The Secret Life of Nora – Not Red

IMG_7030

memandangkan aku sentiasa follow twitter Tiara Jacquelina, first thing aku nak pegi tengok nanti is The Secret Life of Nora (TSLON). Kalau Tiara performs memang hem, tak boleh blah lah tahan2kan, most of her shows PGL dulu pun aku gak bertenggek.

Anw, masa pi IB for lunch, kita jalan2 tengok pameran TSLON kat situ, kawan aku yang membeli tickets. Sanggup kay dia beli tickets paling mahal, for 2 tickets pulak tuh!

IMG_7038

besau banner nih, giant ya hampun. ko tengok high heels ‘Agent Nora’ sungguhlahhhhhhhhhhhhhh runcing! Bila tengok2 posing gini, macam Mr and Mrs Smith kan? Yang penting body Tiara perkhhhhhhhhhhhhhhhh!

eh chop, itu cerita Baby Shower kena amik turn yek, kita langsaikan dulu Nora nih.

 

IMG_7043

alang kepalang, meh posing ler jap kat banner nih, coz takde orang pun kat sini, yelah bukan waktu show, ngah lunch break

korang, pusat ai dah menjojollllllllllllllll!

ok that was the weekdays ler kita pergi lunch and beli tickets for my frens. Cos aku memang akan pergi tengok shownya on Saturday, just the 2 of us….

But tak sempat nak diblogkan apabila teman2 di Infinity kata ada banyak allocations untuk aku under the flag of RM. Untunglah korang….manjang je dapat lantingan.

IMG_7056

so i jerit kat twitter

kemudian lepas collect names dari twitter

i jerit pulak di FB Fanpage, siap semua only by 3am of Saturday!

huh….ngah boyot2 nih jangan ko ingat aku ni melembik, sokmo memalam tidur tak cukup pun 7-8 jam yek.

In total, berpuluh2 bloggers bersama partner terpilih untuk ke TSLON on Saturday. Tickets dah mintakkan? janji harus ditepati. Tickets korang bukan alang2 murah yek!

Dengan aku tak yah ikut peraduan ke hapa, sambut je jeritan aku kat twitter tuh, paling laju twitter lah, and FB, sure korang dpt macam2. So at least lam once a week memang aku akan melanting2 gak, but tu lah kadang2 tak sempat nak cite lam blog coz blog ni ditype sehari or 2 hari awal ceritanya yet yang lam twitter tuh ‘live update’

IMG_7064

Gambar atas pentas yang korang tengok nih, dah hujung2 je baru RD snapkan. Aku suka 95% of the show, except endingnya aku tak suka. macam tak kill! macam tergantung…but but hangpa semua jangan risau, coz untuk selama lebih 2 minggu tayangan, mereka akan improve the ending tuh.

Nowa Nowa

ha kenapa Nowa

Paknil kita mempelat tak leh sebut R dalam wataknya sebagai Mr J. Gila kelakar!

Adibah Noor jadi Khatijah, ngehhh ngekeh2 lar kita menggelak.

Heronya is mat saleh, Ryan Silverman but aku lagi suka watak Agent Farouk by Tony Eusoff, lebih IN.

IMG_7047

My evening dress, tanpa shawl beli berbulan2 sudah through Diva Darling kat UK, sib baik leh sumbat lagik.

IMG_7068

Kemudian kami minum jap kat cafe IB sambil berbual2 ngan teman2 dari Infinity, Maya pun join sekali gak, untung le dia mengekor aku, coz rezeki dia dapat jumpa the big gun! Tulah yang lain, ada yang tak dapat jumpa say hello to me, ada yang tak tau mana nak carik aku, ada je aku kat IB tuh, ada yang LESAP tak datang langsung walaupun dah confirm nak datang. Ada yang iskk

sedih ok…tak baik tol mintak2 tickets pastuh MIA! memang tak patut.

ko tak tau berapa ramai yang berduyun nakkan tickets tuh, kalau tau dari awal boleh gak aku carik orang ganti….ada tu alasan tak melogik. susah dah aku nak give away lanting2 kat korang pasnih mengenangkan dah ada bad exp.

IMG_7070

Kak Red tunggu jap yek, kita bawak Tiara jumpa akak yer

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Suami Tiara takde ke?

Eh ada Kak Red, husband dia kan hari2 buat checking untuk apa yang tak patut ada, apa yg kena betulkan, very setia ngan show Tiara tau, tak semua husband boleh stay gitu tau setiap hari, tiap malam kita buat post morterm, husband dia pun ada sama 

perkhhhhhhhhhh! laki kita boleh nak dok berhari2 kat IB menemankan tengok isteri kerja?

IMG_7080

Hah sapa yang blah tak nak stay sama kat IB pas show, rugi rugi le korang….. aku dapat hadiah dari Infinity lagik untuk scrap book and cd dari musical teater TSLON!

So back to TSLON, jomlah tengok, mbe aku nak pergi tengok lagi tapi kat hujung2 hari lah, and mbe mbe sekali lagi aku leh angkut korang2 gak, dependslah kalau aku nak mintak tix lebih. Coz kes yang ada yg tak turn up pastuh ada readers/bloggers lain nak pergi tak dpt pergi coz dah tutup untuk offer tix tuh, hah gitu lah pasalnya. 6 orang punya pasal (12pairs of tix), yang lain2 dpt nama……..

Like Tiara’s Fanpage

Like Agent Nora’s Fanpage

Dont wait for me, beli je tickets sendiri di the one and only Istana Budaya for The Secret Life of NoWa.  Harga tickets serendah RM30 hingga RM450, untuk Maxis customers, boleh buy 2 tickets with a price of 1 ticket lagik, show hanya sehingga 16 October sahaja yerk.

Dia Nowa, ai Wed eh Led. Red lah!

Comment: 25