redmummy Pencinta Merah... The Red Lover... The Red Diva...
I’m living for my loved ones, with our red blood flowing through our veins until death do/tear us apart...

Thursday, June 19, 2008 11:00 am

Phone Card…

korang kenal tak menatang apa lam gambo ni?

x kenal kalu, wah mentang2 sume pakai hp gah, x kenal dah ye menda ni. ni namanya kad fon. kad cucuk kat tepon public tu ha…kalau x leh pakai coins, pakai lah kad. setaun selepas ITM Jengka tu dah ada public phone, ada pulak kad fon. so jadi kalau yang coins jahanam dikerjakan dek budak2 pompuan hostel aku, kita kerjakanlah pulak public phone hok telan kad ni. tapi nak dptkan kad ni kena lah beli kat koop cekik darah itm aku dulu.

2 kpg gambo ni jelah aku tunjuk wpun ada berpages2 lagi muka surat kad fon ni aku simpan lam album. sbb lepas pakai aku simpan kad ni terus lam album, so skang kalu nak cabut, takde le aku ingat kenangan kad fon ni.

each kad ada lam RM5 n ada RM10…x de le aku nak beli yang RM50. duit sume datang dari FAMA. zaman aku dulu no pptn ke pttn bagai, cuti semester 2,3 bulan aku kerja full time, simpan duit utk menanggung idup aku kat ITM. saya orang susah so haruslah pandai carik duit sendiri that time. saya sangat bersyukur lah itm bagi makan kat dewan makan tu while kawan2 aku sume complaints makan kat situ. depa banyak duit, sokmo makan kat cafe. ramai kawan aku yang baca blog aku sini tau lah, betapa daifnya aku dulu. tp dalam daif2, sanggup gak put aside some monies to buy these phone cards :)

orang lain boipren dekat2 mata jer, aku dulu boipren bapaklah jauh kat overseas nun, so kenalah beli kad fon dapat cakap seminit 2 ai lap u ai miss u (haktuihhhhhhhhhhhhhh!!!!).

kononnya bila simpan lam album, bila mangkuk semayam tu dah balik dr obersi bolehlah claim kat dia kot dia dah berjaya jadi orang kan, nan ado!! lagi few months nak balik, dia dah jumpa makwe baru. kalo aku tau…pakwe2 yang berkoyon ngaco aku kat itm dulu, kat opis dulu, harus kubuat part time boipren. hiks..very the stupidito memories.

oh ai owe u a story bout my love life wt sirman…

beratnya jari aku nak naip cerita memula kenal. yang pasti, dia tackle aku, ajak aku lawan chess and 2 kali lawan dia kalahhhhhhhhh kat tangan ai ye. tp la ni dia mesti ckp kat orang ‘kalau aku x bagi red menang, mestilah aku x dpt tackle dia’

manyak la………..

:P


RED Random Posts. Korang dah baca?
  1. lilred799 REDDED
    on

    rajin kak red simpan menyusun segala memori…..saya memori simpan pat pale…..sok sok jumpe org…..org tanye balik….dah tak ingat!! hahahha ala…beno nye yg tak igt tu mmg tak berbaloi di igt pon…hiks!~

    [Reply]

  2. aini REDDED
    on

    wah..ni zaman dedolu guna nih..xramai sangat org q.. :) dulu i simpan gak tp dah buang setelah breakup bersama ex bf.. hehehehe..

    [Reply]

  3. umimia REDDED
    on

    akak simpan kad fon yer…I simpan setem…takderlah nulis surat cinta pastu dapat surat simpan setemnya..idok ler gitu…tapi minat buat collection jer…akak simpan jer lah kad tu lama2..nanti cucu kita boleh jual balik kalau minyak dah naik sampai seribu setong…hukhuk..

    umimia’s last blog post..Masak dan Makan dihari Sabtu

    [Reply]

  4. idayu REDDED
    on

    kita pon simpan masa lepas guna tp wat wallpaper kat lam bilik je. kak red mmg mengimbau balik kenangan lama kat itm jengka la…tau tak petua konon2 kalau nak duit tu lambat habis, masa ckp kat fon dua jari kena tekan kat symbol * ngan #…hahaha mmg memori..

    [Reply]

  5. mannira REDDED
    on

    red..bila nak publish cite cinta dgn sirman…cepatla..yek….

    [Reply]

  6. cHiQuE CoMeL REDDED
    on

    aiyokkk ghupanya kak red pun muzium jugak ker???
    muahahah bley kita geng ek… chik pun muzium gak :)
    chik pun bnyk koleksi kadfon sejak dr jaman belajo dedolu
    jgn kata kadfon segala bagai tok nenek pun ada… tiket bas mini pun ada!!!
    sama mcm kak red lah boifren chik pun dolu blajo obersi… kadfon tuh ajerlah jd penghubung kengkunonnya…
    tp chik bernasib baik sket lah sbb mmg boifren chik balik dr obersi bley claim balik…
    smpi skrg chik masih claim lagik dan lagik dan lagik sbb boifren tuh pun dah jd hubby sendirik… hiks :D
    cHiQuE CoMeL’s last blog post..Rindu aku tak???

    [Reply]

  7. mrs.sheikh REDDED
    on

    kak,
    kad fon ku tampal kat dinding lemari…luar dalam
    tp dah buang (kenangan pahit).. mak kata kalo hitung2 leh buat antaran kawin…
    4 tahun nyer simpan kak… dua hari rm20
    gambo mcm2 lak tu…

    [Reply]

  8. beledi REDDED
    on

    senasib dgn kak red.. waktu study dolu2 susah giler.. wpon ade scholar… tapi scholar kena bagik mak pak adik2.. jimat2 la.. kdg2 tuh makan roti ajer… huk huk.. alhamdulillah skang nie.. duit gaji pon tak abis.. huahuahhaha.. puas ati..

    [Reply]

  9. darling8tabby REDDED
    on

    sama ngan i..simpan phone kad terus dalam album..tapi tah mana tah hilang :(

    [Reply]

  10. lily REDDED
    on

    waaaa akak simpan semua kad phone? waaa kagum giler. : P

    [Reply]

  11. lara465 REDDED
    on

    red, citer zaman dolu2. haktuihh??? haha2 … kelakar.

    [Reply]

  12. lily lotus REDDED
    on

    uish dahsyat simpan sume nih nk wat claim..hiksss
    biarlah dia dgn idop2 nya..ekekee
    sesungguhnya abg sirman telah tercipta utk mu..huhuhu!

    lily lotus’s last blog post..12 cara nak jimat petrol……

    [Reply]

  13. areleez REDDED
    on

    leez sker simpan prepaid. tp, dolu la.. skang, no more. : P

    areleez’s last blog post..PeJaBaT TaNaH & ToPi AjAiB

    [Reply]

  14. vagg REDDED
    on

    hahahaha saya ada koleksi PHONE CARD yg beratus2 dlu kak..masa zaman duk ostel. hari2 tepon mak. gilossss homesick hahaa

    [Reply]

Add A Comment


RED Top 10 Popular Posts (all times)
redmummy.com proudly hosted & sponsored by ServerFreak - Malaysia Web Hosting
ServerFreak - Malaysia Web Hosting