Apr 28 2009 Tuesday, 8:00 pm
Poligami Yang Halal…
Penulis: Ceritakan kisah perkahwinan 2 isteri kamu.
Suami poligami: Kami berkahwin dalam usia yang sangat muda, kemudian terus mendapat anak sulong. dan anak2 seterusnya silih berganti. setelah hampir 10 tahun berkahwin, saya kemudiannya menikahi isteri kedua, dengan dipinangkan oleh isteri pertama.
Penulis: Isteri kedua anak dara atau ibu tunggal?
Suami poligami: Anak dara. kedua2 isteri baik to each other, saya mempunyai 11 orang anak dari kedua-dua isteri, dan bakal memperolehi cucu sulong jugak. Saya kahwin muda, anak sulong juga kawin muda.
Penulis: Kemudian saudara kawin lagi?
Suami poligami: Saya mengahwini isteri ketiga, tetapi mendapat tentangan hebat dari ibu sendiri. Ibu tidak merestui pernikahan ketiga, kerana yang dua orang pun kadang kala terabai. Pada ibu, isteri pertama dan kedua sahaja menantunya, tidak isteri ketiga. Perkahwinan ketiga tanpa restu ibu akhirnya membawa kepada perceraian, tidak sampai berapa bulan sahaja pernikahan itu.
Penulis: Ingin menambah isteri?
Suami poligami: Jika ada kudrat, jodoh ketentuan Allah.
**bersambung
************
Kepada isteri2 yang hebat di luar sana, yang redha untuk suaminya berkahwin baru makanya kamu menjadi madu, payung emaslah untuk kamu. tapi kalau ada yang tidak kuat untuk bermadu, mohon saja bercerai wpun cerai itu tidak disukai Allah but that s the best daripada kita sendiri makan hati.
3 gambar adalah sebagai hiasan, from May’s Mastika. saya boleh menulis dengan lebih terperinci, tapi rasanya akan menjadikan entry ni bagai menepis air ke muka sendiri. Hubungan penulis dan Suami Poligami adalah saudara kandung.
Liza
Apr 28, 2009 @ 21:31:10
iman diriku ini tidaklah kuat utk membenarkan suami berpoligami…tak sanggup
maelbest
Apr 28, 2009 @ 21:56:33
this is ur along kan.
bagusnye his wives kan.
mayangsari
Apr 29, 2009 @ 08:16:56
bukan senang perempuan nak buat macam tuh kan….
mayangsari´s last blog post.." The Great Escapade"
Munirah Abd
Apr 29, 2009 @ 09:32:00
hanya wanita yg tabah dan kuat sahaja mampu berpoligami..
Munirah Abd´s last blog post..Happy Birthday Umi
kakyaya
Apr 29, 2009 @ 09:44:34
sila pastikan kantung penuh,tanggungjawab tiptop sblm memadukan isteri anda..:choler:
kakyaya´s last blog post..kebomm..kebommm…
ANGGUN
Apr 29, 2009 @ 11:18:27
aku dah baca mastika bulan May, tajuk ‘bukan riak tapi untuk pedoman dan iktibar’, betol2 buat aku rasa kagum, dia bina villa untuk isteri2nya dan anak2nya, sama2 tinggal sebumbung.
Tak tau macam ne dia handle & membentuk sahsiah diri, isteri2nya & anak2nya semua mendengar kata dia sebagai seorang suami & ayah…salah seorang isteri dia tu mualaf.
momguess
Apr 29, 2009 @ 15:26:16
fuhhhh
i rasa i xsekuat tuuu utk adapi nyer
momguess´s last blog post..invitation from cik wanie