Sep 29 2009 Tuesday, 2:00 pm
Hulu Keris Hulu Parang…
bukan kelas belajar menembak
dan juga bukan senapang mainan yer itu
kalo letak peluru, tembak kat ko, meletup arwah terus!
the last final day on our raya break, sunday lepas. satu2nya tempat yang agak jauhhhhhhhhhhhhhhhh kami berjalan dengan niat membawa mak ajah and pak aji aku melawat saudara di Negeri Sembilan. jauh ko. dengo kuala pilah jer aku macam wuiii!
2 jam lebih perjalanan from kl, itupun ikut short cut dari langat ke pilah ni, eh ke kampung ni daerah jelebu. around that lah. tp jalan nak sampai ke sini macam ular tol.
aku tidur bangun tidurrrrrrrrrr tak gak sampai2. bila dah sampai baru geti bukak mata. ngantuk ya rabbi.
we drove 2 cars, with my brother. to visit Abah’s cousin, kira anak2 family ni my 2 cousins ke 3rd cousins. we are not that closed but they know me. i just found out that most of the family members dalam keluarga besar ini, read my blog! n aku baru tahu 2,3 arinih jugak lah yang depa rupanya dah lama melepak baca RM.
anw, our visit is bcoz 4 Ramadhan lalu, my late Paklong Wahid telah pulang ke rahmatullah. since the parents can only visit bila anak2 menantu yang bawak, raya adalah waktu yang terbaik. Alfatihah to Paklong Wahid, ai remember him sesangat. have 11 children, anak yang bongsunya sebaya aku tak silap. so yang lagi 10 orang tu dah sah2 pangkat kakak and abang2 to me…
oh kot ada gambar yang jap blur jap lawa sket shooting tuh, pasal satu dari camera sirman, satu dari camera cikai tangan aku hehheheheh
Purple lady is Wana, my SIL, Ayin’s wife. Ayin tu adik laki aku ler.
acik, kawan Ayin nya bini baca blog acik, dia cakap dia nak belajar pasal blog, dia antar email kat acik tak penah jawab pun
hallo, kawan laki ko tu nya bini, dia anto komen ke dia anto email. bidaah lah kan kalau anto email aku tak jawab. semua emails aku jawab lah. komen ye lah acik susah nak jawab, tapi kalau email kompemmmmmmmmmmmm aku jawab! suh dia check kat spam box dia lah.
ha sapa sapa kat sini kawan Ayin adik aku?? sapa yang bininya ada blog tuh yang claim kata aku tak jwb email korang??? wahh…sentap telinga aku kay. akak jawab lah email korang dikkkkkkkkkkkkkkk!
nanti aku tanya ayin balik apa ke nama kawan dia yang dok bising kata aku tak entertain the readers….
oh aku kan tidur je lam keter kan sepanjang journey nih, gegirl and abang pun tidur gak ngan nenek kat belakang tp jap2 bangun gak. so in total, mak korang memang handal tidur lah!
Sampai2 waktu lunch hour, we were served with smua lauk pauk penuh ngan cili api. sana sini cili api. ayam yang kami makan, main tembak2 je pakai senapang tuh. ikan pun sedara mara aku ni main amik capai ngan tangan jer dari sungai. terer tak terer orang2 sini.
nak suh aku tangkap ikan hahahaha
ada gak aku nampak ikan kat sungai, kalo lalu kat kaki aku, aku mencicit lari.
tq to anak2 cucu cicit arwah Paklong Wahid yang melayan the not so big Red Family.
we couldnt stay long
coz nak pi tengok satu lagi bengkel keris parang belongs to my sedara ni jugaklah. some more, Ayin my brother pun umah dia ada expecting guest at nite. aku pun nak kena balik cepat coz my BIL, Sirman’s bro is leaving to Amsterdam for 4 years. empat2 anak beranak depa pi Amsterdam.
oh sangatlah sesuai kalau aku nak ke paris dah pasnih, dekat jugak tuh Amsterdam ngan Paris hahahaaaa…leh lah menumpang umah abang ipar aku nanti.
Ayin sesuailah ngan senapang tuh. ngan boot taji tajam dia, ngan belt peluru dia and topi cowboy dia, eh tu sume dia memang pakai on that day, except the senapang tu lah. sedara aku memang ada licence ye ngan senapang tuh. kami boleh pegang jer, isi peluru takdak. bila dia nak pi memburu je baru dia sauk senapang tuh.
Maklong yang masih kuat, ada lagi hiba pilunya dengan pemergian suami tercinta. Mestilah sedih, kematian bukan dijangka tp setiap yang hidup akan pergi dan mati. oh 19 November. aku terngiang2 lagi...
kamu peminat keris parang? or ada yang nak buat hantaran utk lelaki bagi keris ke? boleh. dimasukkan dalam kotak kaca berbaldu biru ke kuning merah. bisa sahaja. you boleh place the order or contact Abang Zamri. beliau adalah pembuat keris parang or samurai gak kot hikss….terkenal di Malaysia.
kalau kat Wisma Yakin harga satu parang dalam RM400, kat sini you can get at lower than RM200. Parang ni ko beli bukan utk menebas orang yang oi, untuk melapah daging yer. ni Raya Qurban tak lama lagi kan, ha ramai2lah leh turun melapah daging lembu kambing sama gak.
bengkel nilah diproses keris/parang…dari ukirannya, kayu nya, libasan tajam parang pisau pedang keris tuh, semua processnya dibuat di sini. quite famous. aku tak tau plak ada sedara yang mahir lam jentera gini. kalo tahuuuuuuuuuuuuu!! aku bagi sirman dulu hantaran set keris berkotak baldu merah.
nampak phone number tuh kan? contact ye Zamri Wahid nih. Wahid tu lah my late Paklong, abang zamri ni the tokey of the bengkel. you can try to mention that you get the details contact from Redmummy. since the sisters brothers mostly read my blog, they will inform Abang Zamri lah nanti.
oh ada web gak yer. namanya Parang Cantik. kalau korang nak suh Abang Zamri buatkan macam sample gambar yang korang berkenan on the keris tu pun, boleh je email kat Abang Zamri, semua kawtim. nak bagi adiah kat Datuk2 Tan Sri or badan corporate macam keris dalam box baldu tu pun beresssssssssssssss!
ai bought 1 parang and 1 keris untuk sirman. hahahah bukan for me. aku nak Sirman ikut Pak Aji pi lapah daging kurban. aku tak kira. tetiap taun dia turun buat lawatan muhibbah jer kan, taun nih dia kena turun belajar gak ngan bapak aku. setiap tahun lebih 13 ekor lembu yang abah aku tumbangkan for raya qurban, together with orang2 masjid lah. ko hengat senang nak melapah, susah bang oiiii
sebab masalahnya sirman ni jenis indoor. dia bukan jenis yang buat keje2 gini. dia jenis cuci tangan bersih ha gitu. but aku nak sirman belajar gak ngan pak aji and my brothers proses melapah2 daging lembu kambing.
at least nanti dah tetua, abang boleh nanti sok2 belajar pulak ngan bapaknya.
kutolak2 sirman bangun
baru dia nak geti pegang belajar cara ikat tali parang tuh. weii ikat pun ada cara belajar ikat yer. bukan main ikatttttttt gitu jer. bukak parang ni pun ada cara2nya. selain dari parang and keris, aku pun beli board masak and pengasah pisau yang batunya the most bagus in the world. Abang Zamri yang cakap kay.
dan kemudian kami 2 beranak diberi lagi percuma 2 boards, for Ayin and for Abang. abang pun sibuk nak memasak lam bilik study dia gamaknya.
Pak Aji my dad bought 1 parang and 1 keris gak…kami dapat ‘harga sedara mara’ hahahah, korang tak leh lah, korang dapat harga market tp still murah dari yang jual kat KL nun.
Ngam2 by Maghrib kami sampai semula ke umah parents ku. hajat hati nak singgah SM Sains Tunku Jaafar (STJ) tapi tak kesampaian. coz perjalanan dari kampung my sedara nih to STJ adalah lam sejam gak. jauh gak tuh.
STJ was Sirman’s old school. yoler tuh, dia budak STJ. dengo dia citer fly lah, dia lari sekolah lah, dia menyeludup kuor pi tengok wayanglah, carik rokok lah hahahahahaha amboiiiiiiiii, sakan ko ye sirman dok kat STJ pun leh kuor fly gak. budak2 boarding school mana yang tak fly? adalah jugak yang bebaik, tp yang nakal2 pun ramaiiiiiiii woooo.
ada sapa2 junior senior Sirman di STJ?
member mengidam nak visit STJ tak ke puncak, lain taunlah Sirman oi kita pi lagi. tah bila masanya lah pulakkan.
Itulah cerita terakhir saya di Syawal ini yang membawa kami ke hujung N9. jauh gilerrrrrrr ngan jalan bersimpang siur, takleh nak sembarang potong kalo idak bertembung ngan lori tak ke naya jer.
to warga N9, daerah kamu sangat sunyi, specially tempat yang kami visit nih. Syok gak pi N9….
Dalam entry ni pun ada parenting tips gak, kalau korang perati2 betul, so marilah kita melawat daerah di Malaysia bersama anak2 🙂
sofia_smile
Sep 29, 2009 @ 14:12:40
cantik kak ukiran keris tuh…..seyes cantik….beraya smbil menimba ilmu…2 in 1..
.-= sofia_smile´s last blog ..Raya 2009..third version =-.
cintaqaseh
Sep 29, 2009 @ 14:46:12
cop!!! coursemate sy ex-STJ..hehehe..
.-= cintaqaseh´s last blog ..~cerita syawal 1430H ~ =-.
hanak Hangkat no.4
Sep 29, 2009 @ 14:49:35
wah…ni bab2 parang ni mmg kesukaan amy la kak red..huii..vangga betul dia klu baca blog akk skrg nih..
anak jati n9
Sep 29, 2009 @ 15:33:12
klu nk jln2 n9, g la bandar…tp xde benda gak..
baik g kampung2…leh relax…
tak gitu?
place u shld go – HOMESTAY KAMPUNG PELEGONG =)
.-= anak jati n9´s last blog ..Stressss – pls control…! =-.
Lyn Yusoff
Sep 29, 2009 @ 16:14:44
jauh perjalanan luas permandangan..
so leh update RM’s readers yg tau pembuatannya..
btw… good idea tuh, leh jdkan barang hantaran..
bertambah lah idea Lyn ni.. hehehhee
.-= Lyn Yusoff´s last blog ..Sold Out 🙁 =-.
neo@sufe
Sep 29, 2009 @ 16:16:21
ooo..so kewlll…ermm.arini ntry yg kewl la..sbb nyer my kawan adelah peminat keris parang pedang samurai bagai ni..aritu msa kat bali nk beli sgt la mahal..berjuta2..ermmm..setakat kola pilah tu..ermm no problemo.. sonang baitu… heheheh
.-= neo@sufe´s last blog ..ToTe…ToTe…tOtE… =-.
hies
Sep 29, 2009 @ 16:34:35
hello k.red..kembali bersiaran sekian lama tak membaca blog RM..masa tak mengizinkan.. ske ah si kemek nyer story..ops lupa lak..lari tajuk..nk tanya si tukang besi tu wat keris and parang skali ngan batu asah ker?ada package dgn delivery tak?;)
RedMummy
Sep 29, 2009 @ 16:37:24
@hies,
tak sure lah delivery
cer hies tepon abang zamri tuh tanya yer
ka6_jeram
Sep 29, 2009 @ 17:11:18
Jauh jugaklah kak dari Amsterdam ke Paris, tapi lagi jauhlah kalo dari Mesia.hehehehe
RedMummy
Sep 29, 2009 @ 17:13:42
@ka6_jeram,
jauh tak jauh
at least leh naik ketapi laju dia tuh
ahahhaha
dulu dah nak pi masa kat amsterdam to paris
tp takut rabak duit
so dok je lah kami kat amsterdam that time
ka6_jeram
Sep 29, 2009 @ 22:22:28
@RedMummy,
Naik ryan air lagi murah kak.
Mama Azlina
Sep 29, 2009 @ 17:16:46
wah..bestnya makan masak lomak cili api..kalau ada daging salai masak lomak pun sodap…
nape tak singgah kat jeram toi…kawasan perkelahan…lagi best sunyi, sejuk aje permandangan…leh kelah-kelah…
.-= Mama Azlina´s last blog ..sambungan cerita raya pertama =-.
RedMummy
Sep 29, 2009 @ 17:18:15
@Mama Azlina,
gak ada masaaaaa
mulan
Sep 29, 2009 @ 19:02:46
la.. ye ker.. husband org nogori pun tak tau.. selalu wat parang kat Kuala Kangsar my hometown..
.-= mulan´s last blog ..Black Kebaya @ Open House Kg Kota =-.
Fad Ariffin
Sep 29, 2009 @ 20:47:51
tengok sirman pegang senapang tuh tup2 terus teringat citer P Ramlee –> Antara Dua Darjat. Babak S. Kadarisman acu senapang kat bini dia kat tangga. Konon nak tembak beruang! 🙂
.-= Fad Ariffin´s last blog ..ENTRY PENUH EMOSI =-.
kak mazidah
Sep 29, 2009 @ 21:16:49
Thanks red for blogging about my family and promoted about the parang and keris in your blog. We are your follower and very proud to have a famous cousin like you. Don’t worry we will vote for you….emmm kalau nak jadi calon PRU13 pun rasa-rasanya lepas ni boleh menang kot, ha..ha thanks again
RedMummy
Sep 29, 2009 @ 21:28:12
@kak mazidah,
akak kem salam kat orang2 di kampung
nama sumer saya tak ingat hahaha
yang saya ingat
abang nizam ngan nawi jer
linda
Sep 30, 2009 @ 11:36:45
kak,
i duk n9, mmg tak happening cam KL, windu woo ngn kelumpo tapi apekan daya den kojo kek sini… tapikan sini ada satu bende best, g keje tak jem cam kl… theee
lily lotus
Sep 30, 2009 @ 12:38:23
best betul..jmpa sedara mara yg baca blog ni jugak..mengeratkan silaturrahim
.-= lily lotus´s last blog ..last minute di metrojaya =-.
ikbal
Nov 02, 2009 @ 20:41:49
Nak tanya ,ada bagi training ke pada pelatih yang nak belajar buat parang ?Sebab tak ramai lagi yang tinggal org pandai buat besi ni.Kalau ada eloklah,bukan susah ,pelatih dikira kerja bantu tanpa gaji,ikhlas lah kaalu nak bagi yang datang jauh tu duit kopi alhamdulillah…kerana saya tak lihat ada tawaran nak ajar anak Melayu kita ,masing2 sibuk tunjuk barnag tukang hasil sendiri tu aje….buatlah satu yang berguna pada anak bangsa……dunia ni fana …apalagi yg boleh kita buat selain ajar ilmu yang berguna pada sesama manusia…nanti kalau dah mati anak cucu cerita datuk saya dulu handal buat parang ,lepas tu bila ditanya orang dia takada anak murid ke….tak ada dia ajar suku sakat dia saja,yang bukan saudara dia tak ajar.Astaghfirullah…..
cubalah renungkan,jika latih ramai tukang besi ,kalau depa tak buat parang tapi buat atau repair bajak,atau alat pertanian ,bayangkan berapa banyak pahala dia dapat….wallahu alam…seremban_n966@yahoo.com
SN966
Jan 11, 2010 @ 14:23:42
Saya cadangkan Ilmu Ukir kayu dan besi di sebarkan / diperturunkan kepada generasi baru, zaman sekarang bukan macam dulu lagi, penduduk dah ramai, market luas, tukang2 yg ada sekarang pun tak termampu hasilkan tempahan.
Benda 2 macam ni pun adalah warisan melayu, benda2 macm ICT dll tak da masalah kita belajar, ada dimana2, pastu bolehlah buat blog red , blu ka apa,
Tq
😉
papa geram
Feb 08, 2011 @ 11:59:20
helo mama merah kenapa tak reply :choler:
RedMummy
Feb 08, 2011 @ 12:07:08
@papa geram,
nak reply mendanya?
Samihah
Jul 09, 2014 @ 10:46:34
Salam RedMummy..saya dh try contact no phone en Zamri tp masuk voice message jer. Saya dn ahli kumpulan saya ada nk buat dokumentari pasal parang ni. Boleh saya tahu kalau RedMummy ada contact number yg saya boleh hubungi?
RedMummy
Jul 09, 2014 @ 11:01:12
ada
boleh email me at red@redmummy.com
i ll connect you to his sister. maybe no dia dah dah tukar tu pasal you tak dapat.