Mozel

Reddy Mozel nun di Jasin…

IMG_4976

gambar dalam entry ni macam tak adil. coz depa hanya banyak snap gambar aku ngan Mozel sahaja. sedangkan aku berpeluk2 manja jugak sama Reddy. si tukang amik gambar aka RD lepas je dia snapkan dia pi lepak2 jauh ngan RB. masa ni ramai gak 2 kereta. ada abah, my 3 orang anak buah and also my bro Epi.

IMG_4978

korang ingat lagi tak Mozel and Reddy?

dah lupa?

sian depa…

jauh depa merantau dah skang, kat Jasin Melaka.

IMG_4984

ha itu Reddy, yang abang dok nak sangat jumpa. kerna abanglah makanya aku extended lagi satu nite duduk Melaka coz kita kena tunggu Dayah balik Melaka, she was beraya di negeri lain dahulu. Tu pun kalau boleh pak aji nak bertolak ke Jasin ni ke main awal. hamboihhh abah. tak sesabau nak nyambut bininya.

yelah malam tu mak aku balik tapi ni kita masih lagi di Melaka.

rileks bah….tak lari bini mung tuh.

IMG_4980

asalnya Reddy and Mozel dijaga Dayah di Klang tapi atas urusan kerja, terpaksa pindah di Melaka dan sob sob…makin jauh so tu yang agak payah kita nak datang jenguk. Kel and Paris yang kat KL pun aku tak visit lagik. …biar tak visit pun takper coz aku tau depa berempat ekor ni di tangan yang sangat pandai jaga kucing.

IMG_4997

Terima kasih ye Dayah menjaga Mozel and Reddy dan sudi terima kami semua di hari raya keempat.

jumpa lagi bila akak jenguk2 tanah Melaka tuh.

repeat pakai semula the brown Cambiossa Caftan by Gobok Chanteq

depa tak kenal kita šŸ™

or depa kenal tapi merajuk tak tau ler…

Reddy ngah sibuk main…kaler bulu dia dah bertukar, dah tak macam brown dulu. Dah makin tua pun yer hehehhehe

my Mozel!

masih manjaaaaaaaaa

aku yang beria nak jumpa ke abang yang nak jumpa tapi memang eii geram betul ngan Mozel Reddy. specially Mozel ler coz dia kan kucing yang mengada manja ya sangat. Abang dok tanya2 gak bila nak amik balik, but not so soon lah. aku sebenarnya tak kisah pun kalau depa nak jaga permanently lagipun kita masih lagi dalam kondisi tak boleh nak jaga. selain dari logistic issue, si RB yang akan merenyam kerjakan kucing2 pun ye jugak.

Tunggulah dulu.

Ada rezeki kita bersatu kembali ye kucing-kucing mak semua. Kalau takde rezeki, penjaga kamu pun molek jaga korang sumer. Insyallah, sabar yek bang.

Special entry untuk kucing setelah hampir setahun tiada khabar berita kan …..

Comment: 17

Mozel Hachiko…

IMG03367-20101103-0010

Bergelumangan sebelah lappy RM, sebenornya ngah bermanja tuh…

Kenapa aku katakan Mozel is the interpretation of Hachiko…wpun aku blom mati lagi, so tak nampak kesetiannya tu kan. But apa yang ada pada Hachiko memang mirip ada kat Mozel. Semakin hari aku makin sayangggggggggg ngan Mozel. Memilikinya adalah satu anugerah yang tak leh aku nilaikan.

Not saying Reddy and triplets tu tak kusayang…dah tentu Reddy is my first kitty. Tapi lepas menonton Hachiko or nama timangannya Hachi, sangattttt hampir serupa.

Hah korang lom tengok ke movie Hachiko?

Silalah pergi nonton the movie itu, yang wanita silalah bawak tisu banyak2, dan yang anak2 kecil pun make sure korang bagi kain lap siap sedia. Lelaki diorg ego, orang nangis pun dia golak2!

Anak2 aku menonton Hachi, sampai meraung-raung menangis ok! Abang paling over! meraungggggg peluk2 mak nya, syahdu betul. Gegirl menangis balik bantallllllllll waaa very the airmata pilu lah citer tuh.

IMG03399-20101107-2358

Aku tak nak cite panjang2 pasal Hachi, but it s very thumbs up movie! 2 kali repeat aku tengok….betapa kuatnya kesetiaan seekor anjing pada tuannya, wpun dah hampir 10 tahun tuannya mati, tetap gak dia setia tunggu kat spot yang sama kat railway station tuh. It s based from a true story in Japan. Starring by Richard Gere.

Itu anjing pun pandai gak berlakon yek….

Back to Mozel…he is very loyal to me. Dalam rumah nih, aku saja tuannya yang paling dia suka mengendeng….aku berjaga malam blogging pun dia jugak menemankan, dia paling tak banyak kerenah. Malam2 paling ketara dia akan tidur sama dalam bilik, kalau nak lagi manja, dia akan tidur tup2 ada sebelah aku, ada kat belakang pala aku….

Aku panggil sekali je Mozel, namanya terus dia datang…kalau aku tepuk peha, dia terus panjat peha. Kalau aku jerit dari dapur pun, Mozellllllllll….laju je dia dah ada depan mata.

IMG03414-20101109-2347

My one and only Mozel. Si merah dok leka main carrom, mozel memang setia sangatĀ  meneman. Kalau dia geti main, lagi besttt! Hah korang, aku betul2 kemaruklah ngan carrom nih, dari main ngan budak2,Ā  pastu main lak ngan sirman pastuh ngan aku2 pun leh main sorang2. Jalankan je utk 2 orang….hahahaa

Padahal bukan takde carrom set besau kat umah nih, tapi bagak bonar kan, but main carrom besau best, ada thrill sembur2 bedak hahahaha….main carrom iPad nih, rasa nak baling2 kan jer….tembak slow pun ko pi masuk lam lobang napaaaaaaaaaaa

eh eh tu pasal aku kedaung sket, salahkan carrom, jangan salahkan blog yek. I told u ordy kan lam twitter.

Comment: 27

Mozel nak mengawan pulok!

seks adalah tuntutan wajib bagi manusia yang berakal mahupun binatang. hari tuh Slash dok memekak nak mengawan so the previous owner took her back. i tot masa untuk Mozel belum masanya….sekali dang! aku nampak dia peluk2 anak2 si Reddy, jilat2 usap badan. ok lah, dah berkawan kan…wpun depan mata maknya si Reddy. tapi bila aku dengau si kenit dok mengiau semacam, wah, melompat aku terus angkat si kenit yang baru 2 bulan lebih tuh. Mozel nak taram dia kooo!

then mbe tergigit kuat ke waktu memain, aku observed lagi. udah aku laki bini keje memerhati si Mozel coz nak ensure dia ni nak mengawan ke hapa, mulut tak bising but bila sekali lagi dia cuba bertenggek atas salah sekor kenit, oh my god! ko nak rogol anak Reddy ke Mozel! ngeng2….apesal ko tak ngorat si Reddy, anak2 nya yang putih suci bersih dan mendara tu gak ko nak taram.

So i had no choice, to split them. waktu anak2 Reddy dok sakan main kat balkoni, aku kena lockkan Mozel dalam cage. waktu anak2nya masuk cage, Mozel pulak kena dok kat balkoni.

IMG01767-20100810-0924

Sebenarnya aku plan nak anto ke empat2 ekor nih nanti pergi potong. Well, aku dah tanya kat hospital kerajaan even kat signboard depan spital kerajaan yang untuk pet tuh pun ada cakap, dalam Islam pun digalakkan kalau dah terlampau banyak sangat….kang jadi buang anak merata2 pulak kucing2 nih. macam tak sampai hati lah. cuma masalahnya kalau aku tak buat gitu, setiap tahun aku akan dapat berpuluh2 ekor anak kucing! mak tak larat dik. I think 4 ekor ni cukuplah sudah, lagipun the triplets tu adik beradik, kang diorg ngawan sesama sendiri pulak lagi bahaya. but dari sebelum Ramadhan sampai nak masuk bulan puasa tak jugak bawak Mozel and Reddy pergi vet.

Kalau ada fakta korang yang boleh menguatkan lagi hati aku pi bawak depa pi vet untuk proses pemotongan ehem2, do let me know lah. I have to do it lar, takkan nak hantar Mozel pi kawin plak, pastu baru amik dia balik, pastu amik kawin amik kawin, huh satu keje jer, orang kalo dah amik tak nak pulangkan….

Wanie – Abang rindu Kemek! Sha – Abang pun rindu Slash!

how arr? korang aku tau suh je depa beranak pastu anak2 nya bagi kat korang, isk nak memisahkan anak dari ibunya pun aku dah tak sampai hati, pastu comel2 tu nak bagi kat orang, kang dah sayang mayang, lagilah nangis2 nak bagi korang. oh tak nak lah. so camne yek?

tolongggggggggggggggggggggg!! pi anto potong le kan?

Comment: 20

Sedihnya Mozel disepuk Reddy…

IMG_0245

IMG_0257

IMG_0262

aku sian kat Mozel. sejak Slash berpergian, dia dok terpaku sorang, main pun ngan bola pingpong jer, or main ngan aku and anak2 lah. dia teringin nak berkawan ngan anak-anak Reddy…lagipun Mozel ni pun masih kanak2 riang ria jugak. Tapi si Reddy tu garang nau, tak bagi Mozel dekat langsung dengan anak-anak2nya. kalau anak2 Reddy dok lam cage, menung lah si Mozel ngadap budak2 kecik tuh.

Kalau diorg kuor cage, so galaklah dia ajak budak2 tu main kejar bola pingpong, Reddy pulak takkan lepas mata dia dari pandangan anak-anaknya. masa main2 tu adalah terlanggar sket, teraba sket, terpegang badan anak2 dia sikit, wuiii dia punya mendesir marah. Dah berapa kali Mozel kena lepuk ngan Reddy.

so lama-lama dia pun jadi jauh hati, tiap kali budak2 tu main bertiga, manjang je maknya si Reddy ada, dari jauh dia tengok jelah budak2 tuh. nak main sama tak boleh, mak korang garang nau. tapi dalam garang punya garang pun Mozel try try jugak kot2 boleh dia main kejar2, pun kena papppppp!

mencicit2 si Mozel lari satu rumah. so dia sampai naik phobia.

IMG_0240

dah berapa hari aku tengok dia dok menyorok bawah meja makan coz sedihĀ  ke takut ke nak tunjuk muka, dia dah jadi ngeri ngan Reddy tuh. Kot ye pun ko Reddy janganlah garang bonar, dulu sebelum beranak ok je ko terima Mozel tuh, ni dah habis pantang bukan main lagi ko seligi si Mozel tuh. He s not that bad lar, terimalah Mozel tu macam anak angkat ko ke, adik angkat ko ker…udahlah dia sebatang kara.

Eh sedihlah aku tengok Reddy buat Mozel, dia memang lah mak yang possessive, yelah aku pun Mak, paham sangat but takde sekali pun Mozel nak aniaya anak2 Reddy, sungguh! sumpah! memang dia nak buat kawan jer….adiknya Slash dah takde so ngan anak-anak Reddy lah dia menumpang kasih.

Paling kuat dia berjalan bila Reddy duk dalam cage ngan anak-anaknya, terendap2 dia ngintai…makan tak kenyang budak nih dibuat dek Reddy. aku pernah gak nampak Reddy melepuk Mozel, mencicit budak tu lari menyorok kat dapur. Ko ni Reddy….kasi can le anak2 ko tu main ngan Mozel.

So time aku ada kat rumah memang aku belai2 diorang nih, gamaknya masa aku takde tu Reddy dah sound2 lah dia, amboi ko berlagak yek bila Mummy ada kat rumah, siap ko nanti kalo ko dekat lagi ngan anak-anak aku! Tapi anak2 Reddy pun suka main ngan Mozel, ater maknya asik nak mengawal anak jer gamaknya kot….

Comment: 24

Kucing pun samo studynya…

IMG00769-20100706-1929

Slash meneman Abang

IMG00831-20100707-1852

Mozel meneman Gegirl

Reddy tarak, sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu solehah untuk anak2nya….menetek le apa lagik. kalau tak pun dia dok jilat2 bersihkan badan anak2 dia lah. baring2 santai sama anak2nya….budak2 tu kaki tak kuat lagi berjalan tapi dah pandai merangkak kuor cage lah pulak! aku tutup pintu cage tu kang, mak ko tak boleh masuk pulak….harituh si Mozel ingat anak2 Reddy tu pemenan gamaknya, siap dia cuit cuit and tendang2 lagik. amboiii! kalo Reddy nampak mau ko kena hambat.

anw, 2 gambars nih di lain malam, tapi aku baru pasan yang dedua ekor tuh kalau abang or gegirl study, depa pun sama menebeng…time aku pulak study, diorg bongkang.

malam ni aku ada sessi post-mortem ngan anak-anak, memang nanti nak blogkan pasal session tuh kat korang, one of the parenting tips yang aku create sendiri, tak surelah ada kat mana2 buku or college, Prof Redmummy yang hasilkan. copyright kay.

Comment: 13