Dec 18 2014 Thursday, 11:00 am
The end of Sabah…
dalam ni tapai?
yelah tapai. depa ada makan, ai is no makan one. hotel kita duduk tu memang takde breakfast, yelah kedai makan depan belakang punyalah banyak kau, semua jenis food ada. so macam bazir je lah kan hotel nak buat buffet breakfast. But ada le jugak F&B kot le nak get the room service, or dine in.
cuma ko bayar teh tarik ko lam hotel tu 8 inggit ke 10 inggit yg kat sebelahnya hotel, jalan 5 langkah is RM2. hah beza lagi makan kat luar ko kena pakai sesopan, kat lam bilik hah ikut pandai le yek.
ai plak, makan kuaci. To tell the truth, aku punya badan ni banyak nau kuaci bunga masuk dalam badan. My HCG doctor tak suka aku amik nih, but to cover the lapar2 or tengok orang makan, aku memang bantai kuaci je. I always have a packet of kuaci in my handbag, kalau dalam jem pun aku makan ni gak. Even tengah kerja pun this comes my lunch and dinner most of the time.
So jangan ler ikut pangai hakak makan kuaci nih yeak.
so a day beforenya kan pergi carnival for Coke’s event tu, banyak sangat gegerai jualan dari rakyat tempatan, i beli tu hah, belt besi. Nenek2 kita zaman dulu sokmo pakai. Adakalanya orang pakai dengan kain batik, takut lurut kainnnya kalau berjalan ke luar. Aku pakai kain batik masa dalam pantang beranak 3 orang tu jer.
i m so not a selfie person ler. itu brooch, lelawaaaaaaaaaaaaaaa. i bought 2 boxes for my mak ajah.
hah on the right tuh, banyak kan the belt besi. Itu le yang akak beli and pakai, one time tu pakai kat Farm in the City, yang seluar hitam baju merah. Pakai ni lah. I paid for RM20. Dedulu akak ada, masa lom kawin, dari mak ajah ke dari kakak ke lupalah, skang dah berpindah randah sana sini, takde dah anymore. Yang tu lagi antik, tebal lebar and lagi berat. Ini ringan sikit.
Siap kerja di Beaufort, petang tu jugak redah 2 jam pulang ke Kota Kinabalu. Thanks Beaufort!
Waktu semua orang menyambung shopping jalan di KK, they sent me straight away to the airport. Semua balik esoknya, except me, malam tu jugak balik. I took the last flight out from KK to KL, sampai KLIA by midnite, esok terus kerja pagi buta. not even 36 hours di Sabah.
Bila cakap pasal cuti, jalan2…untuk pertama kalinya kami Red Family hujung tahun ni tak ke mana. I had cancelled our HK Disney bookings too, initial plan was to HK bawak anak2. Takde mood ler nak berjalan jauh (melainkan for blogging job) coz we are almost on our final stage of the house dah.
Macam RD, setiap hari dia turun padang pergi melawat kawasan, so takpelah, sorry le anak2 even to my parents and mak mertua hujung tahun ni kita di KL sahaja. That s ok, jimat cuti, jimat belanja (wpun dah banyak belanja on the TM, banyak yang sangatttttttttttttttttttt banyak). Redha. Holiday kita berlanjutan ke tahun hadapanlah insyallah.
yeah, time to tengok sebeban buku cat Nippon for the whole interior and exterior. Korang ingat RD nya job ke tu, i did the mix and match bagai, pastu baru kita sit down together whether he agrees on the colour combination itu ini ke tidak. Nippon is the best! kan akak ngan anak2 pegi Farm in the city aritu kan, coz depa dok painting my current house lah. So ni untuk TM’s house pulak.
RM Recent Comments