Dia yang teristimewa…

1. Ini surat cinta dari isteri yang menaip entry ini, jauh dari sisi, tapi dekat di hati.
2. Ini surat cinta dari kasih tak berbelah bahagi.
3. Ini surat cinta dari gabungan 3 hati.
4. Ini surat cinta untuk you tahu, istimewanya you di hari ini, dan juga saban hari saban tahun ke akhir nyawa.
5. Ini surat cinta tanda you tetap kami cintai.

IMG_8319

6.   Pertama kali di malam ini, i tak boleh nak celebrate with you
7.   Pertama kali dalam perkahwinan kita, kerna sokmonya you yang tiada di sisi untuk menyambut bersama, tapi kini giliran saya.
8.   Pertama kali dalam malam kelahiran, hanya anak-anak menemani you.
9.   Pertama kali dalam sejarah, you are reading this long entry coz today is your day.
10. Pertama kali secara umum, i kongsi bersama dengan yang lain

11. You istimewa kerna you penyayang walaupun adakalanya kurang penyabar
12. You istimewa kerna you pengasih walaupun adakalanya cepat tersalah
13. You istimewa kerna you pendiam walaupun sering galak tertawa
14. You istimewa kerna you pencinta dan pembela isterimu
15. You istimewa kerna you pendukung dan penghulu anak-anak.

IMG_8323

16. Dalam perjalanan kita, you meredhai setiap langkah isterimu
17. Dalam perjalanan kita, you merestui kasih sayang tak berbelah bahagi
18. Dalam perjalanan kita, you memberi segala walaupun dalam hati ada lara
19. Dalam perjalanan kita, you tidak pernah putus melemparkan benih cinta
20. Dalam perjalanan kita, you adalah watak utama.

21. Kepada Allah semua mendoakan berpanjangan umurmu
22. Kepada Allah semua mendoakan perkahwinan mu
23. Kepada Allah semua mendoakan redha hidup anak-anakmu
24. Kepada Allah semua mendoakan kelimpahan rezeki.
25. Kepada Allah semua mendoakan kamulah yang terbaik di mata keluargamu

IMG_8328

26. Bila nama isterimu dibenam, kau bangunkan yang terselut
27. Bila anak-anakmu terluka, kau tangkis memberi semangat
28. Bila keluargamu diracik, kau balas menyalakan azimat
29. Bila jatuh duduk isterimu, kau padamkan tangis yang panjang
30. Bila seringgit duit mu tinggal, berempat kita sesama merasa

IMG_8334

31. Kalau bukan kerana suami, tiadalah seorang isteri
32. Kalau bukan kerana daddy, tiadalah 2 orang anak
33. Kalau bukan kerana emak, tiadalah  kamu di muka bumi
34. Kalau bukan kerana abah, tak mungkin hidup bersengkang mata
35. Kalau bukan kerana cinta, kita tiada dalam ikatan

image

36. Dan kamu istimewa hari ini, kerna kamu disayangi oleh seluruh penduduk alam maya Redmummy.com
37. Dan kamu istimewa kerna hari ini hari kelahiranmu, 37 tahun.

Dia yang teristimewa …. Sirman / RedDaddy.

*** hakcipta terpelihara ya, copy paste sila credit to RM 🙂 ***

Comment: 108