Jan 12 2009 Monday, 8:00 am
Guest writer – Ujie
ANDA KECUT PERUT DENGAN EKONOMI MALAYSIA SEKARANG?
Nota : Artikel ini ditulis sebagai panduan bagi pelabur-pelabur Unit Amanah yang kecut perut dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang. Saya tidak menulis bagi mewakili mana-mana Syarikat Unit Amanah (walaupun saya merupakan perunding Unit Amanah CIMB) tetapi artikel ini adalah semata-mata berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang sedikit dalam bidang ini.
Ketidaktentuan pasaran saham (market uncertainty) merupakan perkara yang tidak boleh dielak atau dikawal oleh kita. Tiada siapa boleh menjangka ekonomi negara akan mengalami kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi global walaupun sudah menjadi satu trend yang mana setiap 10 tahun akan berlaku pusingan (cycle) tersebut.
Jika kita masih ingat pada tahun 1998, bagaimana ekonomi yang sangat stabil sebelum itu, terjejas teruk akibat Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL/KLCI) menjunam sehingga 261.33 mata pada Ogos 1998. Walau bagaimanapun, dengan rancangan pemulihan ekonomi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, dapat memulihkan ekonomi negara dengan agak pantas walaupun negara serantau yang lain masih terkial-kial mencari formula bagi memulihkan ekonomi negara masing-masing.
Dengan kestabilan ekonomi dan kepercayaan pelabur-pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia, KLCI mencecah sehingga 1,524.69 mata pada 14 Januari 2008, menyaksikan peningkatan sebanyak 1263.36 mata atau lebih 480%.
Oleh itu, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan trend penurunan KLCI (yang bertindak sebagai petunjuk keadaan ekonomi) sekarang ini, adalah diharapkan agar pelabur-pelabur Unit Amanah supaya kekal melabur dan mengambil peluang untuk membeli dana-dana Unit Amanah pada harga murah/rendah. Ini adalah kerana, statistik menunjukkan bahawa pasaran saham akan kembali pulih dan menjadi lebih kuat setiap kali berlakunya kemelesetan atau market adjustment (pembetulan pasaran saham). Sebagai contoh, selepas berakhirnya Perang Teluk pada 1993 (rujuk rajah), ekonomi global/Malaysia akan menunjukan peningkatan yang ketara. Begitu juga apabila ekonomi sudah sampai ke kemuncak, pasaran saham akan melakukan proses pembetulan atau adjustment dan menyebabkan ekonomi akan menunjukkan trend penurunan. Begitulah pusingan turun naik ini akan berlaku berulang-ulang. (Rujuk rajah)
Bagaimana Senario Ini Boleh Berlaku?
Apabila pasaran saham meningkat (rujuk rajah), pelabur-pelabur akan mula teruja dan gembira dan akan membiarkan pelaburan mereka dengan harapan akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi dan berlipat kali ganda (Tamak). Walau bagaimanapun, di satu pihak yang lain, pelabur-pelabur yang takut akan cuba untuk mengurangkan kerugian (“cut loss”) apabila mereka melihat keadaan pasaran saham tidak begitu memberangsangkan. Akibatnya, ramai pelabur yang tersilap langkah “Membeli ketika harga tinggi, dan menjual pada harga rendah”.(Buy high sell low)
Untuk menjadi pelabur yang “evergreen”, pelabur hendaklah mempunyai strategi pelaburan yang betul (Ringgit Cost Averaging) dan sikap atau attitude yang waras.
Jadilah pelabur jangka masa panjang (long term investor). Seperti yang dikatakan oleh Greg Whimp (CEO Singapore-based Professional Investment Advisory) “Time in” the market, not “Timing” it. (Majalah Smart Investor, Mac 2003).
Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah pelabur yang bijak tidak akan memilih masa untuk melabur kerana setiap masa adalah masa yang sesuai untuk melabur (Everytime is the best time to invest). Apa yang penting, kekal melabur/menyimpan tidak kira ekonomi naik atau turun kerana volatiliti pasaran saham akan memberikan peluang untuk mendapat keuntungan dalam jangkamasa panjang (3-5 tahun) sekiranya anda kekal dalam pasaran. (stay invested in the market).
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat rundingan kewangan percuma, anda dialu-alukan menghubungi saya melalui email di ujie[at]ujie.com.
**tajuk adalah pilihan penulis, wpun nampak serious, takpelah kita pelbagaikan jemputan dan penulisan 🙂
miszsensei
Jan 12, 2009 @ 08:21:37
wahh..very informative n kena timing..coz i pun mmg ada plan nak start invest dgn unit trust nih.. last nite baru je dok baca buku pasal ni,… thanx yekk
RedMummy
Jan 12, 2009 @ 22:48:19
@miszsensei,
akak dah invest dah kat unit trust gak. amboi sampai baca buku, rajin cik misz yeee
ANN
Jan 12, 2009 @ 13:02:08
sejak I kena lehman-ed & mini-bonded by the US crisis, I tak berani lagi nak invest.
Terminate semua & masuk Fixed Deposit aje
ANN´s last blog post..Oh…. URAT-URAT KU!
RedMummy
Jan 12, 2009 @ 22:50:51
@ANN,
FD pun ok gakkan, ada gak dividend
ayusolo
Jan 12, 2009 @ 16:33:39
kak red dah cuba kah invest nie?… 🙂
ayusolo´s last blog post..emo…muahahaha….
RedMummy
Jan 12, 2009 @ 22:51:21
@ayusolo,
wah ckp org, awk tuh?
Avie
Jan 13, 2009 @ 10:21:46
Wah!!! Bagus2…la RED
Ada cerita ‘Financial Market/Investment Portfolio’
Ni yang saya paling suka ni, tx Ujie…
Ujie
Jan 13, 2009 @ 17:47:39
@Avie, Sama2..pengetahuan yg ada, kita kongsi bersama..;-)
vagg
Jan 14, 2009 @ 10:49:58
hadoiii
kalo sebut hal nih.. sampai sudah tak abis oo
vagg´s last blog post..THE BOYCOTT, THE REFUSAL