Nov 6 2012 Tuesday, 12:00 pm
Tetamu kucing lagi….
hello, saya pula kucing brown, campur2 warna badan saya. saya sesat. saya datang rumah mak merah. mintak minum sket boleh. saya sedang berusaha untuk mencari rumah tuan saya.
Boleh, tapi ko jangan dekat ngan RB yek, coz RB tu menggigil je dia nak mencokak ko, jadi jauh-jauh sket. ado gak RB bebaling ko kang
makanya dari jauh je lah bapaknya bagi RB tengok si kucing kecil tuh….kejap2 pa dia minum kucing tu pun pergi, tak taulah hala ke mana.
Oh my, rindunya nak bela kucing balik! tapi alhamdulillah, insyallah kucing2 kami yang 4,5 entah bape ekor di tangan orang tu sume semoga sihat walafiat hendaknya, tiada deraan tetapi penuh dengan love dan cinta.
speaking of this budak kecik! rumah kitorg skang dah berpagar kat dapur. haritu sket lagi nak beli dah pagar baru tapi mak aku bilang pagar lama masa zaman Abangnya dulu ada lagi kat rumah mak aku, coz pas Abang and Kakak pakai, memang aku passing batton bagi adik beradik lain pakai, dah rupanya tersadai kat rumah mak, wallah!
11 tahun wor usia pagar tu, sama ngan Abang and masih lagi boleh pakai, jimat RM200 lebih! cuma dibasuh2 sikit and sepatutnya perlu dicat semula but tu lah, you know, nak suruh menda apa2 pun kat bapak budak2 nih agak bersuruh 100 kalipun tak tentu berjalan. But baguslah, barang2 baby anak2 aku banyak yang bertahan lama, walau abang kakaknya dah pakai, kemudian sepupu2 nya pulak pakai, masih lagi boleh digunakan semula. so worth it! tak sia2 jugak beli yang mahal, inilah hasilnya.
But aku tak rasa aku beli mahal sangat kottttttttttt pagar baby tu dulu, namanya pun 11 tahun dah kan. Jadi dia skang, agak berbulu ler bila kita dok dapur, dia tak dapat nak masuk, muka bongang jer. But masa Abang dulu umur dia bape tah, dia pandai jugak bukak pagar tuh, ok abang ko tu jangan cakap, dia bijak, explored habis! Dari luar pagar tu RB jenguk je bilik Abangnya. At least kakak tu rajin gak amik adiknya bawak masuk bilik main2, tapi Abang memang pantang kalau RB masuk bilik dia, harus dia rasa nak terbalik barang-barang dia yang mudah dicapai dek si adik, tension je dia bila nak kena kemaskan.
hazman aka species1980
Nov 06, 2012 @ 16:15:35
Owwhh….RB semakin lasak la yea….jenuh nak kepung nanti
Wanayu.com
Nov 07, 2012 @ 06:19:00
RB comel nye..
Wanayu.com recently posted..Dapatkan Download Borang BR1M
AreLeez Adnan
Nov 07, 2012 @ 08:43:39
chaiyok, rb! semoga dpt gak m’bukak pagar tersebut. heh3..
AreLeez Adnan recently posted..WORDLESS WEDNESDAY #13: MELEKAT, NOKS!
pinkbubblegumprincess
Nov 07, 2012 @ 09:34:57
hahahha RB dah pandai kacau brg ek? nakal..
pinkbubblegumprincess recently posted..Beautiful Mindblowing tulips picture
mummy adriana
Nov 07, 2012 @ 12:16:07
Biasala baby ni suka sangat mengemas rumah…:) hehe kalau boleh semua pon nak tolong kemas!
mummy adriana recently posted..~Wordless Wednesday 07112012~
Lyn Yusoff
Nov 08, 2012 @ 10:18:44
budak2 kecik mmg geram nk pgg kucing..
bkn dia tau ape pun kan.. janji geram nak pgg hehehe
Lyn Yusoff recently posted..Budak Perasan
wanie-ladybird
Nov 08, 2012 @ 16:02:25
betul tu kakred,walaupun barang2 tu agak mahal, tp berbaloi2,dh banyak tanganpun tetap elok kan
wanie-ladybird recently posted..mukaku masih gatal haruslah ke klinik Maria Putrajaya
Izz Latif
Nov 08, 2012 @ 16:51:16
Macam my mom ckp,
biar beli brg mahal sikit janji ada kualiti n tahan lama
drpd beli murah2 tp pakai sekejap je sbb senang rosak
8)
Izz Latif recently posted..Silent Hill, Korean Cuisine, New Hair Cut 🙂
KiD
Nov 08, 2012 @ 20:17:57
ahhhaaa… my son pun geram dengan kucing.. kang dicekaknya tengkuk kucing tu.. hhihihi
KiD recently posted..BE ke 27 dari Nuffnang
KiD
Nov 08, 2012 @ 20:19:19
rezeki masyukkkk… jangan halau2 kucen… meooowwww… 🙂
KiD recently posted..BE ke 27 dari Nuffnang
rahman
Nov 08, 2012 @ 22:12:08
Sekali-sekala ada jugak kucing tamu yg mai rumah kami. mcm orang lain, anak-anak (4 org, 15thn-26thn) mmg suka dgn kucing tapi kami terpaksa tolak dengan berhemah: anak-anak kami ni ada asma. Tapi ada jugak sekali tu, ntah mana mai baby kucing, di belakang rumah. mengalah jugak dengan anak-anak, tapi kucing tu dah tak sakit, tak larat. hari ke empat bawak pi klinik, doktor bagi ubat, cucuk. hari ke lima, mati. anak-anak yg pompuan nangis-nangis. Mak depa pun tumpang nangis!
rahman recently posted..Your Fuel Tank Is Empty!!!
akubiomed
Nov 15, 2012 @ 23:56:33
Sudah mula dapat kaki elok berpagar. 🙂
akubiomed recently posted..2012 Tahunku Yang Kacak