makan pakai sudu garpu. yang rajin adalah makan menggunakan tangan sahaja. sedapnyaaaaaaaaa! tapi tu lah gulai bawal dia manghaik, berdesup pedas koooooo!
n ada 2 lauk pauk dia jenis manis, mak aku mmg tak leh telan lauk manis2 nih…hah bawak mak aku makan mmg remeh, she s an ex chef and also masih lagi tukang masak untuk kawasan kerijanan punya majlis.
sapa budak dari sekolah SMSS kl?? korang tak kenal mak ajah aku???????? yang korang belajar kat boarding school tuh, sapo jadi tukang masaknya??
abih makan dah kenyang moh jalan lagik….eh jap group photo. apa kehal nya sirman tak pasang flash nih. ni staff Sunda restaurant yang tolong snapkan. nak gatherkan sume orang bergambo bukan senang yoep! ko tengok muka orang sume ok jer kan, si gegirl muka macam nak roboh!
budak sentap, abih je makan terus merajukkkkkkkkkk! dok balik tiang, mengenang nasib diri. malas aku nak citekan kesentapan dia tuh…sampai hujung2 masuk van pun tak nak baik ngan aku gak tuh. majuk ngan mak nya. si khayr cuba memujuk kakaknya tapi tak diendah. Daddynya pujuk jer baru dia jalan…itupun masih lagi tak nak settled sama gua.
habis makan..alah sian tak nampak tshirt baru sirman yang dari Medan Mall jugak. hah abih makan, kita pi pulak Pasar/Pajak Ikan plak…situ mau jalan2 shopping lagik.
kita dok dalam kedai nih sebab mak mertua aku nak mintak belikan baju niece sirman. quality haprak sungguh, but no choice kan, nak gak merasa beli selai, so bantai je lah. n same time gak belakang tuh mak abah aku ngah beli kopiah. lama gilerrrrrrr! padanlah asik senang hilang. yang adik aku plak tak sabar2 nak pi meronda. tapi aku tak bagi gerak asing2, kita kena be in a group. tempat sini bukan in 1 building, merata2 kedainya kang sorang ke darat sorang ke barat ha mana nak ko carikkan?
jalan pulak sehala, lagi satu hal nak suh driver carik jumpa kat na. so stay together2 je dok diam2.
kita masuk kat banyakkkkkkkkkkkk kedai…masyallah. ada few groups lelaki dok jual2 apa tah dok mengekor kitorg dari hulu ke hilir. mulut aku ni ko jangan main2, kalo aku stress, kalo aku rasa nak marah, aku tak de simpan2. aku membagi jer.
eii janganlah ikut!
enggak ibu, mau ditolong ayahmu ibu
tak yahlah, kita ada, awak nak ikut kenapa nih?
ya belian ibu, belian…
rimas betul aku!
hah lawo dak? sumpah cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk…baru ni je yang ko tengok. belum ko kat sana lagik. tapi kat jkt and bandung pun ada gak kain2 gini…kitorg melepak kat kedai ni ke main lama coz nana lah dok borong kain ela kat sini. aku macam dah rimas kat sini coz tempatnya satu sempit pastuh baru lepas renyai. pastuh aku pun baru settled ngan gegirl. pastuh orang2 dok mengekor kerumun pun merimaskan…
sudahnya nak distract depa dari kaco aku satu family yang agak ngah memasam muka, sirman amik gambo diorg. suka giler diorg kay! mmg happyyyyyyyyyyyy sangat.
diorg pun takut nak kaco2 aku lagi dah dek kerna aku memang eii tak tau lah, rasa macam nak melompat je kuor dr tempat tuh…sempit koooooooo, so jadi benak pala.
budak sentap yang majuk ngan mak nya…oh pasan tak abang takdak, abang dok membongkang tidur koo dalam van. together with khayr and adik ipar lelaki aku tuh. tetiga bongkang dalam van tak nak kuor. mau tak nya abang kol 5 pagi dah kena kejut dek neneknya…tu yang lalok terus tertidur dalam van. mana ngan macet kat Medan. kompem lena.
so Gegirl nih dia majuk lagi ngan aku so masa turun je van aku terus sound dia sedepak, haaa baru kitorg settled. itu adalah tugas seorang ibu yang meniupkan angin mulut untuk anaknya yang kepanasan kat tempat gini. tempat ni sesak yeoppp….
belakang tuh penuh kain ela, dah tak tau nak pilih. aku tak de le beli gaya2 gini, bukan aku nak kawin weih…sarat sangat pesennya.
dapat je keluar dari tempat sesak tuh, langsung terus kita jalannnnnnnnnnn lalu kedai yang tepi2 tenang sket. van pun tunggu kat ujung jalan so sambil menapak tuh aku ada nampak satu kain baju tidur merah. eii tanpa perlu menawar terus amik selai.plastik pun aku tak nak coz nak gunakan baju yang dalam plastik tuh buat kipas gegirl.
kepanasan dia ko…
mak panas takper, jangan anak nya rimas.
beli lagi kain ela. dari adik aku yang beli, ngan aku pun terjebak sama…
boli tawar boli tawarrr!
dah habis beli, kita naik van. si supir pi salah jalan, lalu balik kedai yang sama, apa lagik aku melompat nak turun balik coz nak beli lagi selai kain ela and dang adik aku pun sama terjebakkkkkkk! hahahah tak senonoh sungguh! kamu percaya tak selain daripada kain songket merah menyala, kain ela lain ada selai je kaler merah. lain sumer tiada yang merahhhhhhhhhhh…..
terer kan gua.
i m avoiding red colour coz terlampau banyak sangat baju kurung kaler merah sampaikan orang ingat aku ni tetiap tahun pakai baju yang sama yet lain corak lain pattern. lagipun again kain baju merah susah nak match ngan handbag merahhhhhhh!
huh dah habis shopping kan sumer? mai kita pi emm…
pi jalan2 lagi…
jalan2 tengok apa lagi ada di Medan. eh shopping2 kat atas ni sume namanya Pasar/Pajak Ikan yer…tempatnya godanggggggg! berderet ngan kedai kain ela tuh jugak kedai kain langsir yang aku tempah.
Comment:
12
Category: [
Medan ]
RM Recent Comments