Where Are U

WAU

Salam kak red.

sebenarnya dah lama nak antar kat WAU nie tapi cam segan lak. tapi x perlah try jer. sebenarnya saya nie rindduuuuuuuu sangat nak jumpa ngan ex-classmate saya sorang nie.dah 11 tahun x jumpa.

saya pun x tau kenapa saya teringin sangat nak jumpa dia padahal dalam satu kelas saya dulu ada dekat 40 orang tapi saya teringin nak jumpa dia sangat3.

K lah make it short saya bagi detail kawan saya nie mana tau dia baca blog k.red kan.

nama penuh dia NORIBAH ISMAIL tapi member2 kelas panggil dia BAD bukan pasal dia nakal tapi gelaran jer. saya pun x tau kenapa. kelas terakhir kitaorang 5 Dedikasi 1998. SEK. MEN.KEB. DATO’ MOHD. YUNUS SULAIMAN PEKAN NANAS.

alamat terakhir dia yg saya tau NO. 32, JALAN PENGKALAN RAJA, PEKAS NANAS.

k lah kalau sesiapa yg kenal bad minta sangat contact saya. even dia x ingat saya lagi pun x per. n kalau lah ada member2 kelas saya yg lain baca leh jugak contact saya. tqvvvm kak red.

diya_azrie@yahoo.com


Comment: 3

Where Are You?

kak red saya nak mintak tolonglah kat kak red..ni kali keberapa ntah mintak..sorry ek..

macam ni..kalau sesapa yang ikut baca my blog ai selalu cerita pasal my SIL yang sakit.She used to be a lawyer but now dah OKU.Am actually tengah dok sibuk nak kumpulkan kawan kawan dia tak kiralah laki ke pempuan ke..sebab dia pernah bagitau kat ai yang dia nak jumpa kawan kawan dia balik.

and i was thinking since her birthday coming April nie kalau bole ai nak gak lah cari memana kawan kawan dia tu.Sesapa yang kenal ENGKU ZALINA CHE KU ZAINAL amik course LAW in UM and grad tahun 2001/2002 (kalau tak silap lah) or kawan kawan sepejabat ke

tolong email ke alamat email saya sabrinaabubakar@yahoo.com.

Sorry kak red menyusahkan akak..and apapunn thanks a zilllllllllllioooonnnnn

Sabrina

Comment: 2

WAU…

Salam Kak Red

Saya nak cari kawan saya ni dulu sama2 belajar kat ITM Perak (Manjung)…nama dia Rozaiyah binti Abd Rahman…dah lama lost contact…since 1996..minta tolong war warkan pada sapa2 yang kenal…..thanks sis….

Sally

Comment: 6

WAU

salam..

aku berasal dr klang.bersekolah menengah di SEKOLAH TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG.tahun 89-92..

so skrg umur aku da 33+ la..mase sekolah kt ctu,aku ade sorang kawan baik.nama dia MARSITA HAMZAH.dia kepala mcm aku gak la..3/4..kdg 1.2 jer…penuh jarang2 sekali…

dia ni asal segamat JOHOR kalo x silap.bpk dia pengurus estate..adek bradik x pasti brape ramai.tp kt sekolah tu dia 3 bradik.kakak n sorang adek.

masalahnye skrg ni aku selalu la tringat kt dia rindu..orgnya tinggi gak..tegap2 ckit..kulit itam manis.bertahi lalat kt bwah bibir tp x hengat belah mane..taik lalat dia idup..kira besor ckit la dr yg normal.tu yg buat dia nmpk manis n senang di ingati..

mase kitorang form 4,bpk dia kna blik bertugas kt johor..dia nk tumpang umah aku.tp disebabkan arwah abah mase tu sakit,so arwah mak mase tu keberatan nk trima.jd dia terpaksa lah balik ke johor..sejak tu,after 4,5 thn bru dpt contact dia sbb mase tu punye la susa nk ade tpn kt umah..apetah lg handpon..mase tu umur lebih kurang 20-22..

tu pun sbb d puas aku tepon merata estate kt johor nk tanye nmbor tpn bpk dia..at last dpt gak nmbor umah dia.rupa2nya dia da jd nurse kt JB..mak dia soh tpn mase raya.dipendekkan cite,aku tpn la mase raye tu n dpt la ckp dgn dia..dpt la lepaskan ingus aku yg da 3,3 thn x lepas …

rindu sesangat…xtau ape sebab,lepas tu tpn dia sumer x dpt dihubungi…kira lost kontek la balik…

so,sekarang ni kalo ade sesape yg kt johor ( aku tau la johor tu besor…) yg knal akan org ni..sila la bantu aku utk berhubung dgn dia…

kalo ade nurse2,doktor2,atendan/mcik kantin hospital yg melayan REDMUMMY ni,n knal sape2 nama MARSITA HAMZAH,umur 33 thn (1975),penah besekolah kt klang,ade tek lalat idop kt bwh bibir,sila la soh dia kontek aku…

aku rindu banget sama ko!!!!uwaaaa…….
-wassalam..-

Haya

**entry ni as a break from the maxis mini dell, kang pening koranglah baca cite tuh x udah2 dari ari sabtu kan. lgpun major entry pasal maxis mini dell tuh dah abih, yang ada pun light2 which aku post later2 lah. as ai said again, kang ada yang pening pusing kipara.

Comment: 2

Bersama Mak Merah & WAU…

Salam Kak Red , saya nak mintak tolong akak siarkan nota di bawah ini sama ada di dalam BMM/WAU.

****

Suara hati seorang penulis yang ditindas.

Salam, saya bukanlah penulis yang terkenal dan saya baru ada satu novel di pasaran bersama dengan deretan enovel di blog saya.

Lama saya fikir dan ambik keputusan. Mulanya malas nak heboh-heboh tapi makin diperam makin sakit hati ini. Siapa yang tak sakit hati kalau ditindas oleh Manusia yg dalamannya hitam berkarat.

saya bertungkus lumus untuk menyiapkan satu novel yang diterbitkan oleh syarikat Nylea Publishing.

Ownernya berbangsa melayu dengan nama konon2 glemer ‘LIANA AFIRA MALIK’ telah menipu semua penulis di bawah syarikatnya. Dia juga seorang penulis di syarikat terkenal, pernah melahirkan novel tertebal bertajuk Puteri Lindungan Bulan.

Saya dan semua penulis lain tidak dibayar royalti. Bayangkanlah betapa sakitnya hati saya ni. bila usaha kita memerah otak, ya mungkin orang akan ingat tulis novel tu macam berangan atau bersifat khayalan semata-mata. Tapi orang tak tau betapa susahnya kami ini mengadaptasikan fakta dan khayalan untuk menjadi satu cerita.

Syarikat penerbitan ni dah ditutup dan saya dah guna semua media untuk mencari dia melalui email/ sms/ telefon/ surat semuanya tidak berbalas. Geramnyer… saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Nak repot polis, bukti tak cukup.. Tuhan aja yang tahu betapa geram dan sakitnya hati saya bila kontrak yg sepatutnya dihantar kepada saya tidak dihantarkan.

Saya merayu kalau ada sesiapa yang kenal dengan manusia penulis Liana Afira malik atau nama penuhnya Juliana Sukma Wati Binti Abdul Malik. Kad Pengenalan 731228****** atau A26****8. Alamat terakhir di Bandar Baru Selayang.

Tolong hubungi saya di syg2da@gmail.com kalau anda kenal dengan manusia seperti nama di atas ini.

Buat pembaca BMM/ WAU ini…

Buka mata luas-luas. Besarkan telinga dan dengar diam-diam. Tarik nafas dalam-dalam dan tak payah cerita panjang lebar…

marilah kita memboikot semua novel keluaran Nylea Publishing yang berada di pasaran. Semua!!! walau pun ceritanya sedap. Kalau teringin juga hubungi terus penulisnya dan beli novel dari mereka, kalau masih ada stok ya.

Buat Kak Red and manager, terima kasih kerana dapat menyiarkan slot ini. Sekurang-kurangnya saya dapat mencari dimana dia bersembunyi bersama dengan duit royalti yang berkepuk-kepuk itu. Saya cuma mahukan hak saya hasil titik peluh saya.

Buat pembaca blog redmummy, maaf saya dah mencuri banyak masa awak semua.

Shana

Comment: 43