Istana Budaya

West End Stars SUPERB!!

IMG_0906

RM, Ayuthesun, Sid & Sharul

Sirman tak ikut, he ada job lain yang lagikkkkkkkkkkkk penting kena buat. so he lepaskan bininya ke sarang Istana Budaya!

IMG00250-20110414-2001

Kak Red, Infinity nak jemput nih datang tengok West End Stars, tonite, preview untuk media, free tak?

boleh gaklah, bape tix dapat?

Baper kak red nak? ko jangan bawak satu bas kak

hahaha takde maknanya, 4 dahlah…

image

Korang…

ni bukan teater but ni memang konsert muzikal. Bestttttttttttttttt sangat! Finale paling best dengan lagu Bulan Madu Di Awan Biru, omputih bantai nyanyi lagu melayu. Guest artist is Jaclyn Victor. Penyanyi utamanya Stephen Rahman, Simon Bailey dan Ramin Karimloo. Memang korang tak kenal SImon and Ramin, takper, pi je lah tengok and judging from there, Stephen Rahman memang gemer lah kan!

First round tengok, macam eh eh…ni kalau pasangan bercinta, laki bini, or those yang ngah di dalam dunia cinta kasih sayang memang best tengok. coz lagu2nya, aksinya memang mendayu and rasa macam alahai…terkenang2 ngan kisah lama. awwww. Feeling sungguh.

IMG_0903

Tapi bila masing2 kuor kat hujung2 dengan lagu Fantasia Bulan Madu oh itu tak boleh blahhhhhhhhhhh, memang satu hall tu lah nyanyi. siap bagi standing ovation lagik. Seronok!

Masih sempat lagi kalau nak tengok, the next show will be tonite and trow nite (15th and 16th).  Get your tix from the RedTix. Padanlah sangat ngan RM, Red tuh! Harga ticket bermula dariRM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400, RM480. Get your seatssssssss now now nowwww! Show di Istana Budaya yer.

Few of my frens are going tonite and trow nite too, depa tak puas hati aku dapat pergi awal. If ada seats lagik, nak gak lah pergi lagik bawak RD. the show was fantastic! meletup bombastic!

Comment: 17

TKC untuk Terima Kasih Cinta!

IMG_8776

Mendengar Sultan Muzaffar sudah melaserku muahahaha, terus sahaja kupohon Rose amikkan tickets mak merah.  Show starts at 3pm, but idak ler kami lambat, but sebab dia dah menjerit2 lam twitter, makanya sebelum kena das, Rose yang kebetulan pun dapat tix, jadi rescuer. Ater, kuhantar anak2 pi sekolah for badminton dulu, maunya idak…..

Camera Nikon yang dapat from advertorial tak charge battery so RD pakai camera Canon yang ada. itupun tak terpikir nak amik gambar but dah dia merajin. The lady between me and Rose is Yaya. My blog reader too. lawa ko kasut merahnya!

Yaya, akak nak yang menda tuuuuuuuuuuuuu tuuuuuu tuuuuuuuuu ok!

IMG_8772

Pernah tengok movie CINTA? yeap i watched it b4, so ini adaptasi dari movie CINTA untuk segmen muzikal.  Teater muzikal. ada drama ada lagu. drama lagu. marah gaduh merajuk. berlagu nyanyi lagi. Sedang ditontonkan untuk umum serbu di Istana Budaya sehingga 6 March.

Peminat teater, biasanya takkan melepaskan peluang untuk menonton apa saja teater yang berpesta di Istana Budaya.

kan?

macam jugak saya….wpun supplier IB aku ngah dalam pantang 3 bulan. hahahahah!

IMG_8778

Prop sangat simple. tu lah 6 kotak, yang kejap berlakon di atas, kejap di bawah, kejap di stage depan. Memang budget punya prop tuh. Artis lakonan:

Safura /Latiff Ibrahim (BIRU), Tony Eusof / Norish Karman (OREN), Nadia Aqilah / Vince (HIJAU), Faradhiya / Shajiri (PINK), Deja Moss / Anding (KUNING).

tau kenapa berkaler2 tuh…ha itu konsep cerita TERIMA KASIH CINTA yang dipecahkan.

Mana merah? Director tak suka merah kot hikss…

RD tak berapa paham, sampai aku explain kat dia ‘oooo sib baik ada kaler2, kalau tak sumpah ai tak tau cite ni pasal apa’ .

Aleya, Diddy, Akma and ramai budak2 AF pun ada berlakon sama dalam TKC.

IMG_8781

Frankly speaking, menonton movie CINTA lebih enak dari teater Terima Kasih Cinta. Tak tau apa yang kurang, mungkin terlampau banyak nyanyian (takleh disalahkan, namapun musical theater kan) atau mungkin kerna liriknya yang ala2 buat kita mengantuk sket. Bak twit si Joe KK, hahahaha, memang harus dia seranah gamaknya. Cuma satu part tuh memang bestlah waktu Norish Karman and Tony Eusoff bertekak (scene suami isteri nak bercerai gitu). Yang tu terbaik!

Ada adik kecil berlakon jadi anak depa, Nik Nur Amillin ke namanya, umur 11 tahun, aaa budak tu nya menari very the meliuk2 pala aku tengok. Berlakon pun mantap.

Overall, kalau anda peminat teater or pernah menonton CINTA, harus datang jenguk IB untuk turut sama memeriahkan suasana teater kita. Bukan ajer nonton filem kat panggung jer, teater juga harus disokong dan didokong.

Kekerapan aku menonton teater sebenarnya adalah lebih banyak dari movie tau.

Tahniah untuk group dan crew sepanjang siang dan malam for the Terima Kasih Cinta.

sedihlah part cerai berai, anak yang jadi mangsa, mana satu nak diikut. Yang tu mak, yang tu bapak. sob sob…. :(

IMG_8787

Tengok jam, dah kol 6pm, i have missed the invite for Heliza Helmi di Bora Ombak. Kebetulan preview TCK jemputan SM datang awal dari Heliza, makanya tak dapatlah nak cover Heliza’s event. Takkan nak datang jugak, orang dah ramai balik lor….! sorry gang no story on Heliza buat masa nih.

So we melepak kat cafe IB, suamiku nak pekena nasi lemak, met my reader Dyakamil. she s already flew to Seoul for a holiday. Takku jumpa link nya, sapa ada, nanti tolong bagi.

IMG_8790

n met the group of bloggers, yang ayo akak kenal Qarl Haiqal jer, the one standing next to me, coz dia ajer yang rajin twit RM. oh no silap ayat. Dia antara twitters followers RM yang rajin borak2 ngan RM. ada ramai yang rajinnnnnnnnnnn borak tapi masih lagi ramai jugak yang lebih suka baca my twits and pastuh bila ada gossip nak link, tetiba nyampuk.

hahahaha ai know u so well :)

wei, Safura ada kat dalam nih tengah makan, korang tak nak pun amik gambar ngan dia tau. Aku dahlah tak berlakon, datang menebeng je, korang pi amik gambar ngan akak, tak ke pelakon2 terkenal tu pelik. sapakah pompuan merah yang caras line famous celebrity pulak nih.

haaa ai tak tau…

ai tau ai blogger jutawan merah jer.

muahahahah tettttttttttttttttt

Comment: 34

Tun Mahathir The Musical…

jangan pakai review aku nih untuk mencetuskan keberhentian korang dari menonton Tun M yer. sebab review aku ni dari separuh jalan punya cerita. selepas waktu rehat, aku dah tak tengok, cabuttttt!

garapan kurang ngam lah…awal2 scene untuk sejarah Tun M waktu kecil, sudah membosankan. eh eh aku bukan org bidang teater tapi sebagai penyokong dan penonton teater semenjak bertahun2 dahulu hingga kini. takde kick lah on the opening of Tun M.

yang buat aku melekat duduk was bcoz of Zizan Nin. wui wui….comei.

bila masuk watak Siti Hasmah, carried by Erra Fazira. aisay….potong stim lah. apesal kalau Erra berlakon, aku tak rasa kill langsung. dia punya memek muka, macam nak maintainnn lawa jer berlakon tuh. aku rasa dia lebih sesuai jadi model or penyanyi ke or mbe just attend photoshoot ngan anaknya je lah. coz kalau tengok dia jadi model or gambo2 dia kuor majalah, huh, i respect lah lu Erra.

but for lakonan, aku mmg tak minat lakonan dia. so masuk je waktu tua Tun M lakonan Esma Daniel..diorg bagi rehat 15min plak…terus aku ca alit buttttttttttt!

so pas babai2 to my gfs yang sket nya ramai ikut sekali tengok, but they stay,  muahs2 Vivy  n her bf, wa balikkkkkkkkkkkk bukak lens. huh…aku silap pakai lens terbalik pulak belah kanan. menambah lagi rasa mengantuk waktu menonton Tun M. makanya dont take my review yek, mungkin mood aku lari masa tuh, mungkin jugak my mind is not there mungkin jugak citer2 yang berkaitan dengan politics r so not into me, mungkin jugak sebab watak Zizan Nin dah abih masa mudanya Tun M.

Apapun syabas betti. yang kurang and cacat cela tuh mungkin malam2 lain diorg dah betulkan lah kot. tak macam malam yang aku tengok. kot lah kan…

Tiada gambar untuk entry ini.

Comment: 12

Cuci The Musical 2..

IMG01373-20100726-2014

kali ni ai jadi kak purple plak yek…..pergi tengok Cuci The Musical 2 di Istana Budaya…show malam tuh adalah atas tajaan Astro, so invite aku pun dapat dr Astro lah jugak. TQ Aza!!! aku pusing sana sini dok carik orang yang tak pernah lagi aku bawak to IB, tingggg! ujung2 teringatkan pengantin baru MyBajoo sponsor, Fiza and husband. kahwinnya depa saya tak dapat tayang muka.

ramai giler muka2 terkenal waktu first nite show depa nih.

IMG01374-20100726-2029

Passed 830pm masih lagi belum ada tanda2 nak start, biasanya punctual 830mlm dah start. aisay, kol 9lebih ko baru start. so bayangkanlah kol berapa habis ngan ada 15min break gak. Coz Astro yang taja so time break makan minum jugak disediakan. tapi aku tak makan pung, dah konyang!

Ulasan on Cuci The Musical 2 nih emm…sebab aku dah tengok first season dulu so takde lah suspense or rasa apa pun coz aku dah tau jalan cerita, ada dialognya masih serupa. baju and set untuk Vanidah Imran pun sama konsep merahnya jugak. Cuma beza dulu ada Adibah Noor, skang ada Jacklyn Victor (she s not baddddd!!). dulu ada AC Mizal, pas ko dah gaduh ngan Hans, diorg gantikan dengan Nabil pulak. wahh happening!

i saw Irma Hasmie pun datang nonton malam tuh…kawan2 ku, bonsai korang pun ado menyorok depan toilet muahahahha!

Waktu break, Yasmin Yusuf datang borak ngan me and Fiza asking our comments, satu benda yang aku nak tanya sangat dari dulu

Vanidah Imran tu memang minat merah ke or set dalam cerita perlu merah?

Zahim yang mahukan set untuk Vanidah warna merah, tu pasal unsur merah sentiasa ada dalam character Vee.

Eh korang tau Vee pakai Chanel limited edition kaler blueish gitu, aku nampak dalam one of Budiey’s entry.

IMG01382-20100727-0036

oh jacket merah yang Vee tu pakai, sama ngan taun lepas punya gak, seluarnya tu pung! macam baju2 merah yg lain gak tapi ada tukar sket pesennya…aku memang notice gila tang merah2 weih! ada kerusi pejabat dia yang kaler merah tu cantiklah! suka gila aku tengok! overall, memang ketawa gelak bangat lah…so sapa2 yang belum nonton Cuci The Musical at all, bolehlah mai ramai2 tengok, but kalau dah pergi tengok yang the first, nak tengok untuk kali ke 2 pun, harus gak boleh tengok coz this time ada Nabil ada Jaclyn Victor.

Siapakah yang menjadi bapa kepada Vee dalam nih yek? Berkarisma sungguh lah ko uncle!

Rehman Rashid

Writer, journalist and author of A Malaysian Journey, a book described as “a modern Malaysian classic”, Rehman last appeared onstage as the Captain in the Selangor Philharmonic Society’s acclaimed 1999 production f The Sound of Music, followed by Saidah Rastam’s Songs of Love and War with Adibah Noor, Yasmin Yusuff and Chacko Vadketh.

Reached home almost 1am, terlajak2 lama giler untuk first nite punya show nih, rasanya utk the next show  takde lah sampai lama gila gini, dulu aku pergi tak bawak sirman, bawak  kawan (skang kawan aku tu ngah memboyot!) so kali ni aku pujuk2 gak Sirman ikut sama….punyalah dia gelak tak ingat!

Eh satu lagi kan korang kalo dok nonton lam IB ni, kepala tu dok dendiamlah sket, ni aku suspect mamat nih baru first time masuk, dia ingat IB tu tempat nak merendek ke macam ko tengok wayang? dahlah dok depan pala aku, bila dia bergerak, aku pun kena gerak sama coz dia memang totally block view aku, pastuh dok borak2 ngan makwenya ke main landing2 pala kat bahu. bengang nauzubilah toksah cakaplah aku dibuatnya. after break, kita tukar tempat, aku ngan Fiza dok ujung, the boys dok tetengah sekali hamik depan the boys pulak dia buat drama kepala landing ngekeh2.

Tak tahannya bila dia gerakkan pala dia depan belakang kiri kanan and senget2 90darjah kat makwenya tuh, aku pun kena gerak pala, so orang belakang aku pun kena jugak sama. takke tak molek tuh. eii badigol ko. ada lagi best budak pompuan dok sebelah sirman tu ngah buat aksi menggoda giler kat pakwe sebelahnya, singkap2 peha nya, dok ke main mak datukk, ngan bunyi ngengadanya hahahaha…halahai banyaklah pulak TEATER yang kitorg terjebak malam tadi kena tengok.

so back to Cuci The Musical 2, congratulations! moh ramai2 tengok….Yasmin Yusuf dok mintak aku announce ni banyak kali  hahahahhaha, moh moh moh jom korang tengok!

Comment: 23

Konsert Amy Search di Istana Budaya…

IMG_0204

hangpa kenal mulan dok? loyal reader di RM gak…ahah, pas aku shout kat FB that aku nak pergi tengok Amy nya concert kat IB,  she came wt her hubby, and i m so jealous wt her body, so slimmmmmmmmmmmmm! oklah tu mulan, aku ni anak dah 2 mar sob sob sob, so alignment aku memang dah lari lah kan. ni nak sedapkan hati aku yang lara dok badan mengembang aaaa.

hey even though i seldom read your blogs, or sapa2 nya blog, tapi ingatan aku kat muka orang agak kuat, tapi kalo nama memang susah nak ingat. mulan ni aku ingat sangat dia coz kan, waktu aku kat jakarta, she emailed me coz dia concern napa le aku asik jiwa lara.

padahal korang, aku buat entry ala2 jiwa lara coz aku nak distract korang dari tau location aku waktu tu kat jakarta. only after aku dah landed klia baru aku buat entry aku sebenarnya 3 hari dok melanguk lepak kat jakarta. so she was among yang risau napa le si RM ni asik hati walang jer….

heehehhehe, menjadi gak aku buat entry gitu, have to lor…

IMG_0197

we got the tickets quiet late, itupun dapat view atas. wpun kat atas tu lah yang paling mahal tapi tetap gak best di bawah aaaa. but apakan daya. i m not really keen to go, sebab kemengantukan, but Sirman adalah pencinta lagu2 rock kapak. taulah zaman2 dia sama gak ngan zaman aku so memang membesor ngan lagu Amy Search. overall of the concert oklah best, laki aku buat bising tol ngan bunyik pewittttttttt2 sorak Amy.

bermula sketsa nya dari dia menjadi bintang rambut panjang, suor ketat. beralih pada zaman dia bersendirian keluar dari Search, lagu2 yang paling kita tunggu like Isabella, Rozana….

dan ke peringkat dia sekarang yang more to Islamic.

IMG_0221

cuma aku pelik je tengok baju utk penutup konsert, dah macam pak arab, dari atas aku tengok pun macam orang kawin je ko…huii. orang sumer beratur bagai nak amik gambo ngan dia, signing autograph. but acik tak kisah pun. Tok Ti yang aku divakan tu pun aku x sanggup nak beratur sama tunggu bergambo.

sebabnya for Amy, aku sendiri dapat personally borak ngan dia, interview ngan dia last January utk Project Alpha Season 2. just to recall i put the photo yang blur2 nih dek kerna battery camera habis so terpaksa crew amikkan gambo ngan berry.

eh bukti tetap ada hek….

IMG20358

ops ni bininya….bawak Gucci youuuuuuuuuu! ni bukan masa konsert kat IB kay, ni masa event si Azwan Ali the laser tuh…

IMG20389

IMG20391

pewitttttttttttttttt Amy!

Comment: 15