Jelajah Midvalley….

IMG_0882

betul2 kitaorang nih berselipar je sumer. empat2 ok! selipar akulah yang paling cabuk,the one yang aku beli kat KL putus, pastuh beli yg sama kat Jakarta pesen yang sama pun putus pastuh depa belikan kat Phuket, pesen yang sama jugak! ha tu hidup lagik.  Sesudah checked out kat Midvalley hotel, makanya jalan2 dalam Midvalley gak. but tu lah, tak sempat nak pi Gardens, tu next visit punya cerita bila kita dok hotel yek…

wpun Midvalley ni sekangkang ko jer dengan umah ai, tapi nak datang kalau tak kerana betul2 ada hal memang tidak ler.

IMG_0884

RB kalau dah nak minum mana kira tempat, sib baik aku dah siap pumped! malas nak bukak nursing cover waktu dok ngah2 shopping nih, budak SA situ bagikan kerusi untuk aku susukan RB, boleh je tak yah kuorkan RB fromt he mobywrap anw kita jalan2 belanja anak2 beli jam lah, jam murah2 jerr….

pastu beli belt depa, jeans yang kakak pakai tu boleh tercabut apa tah getah yang leh adjust dalamnya tuh, aku ikat pakai tali yang ada je dari hotel ke bawah tuh kay. tu yang sebat belt, pastuh beli belt abang, budak tu punya ganas, tak sampai seminggu dah patah jarum belt nya. amende ler ko bang oiii!

IMG_0888

Ko kenapa kakak????

suka dapat cardigan baru.

mahal betullll ler sangat cardigan budak2 dah sama ngan harga baju makpaknya.

IMG_0902

btw, bila nak pakai mobywrap ni ada berebut2 sket nak bawak, aku nak bawak, RD pun nak bawak gak. tapi alasan aku lagi kuat….

eh ai bawak, ai nak cover buncit!!

ha korang, jadilah insan yang bijak seperti aku yang nanti orang jumpa eii kurusnya, padahal….ditutup dengan mobywrap 🙂

kat Crocs, selipar gegirl ya hampunn mahalnya, ok lah kenangkan selipar anak aku pun tapaknya dah haus. Abangnya pulak takde kaler ‘jantan’ so redah ke Bata sudah. Dia punya size kaki, dah kalah kaki aku. taun lepas bolehlah jugak pakai sesama size 6, skang dia dah besau than me.

anw shopping ni specially for both kids, adiknya pun tak dapat apa, coz dah banyak nau aku shoppingkan dia, asal pi Mothercare je rembat selai 2 baju Kalau selai dah 129…dah berapa kalo berlai2? ayooo!

IMG_0910

Kakak dapat jam oren, hari tu kasut badminton dia pun kaler oren, selipar crocs dia pun kaler oren gak!

ko suka oren ke Gegirl?

suka, tapi merah lagiiiiiiiiii Gegirl suka.

masalahnya kasut, jam selipar tu sume takdak merah!

alright then kita balik coz aku dah time up, masa untuk pumping and tak kuasa nak pi mana2 nursing room buat keje ngepam. Satu citer masa malam kitorg check in tu kan kita datang ngan 2 keter, yelah memasing dari opis memasing. So aku laki bini memang masuk parking kat dalam Cititel Hotel tuh. Bila kita nak keluar malamnya coz nak amik anak2, kita bawak dedua keter gak keluar so nanti satu keter leh park je kat rumah and in 1 car je patah balik datang hotel kan….

then kita mintak endorse parking card.

sedihnya dia kata satu bilik hotel hanya untuk satu keter jer. takde budi bicara langsung kay. Bayau le satu keter lagi with RM20!  Hish, baik le satu lagi keter tu parking kat Midvalley jer, dah tentulah tak merugi.

Anw, ni kira ke 4 aku lepak di Cititel, pastinya akan kembali lagi menginap….

Apa lagi hotel + mall yang macam nih, selain Mandarin Oriental + KLCC? ada lagik? Takmo ler Seri Pacific + The Mall, tak berapa IN plak mallnya. Apa lagik yek? Memang nak spending kat hotel nanti masa cuti sekolah sok sok….

Comment: 31