Bila yang lama add di FB…

ni ada isu semasa, very light lah, tak yah lah masuk BMM, kita borak2 santai je kat sini. a fren of mine ni memang suka kawan sana sini, ngan kawan lama, ngan musuh yang nak kembali menjadi kawan. bla bla bla lah. but satu hari tu, adalah pulak ex bf dia add dia dalam FB.

so dia serba salah lah

nak diapprove jadi fren FB, kang apa pulak kata suaminya

boleh ke suami dia tak kisah je kalau dapat tau nampak ada ex bf dalam list of frens dia. kalo dia x approve kang, memang nampak lah dia x nak looking the past. but berkawan je lah kan. ntah2 takkan bertegur sapa langsung kot, sekadar add jer. dedua pun dah beranak pinak, dia siap tengok lg gambo mamat tuh nya bini n mamat tu sendiri, lawa lagi dia lah tau jaga badan ahhahaa, sempat lg tuh. so there s nothing to be worried lar, cuma tang suami di luar2 sana, korang sentap ke kalau ex bf bini korang add depa lam list.

serupa gak situasi yang mana ex gf laki korang add laki korang dalam fb depa. maghah dak? terluka ke or terasa cabaran ke or what?

i was playing chess at nite when a fren asking for my advise. hemm…..nanti aku tanya sirman ek, dia bagi idak ex bf aku add aku. tapi sementara menunggu munasabah2 yang akan sirman mencecehkan, kita dengo korang nya fakta dulu yek.

anw for my case, i know my ex bfs and sirman’s ex gfs ada baca RM, diam2 follow our families stories, diam2 korek sume cite Red Family, dok sorok diam2. takper…dok je diam2 yek, tak yahlah in touch ke ngan saya ke ngan sirman ke. ai x suka you la u. so far those yang add saya dalam personal RM nya FB, hanya real frens sahaja aku added, selebihnya aku send korang to my fanpage. real frens means real yek, if u r my readers pls harap sangat add yourself in my fanpage, not sending notification to my personal one, itu mmg so far 100 orang je kawan reality aku yang ada which means from my schoolmate dulu, ITM, kerja, kawan2 secemolot, family, bloggers tertentu yang can be trusted. itu sahaja.

so your call…bolehkah yang lama datang add add you all lam FB ek?

Comment: 23