The bongsu’s engagement…

img_6992

3 dulang berbalas 5, ringkas jor…yang satu dulang lagik tuh cincin merisik dan cincin tunang, tak termasuk dalam hantaran. itu beg putih kat lam bakul tuh kan, itu adalah beg complete sejadah yang aku beli kat jakarta. aku beli 2 sets one utk tunang, satu lagik utk hantaran nikah pulak, yang nikah nya kaler merah.

img_6994

thari ahad yang nyaman, kami berarak anak beranak cucu pak aji and mak ajah

img_7002

hantaran kedua belah pihak

img_7020

majlis ni buat kat dewan orang ramai, coz rumah pihak pengantin pompuan gak kecil, so berpadanan ajelah buat kat sini, lagi senang. majlis kami diketuai oleh pak aji, mak ajah di sebelah pak aji, dan di sebelah pak aji pulak 2 orang anak perempuannya. abang2 aku kena kerja, abang2 ipar yakni suami memasing yang lelaki dok kat one side, ehehehhehehe nama pun menantu kan, so meh sini bagi the redmummy and akak nya yang jadi orang kanan pak aji

img_7019

punyalah lama berbincang, oh aku ngan akak aku memang gini, sambil tu kitorg berdiskas gak, aterr, nak meminang anak orang kan….

kejap2 tengok tarikh calendar, korang tau tak adat lama supaya tidak diadakan majlis di waktu bulan berapit? ha …tak tau? aku dah tauuuuuuu…

bulan berapit ialah bulan islam di antara 2 raya, raya puasa dan raya aji.

bulan berapit…heheheheheh

img_7021

pihak pompuan sangat ler ramai, pihak kami sikit jer, datang pun 4 bijik keter jer, dari merisik meminang, tanya hantaran, tetap tarikh, semua perjanjian kita buat masa ni jugak.

usai segala maknek perbincangan, serious lama kooooooo! belunjur apa bagai ada kuor, aku pun tak tau apamende nya abah aku cakap kira gini lah yer

bang aji, saya mewakili pihak perempuan ingin juga bertanya, sekiranya ada pihak antara kita yang memungkiri ikatan, bagaimana agaknya?

kita ikut resmi lama, yang jantan berlunjur, yang betina berjanda

wah kauuuuuu! terkulat2 aku ngan the family nak memaham

rerupanya, adat lama cakap gitu maksudnya, kalau putus ikatan katalah kan, kita tak nak lah mendoakan, yang lelaki dan yang perempuan akan bebas, tidak perlu dibayar apa2, tidak ada saman menyaman, tidak ada perlu ganti. tapi kalau sblh pihak nak bayar ganti, kami terima. ha gituuu. paham tak korang?

img_7067

in between abang dok berkepit ngan adik khyre nya

img_7069

gegirl ngan sepupu pompuannya, sirman n ipar2 lelaki aku sume at one side.

img_7029

satu pose for my redmummy.com

img_7032

nak gak nyelit hehehehhe, baju batik yang pak aji pakai tuh dari jakarta. hiks….ngam2 je size badan pak aji ngan baju batik tuh.

img_7077

mak ajah suh aku ngan akak aku sarungkan cincin, eii sukanya ai…pestime nih. dulu jariku disarung, tp this one aku dapat menyarung cincin. hahahahahaha! aku sarungkan cicin merisik.

img_7078

akak aku sarungkan cincin bertunang pulak…

img_7083

pastu salam menyalam, aku dah kenal lah makwe adik aku nih, kitorg dah bawak dia jalan2 pun masa pi beraya taun lepas. dia pun sokmo gak lepak umah aku.

img_7106

yeyyyy! dah jadi tunangan orang!

Si jari manis, sila panggil kak red Acik ok, u cannot call me Kak Red anymore…coz adik2 aku panggil aku Acik 🙂

img_7114

ok…ini adik aku yang datang kemudian selepas semua majlis selesai. masa kuor umah dia pakai kemeja pastu boleh dia patah balik pakai tshirt jer, kurang asam tol. tau tak yah ko datang. tp umahnya pengantin pompuan nih ngan umah kami dokek jer…

bukan EPI ye yang bertunang, tp adik bongsu aku. kira sibongsu ni melangkah bendul Epi tu lah. so pasni Epi pulak, tak tau bila, calonnya pun tak dak!

Epi tu fussy, dulu dah elok berkawan ngan sorang awek tuh, dia putus pulak. dia ckp dia rimas budak2 tu asik nak jiwang2 jer, aterrr namanya bercinta mestilah berjiwang dol! pastu kan aku terserempak ngan awek lama dia kat Anugerah Skrin kan heheheheh budak tu tanya kabo ko epi weih! 😛

img_7109

with the red family, tak semua, ngan mak ajah (mak ajah aku mmg kena pakai sunglasses lah, mata mak aku kan tak berapa elok dulu operation)

yang mak ajah pegang cam dompet ke purse merah tu pun dari jakarta sik. itu sebenarnya buku utk letak simpan yassin, tp boleh jugak dibuat purse.

img_7118

dan kemudian majlis memakan sket

semua orang dah abih makan, bangun dari kerusi tp aku dok setia lama gila coz menunggu cik gegirl aduhai, kira nasi hapa. nak suapkan tak bagi, lambat tol budak kecik tuh lah

img_7128

dan mengangkut barang2 hantaran bawak pulang. wah ada pun gambo sirman heheheheh…asik dia je yang ngamikkan gambo orang, bila dah kena pegang hantaran sib baik lah ado jugak gambo nya…

insyallah majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun ini jugak. ini adalah permintaan mak ajah aku, bestnya adik aku kawin ni kan hehehehehe…..jeles seii kitorg, all fully sponsored by mak ajah. wahhhhhhh! sedapnya ko dik.

adik bongsu aku nih kitorg panggil dia Adik, dia gak yang kuor kosmo arituh ….

kira cepat gak lah dia dikahwinkan coz mak ajah aku rimas depa dok kulu kilir dah lama bonar, tu yang nak tunggu Adik aku ni kawin tah bila, so mak ajah n pak aji sponsor lagi senang ati depa.

Majlis diadakan taun ni jugak coz mak ajah aku nak pi mekah lagi, so kerana tu lah kami akan turutkan jugak. majlis adik aku, lom decide lagi theme, tp sebab aku ada sedikit veto yang mengada2, aku dah sesiapkan baju semua anak beranak adik beradik n mak ajah pak aji kaler merah. hiks…

x kira le majlis kawin adik aku, but merah tetap kena ado. huhuuuuuu

Comment: 41