‘Salaam’ dari Sami Yusuf….

 

Setelah mencatatkan jutaan jualan, penyanyi dan pencipta lagu, Sami Yusuf bersedia untuk memasarkan album terbaru beliau, ‘Salaam’ di Malaysia, Singapura dan Brunei melalui syarikat rakaman dan pengedar dari Malaysia, Arteffects International.

Album studio keempat Sami Yusuf ‘Salaam’ bakal menghidangkan selera dan tema lagu yang lebih pelbagai. Album ini juga turut diserikan dengan gandingan istimewa oleh Diva dari Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza untuk single utama, “You Came To Me” yang telah dirakam di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Aisay ade Tok Ti la pulak, ni yang wajib sambar ni…

Album ini akan dipasarkan seiring dengan Konsert Jelajah Salam 2012 (Salaam Tour Concert 2012). Konsert ini akan diadakan di Stadium Terutup Singapura, Singapura pada 8 Julai 2012 dan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, Malaysia pada 14 Julai 2012.

FYI, 3 album terdahulu beliau ialah ‘Al-Muallim’, ‘My Ummah’ dan ‘Wherever You Are’. Aku dengar laku bak pisang goreng panas huh…

So kalau ada sebarang pertanyaan, sila emel ke newmedia@arteffects.com.my atau hubungi 03-7727 1297.

Comment: 14