Oct 19 2009 Monday, 4:00 pm
Sekali lagi saya menjadi blogger yang baik :)
ohh tak sudah2 ngan resepi baik aku ni kan
macam ado apo2 jer kan
mesti la ada mendenya
so sebab ada kawan aku powed email nih, tak tau lah korang ada dpt idak, layan jer yer. coz HARI NI AKU MEMANG RASA SANGATTTTTTTTTTTTTTTTT BAIK! despite lah sirman’s bday kan, but still aku suker suker sukerrrrrrrrrr nih 🙂
Ibu, Anak Dan Menantu
Suzana (nama sebenar) dan razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dalam kelas mahupun waktu belajar di luar kelas…
Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur… mereka bagaikan belangkas yang tak dapat dipisahkan lagi………tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaannya.. ‘Salmah seorang ibu yang bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikut
segala kehendaknya.. Salmah adalah ibu kepada Suzana.
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dengan seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu daripada jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sangat marah terhadap Razman & menyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu……..dengan niat utk memisahkan mereka. Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dengan rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibunya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman. Setelah setahun berlalu mereka pun diijab qabulkan …… Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman…….tapi malang telah menimpa mereka…….
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman.. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan……
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya……tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup. Razman cuba untuk memperbaiki keadaan………Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telahmemohon agar doktor berjanji tidak akan menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab……penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cubalah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kaliitu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macam mana erkkk reaksi ibumertua tu.
.……………………..
credit to those yang menulis, ha satu lagi tips ye korang amat susah korang nak tengok aku main copy paste copy paste, wpun advertorial tu susah ya rabbi, aku akan olah dengan ayat aku sendiri, tp utk entry ini aku copy paste sebagai bukti, kita boleh buat tp creditkan dengan nama pemiliknya. since aku pun tak tau sapa pemiliknya, email awak ini syok gak dibaca waktu2 ngah good mood nih 🙂
esok 2 lagi tips keluar 🙂
Alamfanacinta
Oct 19, 2009 @ 16:13:23
Mcm ade ape2?? Ade mendenye???
ape kak red??
p/s: eh, byk plak tanda soal kt situhhh
Rose
Oct 19, 2009 @ 16:27:38
ekekekeke….lawak….lawak….
.-= Rose´s last blog ..I read: Ketika Cinta Bertasbih =-.
Lyn Yusoff
Oct 19, 2009 @ 16:33:51
wakakakakakaka..
kelakar btul kan citer tu.. Lyn ada terima gak..
terkekek2 bila membacanyer..
anyway.. thx for the tips kak..:)
.-= Lyn Yusoff´s last blog ..Kemuncak Jom Jalan Raya Bersama Dafi =-.
yaty
Oct 19, 2009 @ 16:36:18
hahahhaha..
lawak gile..
tue kalo mak mertua dia tau yang pp ank dia sebenarnya kulit punggung menantu dia..
confirm lar puan salmah tue xkan cium si suzana tue smpai bile2..
.-= yaty´s last blog ..Jamuan Raya Jabatan 🙂 =-.
syahira
Oct 19, 2009 @ 16:39:50
assalamualaikum kak red.
funny!! i like~
cinta qaseh
Oct 19, 2009 @ 16:49:30
hahaha…lawak lah…
dah suspen jer tadi ingtkan kulit yang didermakan tuh kulit muka razman gak…
rupe2-rupenyer….hahahhah
.-= cinta qaseh´s last blog ..~i’m back~ =-.
sofia
Oct 19, 2009 @ 16:55:16
waaaa….best2 nih entry nih…amat suai kalo akk post time2 tengah hari nih..dah mate nagntuk2..tgk bnde gelak2 cmanih…ha…bulat balik mate tuh..hehe
.-= sofia´s last blog ..8 years old boy’s Recipe..Prawnlicious.. =-.
anor
Oct 19, 2009 @ 17:16:58
hahahhaa
rasa nak gelak guling2 aje kat opis neh
tgh takde orang neh kan..
thx for d tips sis…skrg neh kumpul2 tips
.-= anor´s last blog ..Project Alpha: beautifulnara.com Ep 4 =-.
Nur
Oct 19, 2009 @ 17:44:56
kompom kalau salmah tau mana datang nya kulit pipi anak nye yang hok dok cium tuh..7 hari 7 malam dia duk samak muncung mulut tak abeh2..hahahahahaa lawak lawakk!. 🙂 🙂
.-= Nur´s last blog ..Aku yang dalam kemarahan.. =-.
asie
Oct 19, 2009 @ 19:02:34
waaah.. so funny kak red!!
.-= asie´s last blog ..Diari Datin =-.
hanida lavida
Oct 19, 2009 @ 20:31:03
ngahaha. saye bace dgn serius skali.
tiba tiba nyeh3….
anyway, i want u to see this ;p
http://leverremustard.blogspot.com/2009/10/project-alpha.html
.-= hanida lavida´s last blog ..TARIKH TUTUP CONTEST. =-.
Ms Lola
Oct 20, 2009 @ 08:17:37
Menarik, menarik. I copy ya? Boleh? Kalau tak boleh, habaq tau..
.-= Ms Lola´s last blog ..Menyambut Cuti Deepavali Di Devi’s Cafe, KK =-.
RedMummy
Oct 20, 2009 @ 14:20:23
@Ms Lola,
eh boleh
amik jerrr
bukan i punya pung
casper
Oct 20, 2009 @ 11:47:30
hahaha saya dapat email pasai ni . agaknya kalau la MIL dia tau yang setiap hari dia cium kulit b***** menantu dia cam mana rasanya yer???
.-= casper´s last blog ..*** maggi mee my way contest*** =-.
Azhar
Oct 20, 2009 @ 12:12:34
Salam sumerrr..kitaorang baru niehhh..baru nak belajar menaip..banyak perkara kena belajau…sudi-sudikan visit blog kiter yerrkkk..
Salam perkenalan
Azhar
Oct 20, 2009 @ 12:14:46
mmm..lupa lak..thanks to sirman & family kerna sudi bagi kita join web niehhhh…kalo nak beli cermin mata original belilah dengan kita ek…he..he..promo jap..thanks bro