Buffet Ramadhan @ Le Meridien!!

IMG_4267

Mula-mula kasi korang semua terliur dulu… jangan sampai terbuka puasa dah la :P

IMG_4218

Lepas tu ikut ai jalan lenggang mak limah, kita masuk ke Latest Recipe @ Le Meridien untuk mengopek dan meratah isi udang masak pedas yang lembut atas nun… sedap sampai menjilat jariiiiii, sambil lap air liur yang melelehhhh :)

IMG_4224

Sebelum tu wajib auto set timer camera snap photo satu family dulu hiks

2012-07-281

Abang dan Kakak apa lagi, meround melawat melihat keliling, makanan apa yang ada dan patut di makan nanti.

IMG_4249

Tiba-tiba Kakak terexcited “Mummyyyy tu Chef Zubir Master Chef Malaysia kan?”

Nak tangkap gambar dengan dia?

Seganlah mummyy….

Ha ko segan-segan, bapak ko yang pi tangkap gambar dengan Chef Zubir tu

IMG_4320

Aku semenjak ada baby ni memang kalo dine in for sure carik sofa seat, selesa sket nak BF si RB ni. So tengah bersantai-santai sementara tunggu waktu buka. untuk surau pula ada di P1, so in between leh turun Maghrib dulu baru sambung balik makan.

2012-07-28

Spread makanan dia memang banyak tak terkira. Indian food ada, siap roti nan pun ada. Kari kompom la kan semua jenis kari ada. Dan menu dia akan bertukar-tukar setiap hari. Buah-buah tempatan, kuih-muih tradisonal beraneka warna dan rasa plus ice cream dan topping yang beraneka rasa yang membuatkan Abang dan Kakak dok berulang-ulang tambah.

2012-07-282

Dari ulam-ulam kampung, pecal, segala macam kerabu sampailah ke western food,  semuanya ada. Kambing bakar, chinese food dan dim sum, lauk pauk melayu beraneka jenis. Ikutkan hati memang nak jamah semua, tapi kena control diet gak hiks. Yang penting kena menjamah, nanti menyesal, terbayang-bayang pulok :)

2012-07-283

And my favourite siput sedut masak lemak cili api. Kakak favourite jugak. Berlawan-lawan kitorang anak beranak menyedut hiks. Kebetulan siput sedut ni takde keladi, lagilah lah laju kitorang makan. Kalo yang ada keladi tu aku tak suka sangat. Memang sedap weiii.

Ayam kurma tu pulak favourite Abang. Udang masak petai pedas tu pulak favourite RD. Memang kena la kat tekak masing-masing.

2012-07-284

Yang lain termasuklah kurma, all those sweet desserts, roti jala, bubur nangka. cake dan putu piring kesukaan aku!!! Tapi aku terlepas pandang makan putu piring tuh, kesal oh kesal!

IMG_4275

your favvy?

IMG_4328

Dan semestinya aku hantu oysters… nom nom nommm

IMG_4300

Sushi pun segar dan menyelerakan jer tengok

IMG_4311

Makan-makan juga, RB pun nak minum gak hiks. Tu dia baru lepas BF la tu, tu yang seronok semacam :)

IMG_4298

Jemputlah reramai ke Le Meridien

Harga buffet is at RM128.00 ++ from Monday to Friday and RM 118.00 ++ on Saturday and Sunday

IMG_4326

IMG_4290

Last sekali penutup perut kitorang, disudahi dengan chocolate fountain dicicah dengan strawberry dan mashmellow. Memang the complete package!

Thanks Le Meredien for having us berbuka puasa. A to Z semua complete, sedap lazat pulok tu!  Burpppppppppppp alhamdulillah.

Comment: 23