Menara KL

Menara KL to Kampung Baru…

dekat atas atap parking, pun kat menara kl gak lah…ada lagi satu section, sempena xmas gitu. aku pi nih on thurs nite so ada lagi lah mood2 xmas…tetap gak kena caj masuk, hapa lah…sumenye main duit jer. tp budak counter tu tengok, kitorg pun msk dah malam, n local ppl lak tuh kan, so dia caj kami 2 je lah, bebudak x caj pun.

cantiklah tpt ni sbb banyak replika2 xmas tuh..lawa gak buat ngamik gambo..nak pi negara ada snow tu tah bila lah kan, so berangan je sejuk2 konon kat sini

ada ala2 playground, tp orang tua mmg x leh masuk langsung lam playground nih…

dalam tu gak ada band tradional memainkan lagu2 melayu…close sapa ada

ada mat saleh pun teruja nak main rebana ke hapa tuh, gerekkkkk jer…

sapa amikkan nih yer..ooo gegirl.

lawa2…lawa yang background. pusat gegirl ternampak lah pulokkkkk!

yah itu ajer….terus ke kampung baru pulak, aku yang suggest sbb nak try the famous nasi lemak antarabangsa. dedulu masa muda belia bujang pernah lah makan tp sejak dah berketapi nih, tidak lah lagik pergi…

sekali kooooooo yang beratur kat nasi lemak tuh, panjang berkaki kakiiiiiiiii…knowing sirman lah kan, dia yang kena beratur so tuko tpt makan carik restaurant lain lah. tu gambo atas, Suraya Seafood nye restaurant kita org bantai tembak try.

penuh gila lam tuh, aku tunggu kat 10min nak dpt tempat. sesak!

aku x makan nasi cuma makan kerang ngan gegirl, bebudak 2 makan burger order luar. n aku hirup sup tomyam, except sirman je makan nasi

n the mango sticky rice nih memula aku bajar makan masa kat bangkok. kat sini pun ada. tp aku kan x makan pulutnya, nak pelam je. sirman yang makan cicah ngan pulut. aku nak tapau balik pelam tuh, tapi makcik tu x nak jual, dia kata kena beli ngan pulut gak. iskk, susah tau. kay lah nanti pi tesco carik pelam lah. potong hiris makan sendiri.

tu jor lah, abih makan cabut balik…

kampung baru nih aku pi setaun sekali pun jarang, kekdahnya parking nya ‘bercinta’.

anw, aku x rasa lah aku nye tulisan penuh ngan ayat sms, aku rasa ayat2 tulisan aku lebih kepada ‘bahasa pasar’ etcs. coz aku tak menulih secara formal, iklan2 ads pun aku bantai cam ayat2 lam entry biasa gak. you got me kan? aku penah baca sms dari member2 aku, lagi pengsan aku nak memahan aku jadi a , memula dulu aku dok tanya amende yang a a a je nih, rupanya dipendekkan jadi a from word aku. deii!

happy blogging all 🙂

Comment: 18

KL Tower Animal Zone

ini bukan kat menara kl, gambo 2 keping tu kitorg berempat merendek kat dataran merdeka. aku pun x tau lah apa motif sirman bawak kitorg mai sini, lari satu padang pun idak…suku padang ada…ha gegirl lari sungguh2, dia cam jakun je nampak padang leluas gitu

pastu sirman bawak the red family to menara kl, pun aku x tau apa motifnya, tetiba je dia drive bwk sini. lain yang korang recommend suh pi jalan, lain tempat yang dia bawak. ni main redah and drive namanya…

itu adalah ular idup, tp aku sesungguhnya x nak pegang kepala dia, wpun mamat ni dok kata ular tu jinak jinak, yelah ko nye jinak, kang dia zasssssssssss aku kang

bapak ular sawa ni kan, woi beso tol, leh nampak perut dia yang bengkak buncit, baru pas makan ayam kot. tu ngah malas tidur lena…

ular, spiders sume ado…x lah banyak beso cam zoo, tp ok lah dari sirman bwk kitorg pi zoo. monyet kat zoo dah kenal mula kitorg aarrr…taun lepas je 4 kali pergi!

cute nyaaaaaaaaa rabbits ni.

sirman, adiah anniversary yang you tanya ai nak ‘hapa’ kan…ai nak bela kucing bley?

🙂

aritu ramai nak derma kat aku kucing2 baby kan, sapa mau bagi? nak nak nak..ai nakkkkkk ekor je, x nak bebanyak.

ungka monyet putih

katakkkk

nak amik gambo payah arr…gegirl tu takut sangat spiders ular lam kotak kaca tu terkam dia

ya udah jom balik pi tpt lain plak…burung kakak tua tu jahat, sempat dia katuk jari sirman, pastu abang pun hapa laik, mulalah nak bergusti ngan burung tuh, last2 dia yang calit but. garang aa burung tuh! berpusing2 badan si burung ni nak katuk abang plakk

diulang, tptnya di menara kl, korang nampak lah nanti kat bawah kl tower before nak naik atas escalator harga tickets sila rujuk digambar atas ni yer….

kecik je tempat nya lam tuh, tp sebab pergi pun waktu malam, idok le rasa panas pun, to me lah kan, melampo sangatlah  admission fees dia  for local ppl cam kita. tembak kat foreigners logik arr…

actually, banyak lagi gambo menatang kat sini tp aku malas nak upload gambo.

aku leka main chess arr, tu yang malas pegang blog 🙂

Comment: 16