Salaam – Sami Yusuf!

 DSC04893

DSC04930

DSC04963

DSC04974

DSC05018

DSC05029

DSC05033

DSC05059

DSC05172

DSC05148DSC04986DSC05101

Salaam, yang bermaksud keamanan dalam bahasa Arab, akan memberikan satu pengalaman yang unik dari sudut ketenangan dan kepuasan; yang bertunas dari hubungan di antara pendengar dan Pencipta mereka. Mengandungi enam belas buah lagu, Sami menyampaikan secara bersilih ganti, dan menyatukan secara indah dua peranan iaitu penyair dan komposer.

Album ini menampilkan duet popular bersama Dato’ Siti Nurhaliza melalui lagu “You Came To Me”, yang membuai pendengar dengan gabungan yang indah vokal penuh perasaan dan seruling bambu. Di dalam ini juga terdapat lagu, “It’s a Game”, sebuah lagu yang dijelmakan sebagai muzik video animasi unik yang bertujuan untuk menyatukan semua agama untuk melawan kebencian, ketaksuban dan kejahilan.

DSC05076

Salaam menjadi album yang turut mengambil kira aspek amal peribadinya. Lagu yang sangat diraikan, “Forgotten Promises” menjadi teras perkhidmatan beliau untuk program Sami Yusuf – LiveFeedAfrica bagi Kempen Program Makanan Sedunia PBB (www.livefeedafrica.org) dan “Hear Your Call”, yang telah menarik perhatian media dari BBC dan CNN. “Happiness”, “Smile” dan “Salaam” adalah antara tajuk lagu terkandung di dalam album ini.

Tentang album ini, Sami Yusuf berkata: “Saya berterima kasih kepada Yang Esa di anugerah kepada saya, keistimewaan dan penghormatan menyampaikan segalanya dengan seadanya. Memang diakui, album ini adalah penerokaan berterusan genre Spiritique saya. Dalam kandungan, bunyi dan niat, ia adalah mungkin satu karya seni yang jauh lebih kaya dan pelbagai, dan saya tidak mempunyai keraguan bahawa, insya-Allah, ia akan diterima ramai.

DSC05137
Intipati album ini adalah perasaan, harapan cerah dan keyakinan. Sememangnya, ia bagaikan waktu subuh, tidak meninggalkan malam atau mendahului waktu pagi, tetapi heningnya menyelimuti semua ufuk.

Press note provided by Arteffects International, Thanks Hafiz Hamidun.

Event and photographs – fully covered and credit to Lawa photography.

Comment: 8