Senayan City & Aditya Mansions

img_57451

sesampai di jakarta’s airport, Pak Supir @ Pak Sulis sudah menanti kami. kalo kamu di jakarta, better sesiap dapatkan transport awal2…kami dapat bantuan dari our fren yang memang menginap di jakarta, rakyat indonesia. sirman’s bestfren actually. He recommended Pak Sulis to us, setelah kami setuju dengan harga yang ditawarkan, so cecepat kami booked, all done by my fren. so kalau u nak pakai pak sulis, anto email to me, and ai will give u the details of pak sulis.

dia bisa bawa kamu juga ke bandung or jogjakarta jugak dari jakarta. not a problem. kalau kamu lebih dari 7 orang pun dia bisa uruskan. boleh pakai Pregio. kalau kamu mahu penginapan, pun Pak Sulis boleh arrangekan bergantung pada berapa budget yang kamu mahu. tepon sahaja dia and dia bergerak sendiri.

kenapa aku sokong kamu pakai Pak Sulis, kerana aku yang cerewet nih pun x dak komplen pasal dia. orangnya tidak banyak bercakap, orangnya sangat baik hati budi. very punctualed. aritu ada sapa bagi komen nak pakai dia on feb 16 kan? akak dah cakap ngan Pak Sulis, dia sedang free blom ada booking dari client, so kamu boleh email akak n dpt kan no pak sulis. he s expecting for your call.

client pak sulis kebanyakkannya dari kuala lumpur gak, ada gak dari sabah, kerabat kedah mostly and n9. dia sangat fames di kalangan orang kita coz bila org kl pakai dia, sume dok promote dia kat org2 kita jugak. termasuklah tugas aku sbb aku puas hati dengan service panduan pak sulis, keter nya bersih, Kijang.

lam Kijang tu lah gak anak2 aku tidur, ngan aku skali tidur coz banyak nau macet (traffic jam) di jakarta tuh.

so, mau no pak sulis? email saya yeah…

IMG_5791

kami tidak terus ke penginapan, tp aku sergah Senayan City dulu. quite sehaluan utk ke penginapan kami. kat sini bukan sebab aku nak shopping, tp aku nak amik barang dr despatch orang. ada barang yang aku order since kat kl lagik, so port nak jumpa ialah di Senayan City.

IMG_5808

sambil menunggu despatch yang tak sampai2 lagik, aku masuk ke mallnya, jenguk2 the perfumes floor. rimas lah lam nih. aku baru pegang satu botol, abih 3,4 orang sales assistant dia mengekor. menggangu betullah. macam ko beli kat luor, nak beli satu barang tp semua kerumun suh beli barang diorg. serious sangat2 tak suka!

aku capai satu barang and blah lari, itupun sirman yang q bayo aku bawak bebudak kuor cepat…lagi lama kat situ lagi ramai yang menyemutkan aku anak beranak. itupun sirman yang ngah beratur pun depa nak kaco gak suh amik barang diorg eiiii…

IMG_5809

dapat barang, terus cabut. x lama pun kami kat sini….

IMG_5812

ko tunggu je kat lobby nanti pak sulis datang sama kijangnya. kita cuma beri estimated time, kalau kita kata kejap x delah dia pi jejauh, kalau kita lama dia akan pergi ke mana dia bawak diri dia pandailah. pak sulis x ikut kami bersoping bagai, x perlu. tugasnya sebagai supir, tp dia ikut kami wajib waktu makan. dalam agreement kita mmg x cakap or dia pun x cakap yang makan dalam tanggungan kita, tp sebagai manusia yang ada belas ikhsan, kita jemput jugak dia makan sesama.

so kowang ingat ye, kalau amik supir ke hapa, bila time makan, jemput dia makan sama. jangan korang biarkan dia pulak.

IMG_5817

Aditya Mansion this is where we stay sepanjang kami di Jakarta. it s not hotel. ianya adalah service apartment, one of the units adalah sewaan anak malaysia, rakyat kita yang bekerja di sana. mesti korang pelikkan hehehehehe…ye benar, sepanjang aku travel tidak pernah lagik aku menumpang rumah orang. tp yang ni istimewa, dia tidak mahu kami membazir wang bayo kat hotel jakarta yang menggila mahal. lagipun dia duduk sorang….

camne aku kenal dia?

rahsia…..

apapun, dia jugak adalah jiran ku di VA 🙂

IMG_5823

cantik enggak rumahnya? cantikkkkkkkkk yukk!

IMG_5824

ada tak nampak orangnya tuh? ngah borak ngan sirman. aku saje dulu tak nak jaja mukanya bebanyak kat sini, nantilah ada satu masa aku paparkan wajahnya yah clearly.

the unit has 2 big rooms, satu bilik kami berempat duduk.

IMG_5827

sebab kenapa aku amat takut dok umah orang, coz anak2 aku ni kang sangatlah teruja suka nau nak explore. umah ni bukannya murah sewanya, USD1800 per month lak tuh. tu pasal aku amat lah reluctant nak duduk, tp host aku tu dok pujuk bape kali, so kami terima lah jugak itupun sirman amik masa gak pikir.

lagi pula x lama lagik, Pak Host kami nih akan pulang ke kl jugak, contact keje nya di jakarta sudah habis, n dia pun memang saban minggu gak terima tetamu dr msia. family lah frens lah, memang akan menetap kat umah dia.

IMG_6655

ini bilik air yang kami pakai, attach ngan bilik…beso kebana, dah mmg lagik beso dr bilik hotel!

IMG_6658

ini gambo malam terakhir di sini, ngah mengemas2 seiiii tu yang bersepah sana sini

IMG_5830

so kami sesampai sahaja dah rembang….but lepas few hours kami keluar, sbb sudah ada janji temu dengan our fren. our Host tidak ikut, so kami keluar berempat, pak sulis pun sudah nungguin di lobby

IMG_5834

Pak Deny and isterinya, punya 4 anak. Pak Deny and Sirman ni kawan baik dari kat kolej nun dulu, dia pun rakyat msia gak, coz dah menetap kat msia, belajar kat msia, cuma skang dia amik keputusan utk menetap di jakarta, some more wife dia, Ibu Lina orang jakarta jugak.

kalau kamu ingat sirman dulu penah keje kat spore, ha depa ni keje sesama lah, sirman tumpang dok umah Pak Deny n family dia kat sana sesama. pi keje sesama, balik sesama. wkend je sirman takde balik kl ngadap anak bini. dengan Pak Deny kita enggak perlu bicara slang indon, coz dah sah2 dia rakyat msia jugakkan, so dia cakap melayu lor.

IMG_5852

they brought us to dinner kat mana tah hahahahhaa…ni sirman kena editkan entry nih. aku dah lost track. sejak kes dendam dek Mr Team, aku terus ilang ingatan. pdahal sblm tuh siap aku hapal segala. penangan mr team kuat betul.

IMG_5908

pas makan menjengah umah Pak Deny, coz anaknya yang 2 orang tu aku x penah dapat jumpa…masa last kami jumpa dulu pun, waktu abang baru lahir, sama bih kurang ngan anak Pak Deny jugak. sebaya…

IMG_5903

sofa nya merah ya ibu bapak semua, belakang aku tuh tengok piala hoki seket nye banyak bersusun. Pak Deny adalah seorang pencinta hoki, dia dok main merata negara…orangnya kecil, tp mulutnya jugak bisa woo.

IMG_5932

kami pulang, mengambil host kami semula dan menuju ke FX mall, coz nak blogging nya pasal lah. lam sejam balik pulak..penat sei. tu yang gegirl tertidur2 dibuatnya. bayangkanlah ni baru ari pertama, lom berjalan soping apa pun tp dok melawat kenkawan dulu.

so gitu yah citer pertama malam kami di jakarta. liburan nya enak, aman tenteram cuma diguris dengan cerita yang tak sepatutnya terjadi, pada pendapat aku lah.

aku tak tau napa korang nakkan password entry bagai, aku belum pun bukak apa2 entry berpassword, dah mintak2, ayooooooyoooooooo! bagilah aku ruang dulu yer. entry jakarta ni pun x abih upload lagik.

Comment: 20