Kelas Kemuncup…

IMG_5145

wohooooo! anak bujang aku very the hebat! kalau part2 nak menyusahkan mak ko, handal ko yek….

mummy, kaki abang gatal!!!

pi main kat ne? ya rabbi! ni kemuncupppppp! bukak, bak sini seluor tu

kemuncup tu apa mummy?

kemuncup ni ha…menda2 yang melekat kat seluar abang nih kemuncup lah namanya

IMG_5151

biasa dok umah atas langit kan, bila dapat tanah umah neneknya (hometown sirman) panjanglah langkahnya. kat sebelah umah MIL aku tuh ada tanah kosong hak gomen kot, so ada lah rumput2 panjang kemuncup gini lah yang tak bertebas. dah aku cakap tak yah main kat situ, tapi ko degil kan bang, sib baik adiknya tak ikut kalo dak ngan adik2 nya kain skirt pun sama aku kena cabut.

hengat senang…banyak giler.

IMG_5161

but semacho2 abang, nakalnya pun, malam2nya tidur memang carik ketiak mak nya lah. kalau dapat mak nya tengok tv sama, lagilah dia melekat. masa ni kitorg leka layan Mission Impossible, hensem tol Tom Cruise tuh hahahahha..

abang hensemnya Tom tuh

alah hensem lagi Daddy abang

ok lah, dari dia jawab, hensem lagi abang memang ko over aa bang!

IMG_5148IMG_5147

suor kiri kanan, dalam suor tu pun ada. seluar kain jenis gini memang senanglah kemuncup nak menebeng, kalo jeans tu takdak lah melekat sangat. abang oh abang….makin beso makin panjang langkah ko explore. i m not complaining but abang memang suka buat benda2 yang lagi ko tak dibagi lagi dia bikin. bila dah buat dia dah rasa dah explored, bila dah kena bahananya baru dia oooooo ok now i know. ha camtulah.

tau semalu? itu first time Abang ngan Adiknya kenal semalu, ke main hebat diorg main ngan semalu. giler jakun sungguh.

ni aku plan satu ari nak ngajar main Teng Teng pakai lantai umah jer, lelompat, tengoklah kejakunannya lagi nanti yek. tak pun paling busuk2 pun dia cakap boring giler game ni.

oh pasal kemuncup tuh, selepas setengah jam baru licin aku selamatkan seluarnya…takkan tak cabut, nak terus campak lam washing machine hish tak senonoh pangai gitu. nak suh abang cabut? oh dia dah lari jejauh main beskal plak pas tukar seluar.

Comment: 15