Oct 11 2010 Monday, 1:00 pm
Mesjid Raya, Istana Maimoon dan Matahari Medan
sian kan budak ni. kecik lagi. dia mintak sedekah. jangan kata kita tak bagi pulak. ada kala kalau kita kat dalam macet, kita ulur je dr tingkap. memang bersepah2 peminta sedekah di Indonesia, bukan ajer di Medan, Bandung Jakarta and daerah lain pun sama. diorg nih dah kaya melampo kayaaa, kalo miskin sian teruk kemiskinan depa. takpe takper…rezeki masing2. yang ada lebih rezeki dipanjangkan pada yang kurang berdaya, sebab hak mereka ada dalam rezeki kita jugak.
Ini Mesjid Raya. eh diorg spell it macam tu yek. berjamak2 dalam nih… besau giler. ko masuk jer ada je orang yang amikkan kasut ko simpankan, bagi kan no, pastuh tak geti2 bila nak amik kasut sipar ko balik bagi dia tips sket…kan aku dah cakap di indonesia segala jenis cabang pekerjaan depa gunakan untuk mencari rezeki.
ini lak kat emm….alah simpang 4 membujur lalu ke main macet kat sini. ada diorg buat gerai2 kat situ tau, ngan motorlah, pastu depa bukak meja lipat kosi lipat. selamba jer budak umur baya2 abang tolak motor susun molek2. bang ko tengok bang, budak2 kat sini sume dah kental buat keje2 orang tua. ko bang pakai belt pun carik bapak ko mintak pasangkan….lemak ko bang.
waaaaaaaaa tetiba dah sampai kat Istana Maimoon. dah tutup pun so kita amik gambo kat depan Istana Maimoon ajer. berdiri kat sini tak leh lelama, dah rebassssss….semua mencari van nak menyelamatkan badan dari kena hujan. ini gambar kami ber10, pakai self timer.
kat sini jugak when we were about to leave, satu jip keter tokey kain langsir datang…bawak langsir2 aku yang udah siap. coz kita dah roger2 kita tak balik hotel that soon tu yang depa chase je ke mana perginya mak merah pergi. Medan ni kecik jer, lagipun dari Mesjid Raya ke Istana Maimoon sepelaung jerrrr….
ko ada tanya abah aji aku nampak garang??
memang garang pun weiiiiiiiiiii!! kat SAS dulu orang sume takut ngan abah aku. dahlah garang, baran wor. surat2 cinta anaknya sampai umah, ko ingat aku dapat, bapak aku baca bukak dulu. n ko ingat dia bagi kat anak dia? jangan harapppppppp! dia kunci simpan lam peti. nan adonya aku dapat baca tu yang kalo berangan nak bercinta, ha surat kena anto kat umah member2 aku yang dok BTR.
hahahahha kenangan betul.
weiii kita dah lari ke Carrefour, kat Matahari the own Matahari punya building gak. situ Carrefour carik toys budak2 jer…
duduklah rehat anak beranak kat sini coz menunggu gegirl memilih toy nya. abang cepat je dah dapat…. takde mende lah beli kat sini. kalo takat carrefour nih kat kl pun bersidai…tapi aku rasakan harga depa kat sini wpun dah convert to RM, macam mahal gak barang2nya compared than kita kat msia nih.
ha ko seket punya besau Matahari nih…ingat kita nak berjalan setiap tingkat? ko lupa aku ada bawak orang2 tua makpak n mertua aku sekali dalam nih. tak ke pitam kang diorg ngan bertongkat nak jalan ke setiap tingkat.
eh eh gambar ni Gegirl snapkan…
pun gak Gegirl snapkan, nak tunjuk ada satu kedai makan nama MAMAK di belakang Sirman tu yek…
kembali kita dinner di Es Teler sekali lagi. coz malam sblmnya kan mak pak aku tak merasa makan kat sini, so kita pun datang lah lagi sekali. lgpun dah alang2 dalam mall besau gini tak larat dah nak pi restaurant yang kat luar2 nun…so masing2 pilih nasi goreng sedap nya, n bakso. sedap lah…mmg sedap. dia punya mee bakso tu abang gegirl n mak ajah aku ke main menghirup. ngan aku2 sekali menumpang kasih.
dan masanya untuk pulang yuk……….
ini gambar candid betul…aku nak menahan geram ke nak marah ke sengih ke ngan pangai si abang. orang lain sume dah naik dulu, aku sirman and abang menunggu trolley datang bawakkan our curtains yang sekotak besau nak naik ke bilik. kalau ada pak sulis aku tinggalkan jer langsir aku lam van dia, tapi supir aku yang kat Medan nih kan semacam annoyingnya so idok le kuasa teman nak tinggalkan kotak langsir aku tu weiiiii!
So far so good kan korang entry Medan?
eh tak good pun, click je Good hahahahaha
sorrylah takde Like button, kita tak pentingkan all the accessories at all, sumer tu akan melambatttttttttttttkan loading RM, kata nak suh dengo korang nya review on RM kan. so LIKE sendiri kat komen nih by commenting ‘AI LIKE’
suffer8zine
Oct 11, 2010 @ 13:03:31
ok mengikut saranan.
AI LIKE 😛
suffer8zine recently posted..UFO di China
Dett
Oct 11, 2010 @ 13:15:01
“yang ada lebih rezeki dipanjangkan pada yang kurang berdaya, sebab hak mereka ada dalam rezeki kita jugak.” <– Dett likes this.
ellen
Oct 11, 2010 @ 13:17:02
huhu..dah nak abiss ker cerita medan ni sis Red…nak lagi….hehehe…
babyarisha
Oct 11, 2010 @ 13:19:28
hahaha..
Ai LIKE!!!
harus lh post medan ko ni jd rujukan tuk aku cuti2 pra hanimung kelak!! byk gk tmpt yg menarik lg ditarik2 jiwa ini tuk ke sana.. caya lh kak..
fiza
Oct 11, 2010 @ 13:30:53
syok nya langsir tue chase kita mana kita pergi
fiza recently posted..Jemputan Makan dekat Sungai Udang – Klang
CaDLyNN
Oct 11, 2010 @ 13:51:51
ok2..nak tanda like ni..
AI LIKE!
hahaha
CaDLyNN recently posted..Happy Birthday to Kak Mas!!!
Tweets that mention Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva… -- Topsy.com
Oct 11, 2010 @ 13:58:15
[…] This post was mentioned on Twitter by Merpati Putih, Redmummy. Redmummy said: Mesjid Raya, Istana Maimoon dan Matahari Medan http://goo.gl/fb/yHWPn […]
Nurulhuda
Oct 11, 2010 @ 14:05:22
AI LIKE TOO..:)
Nurulhuda recently posted..Takziah kepada semua mangsa nahas
Mata Hati
Oct 11, 2010 @ 14:20:06
nampak best jer shopping2 kat sini
Mata Hati recently posted..Toyota Corolla Altis 20V with Dual VVT-i
Ieda
Oct 11, 2010 @ 14:32:25
suka mmg suka u bt entry medan ni, in fact nk share more coz mana tau esok tulat nk gi sana ada gak info dlm pala otak ni,ye dak?
ash
Oct 11, 2010 @ 14:37:55
yg tiap2 ari bbm tu lucu..hahaha..benar-benar murah..
adyz
Oct 11, 2010 @ 14:46:39
ai like…:]
adyz recently posted..Pelbagai tips dan nasihat berguna untuk diamalkan mesti Baca
AiTotYati
Oct 11, 2010 @ 15:22:03
Ai like!!!
akiss ferrero
Oct 11, 2010 @ 15:27:28
ai laik!
suka gmba candid ;p
5thE
Oct 11, 2010 @ 15:53:14
AI LIKES~ ha.. plural lagik! so, kedai2 org kawen tu kat pajak ikan atau kat mane ek? 😛
5thE recently posted..1st one for 2010
RedMummy
Oct 11, 2010 @ 15:54:47
@5thE,
semua fifi!
kat central pasar pun yer
kat pajak ikan pun yer!
Amiene Rev
Oct 11, 2010 @ 16:58:56
hemat >30% that one good mathematical language.
Amiene Rev recently posted..NOTA KEPADA PARA PENGUNJUNG
Lyn Yusoff
Oct 11, 2010 @ 20:09:04
Ai like too!!!
leh pegi memborong kat medan plak lepas ni..
heheheh
Lyn Yusoff recently posted..The Foods
shiela latif
Oct 11, 2010 @ 23:17:40
Ai LIKE
Red Ribbon Boutique & Blog
Oct 12, 2010 @ 02:14:45
alaaa… rindu lak kat Medan ni… istanamaimon… last time gi sana 1991 kot… hoooo…
Red Ribbon Boutique & Blog recently posted..Red Ribbon GUESS MY AGE Giveaway Contest
ayuabadi
Oct 12, 2010 @ 08:56:28
kak red…gmbar kat dpn istana maimoon tu bukan ber10 la tapi ber11.hehehe
qistynacorner
Oct 12, 2010 @ 10:15:06
erkkkk, kite ke kakred yg kata abah aji tu gawang…hehehe. misai dia yg buat dia nmpk garang kot 😛
qistynacorner recently posted..Ceritera Puteriku
yaty
Oct 12, 2010 @ 10:19:49
besar gile ek mall matahari tue..
kak red, if bandingkan harga kain2 kat medan, jakarta n bandung, mane lagik murah n kualiti?? ke sama ek??
yaty recently posted..Projek GIGI Di Hari Sabtu
RedMummy
Oct 12, 2010 @ 10:32:03
@yaty,
tetiga bih kurang sama jer
janji pandai tawar
Bee
Oct 12, 2010 @ 12:20:52
Mcm best je. .haha. .kak red ni pandai becerita. .tk bosan membacanye. . . .
LilyGrynn
Oct 13, 2010 @ 01:58:49
Berbaloilah kan cuti hujung minggu jalan2 di Medan. Drp en3 yg ada ni macam seronok aje!
LilyGrynn recently posted..A dedication for my beloved father
tiefazatie
Oct 13, 2010 @ 08:31:57
besarnye mall die.tp yg xtahan tue.kak red angkut gak sekotak langsir tue naek bilik!pergh!hihi
tiefazatie recently posted..tagged by mumun!
JAI
Oct 14, 2010 @ 14:18:18
Perghh..lama tak mengomen…bila dah mengomen memang tak reti nak berhenti..hehe..Abah RM gua tengok muka gua takut wehh..nampak garang. Tetapi sebalik kegarangan selalunya orang camni hati lembut tau..macam gualah..hehe..Perghh borong abis nampak
JAI recently posted..MENINGGAL DALAM SUJUD TAKZIAH BUAT EX-BOSS AKU