Bingkisan Salam Syawal

Assalammualaikum Kak Red,

Saya sebenarnya pembaca setia blog Kak Red. Hari2 sebelum saya mula kerja mesti nak jenguk skit blog Kak Red ni. Tak tahu ler apsal, nak kata ada cerita menarik tak der ler…. Tapi mungkin tarikan merah nya yang kuat….

Anyway nama saya Shari Yusni bin Sharif. Umur 36 tahun.(ai lagi muda 3 taun bang) Lahir di kampung Serkam, Melaka. Dibesarkan di Kampung Bukit Beruang. Sekarang menetap di Durian Tunggal. Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit beruang (1979-1984), Sekolah menengah di Sekolah Tun Mutahir (1985-1987) dan Sekolah Munsyi Abdullah (1988-1989).

Menyambungkan pelajaran peringkat Diploma di Universiti Teknologi Malaysia Skudai (1990-1992) dalam bidang Aeronautical Enggineering. Bekerja di kilang Matsushita (1993-1996), Samsung Devices (1996-1997)
dan terakhir kini dan insyaallah selamanya di Infineon dulunya terkenal dgn SIEMENS.

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Kepada pembaca blog Kak Red. Semoga blog ini kekal sehingga ke anak cucu Kak Red.(wahhh!!!!)

 

Wassalam.
Shari Yusni bin Sharif.
(shariyusni.sharif@infineon.com)

 

Comment: 9