Mall yang tak happening!

IMG_5650

gegirl ada lah merajuk, jarinya sikit lagi nak terkepit dek pintu van. sebab waktu depa tunggu aku kat kedai langsir tuh, ada lah orang berjualan sambil berjalan tuh datang ke van kami. dok offer beli tshirt. murah lah murah. aku dengau macam selai 40hinggit duit kita, rupanya 12 lai untuk 90inggit kot. hikss…kira murahlah kan.

ater yang membayo belanjawan shopping is me so kenalah aku catuan gak, biar benar makpak aku nak amik sampai 12 lai banyak tuh. yelah nak buat ole2 kan…

tapi kita beli gak lah, wpun masa tu van dah gerak, aku panggil budak tu semula. masa tu lah yang jarinya si kecik terkapit sket jer, bukan jenis kapit abih. kena sikit pun dah jerit melalak2 si kecik. so atuknya dok bacakannya selawat. cembeng la ko gegirl.

IMG_5652

antara lain, orang indonesia adalah sangat kebal. lintas jalan vs macet di jalan raya sama je hebatnya. ngan honk2 sana sini, kalau kat msia, ko honk je siaplah orang sebelah kalo tak kuor middle finger mesti dia cucuk bontot keter ko. tapi budaya kat indonesia memang jenis pakai honk jer. baik hati jer depa bagi laluan kalau dah ke main nak mempadat…

budak sekolah tu selamba je melintas ngan keter menderu2…iskk, berani betul. kebal kan aku cakap.

IMG_5656

ado piket secara kecilan….tiada pulak kita kena ganyang malaysia kat medan nih. kita datang negara dia sebagai tourists lah, menyumbang ekonomi negara depa, so entahlah so far 3 hari kat sini memang kita aman jer. kecuali yang buat aku nyampah is the pompuan agent yang jaga service van sewa kita nih. itu je yang buat aku bengangggggggg! hish tak udah2 bengangkan service van nih.

IMG_5659

so selepas langsai project curtains, kita pi mall. nak mencarik Central Pasar tapi  lahabau punya driver tuh dia turunkan kitorg kat Medan Mall, pastuh tak diajarnya macamana nak ke Central Pasar. eii geram eden. wasted 1 hari je coz jumpa Central Pasar hanya selepas lewat petang.

agak2lah kan ko ingat aku ni dok Medan ke, dia bilang ibu jalan2 di Medan Mall, belakangnya ada tempat jual kain baju ya ibu.

hah sudah, pi tanya orang, orang yang bercakap tu pun entah main tunjuk2 jer! before pegi Medan Mall  supir tu bawak ke mall aku pun dah lupa nama dia, ada ala2 Brastagi kot rasanya. ntah la.

IMG_5664

ni bukan kat Medan Mall. so kita pusing2 je lah dalam mall ape ke nama dia ni yang tak happening langsung….

IMG_5667

pastu nampak ke main kedai jual handbags siap abang offer, pergi lah mummy beli! mummy kan suka handbags

ye mak ko suka, tapi mak ko tak suka pakai handbags tiruan gini.

IMG_5669

tak tau lah bape harganya, kita tak masuk dalam kedai pun. dahlah tu kat sini tak boleh amik gambar sembarangan…tah hape2 tah…

IMG_5688

ha ni baru smpi Medan Mall. satu je benda yang aku beli kat sini, Dunkin Donuts. coz anak2 aku dok sakan lapau lapau lapau, hah aku beli sekali 1 dozen. buy 9 free 3 tu lah. berebut2 budak2 kecik ngan makpak budak atuk nenek makan. aternya last makan masa bila…sume nak menyopping dulu baru sedap kita nak makan.

this shoes house, my abah and adik ipar aku beli kasut sorang sepasang….

mak pak aku sebut je harga…either aku or sirman pi bayaukanlah. coz kita 2 je yang pegang duit. kecuali shopping adik aku laki bini, yang lain sume shopping memang masuk dalam my shopping budget. tu pasal aku tak shopping cam nak rak coz dah disalurkan duit shopping aku kat 3 makpak aku nih.

IMG_5648

eh you amik gambar scene banyak2 nih kan, nak buat apa hek? nak letak blog mana? blog u dahlah kusam

kat RM lah…bila boring2 takde entry ha letak sume gambar yang kat Medan kay…

alahai, korang nak tengok ke gambar2 suasana di Medan yang takde muka aku yang merah nih? nak keee??

IMG_5657

ha banyak gambo2 jenis gini ler. korang nak tengok ke? gambar2 masa kat Europe pun banyak gaya gini pun aku tak letak, serius banyak. aku tak tau korang suka tengok gambar2 gini dalam RM. dia macam gambar pemandangan sepanjang mata kita melihat di  negara2 yang kita lawati. benda2 unik yang korang tak rasa terlintas pun ada kat Malaysia. so kalau suka gambar2 gini i ll post it lah.

gambar yang perampok2 mati dibunuh polis masa kat Indon tu takde lah, tapi kitorg dok khusyuk tengok berita tuh live lagi ko. hangpa bayangkan yek, diorg pi tangkap perampok2 tu siap bawak pemberita + videoman. so boleh nampaklah kejadian tembak menembak antara polis dan perampok. ngan depa jerit suh penjahat2 tu keluar dari sungainya lagi. wuii degil tol…

tembak punya tembak, sampai jatuh bergumal si videoman. hah tu lah kan ko, sakanlah sangat nak amik live news!

well….so kena sambung lagik ni, iskk lotih acik buat entry Medan ni weii…dahlah banyak. panjang pulak tuuuuuuuu!!

Comment: 17