P Ramlee – Di Mana Kan Kucari Ganti

48hours sticky post entry, please scroll down for the new updates

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, tak jemu didengar alunan irama lagunya, tak puas ditonton karya filem adunannya. Itulah dia karyawan agung Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, PSM, AMN, DA (Sarawak) atau lebih di kenali sebagai P Ramlee.

Tak tau lah korang generasi zaman sekarang ni kenal ke tak P Ramlee ni. Tapi generasi2 aku memang kitorang membesar dengan lagu2 dan filem2 hebat karya beliau. Kira dari kecik sampai la sekarang ni pun still melayan ciptaan agungnya. Memang tak jemu la, tu yang tak puas berulang2 repeat tengok balik cerita2 beliau.

Taukah anda alat musik pertama beliau? Iaitu ukelele, ala gitar kecik tu la. Kemudian barulah beliau beralih bermain gitar, biola, piano, saksofon dan bermacam2 instruments yang lain.Dah beliau memang berbakat besar dalam muzik dari sejak usia yg masih muda lagi, dah tentu kebanyakkan alat muzik boleh main dok?

Bersama Malay Film Production (MFP) di Singapura, beliau memulakan kerjaya seni beliau sebagai pelakon, penyanyi dan juga pencipta lagu. P Ramlee kemudian menjadi pengarah filem pertamanya iaitu Penarik Becha. Selama di dalam kerjaya seni, beliau telah mengarah dan berlakon dalam 66 buah filem dan lebih dari 360 lagu ciptaannya.

Aku rasa tak semua filem dan lagu dia aku dengar lagi. Mostly filem2 dia yg popular seperti Bujang Lapok, Anak-ku Sazali, Antara Dua Darjat, Tiga Abdul dan banyak lagi la, ni of cos dah tengok. Aku sure korang pun dah tengok. Berulang2 lagi. Laksemana Do Re Mi  pada tahun 1972 adalah filem terakhir beliau…

Dan hingga hari ni filem beliau masih menjadi pujaan ramai & masih di tonton oleh semua lapisan masyarakat. Dan oleh sebab itu Astro dengan bangganya telah menganjurkan P Ramlee Oct month.

Bermacam2 info pasal lagenda agung ini ada dipaparkan di website Astro ini. Jadual program filem2 P Ramlee yang bakal ditayangkan, video klips and even konsert P Ramlee pun ada. Uishh syok2, teringin la sangat nak tengok konsert “Di Mana Kan Kucari Ganti” tu nanti. Can or not Astro? Can la can la 🙂

Program2 P Ramlee yang bakal ke udara di Astro nanti:

Untuk minggu ni:

11 Oct: Ibu – 10am Saluran 105 Astro Prima

12 Oct: Juwita– 10am Saluran 105 Astro Prima

13 Oct: Menyerah– 10am Saluran 105 Astro Prima

14 Oct: Merana– 10am Saluran 105 Astro Prima

15 Oct: Patah Hati– 10am Saluran 105 Astro Prima

Ibu Mertuaku– 9pm Saluran 131 Astro Citra

Masam-masam Manis– 11pm Saluran 131 Astro Warna

16 Oct: Penarek Becha – 10am Saluran 105 Astro Prima

Ibu Mertuaku– 145am Saluran 131 Astro Citra

Pendekar Bujang Lapok – 4pm & 9pm Saluran 611 Astro Ceria

Sumpah Orang Minyak – 9pm Saluran 131 Astro Citra

Ali Baba Bujang Lapok – 10pm Saluran 104 Astro Ria

Ali Baba Bujang Lapok – 10pm Saluran 104 Astro Ria

Labu Labi – 11pm Saluran 132 Astro Warna

17 Oct: Pendekar Bujang Lapok – 1230pm Saluran 611 Astro Ceria

Nasib – 4pm Saluran 104 Astro Ria

Takdir Ilahi – 530pm Saluran 106 Astro Oasis

Nasib Si Labu Labi – 11pm Saluran 132 Astro Warna

Check out jugak for next week program ya, citer P Ramlee ni for the whole Oct month ya.

Tu yang aku suka Astro ni, semua benda ada dan they know apa citarasa penonton, apa yg kita idamkan. i like 🙂 Kali ni nak ajak anak2 aku tu tengok sekali, maklum la depa tu generasi baru. Tak tau sangat pasal lagenda hebat ini. Eh tapi hari tu ade cerita Sarjan Hassan, terpaku gak depa tengok 🙂

Pada 29 May 1973 P. Ramlee telah meninggalkan kita semua due to heart problem. Bukan sahaja meninggalkan nama, tetapi meninggalkan sentuhan2 & karya2 hebat beliau yang dapat kita nikmati keindahannya tanpa jemu hingga ke hari ni. Al-Fatihah ke atas arwah, moga roh beliau dicucuri rahmatNya.

So jangan lupa janji korang dengan Astro for P Ramlee Oct month 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Astro P.Ramlee is brought by Redmummy.com

Comment: 37