Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

IMG03180-20101021-1755

mesti melopong ada yang tak tau kan? Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan namanya! Khas untuk ahli keluarga tentera dan suku sakat yang ada kekdahnya. Orang awam boleh idok jadi pesakit dalam ni, wallahualam! Ok pasal melopong tuh, kalau ko dah tau tempat nih, boleh tutup mulut ko **eii tutup ler, apsal dogil nau nih!**

tapi pada yang tak tau, macam akuuuuuuuuuuuuuu ni, huh mantaplah!

tak pasal2 kena buat free pengetahuan am sket lam RM nih. Sharing is caring yes betul, sponsored post pulak dipanggil, sharing is paying larrrrrrrrr! dah ko nak jual product ko, takkan nak vuta-vuta free promo pulak dok?

Hospital nih memanggil aku datang untuk melawat Maklong ku yang agak kritikal dimasukkan ke ICU HAT nih.

HAT tuh Hospital Angkatan Tentera. bukan aku saja2 bagi short form, merata perkataan HAT tuh dalam hospital nih yek…

IMG03169-20101021-1644

the lobby dia terbentang luasssssssssssss….ada abang2 and akak tentera tengah berlatih kawad gitu. Kita sampai2, tanya kat mana nak parking, abang tentera yang jaga/pengawal entrance pagar, memang ko rasa ‘oh abang tentera hebatnya kau berkata’ dia punya explanation memang ko tak sangaplah. senang paham.

Selamat hari tentera yek bang…walaupun saya sokmo ucap dari dalam kereta jer :)

IMG03172-20101021-1647

Terus ke tingkat 5. Bahagian Wad ICU lah. sunyi sepi kat sini. Hospital baru wei. dah 3 tahun tapi baru depa mula amik patients masuk tahun nih katanya…

besau pun ye gak. macam HUKM dulu, masa baru2 launched, fulamakkkkkkk! sekali skang dah bape tahun, alahai….kurang mantap sketlah.

Nak datang sini pun, kita mencicit2 lari ok, kitorg amik time off, dahlah tu takkan nak pi bawak dedua keter, so jumpa kat VA and melompat datang sini. beat the peak hours, balik bersusun jilat jem mrr2.

mak aku dah datang 2 hari berturut2. makcik pakcik2 yang dari jauh dekat, sepupu2 sume pun ada sama. tapi al biasalah, takde ler aku nak amik gambar semua orang. lagipun tak bawak camera ni pun harapkan belas ikhsan bb mak yang dah haus.

IMG03173-20101021-1726

hanya 2 visitors sahaja dibenarkan masuk serentak setiap kali melawat maklong, dan mesti berpakaian macamana yang sirman pakai tuh. pas pakai kena buang. Maklong aku ni kakak pada ibuku, korang pun dah baca hari raya nya entry susur galur family mak aku kan…so memang rapatlah semuanya.

Sewaktu kami datang, alhamdulillah dah ada perubahan, dah boleh bukak mata tapi masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Maklong aku arwah suaminya dulu tentera pangkat bosau! 3 anaknya pun tentera gak, laut/darat/udara. hamik…tetiga nya package ado.

nak merasa naik segala jenis KD kapal kat Lumut tuh, roger jerrrrrr…!

IMG03177-20101021-1745

Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dirasmikan pada 20 Ogos 2009, berlokasi di Jalan 4/27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.  Dah namanya pun hospital gomen kan, so waktu melawat ikut waktu gomen lah jugak. Tapi ada budi bicara untuk melawat lebih daripada waktu yang ditetapkan.

IMG03183-20101021-1804

Kemudian kami gegas pulang, kerna ramai lagi yang nak melawat, sambil2 dah borak ngan sedara-mara aku…my mom stays till nite. and pastinya mak aku akan kerap datang melawat. Moga Maklong kembali pulih. Dulu aku pernah jadi ‘maid’ gak kat umah dia, eh betul tak tipu. masa tu sekolah, nak kena tolong jaga anak sepupu aku, i was like emm…14 ke 15 years old. cuti sekolah panjang, so carik duit gitu kan. maklong nak ada pembantu, so i keje lah kat umah dia. alah keje ngan makcik sendiri, bukan siksa bonau pung. simple2 jer….

merasalah jugak pakai baju baru 2 pasang dulu. hikss…

sayang maklong!

IMG03184-20101021-1820

masin bonar mee hailam makcik gerai depan HAT tuh buat. macam biasa aku kalau makan mana pernah licin, coz banyak sampah sarap dalam tuh yang aku tak makan. ini pun kongsi berdua ngan sirman, masin kooooooo! mee hailam ni ada sejarahnya….mak aku masa ngandungkan si puteri diva merah nih dulu, sokmo ngidamkan mee hailam, entahnya sampai ke tua nih aku suka nau makan mee hailam. tapi buat sendiri malasssss!

but but but kan

masa aku ngandungkan abang dulu, hampir setiap sabtu/ahad sirman pi jaja muka kat kedai kek jusco midvalley, for like 6,7 bulan gak lah. bayangkan hampir setiapppppppppppp weekends! coz aku dok kemarukkan satu kek coklat kat situ. sampaikan budak cashier kek Jusco tu leh agak ‘abang, bini mengandung yek?‘ hahahaha

yelah biasanya aku tak pergi, dia je pi sorang2 belikan kek tu semata. ai kan dah penguin sangat.

hah takdelah pulak si abang tu tetua nih suka makan kek. hemm…tekak ko lorat tau bang.

Oh lagi sekali nak cakap yek, aku tak tau lah sama ada the HAT menerima orang awam di hospital depa. silalah hubungi dan tanya kawan2 sedara2 tentera korang. aku pun tak tanya lak cousin aku pasal nih. wpun hospital baru, ko setkan kat garmin, terbaiklah laju dia bawak!

To all of my family members and korang gak…doakan kesihatan maklong saya. terima kasih.

Comment: 25