Sep 6 2011 Tuesday, 9:00 am
We are the cat lovers!
Latest photo of Reddy, tidur ngangkang tak malu tol, coz kat atas tu sedap jer aircond ke main melaju kena kat dia dulu….she memang pantang kalo kita pasang aircond, memang dia lah yang mentidur dulu….
Anw, maid baru aku cakap ‘Reddy ini sungguh tua sekali yek Abang….’
cit!
berbulu je abang dengau.
As i mentioned in twitter, i pernah dulu sekaliiiiiiiiiiiiii jer hantar my cats boarding. masa tu belum kahwin, nak kena pi outstation, so terpaksa jugak hantar, sent to the Brickfields petshop. Amik2, jadi trauma kucing2 2 ekor aku tuh. Macam bengis semacam jer…so since then, aku tak pernah dah hantar mana2 boarding.
If we were to travel, ada je family members aku tidur baring kat rumah aku tuh, jagakan kucing2 aku. Itupun i was thinking to let go Kel (the youngest in the Reddy’s family), the one yang aku bidankan. Ingat nak bela Reddy and Mozel je lah cukup, biar Paris and Kel dianakangkatkan oleh orang lain, tapi payah betul nak dapat approval Abang.
Ada yang nak adopt Paris and Kel? Please contact me for details.
Anw, this entry is up mengenang kucing2 yang diabaikan dan dizalimi by the owners of Petknode. Kesian, mana yang mati, mana yang trauma, berpenyakit, kelaparan haus tak diberi makan minum…
Damn you Petknode!!
I m joining Kucing Terbiar & Anjing Jalanan’s FB, plus some from frens twitter updates too. Aku bukan activist masyarakat, tapi aku anak beranak memang pencinta kucing. Abang tu kalau boleh semua binatang ikan ayam ular biawak dia nak bela kat umah tuh…
Aku paling kecil hati kalau ko tak suka kucing, tapi ko hina2 kucing. tu aku memang berdesinglah jugak telinga, boleh putus sahabat ok! dah memang putus pun, ngan sorang malaun nih, dia punya benci kucing macamlah kucing tu ada pijak2 pala ko, kenal pun tidak. iskk….
Sayangilah kucing, tak kisahlah yang kita bela ataupun jalanan…..insyallah murah rezeki. Kalaupun tak suka, tak sayang kucing, janganlah mengata apatah lagi menganiaya kucing tu, dibalikkan tulahnya kat ko nanti!
sw33tdarling
Sep 06, 2011 @ 09:25:13
kak.. i tak benci kucing cuma tak suka bela sbb geli nak uruskan beraknya. But my hubby & kids sukaaaaaaaaa sangat kucing maka ada ler yang 2 ekor dah tua tu kat rumah… i let my hubby yang uruskan kucing2 tu, me tahu komplen jer kalau beraknya tak dibuang. hehehehe
tapi bila dah lepaskan kucing tu keluar jalan2 dalam rumah, haku ler jugak yang peluk2 kucing tuu.. hahahaha dasar ngelat takmau cuci tahi
sw33tdarling recently posted..Ber-Giant Di Raya Pertama
fatihah
Sep 06, 2011 @ 09:28:58
its true kak red!
kalau x suke kucing,then its ok, tapi x pyh nk pandang hina n shuhh shuhhh kucing kita kn?
fatihah recently posted..Senarai pemenang ketawariang’s 4th year giveaway!
rie
Sep 06, 2011 @ 09:31:03
SUMBER DARI BERNAMA – 6 SEPTEMBER 2011
Pemilik Haiwan Teraniaya Diminta Buat Laporan Polis
PETALING JAYA, 5 Sept (Bernama) — Pemilik haiwan peliharaan yang teraniaya di sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini diminta membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan, kata pengasas Malaysia Dogs Deserve Better (MDDB) Wani Muthiah.
Beliau berkata polis harus mengklasifikasikan kes itu sebagai menipu dan bukannya disiasat di bawah Akta Haiwan 1953.
“Mari kita pergi ke balai polis dan buat laporan polis. Kita harus mendesak mereka dalam perkara ini,” katanya pada sidang media di sini yang dihadiri hampir 200 pemilik haiwan peliharaan dan orang awam.
Kira-kira 50 pemilik haiwan peliharaan dan aktivis hak asasi haiwan dilaporkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai di sini.
Pengerusi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Christine Chin berkata pemilik ‘hotel haiwan’ itu harus dikenakan 300 pertuduhan di bawah Akta Haiwan kerana menganiaya binatang.
Sebanyak 12 ekor kucing mati di pusat jagaan itu selepas haiwan berkenaan ditinggalkan di situ sempena cuti Aidilfitri.
— BERNAMA
Zarul Umbrella
Sep 06, 2011 @ 13:43:24
@rie, Ish sedih betul dgn kejadian ni
Zarul Umbrella recently posted..Bandwith Limit Exceeded
Mama Zara
Sep 06, 2011 @ 10:08:04
Kak red…saya tak suka kucing. tapi tak de la sampai nak hina/sepak terajang kucing. yg sy buat…lari jauh2…
sbb bg saya kucing ni macam adik beradik rimau…takut kena cakar…huhuu
Mama Zara recently posted..Selamat Hari Raya!
linda
Sep 06, 2011 @ 10:19:38
kak red, TQ for this entry. Semoga pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap Petknode. & semoga pet’s owner buat laporan polis mengenai perkara ni. Maybe ada orang kata takpela, benda dah lepas, lagipun binatang je, bukan manusia, am totally can’t accept it. Walaupun bukan kuceng saya boarding kat situ. Am an animal lover like abang too đ
Kimora
Sep 06, 2011 @ 10:25:03
Salam Sis…
Dem betul Petknode tu….sakit hati betul lah, semoga setiap perbuatan mereka dibalas setimpalnya oleh Allah.
Mya
Sep 06, 2011 @ 10:29:49
saya terus terang mmg tak suka kucing kak.
tapi tidaklah sampai nak pijak pijak or tendang perut ke hapa.
saya tak suka bukan apa, sebab rasa takut kot.
expecially bila dia main renung merenung straight ke biji mata.
lagi satu takut kena gigit dan kena cakar jugak kot.
geli pun ada jugak.
kalau kat tempat makan, dia datang gesel2, memang saya toksey.
tu selalu saya mintak orang kedai bawak kucing tu jauh jauh.
tapi kalau kucing belaan rasanya saya boleh pegang belai2 kot.
sebab kucing belaan biasanya behave kan?
selalu ketakutan ni adalah kucing jalanan. huhu..
Mya recently posted..Syawal ke Tiga
azleen
Sep 06, 2011 @ 10:32:48
saya PENCINTA KUCING dan sume haiwan2 lain jugak.. aka SAYA PENCINTA HAIWAN…
TRUE……. klu tak suka jgna mengata or hina or sepak ke haper ker… tak suker dok diam2 !!
jangan smpai mendera binatang…
Kak Mazz
Sep 06, 2011 @ 10:41:47
Akak mmg pecinta kucing sejak azali lagi. Ada 2 ekor kucing sekrg, sekor umurnya 16 tahun & anaknya almost 14 tahun. Tak pernah hantar utk boarding walaupun balik kpg atau outstation selama 10 hari. Just tgglkan mknn & air dlm food & water dispenser. Alhamdulillah, masih cukup mkn & terlebih gemuk lagi… Org yg siksa kucing, lelaki Melayu pula tu, mmg lah x reti nak ngikut sunnah Rasulullah yg amat sygkan kucing..
maria malik
Sep 06, 2011 @ 10:54:49
i’m a cat lovers..sy x membela kucing sbb suami x kasi tp sy sgt suka kucing..alang kucing terbiar kat blakang rumah tu punboleh katakan hari-hari sy ks makan..kalu x de ikan daging ayam lelebih tu saya belikan cats food yg ada jual di kedai..mmg hampeh betul owner Petknode tu..sedih tul baca kucing² tu semua di aniya dan ada ynag mati…menitik rasenye air mata…jgn sbb nakkan untung tp menganiaya kan banyak nyawa binatang yg x berdosa..harap org tu akan dikenakan hukuman setimpal
Cheyan
Sep 06, 2011 @ 11:24:16
Hai Kak Red, sy sgt suke kucing..i hv 2 at home. Hehe..kalu sy nak kel bole?? Hehe
jellymerah
Sep 06, 2011 @ 11:33:15
betol kak…saya pon pencinta kuceng gak…seb bek dapat laki pon yang jenis suka kuceng gak…jadi takde masalah kat situ sbb saya taleh idop kalo tak dpt pegang kuceng sampaikan kuceng2 kat umah menyampah ngan saya…sedih tgk gambar2 kuceng kat petknode tu….paling kesian baby kuceng yang mati kering tu…mmg saya laknat la owner petknode tu….dasar manusia tade ati perot…perot boroi penuh lemak jek :choler: :choler:
Ken
Sep 06, 2011 @ 11:39:18
Petknode should know the right things to do instead of being a stupiddo dalam hal ni. Jika dah ada laporan polis dibuat, diharap ada tindakan diambil. Kalau diam mcm tu je, confirm kes tu tak kemana2.
Ken recently posted..Pregnancy~BSP (Blood Taking for Random Blood Glucose Test)
hanisah
Sep 06, 2011 @ 11:49:05
Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition
stopanimalabuse.petfinder.my
Sign the online petition to stop animal abuse and cruelty in Malaysia with tougher legislations, stricter enforcement and active prosecutions. Together, we can make a difference.
kid
Sep 06, 2011 @ 12:00:11
meow.. meow.. kat kampung sentiasa je ada kucing..
kid recently posted..Karipap Karipap Cinta
bibah
Sep 06, 2011 @ 12:08:27
u ols.. betol ke owner tu yg salah.. sedng kan tempat tu well established kan.. takkan la tetibe je die jadi cat-haters.. i guess pekerja die yg boikot..
madammondoq
Sep 06, 2011 @ 12:32:31
i tak berapa suka kucing.. tapi takdelah sampai nak menganiaya.. huh.. mmg zalim tu..
madammondoq recently posted..DIGI Buka Puasa With Nuffnang Bloggers
Zarul Umbrella
Sep 06, 2011 @ 13:42:27
@madammondoq, Kalau da terjebak ngan kucing ni pasti lama lama suka
Zarul Umbrella recently posted..Bandwith Limit Exceeded
yangbaik
Sep 06, 2011 @ 13:11:38
sayang atau tidak.. jangan sampai buat aniaya pulak…
đ
yangbaik recently posted..Tanda Cinta
Zarul Umbrella
Sep 06, 2011 @ 13:41:38
Saya dulu tak suka kucing tapi sbb kawin dgn my wife yg suka kucing saya pun da suka kucing juger
Zarul Umbrella recently posted..Bandwith Limit Exceeded
sarah
Sep 06, 2011 @ 14:32:59
saya suka kucing..kalau x suka pun x per tp jgn aniaya sbb kucing pun makhluk ciptaan tuhan gak..
sarah recently posted..Raya Raya Raya…bestnyer…………
RinnAzrinah
Sep 06, 2011 @ 15:12:48
aku x benci kucing kak… anak aku si kakak tuh pun pencinta kucing mcm ko gak kak… cuma ade je kucing yg ilang identiti nih jer yg aku nyampah.. x ingat diri tuh kucing… huhu… just perumpamaan…
RinnAzrinah recently posted..Gambar raya
Lyn Yusoff
Sep 07, 2011 @ 23:36:44
kat rumah kitorang pun ada 4 ekor kucing…
sume org suka kucing kat rumah ni..
cuma lyn jer tak boleh dkt.. asma đ
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #16
Jules
Sep 13, 2011 @ 00:50:43
I love cats so much. Masa travel pegi Jkt and Bkok baru2 ni, tak Lena tido malam. Sanggup call KL check dgn Mak or my niece/nephew how my Oren is doing. Macamlah dia boleh berckp kat phone tu hehehe… Apapun binatang, if dia tak menggugat kita, tak perlu kita dera. Pet care yg kejam tu memang patut di bawa ke muka keadilan. Saya tak sanggup tengok video tu, baca article pun dah melalak semalaman. Cats are so adorable, how could they do such horrible things to them.