Istana Budaya

IB – Mak Cun Dilwale

IMG_0280

hp je 2 lelaki ni. Ini adik bongsu aku, dia buat operation ACL ke hapa tah, orang2 bola tau lah. In fact baru sebulan lebih lepas my adik yang no 5 pun buat operation yang sama gak. Depa ni kaki2 bola, tu yang kisahnya…

IMG_0293

so mak abah and adik2 dah sampai dulu, kitorg gi makan kat Haslam Restaurant bawah tu, masa melawat adik no 5 kat hospital yang sama gak, we had dinner kat situ kan, so macam sedapnya lahai food depa so bila naik balik, bawak berbungkus2 kuih muih and bubur.

IMG_0296

meriahnya ko bilik spital ni, kalau sorang 2 budak pun leh gamak inikan pulak reramai gini. Ada 2,3 orang lagi baby and toddler takde dalam gambar ni heh…dok kat mak2 depa (pun ada dalam bilik nih).

IMG_0300

masih lagi huruhara..dah tak yah lah…payah btol bebudak nih

IMG_0310

apa le ko temberang abah ko tu dik

IMG_0356

tebalnya makeup aku,but takpe lah, event malam. so heavy2 pun biak pi lah kan….siangnya lepas hospital tuh kita pergi IB checking tickdets nak tengok Mak Cun Diwale..aku kan suka hindustan2 nih, kakak pun suka le yelah dia bebudak mmg la suka artist2 nih. Jadi kita pergi berdua jer malam tuh, apaknya tak hingin nak ikut heh :P

IMG_0367

split sikit….i have this type of seluar, 4,5 lai kot, diff colour of course.

IMG_0371

laki aku cakap (mesti mak hang suh horang shoh shoh tepi nak bergambar kat sini). ahhahaha ni kes gambar kat Kuta, Lombok tulah, yelah nak dptkan besau ni punya frame. Thank you to orang2 di situ yang amikkan gambar nih.

IMG_0388

sampai awal so lepak jap kat cafe. Tak makan coz dah makan sesiap kat rumah, jadi minum2 jer….

IMG_0396

Thanks laki tolong belikan tix nih, eh tolong bayarkan for both of us. Aku nak amik yang murah sikit but dia upgradekan nih heheee…. patut bawak Zeeshan gak dia suka hindustan but nanti past bedtime dia and ni sampai midnite some more ni untuk umur 6years and above je.

IMG_0418

taklah depan sangat, but just nice. Best show Mak Cun, ada le yang macam lemau2 part gak, tang hindustans menyanyi tu kita boleh record, i did posted them kat my own fb. Layan hindustans best wor…sebab tu antara punca utama aku nak sangat tengok Mak Cun nih.  Lambat abis, 1130mlm baru abis and midnite gak baru sampai rumah. Mentidoq anak dara all the way dalam kereta.

Tapi yang kat rumah pun the boys 3 tuh, melayan movie gak, not Zeeshanlah, dia tu kan tidur awal at 830pm dah panjat katil.  Eh jap speaking of anak tidur awal ni, sebelum dia sekolah dedulu tu, midnite gak baru dia tidur. but aku memang set few days sebelum school start, anak2 kena start digest tidur awal. So till now dah 2 tahun sekolah pun kan, dia dah masuk dalam system badan dia, kira 830pm tu dah memang waktu tidur sangat. Weekends pun sama gak coz dia wake up early, 630am dah bangun (dia bangun sendiri tak payah nak kejut), jarang2 lah dia bangun lambat….

we didnt stay long pun untuk amik gambar ngan artist ke bagai, gambar atas stage pun lupa nak tepek sini hiks…tak penting, yang penting is muka aku :) . Erma Fatima leh buat lagi Dilwale pls, kain sari lengga donno whatever lah yang Umie Aida pakai sepanajng 3 hours show, oooo to die for betullah. Lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyaa!!! Hero yang dari Pakistan ke mana tah tu, biasa2 jer, but dia pandai menari la, but speaking of menari tu kan, aku tengok ada lead dancer (our Indian) lagi gempak dia menari.  Best kalau the lead actor tu pakai local kot, coz tahlah, that s my opinion.

Comment: 2

Berbuka puasa di Istana Budaya – our 14th year!

IMG_9973

2nd weekend of Ramadhan, kami pi bukak puasa di Istana Budaya. Our yearly buka puasa. Tak pernah miss berbuka di sini. Anak2 pun dah memang looking forward to buka puasa kat sini.

 

IMG_9976

Nak mendiamkan Zeeshan, kena bawak ipad. Pastu ada anak orang ni, ramah bertamah betul dok nak berkawan ngan Zeeshan. She gave her smart phone to Zeeshan, sebab dia nak kekongsi sesama tengok Ipad Zeeshan. Anak aku buat dek lagi ada ler hahahaha. Bila ayahnya datang, aku suh ayah dia amik la hp anak  nya, takut hilang. Biar je lah anak dia kat situ, lagipun meja depa ngan meja kami tak jauh pun.

Tapi lepas berbuka, Zeeshan dah tak nak dok diam, dia pusing dalam IB tu ngan kawan pompuan dia nih, together ngan anak2 orang lain gak, depa bukan kenal each other, but kids being kids, hidup diorang tau happy and gembira jer, itu yang paling afdal for them.

IMG_1452

Nak makan kat IB sama macam tempat lain, kena buat booking, Kalau nasib baik, if walk in, ada lah tempatnya.

IMG_9979

Alhamdulillah, IB tidak pernah mengecewakan. In between kami break for Maghrib and Isya too. Tapi tu lah, anak2 aku suka buffet, so depa dok situ sampai 930malam, aku dah jom lah balik jom lah balik, esok nak sekolah oi. Adik korang dah passed bed time dia.

Perut abang kakak, banyak betul ruang.

IMG_0511

The next weekend pulak (yesterday to be exact), kami repeat lagi berbuka di IB. Macam tahun2 dulu jugak, at least twice during Ramadhan mesti berbuka di sini. Gambaran ni sebenarnya, kami dari KLCC/Avenue K, sebelum2 tu, aku ngan RD dah menjelajah WH Floral (thanks korang bagi tips for us to go there, ai love u all lah, nanti cite tu kuor later kay).

IMG_0524

Aku lambat booking untuk 2nd visit, so dibilangnya takde slot langsung. But coz depa kenal Kak Red, the supervisor cakap, boleh bagi meja but kat luar, near by the bakar2 area. Tak kisahlah, janji ada table. Tapi bila sampai, depa bagi meja dalam, maybe ada back off.

IMG_0530

Ayam bakar ni, sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! First visit aritu, ini yang kita kejarkan, 2nd visit pun sama jugak. Eh sedapnya lahai. 4 ketul ni kita kongsi 4 orang.

IMG_0532

Depa berempat memang makan nasi. Aku jenis makan cecuit, as usual. Ratah segala benda.

 

IMG_0543

By the way, aircond was not working well dalam cafe masa hari kedua datang nih, so aku mintak tukar dok luar, paneh le kat dalam, kang orang ramai takut lagi bahang. Jadi kat luar, dapat angin alam dan jugak angin dari kipas besar. Selesa. Zeeshan was so hungry, habis 3 mangkuk nasi + soup dia bedal.

 

IMG_0548

Insyallah tahun depan kita berbuka lagi di sini. Tapi kadang2 aku datang gak lunch kat sini, depends on tahap kerajinan gak lah. IB never asked me pun buat promotion, ini genuine entry. Ikut kekira, kami dah mula makan buffet ramadhan sini sejak Abang was a baby, almost 14 years old. Tapi dari caterer yang sama nih, about 8 years old. So tolak kira, sudah hampir 15 tahun lah kita berbuka puasa di sini.

When we bid farewell to the staff of this cafe, depa dok eh kak red datanglah lagi next weekend.

Oi, 2 kali cukuplah. Cuba kira berapa tahun dah akak berbuka tempat korang nih, bape dah akak berabis? hehehee

ahaks…!!

IMG_0551

Malam itu, berbuka puasa kami bertemankan ‘Tiger’ nih, entahlah aku tak tau napa namanya Tiger, abang yang pepandai bagi nama nih. He dok bodek, cantik dia ni mami kalau kita bawak balik. Yelah bang, taktik lah kau. Kucing tu dah besar bagak. Lepas kenyang dia makan, terus dia blah macam tu jer. Sebelum berbuka, about setengah jam dia dok menunggu, lepas perut kau berisi, kau blah je yek Tiger.

Zeeshan dok mencari2 ko tau.

Masih berpeluang kalau hangpa nak pergi, ai donno why IB’s buka puasa ramadhan nih, tak pernah orang nak letak place to wajib visit for berbuka. The harga memang sangat reasonable, location wise cantik, parking pun senang. Solat pun mudah. Ada abang2 meniaga dalam IB, aku beli gak baju2 yang dia jual.

Sehabis berbuka, kita kejar sambung semula ke KLCC (at first aku ajak anak2 berbuka kat KLCC jer, but kakak abang dok insist, no no, kena pi IB, situ buffet wajib.

Istana Budaya’s buka puasa: Adult RM42nett Children 3 years to 12 pula RM27nett.

Comment: 10

IB’s buka puasa, wajib setiap tahun!

IMG_2115

kena beli Alphard lah pasnih

padat kat belakang hah! kat depan tu RD and abah aku. So car seat kena cabut, kita bersempit kejap dok belakang.

IMG_2117

Tahun ni sekali je lah kita berbuka di IB. Tahun lepas berkali2. aku dah adjust weekends buka puasa aku properly.  Buka kali ni bawak parents aku pulak.

IMG_2121

ada small bazar lah jual kat lobby IB but ada 2,3 lai baju yang aku minat, tak dapat nak tengok smoothly coz mengejarkan RB sesambil tuh. sampai dia langgarnya patung seller tuh. berpuluh kali aku mintak maaf kat penjual tu, sib baik le tak kena marah. Tak sengaja bang. sesenyum je dia, wpun aku kejar RB, dia pun kejar aku gak dok pujuk aku beli kain baju dia but silap satu je, warna yang aku nak takde. kalau tidak, rezeki sesama kita bang.

IMG_2121

IMG_2127

tapi kan sebenarnya

sejak awal ramadhan aritu sampai la ni, aku asyik beli baju raya online. Bukan bosan dengan sponsors but…..penyakit shopping aku ni tak kira physically, online pun aku belasah. tu yang addicted sangat.

dan penyudahnya, ada le 20lai baju raya kurung caftan kebaya jubah aku pi beli. dan ada le lam 3,4 lai jugak yang aku sedekah jariahkan dek membolos!

IMG_2132

sit still!!

pat patt amik gambar

sebelum si adik lariiiiiiiiiiiiiiiii

IMG_2133

sket lagi satu lagi snapppppppp

IMG_2145

gagal! maknya duduk je dia dah tak boleh nak sit still dah, terus lari turun buat exploring! grrrr….

IMG_2160

buka puasa kali ni, dapat meja yang depan sket, memang aku requested pun coz parents aku bukannya boleh jalan jejauh kan, abah aku pun bertongkat, memang dia tak de le nak ulang alik ke buffet area but mak ajah memang akan berulang. so molek le sangat

IMG_2165

eh dah habis gambar? lahai…..

kali ni kita tak stayed lama, macam kat Tropicana aritu memang lama le jugakkan, coz masa ni ada blackout so kepanasannya ngan satu lagi issue ialah RB tak nak dok lama kat baby chair tu, didokong pun tak nak, dia nak berlarian serata IB. Agak kecapitan kami bergilir2 amik turn ikut dia yang asyik berlari, ialah tempat2 camni luas sukalah dia mengexplored tapi makpak abang kakak le yang pancit kan…

Usainya kita pulang, hantar mak abah balik, kitorg pun balik. aku sambung masak for sahur le, kedeboom tidur. laki aku stayed up, tapi sebab lauk pauk aku dah masak, dah berhidang dia tlg panaskan je and kejut us for bangun sahur.

So pikiran anak2nya, eh daddy masak sahur???

kahkah….beranganlah korang apak ko nak masak heh. Dia dok oversea 3 bulan kang ha tau lah dia google resepi ayam masak merah dia nanti!

aku dah takde mood nak update blog ni heh, orang ngah sibuk cuti beraya. KL dah makin lengang. orang nak baca blog pun dah takde bernafsu apatah lagi yang nak menulis ni pun.

Kita mulakan cuti blogging jap ler yek? Setuju ler tu….

 

Comment: 12

Teater Muzikal AliBaba!

IMG_0575

ko muka kakak! kot ye pun, tak cover2 tau.

abang…skang suka amik gambar tau. tapi dia ngah belajar senyum depan camera. dapat jangkit dari adiknya si RB budak kecik tu pun skang dah macam belajar eh ada camera, terus dia senyum. Kalau nampak flash lagi lah dia sengehhhh. Bagus senang dari kecik dah camera frenly.

IMG_0579

Sampai2 IB terus attack makan for them. bagi diorg makan dulu, RB pulak dari umah baru bangun terus kita pecut ke IB and memang bekalan dia aku bawak siap2 gakkan. for his lunch, tu pun dok tunggu bila ler budak ni nak bangun, abang kakak ko nak tengok teater Ali Baba nih.

IMG_0582

meh makan mehh…..

kang kalo suruh bapak ko, berejam nak sudah.

IMG_0588

nyammehhhhhhhh! bubur nasi campur. macam2 ado dalam tuh. his fav lah, ulur sudu je ngangaaaaaaaaaaa

IMG_0590

aku ngan RD pun lapau gak masa nih, but takperr, selamatkan anak2 dulu. depa pun dah nak masuk dalam for watching Pak Nil.

IMG_0592

ni legging pants kakak ni kan, asalnya aku punya tau! hebat betul kakak dah boleh pakai. nampak nau cekeding le mak ko dulu. Tapi legging ni bukan masa aku anak dara, aku pakai pas beranakkan Gegirl, pastu sekali 2 je pakai for something coz laki aku tak suka menyampah aku pakai legging. seluar kuncup ketat takper, jangan legging. so tu yang tak pakai langsung dah and kali ni selongkar gobok jumpa and pass to kakak. ada 2 lai kaler merah tuh, dedua dia leh pakai.  penurutan temurun yang jimat!

IMG_0596

abang pasnih dah tengok gambar poyo dia gini, nanti dia nak tukar style bergambar pulak….baju kakak tu dari Rumah Mode, Bandung, kain tu sedap betul, sejuk jerrrrr. baju abang dari Germany H&M tuh.

IMG_0600

just nice untuk masuk dalam pulak!

IMG_0646

depa 3 orang yang menengok, parents tak masuk tengokpun. I bought the tickets Ali Baba ni sejak dapat tau depa nak tayang, and langsung belikan untuk Mia as her birthday present too. So enjoy the show yer anak2 bertiga…

IMG_0603

Parents, Rose GBM and husband pun dok melepak kat sini jer. makan and minum berulang2. Tunggu di cafe. aku memang tak masuklah coz ada baby, lagipun ni tahun ke3 kan for Ali Baba bagi jer ler budak ni layankan. Sejak ada baby ni agak payahlah untuk aku join budak 2 orang tu sekaki, unless aku and RD takes turn.

Tak nampak perut Rose yang dah sarat 35weeks, but a few days before nih kita ada nonton lagi The Hobbit sesama, so boleh tengok gambar sarat Rose dalam my instagram.

n to that, congratulations to Yanok GBM to for having Amad the little boy born yesterday on Christmas Day. Awal 2 minggu, alhamdulillah, selamat sejahtera, tahniah Bojeng and Yanok, syukur, beranak pinak dah GBM Yanok. Pasnih, Rose pulak yer beranak kecil.

IMG_0625

kitorg ni makan dok kat cafe IB berpindah2 coz aircond tak functioning sangat. berkuap panas. Udahlah RB tu pakai lengan panjang coz mostly kat cafe ni sejuk manjang bila aku datang, tup2 bahang. Nak amik gambar RB ngan baju bbluvsme, potong laaaa! moody anak aku ngan boleh tahan paneh, so RD carik satu port ada kipas besau, jadiklah kita berpindah-randah lagik.

IMG_0624

dengan cranky mengadanya dia tak mo minum kat situ…tau dah pangai dia

IMG_0645

Nora Danish, Norish Karman sapa lagik?

maka berlarianlah aku ngangkut RB masuk dalam kereta, tinggalkan RD lepak sambung borak2 with Rose and Afa.

apapun, apehallah orang pompuan punya hal, yang lelaki sibuk bakar line kacau2 menyibuk kat twitter FB kan?apepun, apehallah orang ngah berkicauan berdua-duaan, bertiga-tigaan ada yang menyibuk nyampuk, molek sangat ler tu satu package mempelai baru. sorang mulut nak mencakar jer, sorang lagi mulut depan oh my kakak, belakang ohmy ditikam-tikam. i had once, should have back off dari dulu lagi.

coz kan aku tak bolehlah tengok orang jantan ni mulut macam pompuan, aku dapat laki yang jenis mulut tak geti nak menceceh kat fb kat twitter merapu meraban, so bila tengok ada orang lelaki cenggitu, memang padanlah package hangpa. Tak cukup kat FB, kat Twitter, pastuh boleh add FB mak merah lagik? ko tak pelik ke orang jantan pompuan macam apa punya fashionlah nih. I should have blogged bout them.

Lagi satu issue, ni apehal yang memandai spreaded my mobile number to unknown, amboi ko sejak dapat hadiah bag Long Champ dari London terus senyap bertahun2, datang rumah aku amik hadiah tu boleh tapi pastuh hilang. Boleh lancang bagi number aku kat orang yek! Entah sesapa yang dok calling masa aku ngah meeting and found out from some people about this issue. Hish, menyusahkan hidup orang yang beranak-pinak jer! Dila, what have you done???

IMG-20121223-01415

habis minum susu, dapat aircond, huhhhhhhhhh lega terus dia melena jam2 tu gak dalam kereta

IMG-20121223-01417

kedek2 le maknya kendong dia bawak naik atas semula sambung teh tarik ngan bapaknya, Rose and Afa

IMG-20121223-01419

show habis dalam 2 jam lebih, naik kembung perut dok mencokak teh tarik tuh

IMG-20121223-01421

Melena si kecil…passing kat RD, dia sambung letak kat stroller, pun tak bangun-bangun

IMG_0653

Masih lagi si kecil tidur walaupun kita dah nak balik sampai Aunty Rosenya dok say cheese say cheese dan berjaga bangunlah dia, apa lagik, kitorg pun buat sessi bergambar berlima kemudiannya. Pasnih nak tayang the photos ek, kat Instagram tak leh letak banyak2, flooding TL orang so better posting dalam blog, blog ni aku yang punya.

Tema Teatermuzikal AliBaba – Red and Orange.

Pasal teater, hah budak2 cakap best gempak! but abang tu dah besau kononnya pada dia kan so dia rasa next time takmo la pi tengok kalo takde parents, but dek kerna dia kan abang, kena jaga kakak, so u have no choice mar…

Comment: 10

One last minute shopping for Sons!

IMG-20120812-00081

last min shopping? kembali ke klcc seminggu seblum aidilfitri, wpun aku dah belasah kain baju anak2 aku kat German for their raya but untuk seluar abang memang tak bolehlah beli gitu jer, kena dia ada baru boleh beli coz he s growing up so fast. umurnya belum 11 tahun tapi dah berat 38.5kg, badan kurus tapi melonjong kekdahnya.

tu berat maknya masa anak dara tuh!

tapi shopping ni, patut untuk abang jer, but ngan RB punya sekali pun aku amikkan jugak. eii geram betol baju2 cute bangat. For kakak memang takde dah, dia punya koleksi baju dari H&M yang aku sebat kat Aschaffenburg pun dah buat laki aku geleng pala. Paling senang skang beli kasut selipar diorg. kalau Abang mesti bigger size than size aku coz last year dia sama size ngan kaki aku, yang kakak pulak a bit smaller than kaki mak nya. hiksss

DSC_2805

masa habis shopping kat sini aku stress gila coz aku tetiba teringa duit aku yang aku letak kat mana tah. somewhere but i cant remember where. betul2 ributlah dok ingatkan kat mana. bukan sket tuh, boleh tahan banyaklah jugak, nak bayar macam2 tuh. shopping tak tenang, makan kemudiannya buka puasa di IB pun serabut je pala. Tapi alhamdulillah, jumpa gak finally duit tuh.

si kecil mintak simpati kakaknya dukung dia. tapi semua tak nak dukung dia coz once ko dah dukung dia, dia dah sedap tak nak dok situ. aku akan biarkan dia dok situ sampai dia menangis baru aku amik. few days lepas dia tak berapa sihat, kena rashes so bawak pi clinic tak jalan, aku bawak pi PCourt baru ok ler sket. Pastu kawan2 aku yang tua2 bangka pun cakap ada anak2 depa pun kena rashes macam RB kena, in fact yang tetua pun ada kena jugak. lerhai…musim kena rashes ke skang nih?

DSC_2800

RB is turning 8 months very soon.

Excitedly ngah sibuk nak merangkak, yang paling parah macam baby2 lain jugak, pantang aku hilang lepa dari mata dia, ya hampunnnnnnnnnnnn nak bertenggek jer! Kadang2 tu nampak bapak dia bolehlah dia nak jugak kat RD tapi most of the time aku lari pi dapur mandi kejap letak suh dia main pun dia dah huwekkkkkkkkkk nak melekat sesama. Nak main tu pun nak beriba atas aku heh. waaa ni dah macam pesen abang kakak ko jugak nih. Ke semua baby samaaaaaaaa….

Tapi part pergi kerja dia belum meraung lagi. So aku leh pergi kerja ngan aman. Macam Abang kakaknya dulu hah, siaplah, nak pergi kerja kena lari curi2 coz kalau dia tau kita dah siap and nak tinggalkan dia, memang tragedi macam kena cubit jer menangis.

Now Abang and Kakaknya dok pujuk2 cakap si adik mintak dia bila dah boleh sebut2 panggil nama, dipanggil nama Abang Kakaknya dulu. hahahah so aku cakap kalau nak adik korang panggil korang dulu, silalah selalu berinteraksi sama si kecil nih. Sesilap dia panggil mak / apak ko dulu.

Salam Syawal :) hati2 berkenderaan pulang or berjalan merata di raya ini.

Comment: 15