Chest freezer for EBM…

wiiii!

hidup bahagia tak dengan berpantang? ada yang twit tanya aku kak red ko ni steady je lam pantang, cam best jer, buat faciallah, buat mask lah, shopping online lah.

yelah, dah aku engaged confinement lady, bukan murah aku bayau yang oi, tadah je badandia buatkan….lagipun kan masa dalam pantang jangan stress, tak boleh meroyan kena relaks jer…

selain dari kena tenang dalaman mental, kita juga perlu tenang coz nak memproducekan susu badan. Kerana susu badan yang banyak akan membuahkan hasil yang menyihatkan untuk bayi kita jugak. Dek kerna susu badan aku dah banyakkkkkkkkk sangat distoragekan dalam bottles and plastic bags, makanya kami terpaksa membeli the chest freezer jenama Elba nih, habis tu ko nak aku simpan susu kat mana???

Tu pun dah hantar 32 bottles ebm ke rumah mak aku. tumpang freezer mak coz mak ada 2 fridges.

Kuala Lumpur-20120125-00292

tapi space umah aku, umah mak ajah pun dah takde, pun tak cukup….beranak belum sebulan pulak tuh, mana nak dicampakkan lagi susu2 badan nih. sok dah start kerja RedBaby nak minum gak susu nih, selagi boleh pump, banyak production baik kita pump. Pump susu dah ler ke main banyak, Avent ler Pureen ler, Medela ler.

Aku pujuk RD beli, dia tak nak coz takde tempat nak diletak freezer besau gini, dapur sempit. Jumpa kat Tesco harganya lam RM700. Tapi di satu hari tu RD pergi balik Tesco nak belikan Diva Darling frozen popia untuk dia bawak balik UK, ada sale le pulak freezer ni. harganya RM470!! hari terakhir pulak sale nya, rezeki alhamdulillah.

waaa, terus pakcik tu beli padahal asalnya kata takde space kat umah.

So far as of now, belum sebulan beranak aku dah storagekan lebih 200 ebm dalam bentuk bottles and plastics. Sebenarnya aku suka storagekan dalam bottles tapi costly. Walau beli murah camne pun tetap mahal jugak bila dah melampau2 banyak botolnya, sok dah tak leh pump mana aku nak campakkan bottles tu oi? ada yang nak beli? ha pikir gak tuh. So kita terpaksa gak pakai plastics walaupun aku tak suka, siap ada reader yang offer beli murah sket dari supplier dia, ok ler jugak, kalo kat online market tuh lain harganya tinggi sket.

Harap2 kali ni susu badan aku berpanjangan lama sikit coz dedua anak dulu, asal masuk dah kerja jer mulalah susut and genap je 6 bulan terus putus susu. Aku nak ler jugak lama sket menyusu badan, wpun dapat setahun pun jadilah. FYI. aku memang modern but tang susu dah ada melambak kuor, batper nak bagi susu formula wpun berduyun yang nak menaja, kita pun tau susu badan kan berkhasiat.

Just nice, today pun my regular Anmum sponsored post pun kuor kan 🙂 .

Semoga si kecil RedBaby mendapat nikmat susu badan sepenuhnya, biar rumah sempit dek makan freezer, tapi jangan ko putus susu badan ibumu. Kerja aku pump, si kecil minum. bapaknya tolong markerkan tarikh kat setiap EBM. Anw space yang kata takde asalnya tuh, knowing me, aku pastikan ada space jugak. ada le menda yang aku lantingkan kat dapur tuh supaya menjadikan Elba chest freezer ni muat.

Eh eh tak sangkakan, blog aku akhirnya kembali bercerita pasal baby. susu tetek pun kuor lam blog ahaks….sepanjang2 aku blogging inilah doa kalian untuk aku bercerita pasal baby, ha berhasil jugak. Sapa ke hari tu nak engage aku pasal blogger yang menyusu badan, ha dik…mana surat proposal?

Comment: 25