Reddy

Reddy Mozel nun di Jasin…

IMG_4976

gambar dalam entry ni macam tak adil. coz depa hanya banyak snap gambar aku ngan Mozel sahaja. sedangkan aku berpeluk2 manja jugak sama Reddy. si tukang amik gambar aka RD lepas je dia snapkan dia pi lepak2 jauh ngan RB. masa ni ramai gak 2 kereta. ada abah, my 3 orang anak buah and also my bro Epi.

IMG_4978

korang ingat lagi tak Mozel and Reddy?

dah lupa?

sian depa…

jauh depa merantau dah skang, kat Jasin Melaka.

IMG_4984

ha itu Reddy, yang abang dok nak sangat jumpa. kerna abanglah makanya aku extended lagi satu nite duduk Melaka coz kita kena tunggu Dayah balik Melaka, she was beraya di negeri lain dahulu. Tu pun kalau boleh pak aji nak bertolak ke Jasin ni ke main awal. hamboihhh abah. tak sesabau nak nyambut bininya.

yelah malam tu mak aku balik tapi ni kita masih lagi di Melaka.

rileks bah….tak lari bini mung tuh.

IMG_4980

asalnya Reddy and Mozel dijaga Dayah di Klang tapi atas urusan kerja, terpaksa pindah di Melaka dan sob sob…makin jauh so tu yang agak payah kita nak datang jenguk. Kel and Paris yang kat KL pun aku tak visit lagik. …biar tak visit pun takper coz aku tau depa berempat ekor ni di tangan yang sangat pandai jaga kucing.

IMG_4997

Terima kasih ye Dayah menjaga Mozel and Reddy dan sudi terima kami semua di hari raya keempat.

jumpa lagi bila akak jenguk2 tanah Melaka tuh.

repeat pakai semula the brown Cambiossa Caftan by Gobok Chanteq

depa tak kenal kita :(

or depa kenal tapi merajuk tak tau ler…

Reddy ngah sibuk main…kaler bulu dia dah bertukar, dah tak macam brown dulu. Dah makin tua pun yer hehehhehe

my Mozel!

masih manjaaaaaaaaa

aku yang beria nak jumpa ke abang yang nak jumpa tapi memang eii geram betul ngan Mozel Reddy. specially Mozel ler coz dia kan kucing yang mengada manja ya sangat. Abang dok tanya2 gak bila nak amik balik, but not so soon lah. aku sebenarnya tak kisah pun kalau depa nak jaga permanently lagipun kita masih lagi dalam kondisi tak boleh nak jaga. selain dari logistic issue, si RB yang akan merenyam kerjakan kucing2 pun ye jugak.

Tunggulah dulu.

Ada rezeki kita bersatu kembali ye kucing-kucing mak semua. Kalau takde rezeki, penjaga kamu pun molek jaga korang sumer. Insyallah, sabar yek bang.

Special entry untuk kucing setelah hampir setahun tiada khabar berita kan …..

Comment: 17

Hallop hallop!

IMG_7635

Hello

Madam merah adalah tidak berapa sihat lately nih and saya sebagai #retis di RM, juga ingin memaklumkan bahawa she s taking a short break from the blog, just for a while. Lagipun atas permintaan ramai fans ai, so let s madam merah rehat2, and sekali lagi saya yang mulus jelita bernama Reddy ni, menyibuk kuorkan muka :) .

Ingat ai lagi, ai m Reddy, the first cat for Red Family.

Sebagai salasiah untuk mengingatkan u all:

saya adalah isteri, suami saya dah diambil orang

saya adalah ibu, 2 anak saya dah diambil orang

salah sorang anak saya telah beranak, dari hasil jantan yang patutnya menjadi bf saya

kemudian saya menjadi nenek

Makanya saya adalah kucing comel yang ada bf, ada anak dan juga ada cucu.

Ko hado?

signing off: Miss Reddy

Comment: 18

A story about Reddy….

IMG01226-20111008-1931

bukan dia tidur, tapi tengah sakit tak sihat walafiat  nih. but masa entry ni kuor dia dah kebah, dah boleh makan minum. 3 hari ok dia tak nak makan minum, dok pakai syringe  tenyeh air kat mulut dia pun payah sangat. Hari pertama malamnya aku tengok dia semacam tak active pun. Esok siangnya memang kompem tak sihat, tak tau ler sakit apa tapi dia dok berselubung jer ler. pastu manja je ngan makyong.

So hari Sabtu tu apa lagik bawaklah pi vet…..

IMG01227-20111008-1934

Reddy kena infection, sekali 3 cucuk dia kena coz nak amik darah nak cek dek vet. Pastu 3 hari kita 4 beranak bersilat nak bagi dia ubat. bukan senang. Sirman pegang muka mulutnya, Abang pegang tangan and kaki, aku tolong masukkan ubat tu dalam rongga mulutnya and Gegirl tukang sorak!

Masa dia tak sihat nih, Mozel tak berkawan sangat ler aterrr Reddy tu bolayan jer dia borak.

Now macam dah sihat cuma mata dia macam sembab, allergic ubat kot. But sekomannya dia dah leh makan so syukurlah jugak, if tak getting better gak nanti weekend kena bawak lagi pergi vet.

Amik darah dia jer dah RM75 + check up segala ubat total is RM140. standard le ni harganya, pasir and iams dia pun in my allocation gak.

Comment: 27

We are the cat lovers!

IMG_6696

Latest photo of Reddy, tidur ngangkang tak malu tol, coz kat atas tu sedap jer aircond ke main melaju kena kat dia dulu….she memang pantang kalo kita pasang aircond, memang dia lah yang mentidur dulu….

Anw, maid baru aku cakap ‘Reddy ini sungguh tua sekali yek Abang….’

cit!

berbulu je abang dengau.

As i mentioned in twitter, i pernah dulu sekaliiiiiiiiiiiiii jer hantar my cats boarding. masa tu belum kahwin, nak kena pi outstation, so terpaksa jugak hantar, sent to the Brickfields petshop. Amik2, jadi trauma kucing2 2 ekor aku tuh. Macam bengis semacam jer…so since then, aku tak pernah dah hantar mana2 boarding.

If we were to travel, ada je family members aku tidur baring kat rumah aku tuh, jagakan kucing2 aku. Itupun i was thinking to let go Kel (the youngest in the Reddy’s family), the one yang aku bidankan. Ingat nak bela Reddy and Mozel je lah cukup, biar Paris and Kel dianakangkatkan oleh orang lain, tapi payah betul nak dapat approval Abang.

Ada yang nak adopt Paris and Kel? Please contact me for details.

Anw, this entry is up mengenang kucing2 yang diabaikan dan dizalimi by the owners of Petknode. Kesian, mana yang mati, mana yang trauma, berpenyakit, kelaparan haus tak diberi makan minum…

Damn you Petknode!!

I m joining Kucing Terbiar & Anjing Jalanan’s FB, plus some from frens twitter updates too. Aku bukan activist masyarakat, tapi aku anak beranak memang pencinta kucing. Abang tu kalau boleh semua binatang ikan ayam ular biawak dia nak bela kat umah tuh…

Aku paling kecil hati kalau ko tak suka kucing, tapi ko hina2 kucing. tu aku memang berdesinglah jugak telinga, boleh putus sahabat ok! dah memang putus pun, ngan sorang malaun nih, dia punya benci kucing macamlah kucing tu ada pijak2 pala ko, kenal pun tidak. iskk….

Sayangilah kucing, tak kisahlah yang kita bela ataupun jalanan…..insyallah murah rezeki. Kalaupun tak suka, tak sayang kucing, janganlah mengata apatah lagi menganiaya kucing tu, dibalikkan tulahnya kat ko nanti!

Comment: 25

Tidur melingkau!

IMG02871-20100925-0103

Reddy membongkang kat celah meja pc, dah tau ko besau..situ plak ko nak melanding

IMG02862-20100924-2221

abang pun sama tidur ngan buku sekolah atas katil aku melingkar2 badan..

Abang was doing his revision, dia tu mmg dari dulu kalau belajar nak mengadap depan muka mak bapaknya. belajar kejap je kat bilik dah lari ke luar, lari ke bilik. so kitorg dok leka kat luar dia dok ok belajar je atas katil aku tuh…tapi lam bape lama Sirman checked tengok dedua dah bersidai lena…

baik Reddy mahupun abang.

Senangnya nak bagi abang tidur awal kalau hujung minggu tu, suh dia belajar malam, hah kompem cepat je mata terlelap. Ni nak periksa nih awal Oct tu yang kena buat revision sket. aku rasa macam baru je exam tapi dah datang exam lagi…

ni cakap pasal tidur, aku masih lagi bermasalah ngan lengan kiri aku actually. ada lah cite lam RM gak pasal urat aku yang dah silap on the left side, sampai naik bisa demam dibuatnya. tapi bila makcik urut aku urut dulu, baru lah kurang. berkurangan sahaja tapi masih tidak 100% pulihnya.

tak tau dah nak buat camne. aku dak tukar tidur ke kanan but masih lagi kefungsian tangan kiri agak membataskan. kalau tutup lampu suis ngan tangan kiri tu mmg terasa jugak, kalau gegirl or abang tidur baring nak beralaskan tangan kiri aku pung, sakit gak terasanya…aku bercuti dari berurut with makcik for 4 sabtus sebab ada hal .nanti bila sambung memang sedaplah berpinar2 badan dibuatnya…lamo dah tak ngurut nih.

Those yang tak tau…aku engage makcik urut ni harituh utk 3 pagi berturut. pastuh aku sambung amik package 10Sabtu berturut2…ha gitu. kasi badan mantap yah…..dahlah makan supplement malas, makan vitamin pun malas, hah ko, berurut lah kasi kuat sket badan nih. buang2 angin, buang2 lemak…sedappp!

Comment: 34