Istana Budaya

Hafiz Hamidun – Buka Puasa @ Istana Budaya…

IMG_4333

dah cakap kan aritu kalau tak sabtu, ahad kita berbuka di IB. tapi ni 2 weekends lepas, last weekend aku tak pi, i bagi my seats to my reader, si Melati, untung dia twit hakak kan, kalo tidak tak merasa ko ke IB coz i was about to cancel my booking. So so kali ni buka puasa kita ajak the famous Hafiz Hamidun to join.

Tak kenal?

ok pergi berzikir.

IMG_4337

adalah satu ha gambar abang yang payah nak posing…diorg taun lepas waktu Uncle belanja bukak puasa depa tak tau yang uncle nih retis, tapi bila dok tengok OASIS tetiap hari baru depa rasa macam kenal je pakcik nih…

bila kita bilang nak bawak buka puasa jumpa HH, wah….

excited depa!

IMG_4344

si kecil yang memula dia ngamuk, pastu aku dok kat tangga IB yang hujung corner orang tak nampak untuk ‘cintan’ sama dia, 2 rounds tu baru dia gumbira…

meja belakang tu ada sorang my reader :)

IMG_4346

ya hampun gelak lebarnya ko RB, dia cukup suka dera kakak abangnya tarik2 rambut depa…

IMG_4361

napa le semacam je sinaran camera nih jadi gambar gini yek.

the complete red family. tu dia kasut abang kakak sedondon. cardigan kakak bought kat German gak…lain2 tak leh ler pakai skang, tunggu raya

some photos from my Instagram

dilunyai si kakak dek adik

sesama sampai di parking IB

kakak yang amikkan nih, aku rasa anak aku ni nak amik gambar kereta belakang tuh, ke main ke kanan heh

kitorg memang suka posing dalam kereta…

tempat aku skang kat belakang jer…RB dalam car seat. The boys di depan

peminat Kakak Gegirl, Hafiz Hamidun.

bukan kakak yang minat HH muahahhaha! so anw, HH masih solo, ada korang nak kenalan. harta ada, muka ada, agama ada, budi ada. bahasa ada, insyallah boleh buat suami. Takde hal kalau kita pompuan make a move first. jeggar jeggar lagi.

Anw, insyallah this week nak buka puasa kat Zebra Square with my GBM girls. Yuk korang Zebra Square kat area2 bulatan Kampung Pandan at RM56 nett only. Our address: No 18&20, Jalan Kampung Pandan, Off Jalan Tun Razak, 55100, Kuala Lumpur.  Call Zebra Square at 0192699375 for reservation .

Handbags raya raya raya di sini sini sini! nak clearkan gobok sangat nih….

Comment: 19

Sepetang Ahad….

IMG_1301

paham ke dak kecik tuh, sibuk je dia tengok blinking2 bb gamaknya. tu blum lagi sume nak dicapai masuk mulut! eh blom lagi that stage but soonnnnnnn!

IMG00498-20120429-1555

kita hantar anak2 kita pergi tengok the Upin Ipin kat IB. depa pi tengok ramai2 ngan cousins depa. Aku and RD malas heh nak join sama, kitorg tinggalkan depa coz adik badik aku pun ramai gak masa nih yang ikut sama. Lagipun aku kalau boleh for weekends memang prefer bawak RB kulu kilir kot. Sebenarnya dari dulu pun waktu awal2 jadi blogger yang pi events pun aku kendong je anak2 aku ke mana sama….now kembali semula buat gini bila dah beranak kecikkan. pastuh pastuh…

kita lari 3 beranak ke…Jalan TAR!

IMG_1315

fuiyhooo tak sangka laki aku melibas bawak ke sini. coz asalnya nak ke tempat ABC but dah arwah le pulak tempat tuh, berpusing sampai ke sini, tried to park takde parking so pakcik tuh drop je aku and menonong je aku masuk Gulati’s! Nak carik kain baju melayu for my ipar’s wedding! n kain ela aku gak.

bila dah kuor borong, laju2 ligas coz RB dok hok hek dah kat dalam keter. Bapaknya dah menyound kak merah.

IMG00520-20120429-1731

weih ko mahal2 betul dalam Gulatis tuh. dahlah aku bukan jenis geti sket beli kain ela. Kain cotton kat Gulatis ni tak melawa sangatlah, kain chiffon ke hapa cantik ler, hargaaaaaaaaaa manghaik!  walau begitupun, aku beli ler jugak sket. shopping yang sungguh pantas, again mengenangkan laki ngan baby dalam keter je menunggu yoooo.

dan lari lelaju pulang semula ke Istana Budaya….

makan sket di cafe IB sama adik2, ipar duai and anak-anak buah.

IMG_1317

dan tak kuasa nak naik keter, jalan kaki je pi gather with them

IMG_1323

memula sesopan sket…

ha ni anak2 buah aku ye sumer. kekecik jer. yang bebesau tak selera nak ikut sama. ok anak aku je 3 dalam nih.

IMG_1324

pastuh depa menggila lelompat!

IMG_1327

banyak sangat gambar depa melompat, cantik2 tapi ada yang tak leh nak post kat sini coz ada yang melompat sampai nampak pusat perut hahahaha! malu maluuu wei. bukan aku ler. aku kendong RB nak melompat apa nya.

IMG_1328

happy cousins!

IMG_1329

So itulah Sunday petang kami di Istana Budaya, Sunday lama dah nih,  kemudian berpisah and RedFamily menghala ke tempat lain. Mencari barang berpusing2 lagik. Tak sesudah mencarik barang. aku kan nak buat Aqiqah…..

ahah pasal Upin Ipin, anak2 aku suka ler. semua cousins ni memanjat naik stage katanya….tickets pun kitaorang semua beli, takde nya dapat lelanting yo.  Tapi duduknya bersepah2 ler, ada yang depan sekali, ada yang tengah ada jugak yang belakang2 coz nak dapatkan seats bukan senang.

Next for kids…summer camp le nampaknya memandangkan trip ke Singapore aku terpaksa dibatalkan. Ohalsedihdotcom.

Comment: 19

Gerimis Mengundang…

IMG_0240

Sapa nak tengok Gerimis Mengundang??????????

Jom jom jom jumpa akak kat Istana Budaya malam nih (malam aritu ler)

 IMG_0242

Untuk Gerimis Mengundang kali ni ai bawak:

Adam, Rizal, Kojie On Air, Maya and Sid GBm

IMG_0243

alolo ada le jugak gambar simpati mak merah

kalo tak aku asyiklah kena jadi photographer orang je kan…..

IMG_0244

IMG_0264

 Pembawa utama yang melantingkan tickets adalah from Rubi

IMG_0259

Teater ni, dari awal sampai ke 3suku hujung ya ampun, aku asyik gelak membahakkkkkkkkkkk jer! Duduk between Maya and Sid, aku je yang menggolak tak hingat, depa serius je light2 hikss. Best mar citer nih. Cuma tang hujung2 tu ai rasa cam tak best sketlah.

but but but takper…

yang pentingnya itu Kamal Adli wuii pandai menyanyi gak, menari ada gaya. Memang dasar pelakon ko kan, sumer ko pandai buat! Belek telek, hensem jugak budak Kamal nih, terus ai followwwwwwwwwwww his twitter.

Pelakon wanita heroin dari Indo tu yang Na Na Na Nadaaaaaa Cinta itu Mikha Tambayong entahlah, biasa je aku tengok. Cuma bedanya dia dari Indo and sesuailah watak Indo sama dia cuma macam tak kick ler. I think amik orang Malaysia letak berlakon cakap Indo pun best jugak sih.

IMG_0260

Lakonan cucu P.Ramlee, Najua yang tak dapat masuk Mentor tu meletup lakonannya.  Lain2 pelakon iringan, banyak membantu, kira aku rasa yang betul2 killer dalam teater ni memang Kamal Adli.

Show Gerimis Mengundang adalah sehingga 8 April di Istana Budaya. Teater akan datang akan kubawa orang lain pulak yek. Habis show depa masuk behind the stage untuk bersama dengan pelakon. Tapi mak merah sob sob…kena berpecutan pulang, susu dah membengkak, timing dah cukup, over 3 hours aku memang cam lipas kudung sikitlah.

Message untuk Kamal Adli…

Can I take you out for a coffee?

hihihii…..

Comment: 20

The Red Cuci’s….

IMG_8532

tipulah kalau aku dah langsing!

belum, badan aku, wa tau ler…masih lagi ada lemak sekapal lori tu lagi hah. but coz baru je beranak nak masuk 2 bulan makanya dikira cepat pada orang untuk aku menyusut. hallopp…masa pantang tu bukan main2, ke main aku follow ikut segala pantang larat. Dalam blog memang tak berapa cerita but i did mentioned 100s of times dalam twitter. Insyallah boleh turun lagi but within 3 to 6 months, tak nak gak drastic sangat but tak nak gak lelambat coz aku pun beli baju baru untuk pakai for badan kembang yang pada korang dah slim pada aku belum, tak banyak coz nanti nak pakai balik baju lelama, suor/skirt tu sume tak muat lagik.

So we went to watch the Cuci Musical Last Kopek!

My new red dress yang aku akan pakai repeat balik for events. For casual wear jer tuh…

IMG_8547

Awal bulan March nih ada Cuci Musical Last Kopek di Istana Budaya, those yang tak pernah langsung tengok hah poi ler tengok. Aku dah tengok tetiga seasons, basically isinya sama jer, cuma ada sikit dialog yang berbeda, props pun ada tukar wpun majorly props lama, pelakon pompuan macam Dina tu berganti from Adibah dan Jaclyn. Si Nabil tu mak haik dia punya kelakau memang original bangatlah. Gelak ngekek banyak dek dia punya pasal. Specially gak bila empat2 nih buat aksi ‘nobody nobody but uuuuuuuuu’

Malam yang aku tengok nih untuk Astro dan jugak media. so a big thanks muahs lelanting love to Astro ler kan, for the 3 tickets I got. Sorry tak boleh nak extend to all of you but if if ifffffffffff ada lagi extra tickets i m sure will give it away.

Mau kan? coz kat twitter dok ramai menunggu project lantingan 2012 dari RM gak, seperti biasa kalau ada lelebih, i give away jugak lor.

LisaYusry’s wedding aku tak pergi, tak dpt invite, padahal KRU tu..tu tu… ah toksey cakap. kita bukan dari blog hiburan ahaks… takper ler, dedua malam yang LisaYusry pun aku ada event penuh gak.

Comment: 27

The Secret Life of Nora – Not Red

IMG_7030

memandangkan aku sentiasa follow twitter Tiara Jacquelina, first thing aku nak pegi tengok nanti is The Secret Life of Nora (TSLON). Kalau Tiara performs memang hem, tak boleh blah lah tahan2kan, most of her shows PGL dulu pun aku gak bertenggek.

Anw, masa pi IB for lunch, kita jalan2 tengok pameran TSLON kat situ, kawan aku yang membeli tickets. Sanggup kay dia beli tickets paling mahal, for 2 tickets pulak tuh!

IMG_7038

besau banner nih, giant ya hampun. ko tengok high heels ‘Agent Nora’ sungguhlahhhhhhhhhhhhhh runcing! Bila tengok2 posing gini, macam Mr and Mrs Smith kan? Yang penting body Tiara perkhhhhhhhhhhhhhhhh!

eh chop, itu cerita Baby Shower kena amik turn yek, kita langsaikan dulu Nora nih.

 

IMG_7043

alang kepalang, meh posing ler jap kat banner nih, coz takde orang pun kat sini, yelah bukan waktu show, ngah lunch break

korang, pusat ai dah menjojollllllllllllllll!

ok that was the weekdays ler kita pergi lunch and beli tickets for my frens. Cos aku memang akan pergi tengok shownya on Saturday, just the 2 of us….

But tak sempat nak diblogkan apabila teman2 di Infinity kata ada banyak allocations untuk aku under the flag of RM. Untunglah korang….manjang je dapat lantingan.

IMG_7056

so i jerit kat twitter

kemudian lepas collect names dari twitter

i jerit pulak di FB Fanpage, siap semua only by 3am of Saturday!

huh….ngah boyot2 nih jangan ko ingat aku ni melembik, sokmo memalam tidur tak cukup pun 7-8 jam yek.

In total, berpuluh2 bloggers bersama partner terpilih untuk ke TSLON on Saturday. Tickets dah mintakkan? janji harus ditepati. Tickets korang bukan alang2 murah yek!

Dengan aku tak yah ikut peraduan ke hapa, sambut je jeritan aku kat twitter tuh, paling laju twitter lah, and FB, sure korang dpt macam2. So at least lam once a week memang aku akan melanting2 gak, but tu lah kadang2 tak sempat nak cite lam blog coz blog ni ditype sehari or 2 hari awal ceritanya yet yang lam twitter tuh ‘live update’

IMG_7064

Gambar atas pentas yang korang tengok nih, dah hujung2 je baru RD snapkan. Aku suka 95% of the show, except endingnya aku tak suka. macam tak kill! macam tergantung…but but hangpa semua jangan risau, coz untuk selama lebih 2 minggu tayangan, mereka akan improve the ending tuh.

Nowa Nowa

ha kenapa Nowa

Paknil kita mempelat tak leh sebut R dalam wataknya sebagai Mr J. Gila kelakar!

Adibah Noor jadi Khatijah, ngehhh ngekeh2 lar kita menggelak.

Heronya is mat saleh, Ryan Silverman but aku lagi suka watak Agent Farouk by Tony Eusoff, lebih IN.

IMG_7047

My evening dress, tanpa shawl beli berbulan2 sudah through Diva Darling kat UK, sib baik leh sumbat lagik.

IMG_7068

Kemudian kami minum jap kat cafe IB sambil berbual2 ngan teman2 dari Infinity, Maya pun join sekali gak, untung le dia mengekor aku, coz rezeki dia dapat jumpa the big gun! Tulah yang lain, ada yang tak dapat jumpa say hello to me, ada yang tak tau mana nak carik aku, ada je aku kat IB tuh, ada yang LESAP tak datang langsung walaupun dah confirm nak datang. Ada yang iskk

sedih ok…tak baik tol mintak2 tickets pastuh MIA! memang tak patut.

ko tak tau berapa ramai yang berduyun nakkan tickets tuh, kalau tau dari awal boleh gak aku carik orang ganti….ada tu alasan tak melogik. susah dah aku nak give away lanting2 kat korang pasnih mengenangkan dah ada bad exp.

IMG_7070

Kak Red tunggu jap yek, kita bawak Tiara jumpa akak yer

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Suami Tiara takde ke?

Eh ada Kak Red, husband dia kan hari2 buat checking untuk apa yang tak patut ada, apa yg kena betulkan, very setia ngan show Tiara tau, tak semua husband boleh stay gitu tau setiap hari, tiap malam kita buat post morterm, husband dia pun ada sama 

perkhhhhhhhhhh! laki kita boleh nak dok berhari2 kat IB menemankan tengok isteri kerja?

IMG_7080

Hah sapa yang blah tak nak stay sama kat IB pas show, rugi rugi le korang….. aku dapat hadiah dari Infinity lagik untuk scrap book and cd dari musical teater TSLON!

So back to TSLON, jomlah tengok, mbe aku nak pergi tengok lagi tapi kat hujung2 hari lah, and mbe mbe sekali lagi aku leh angkut korang2 gak, dependslah kalau aku nak mintak tix lebih. Coz kes yang ada yg tak turn up pastuh ada readers/bloggers lain nak pergi tak dpt pergi coz dah tutup untuk offer tix tuh, hah gitu lah pasalnya. 6 orang punya pasal (12pairs of tix), yang lain2 dpt nama……..

Like Tiara’s Fanpage

Like Agent Nora’s Fanpage

Dont wait for me, beli je tickets sendiri di the one and only Istana Budaya for The Secret Life of NoWa.  Harga tickets serendah RM30 hingga RM450, untuk Maxis customers, boleh buy 2 tickets with a price of 1 ticket lagik, show hanya sehingga 16 October sahaja yerk.

Dia Nowa, ai Wed eh Led. Red lah!

Comment: 25