TKC untuk Terima Kasih Cinta!

IMG_8776

Mendengar Sultan Muzaffar sudah melaserku muahahaha, terus sahaja kupohon Rose amikkan tickets mak merah.  Show starts at 3pm, but idak ler kami lambat, but sebab dia dah menjerit2 lam twitter, makanya sebelum kena das, Rose yang kebetulan pun dapat tix, jadi rescuer. Ater, kuhantar anak2 pi sekolah for badminton dulu, maunya idak…..

Camera Nikon yang dapat from advertorial tak charge battery so RD pakai camera Canon yang ada. itupun tak terpikir nak amik gambar but dah dia merajin. The lady between me and Rose is Yaya. My blog reader too. lawa ko kasut merahnya!

Yaya, akak nak yang menda tuuuuuuuuuuuuu tuuuuuu tuuuuuuuuu ok!

IMG_8772

Pernah tengok movie CINTA? yeap i watched it b4, so ini adaptasi dari movie CINTA untuk segmen muzikal.  Teater muzikal. ada drama ada lagu. drama lagu. marah gaduh merajuk. berlagu nyanyi lagi. Sedang ditontonkan untuk umum serbu di Istana Budaya sehingga 6 March.

Peminat teater, biasanya takkan melepaskan peluang untuk menonton apa saja teater yang berpesta di Istana Budaya.

kan?

macam jugak saya….wpun supplier IB aku ngah dalam pantang 3 bulan. hahahahah!

IMG_8778

Prop sangat simple. tu lah 6 kotak, yang kejap berlakon di atas, kejap di bawah, kejap di stage depan. Memang budget punya prop tuh. Artis lakonan:

Safura /Latiff Ibrahim (BIRU), Tony Eusof / Norish Karman (OREN), Nadia Aqilah / Vince (HIJAU), Faradhiya / Shajiri (PINK), Deja Moss / Anding (KUNING).

tau kenapa berkaler2 tuh…ha itu konsep cerita TERIMA KASIH CINTA yang dipecahkan.

Mana merah? Director tak suka merah kot hikss…

RD tak berapa paham, sampai aku explain kat dia ‘oooo sib baik ada kaler2, kalau tak sumpah ai tak tau cite ni pasal apa’ .

Aleya, Diddy, Akma and ramai budak2 AF pun ada berlakon sama dalam TKC.

IMG_8781

Frankly speaking, menonton movie CINTA lebih enak dari teater Terima Kasih Cinta. Tak tau apa yang kurang, mungkin terlampau banyak nyanyian (takleh disalahkan, namapun musical theater kan) atau mungkin kerna liriknya yang ala2 buat kita mengantuk sket. Bak twit si Joe KK, hahahaha, memang harus dia seranah gamaknya. Cuma satu part tuh memang bestlah waktu Norish Karman and Tony Eusoff bertekak (scene suami isteri nak bercerai gitu). Yang tu terbaik!

Ada adik kecil berlakon jadi anak depa, Nik Nur Amillin ke namanya, umur 11 tahun, aaa budak tu nya menari very the meliuk2 pala aku tengok. Berlakon pun mantap.

Overall, kalau anda peminat teater or pernah menonton CINTA, harus datang jenguk IB untuk turut sama memeriahkan suasana teater kita. Bukan ajer nonton filem kat panggung jer, teater juga harus disokong dan didokong.

Kekerapan aku menonton teater sebenarnya adalah lebih banyak dari movie tau.

Tahniah untuk group dan crew sepanjang siang dan malam for the Terima Kasih Cinta.

sedihlah part cerai berai, anak yang jadi mangsa, mana satu nak diikut. Yang tu mak, yang tu bapak. sob sob…. 🙁

IMG_8787

Tengok jam, dah kol 6pm, i have missed the invite for Heliza Helmi di Bora Ombak. Kebetulan preview TCK jemputan SM datang awal dari Heliza, makanya tak dapatlah nak cover Heliza’s event. Takkan nak datang jugak, orang dah ramai balik lor….! sorry gang no story on Heliza buat masa nih.

So we melepak kat cafe IB, suamiku nak pekena nasi lemak, met my reader Dyakamil. she s already flew to Seoul for a holiday. Takku jumpa link nya, sapa ada, nanti tolong bagi.

IMG_8790

n met the group of bloggers, yang ayo akak kenal Qarl Haiqal jer, the one standing next to me, coz dia ajer yang rajin twit RM. oh no silap ayat. Dia antara twitters followers RM yang rajin borak2 ngan RM. ada ramai yang rajinnnnnnnnnnn borak tapi masih lagi ramai jugak yang lebih suka baca my twits and pastuh bila ada gossip nak link, tetiba nyampuk.

hahahaha ai know u so well 🙂

wei, Safura ada kat dalam nih tengah makan, korang tak nak pun amik gambar ngan dia tau. Aku dahlah tak berlakon, datang menebeng je, korang pi amik gambar ngan akak, tak ke pelakon2 terkenal tu pelik. sapakah pompuan merah yang caras line famous celebrity pulak nih.

haaa ai tak tau…

ai tau ai blogger jutawan merah jer.

muahahahah tettttttttttttttttt

Comment: 34