The end of the Australia Trip!

IMG_4968

terang menyala kan kuning memasing! suka pulak aku tengok depa pakai gini, the boys are in yellow. the girls are in red.

IMG_4971

aku kena gak pakai merah coz Gegirl kan manja, dia nak sedondon sama ibunya. wpun baju merahnya tuh macam oren pun ye gak….di Kasturi Cafe, hari terakhir, tak tau lah dapat lagi datang ke Sydney ni idak pasnih but sekali lagi kita makan nasi lomakk! abang apa lagik kalau kat sini dah tentulah nasi putih tomyamnya and Gegirl pun belasah lagi roti canai kau.

IMG_4996

Lepas tu, Gegirl merajuk. muka ngah bengkak tu bengang ngan the boys. dia kan bawak bagpack bapaknya tuh, sibuk nak bawak, tak berat pun…

tapi abang n bapaknya dok panggil dia hahahah‘macam turtle’

siot kan?

mementang le budak tu cembeng, bawak cenggitu diorg ejek2.

berangin le dia kasi report sama maknya….nak je aku lesing dedua!

IMG_5004

time to leave the hotel. kasi simpan sumer winter jackets. memasing tak hingin nak pakai sampai dalam airport mahupun dalam flight.

IMG_4998

my hotel Mercure Sydney, nak dok sini ye sila sila….

baju sejuk purple tu macam sweater jer, to replace baju winter yang dah berbungkus. aku buat pakai dalam airport dalam flight. Takut kena macam flight datang arituh, ke main kuat giler aircond!

 

IMG_5017

First thing first is to clear the GST (good and services tax refund).

sini simple jer, tak cam europe. Sebelum check in tu ko bawak maknek luggage ko sumer kat belakang office yang aku berdiri tuh. itu kastamnya nanti tak check pun, tunjuk semua receipts, must be AUD300 per receipt at least untuk getting the refund.

Dia takkan check kain baju ko beli. kuasa dia. dia terus chop chop chop.

Tapi tetiga bags yang aku beli tuh, depa tak bagi check in, kena hand carry. Sebabnya nanti pas check in, ada lagi satu kastam kat dalam akan check untuk kita punya GST nih, dia nak tengok semua bags yang aku beli tuh. Bags tuh pulak bukan takat tunjuk je yek, kena bukak bagai dia telek. huh.

bukan sebab tu aku menyampah ngan kastam sekor tu, dia punya budi bahasa mmg biadab. bayangkan for 2 weeks kita holiday kat Australia, takde sapa pun manusia yg kita jumpa boleh rude macam dia. Tiba kat hujung nak balik tinggalkan Australia boleh ada sekor memang hamlau punya umat. Hui, panas betullah.

anw nanti 9% from the tax refund tu masuk terus kat CC ko, not cash at all. by 2 days dah masuk.

GST ke VAT ke sama je le bunyiknya…ikut country je panggilan lelain.

IMG_5032

Sebab we arrived very early like 4 hrs before depature, we melanguk….yg kekanak riang dok main games kat ipad and psp. yang maknya dok mentenet. bapaknya q coz check in counter tak bukak lagi.

IMG_5040

pastuh eh eh dah masuk dalam….

shopping lagi, minor jer. coz duit cash pun dah hujung2 nyawa.

IMG_5046

VS ni kan satu je lah aku suka, dia punya perfume Very Sexynya tuh. asal aku nampak je kedai VS, memang aku carik yg VS merah tuh….bertahun2 aku restock coz the smell is sooooooooooo sweet and kenalah ngan ai yang merah merah nih.

Gegirl suka masuk kedai perfumes coz dia suka kumpul kertas2 perfumes tuh. hah nanti dia spray, simpan kertas2 tu dalam hbag dia ke, bagpack bapak dia ke, dalam pockets dia ker…

Oh ada gak aku beli perfumes kat Birkinghead Point, tokey kedai punya suka ngan bebudak nih sampai bagi sorang satu perfume bebudak yang miniature to them.

IMG_5051

wui dapat lain internet laju dalam tuh…apa lagik, first thing first baca blog pengantin, laki bini ni adik angkat kami. Beautifulnara and Puan Nara skang…aku tak dpt hadhir wedding depa coz aku ada kat Ozzy, memang dah diberitahu maklum sesangat, tu yg bila dapat mentenet, kain baju pengantin yang aku nak tengokkan dulu.

wuii cantiknya baju pengantin merah depaaaaaaaaaaaaaa!

dahlah tu, tutup laptop tu, dah kena masuk flight dah nih

jappppppp…eii lawanya merah hitam tuuu baju pengantin naraaaaaaaa!!

sebab merah kot, tu yang manjang je lawaaaaaaaa ahahhhahah. Tahniah wan and lin for the wedding, kalau gaduh, suami biar banyak mengalah, bukan isteri.

IMG_5059

itu neck supporter aku tu kan, harganya AUD20, the last 20dollars yang Sirman ada. apa lagik buat beli tu lah…dapat beli 1 jer coz ada pun 20 dollars jer.

hah flight kitorg malam.

airbus besau.

seats memang penuhlah.

yang buat aku panas hati, lcd skrin tv depan aku tuh rosak!! aku punya je lah pulak rosak tuh. ko nak suh aku buat apa? nak mentenet takde wifi lam MAS tuh, nak suh baca buku majalah takde.

dia suh alih tempat. abihs tu askar aku 3 orang tu split ngan aku? ceii…dahlah anak kecik aku tu jap2 nak nih jap2 nak tuh. so end up aku amik lappy buat keje tfer gambar jer which tak yah pakai internet but battery bukan leh tahan lama. dapat kejap.

they cant do much to make me feel better.

Oh sedih. takkanlah takde sapa yang report, org yg dok kerusi tu tak pernah report kat crew ke yang lcd tu rosak. bukan rosak skrin, rosak tang volume, ko boleh tengo je, suara haram ko tak leh dengau apa2. nak tukar ngan family members aku lain, sume tengok movie sama gak.

bukan boleh terus tidur pung.

aku bukan jenis senang nak tidur lam flight, memang agak sakit hatilah bila battery laptop aku habis and i cannot watch a movie. huh!

panas panas.

at least amik hati ler sikit …. Puan nak apa2, Puan nak ice cream tak? Puan nak majalah tak? Bukan tak nampak aku ngah boyot tuh.

Abang Zarul Umbrella tolong cerita sikit, takkanlah crew steward ni tak pernah dilatih untuk mengambil hati penumpang yang terluka dengan technical issue macam nih yek?

ahahhaha siot kan. tak pandai nak amik hati langsung.

aku dah report pun ngan MAS pasal kes nih, but kalau MAS’s management baca lagi. hah lagi molek. mana tau yang aku report aritu tak sampai ke atas pulakkan.

Kawan2 aku siap bilang….

dalam ramai2 passengers, Redmummy the blogger yang buat ads MAS pulak tu yang seats lcd skrinnya yang rosak! kalau bukan Redmummy, pasti tak de issue dalam kuor blog nih kan.

anw, pastu aku force myself to sleep. jap2 kuor masuk bilik ayor. nak makan takde selera.

IMG_5070

kat kol 5 pagi sampai kolumpo tercinta. amik luggage je ke main lama menunggu, memang kena amik van ler kan. Belum 6am yet, harga van KLIA was RM300++. kauuuuuuuuuu!!

So kita pi minum makan kat Delifrance. Tunggu kol 6 pagi yang lagi setengah jam je lagi masa tu nak jejak…bayau van about RM200++ jugak.

Aku tiap kali datang, family trip gini pun naik van, baru 80 – 100 inggit jer. Tapi KLIA punya taxi, masyallah…..double gila dari KLIA harganya. Makin mencanak naik.

So that s the end of our Australia Trip.

From KL to Gold Coast dan kemudian sambung ke Sydney pula. Sepatutnya lepas nih ke Seoul, Korea tapi dibatalkan cos someone is working for the millions company and not able to take leave coz if he takes leave, the company boleh lingkup. Hati bini melingkup takper!

so to those yang nak pakai itinerary nih, tak yah ler email2 tanya apa, ko cilok je dari sini bebulat. Habis all out aku tulis macam basic harga hotels harga flights harga tour segala sumer kan complete, amik je dari sini. Tiru je setiap day one to day 12 kitaorg, kot ler malas nau nak google. Semua tempat yang kami pergi pun merata ada dalam internet, tengok je compare and pilih je tour mana yang korang nak.

i dont have any trips to go anymore for this year, due to my condition. Pasnih dah puasa and raya, insyallah akan makin sarat so tahun depanlah kalau ada travel trip lagik. Hujung tahun pun was planning nak pergi jalan, terpaksa dilupakan…mana nak sangka, i m gonna get pregnant :)

 

Comment: 27