Hadiah terhebat di CNY…

IMG21140

ini bukan penderaan suh anak tidor kat lantai yek. dia yang gatei turunkan bantal and susun kan kat bawah memolek. susun mamats dia n berangan jadi puteri dikelilingi dayang….pastu dia menceceh2, bercerita ngan binatang ternakan dia tuh. n menyanyi lagu tah hape2.skit telinga aku dengo nya heh.

anwwwwwwwww……

di sempena cuti2 raya cina ni kan…

IMG21147

ingat dok aku ada beli colouring set nih kat HK Disneyland kan, semata2 nya aku nakkan bag mewarna nih. boleh letak barang make up aku kekdahnya. setelah berbulan2, budak2 tu dok jeling tengok bila lah mak nya nak kasi kaler set tuh, so akhirnya tiba waktunya gak.

it has 4 slots, penuh ngan kaler warna lah, but gambo nih aku dah kuorkan semua….nak dibagi2 kan kat budak 2 orang tuh.

IMG21149

muka suka suci giler dapat benda baru. specially gegirl lah. dia kan pencinta sangat ngan aktiviti mewarna. aku lebihkan gegirl 4 batang than abang nya coz sek abang bukan boleh pakai sangat kaler2 gini, more to pencils. but adiknya memang lah ratu mewarna.

lepas depa dah dpt, dedua lari masuk bilik memasing.

aku menyambung pembaringan….

sakit lah badan belakang nak dok ngadap pc lelama la nih.

IMG21150

baru aku nak lelap jap tiba2 budak ni masuk balik sesengih. berdiri depan mak nya macam orang nak nyanyi lagu Negaraku….

ok adik,ikut abang…. one two three

MUMMY, THANK YOU SO MUCHHH, WE LOVE YOU!

perkhh! bukan main lagi korang berdiri nak cakap tu rupanya. sebab masa dpt coloring set tuh satu hapa tq pun x ckp. aku pun tak teringat or macam x amik pusing, janji dpt lie down. but i guess abang tau a must to say a tq back. suci gumbira tol muka budak2 ni bila dapat barang.

sian anak2 aku….sebab aku jarang belikan toys, only for special occasion sahaja, bila dapat benda baru yakni set2 mewarna pun, sudah buat cukup depa gumbira. itulah hadiah terhebat di hari raya cina gamaknya.

mak nak sambung lie down balik lah.

sakit lar weih, mlm smlm aku dah tau sakit badan, lagi pi gatai main chess berejam2…

Comment: 19