Benih ditanam, ada hasilnya!

 

IMG_1695

tau sapa tanam nih? Abang ok! hari tuh dia amik aku punya bijik  benih bubur kacang merah/hijau, dia pi tanam. pastuh segala jenis sayur nya bijik  benis asal boleh dia tanam. abang tu mmg jenis emm dia suka cipta benda, yang technical.  tu pasal kotak2 kasut ke, botol pringles, botol air kosong dia akan simpan coz dia akan buat macam2 dengan sume tuh, either jadikan camera/video, wpun replika sahaja. boleh buat guns, memang bilik dia penuh dengan segala macam benda yang dihasilkannya…

ni aku dah janji ngan dia berbulan bulan bulannnnnnnnnnnn nak pi nursery makcik aku utk beli pasu bunga baru, siap tanah segala utk dia tanam memacam. oh dalam pasu tu pun ada ditanam serai gak tpi blum tinggi lagik. Pokok cili api pun ada tapi lain pasu.

bolehlah, ada weekend kosong nanti aku pi ngan dia beli pasu. kusuruh si RD ngan kawan dia beli kat tempat diorang, buang ayok lior jer, tak dilayan langsung!

ni antara hobby abang yang jarang aku sebut. dia memang suka mencipta, kalau salotape kat umah tu mmg cepat dimakannya, aku biasa beli kat tesco sekotak coz mmg dia banyak pakai untuk mencipta sesuatu. dia akan google dari youtube and tengok camne orang buat and dia belajar dari situ. satu lagi dia suka tengok any magic show, pastuh dia cuba buat gak.

kira menda2 yang technical gitu dia sukalah. lain mak nya….

maknya petik2 kibod jer.

“benih” kubaja bulan ni lam Nuffnang dah bolehlah cash out hari nih 🙂

Comment: 36